Chapter 48 : War & Troublemaker


BOOMM!!!

BOOMM!!!

Pertembungan di antara Zainol dan Eric diselangi letupan dahsyat,lagaan dan tetakan pedang berlaku dengan percikan bunga api.

Zainol berpusing lalu melibaskan tetakan ke arah Eric,namun Eric mengelak pantas dengan keadaan seperti ingin membaringkan badannya kemudian kembali berdiri tegak.

Eric melepaskan tembakan libasan angin,Zainol pula melakukan perkara yang sama dan bunyi lagaan libasan berlaku

TANG!!

ZRASSH!!

Zainol menarik sedikit pedang ke belakang,lantas melakukan tujahan dengan deras dan Eric terpaksa berundur ke belakang mengelak dari terkena serangannya.

ZUSSH!!

ZUSSSHH!!

ZRASSH!!!

Zainol melepaskan libasan berbentuk V dan Eric melibas potongan melintang tegak,lalu serangan mereka berlaga sekali lagi dan memaksa mereka tertolak ke belakang.

"Nice move.. Where did you learn that?" soal Eric.

"You think I'm just gonna answer like that?" balas Zainol.

"Ah.. You got point.." ujar Eric.

Zainol memusingkan pedang dan Eric bersiap-sedia,daun kering bergoyang dan sebaik sahaja gugur jejak tanah. Mereka berdua terus meluru ke arah antara satu sama lain,namun seseorang muncul dengan senyuman sinis.

KRAKKK!!!

KRAKK!!!!

"Seronoknya.. Boleh aku sertai?"

Eric dan Zainol sekelip mata dibelit akar pokok tebal,melilit mereka dengan pantas dan membuatkan Zainol serta Eric tidak mampu bergerak.

"Apa hal ni?" soal Zainol terkejut.

"Sial kau Forest! Lepaskan aku celaka!!" Eric berkata memandang ke satu arah.

Forest berdiri sambil bergelak ketawa melihat keadaan Eric dan musuhnya,dia memang sengaja menangkap musuh sekali dengan Eric.

"Hehe... Tenang la Eric.. Aku hanya bergurau.." balas Forest ketawa kecil.

"Ini tak lawak la pondan!" Eric meninggikan suaranya berang.

"Oi aku bukan pondan okay?"

"Aku peduli apa?! Pondan! Gay!"

Semasa dua orang itu sedang bertekak dengan perlahan-lahan Zainol menarik nafas panjang,bilahnya menyala membara dan sekelip mata belitan akar gergasi terbakar serta hancur.

"Potongan Bara!"

Eric terkejut dan Forest bersiul kagum,Zainol dengan gerakan pantas sudah berada di belakang Forest.

"Hoo..." Forest tersengih.

"Potongan Tunggal!!"

Satu libasan yang pantas dilakukan tetapi berjaya ditahan oleh Forest dengan menggunakan perisai tanah yang dihasilkan,namun perisai tanah terbelah dan memaksa Forest berganjak mengelak serangannya.

"Teknik Pedang Berkembar.." Zainol menarik nafas panjang,pemegang pedang digenggam erat.

"Ouu oo.... Sakit ni.." ujar Forest tersengih kelat.

ZRASSH!!

ZRASSH!!

ZRASSH!!!

Forest menyilangkan tangan menahan serangan potongan tersebut,seiring jeritan kesakitan yang dialami dan Zainol hanya merenung tajam sahaja.

"Just kidding..."

Zainol tersentak dengan senyuman sinis Forest,lantas pemuda itu mendepakan kedua lengannya. Serangan jalaran akar pokok dari tanah,merempuh Zainol sehingga dia tercampak.

"ERGHH!!"

Iqbal muncul dengan tiba-tiba menangkap Zainol,helaan nafas lega dilepaskan dan Forest mendecih geram. Eric yang berjaya lepaskan diri dari belitan akar,melakukan serangan ke arah Forest.

ZRASSH!!

"Wooo.. Woi! Bahaya la!" Forest berkata tidak puas hati.

"Kau belit aku sekali!!" kata Eric geram.

Iqbal yang menyaksikan keadaan tersebut hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal,kehairanan melihat mereka yang sama pihak bertarung antara satu sama lain.

"Terima kasih.. Walau sesiapa pun kau.." ujar Zainol dan Iqbal menoleh ke arahnya.

"Diorang tu musuh ke kawan? Nape bergaduh sesama mereka?" soal Iqbal.

"Jangan tanya aku.. Sebab aku pun tak tahu apa masalah diorang.." ujar Zainol dan Iqbal mengangguk sahaja.

"Bio-Tamer dua orang tadi kawan kau gak ke?" soal Iqbal.

"Ha? Aizman dan Maya ke? Kalau ya.. Mereka adalah kawan kami.." balas Zainol dan Iqbal tersengih lebar.

"Bagus! Jadi korang adalah kawan aku.. Hehehe.." kata Iqbal tersengih ketawa kecil,sambil melagakan penumbuknya.

Zainol hairan tetapi belum sempat dia nak berkata lebih,Iqbal terus meluru ke arah Forest dan Eric yang sedang berlawan antara satu sama lain.

KRAANGGG!!!

KLONGG!!!

Eric terkejut begitu juga Forest,Iqbal tersengih lebar dan menghayunkan serangan yang padu.

BRAKK!!!

Forest terpelanting terlebih dahulu sebelum Eric pula yang tercampak,Zainol yang melihat keadaan tersebut bersiul kagum.

"Bapak kuat giler... Makan apa dia tu?"

Iqbal tersengih dan menggayakan pose orang bina badan,terus Zainol hilang kagum melihat keadaan tersebut.

"Dia ni sengal semacam je.."

Eric meletuskan kuasanya dan terus meluru laju ke arah Iqbal,Forest mengusap belakang kepala pening dengan rempuhan Iqbal tadi.

"SIAL KAU!! JANGAN MENYIBUKLAH!"

"Heh.." Iqbal memberi reaksi sinis sahaja dan Eric mula bengang.

TANG!! TANG!!

TANG!!

Tetakan pedang ditepis dan ditangkis kemas oleh Iqbal,Zainol yang sedang menyaksikan keadaan tersebut sekadar mendiamkan diri.

Namun serangan berasaskan elemen tanah hampir mengenainya,Zainol segera melompat dan menyedari Forest kembali bangkit untuk mencabarnya.

"Jadi kau nak sambung semula?" soal Zainol.

"Jangan simpan dalam hati.. Siap-sedia untuk mati..." Forest bersiap-sedia.

"Heh.. Kau berpantun ke? Teruk betul bunyi.." balas Zainol.

Forest menghasilkan letusan tanah namun berjaya dielak oleh Zainol,lalu Zainol bagaikan memijak angin dan terus meluru pantas ke arah Forest.

TANG!!!

Forest menahan tetakan dengan zirah tanah yang dipakai pada lengan,lantas Forest menolak Zainol ke belakang. Tetapi tidak lama Zainol kembali menerkam dengan asakan lebih agresif,Forest mula bertahan dan juga menyerang balas.

TANG!!

TANG!!

Eric terseret ke belakang begitu juga Iqbal,Eric tidak sangka masih ada lagi Bio-Tamer selain Aizman dan Maya serta Radzen.

"Aku seru kau.. Black Fox!"

Musang cybernetics muncul keluar dari cahaya,menyalak di hadapan Iqbal dan zirah beruang dilenyapkan.

"Bio-Fuse!!"

Iqbal dengan zirah ringkas dan juga dua bilah pisau belati,Eric mendecih dan terus meluru ke arah Iqbal.

ZRASSH..!!!

Zainol melibaskan pedang dan Forest melawan dengan pukulan tukul,mereka bertempur dengan sengit dan kawasan sekeliling meletus serta merekah.

"Kenapa ni? Dah penat ke?" soal Forest sinis dan Zainol hanya mendiamkan diri.

Zainol merendahkan lagi posisi badannya,pedang di tangan kanan direndahkan sehingga hampir cecah ke tanah. Sebilah lagi kekal dengan posisi,Forest kehairanan dan Zainol menghela nafas panjang.

ZRASSH!!

Forest terkejut kerana bilah pedang Zainol menembusi tubuhnya,namun sebenarnya tidak kerana Forest sempat bertindak lebih pantas mengelak serangan mata bilah Zainol.

Suasana menjadi sunyi dan sepi,Zainol dan Forest berbalas tenungan. Darah dingin mengalir di pipi,Forest tersenyum dan Zainol kehairanan.

"Huh... Hehehe.. HAHAHAHA..!!" Forest ketawa dengan galak sambil menekup muka,Zainol tidak faham dengan reaksi Forest.

"Hilang akal ke?" Zainol menyoal sendiri.

"Menarik! Menarik!! Menarik.. Kau lawan yang berharga untuk mati ditangan aku!!" Forest berkata dan senyuman sinis terukir.

Zainol bersiap-sedia tetapi ketika dia mengerdipkan matanya,hanya satu kerdipan mata sahaja Forest telah beralih pantas di hadapan matanya.

"Pantasnya?" bicara Zainol dalam hati.

"Mati!" Forest berkata dengan senyuman sinis dan melakukan hayunan serangan.

ZRASSH!!!

Aizman dan Radzen bertembung,percikan kilat terhasil sebaik bilah senjata mereka berlaga kuat.

TANG!!!

"Apa maksud kau dengan parasit hah!?" soal Aizman.

TANG!!!

"Mereka bergantung pada teman manusia,kemudian bunuh mereka apabila tidak perlukan kita.. Bukankah sama sahaja dengan parasit?"

TANG!!!

Aizman menahan tetakan pedang Radzen,lantas satu tumbukan dihayunkan. Radzen pula menangkis dengan menjadikan kepaknya,sebagai perisai dan mengibaskan kepak dengan kuat menolak Aizman ke belakang.

Radzen meningkatkan tenaganya,lalu menghalakan meriam berbentuk kepala pterodactyl. Aizman terkejut dan segera merapatkan kepaknya,membentukkan perisai dan tembakan seperti meriam laser ditahan oleh Aizman.

"Erghhh!!! Ku.. Kuatnya?!!!"

Kuasa tembakan meriam milik Radzen begitu kuat,membuatkan Aizman tertolak sehingga merempuh gunung. Aizman menjerit kesakitan dan darah memercik keluar dari dalam mulutnya.

Aizman terus mendarat paksa di tanah,nafasnya mengah dan tubuh badannya seakan kebas. Radzen mendarat tidak jauh di hadapannya,Aizman merenung tajam ke arah Radzen.

"Kau membuang masa aku.." ujar Radzen menghalakan meriam kepala pterodactyl.

Aizman mendecih dan dia pasti akan mati jika tidak me lakukan sesuatu,tapi apa yang patut dia laku sekarang ini?

Aizman tidak mampu bergerak walau seinci pergerakan,impak daya serangan Radzen tadi memberikan kesan yang agak teruk baginya.

"Selamat Tinggal.." ujar Radzen.

ZROOSHH!!!

Radzen terkejut kerana meriam miliknya terbeku,Aizman menoleh ke arah kanan dan Zahir dalam keadaan menghalakan tangan ke arah mereka.

"Apa?" Radzen tidak menyangka perkara ini.

"Apahal bro? Tak percaya?" soal satu suara dan sebaik Radzen menoleh melihat hayunan kaki.

"DESPARADO!!"

DUSSHH!!!

Radzen terpelanting jauh dek tendangan curi daripada Putra,Aizman tergamam dan terkebil-kebil dengan tindakan rakannya.

"THE HANDSOME GOLDIE TO THE RESCUED!!" Putra berkata dengan bergayanya.

"Meh.." Zahir merasa meluat.

"Serius ah?" Aizman tersengih kelat.





🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

Lama tunggu?

Relax

Tinggal beberapa chapter je

Sila nantikan sambungan dengan penuh sabar kay

Tinggalkan komen dan vote

That's all

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top