Chapter 46 : War & Memory Returns
Aizman dan Radzen bertembung semula,Maya berhadapan Eric dan Maya tertanya mana lagi seorang?
Mana Nicole?
Namun itu bukan masalah baginya,dia harus fikirkan untuk berhadapan dengan Eric dan sekaligus selesaikan segalanya.
TANG!!!
Lagaan berlaku di antara Maya dan Eric,mereka mula bertarung dengan sengit. Libasan dan hayunan pedang berlaku pantas sekali,Maya menangkis dan serang balas.
TANG!!
ZRASSH!!
Putra berpusing di udara dan hayunkan tendangan kaki,membakar makhluk bayang menyerang orang awam yang berada di kawasan tersebut.
KRAK!
DUSSH!!
Aizman mendepakan sebelah tangan kemudian puluhan objek seperti bulu pelepah terapung di udara,Radzen sedikit terkejut dan Aizman menggerakkan tangan kemudian bulu pelepah tersebut merejam laju ke arah Radzen.
TUSSH!! TUSSH!!
TANG!!
Radzen menepis puluhan bulu pelepah dengan pedangnya,Aizman dengan gerakan pantas sudah berada begitu rapat jaraknya pada Radzen.
ZRASSH!! ZRASSH!!
ZRASSH!!
Serangan libasan dilakukan dan Radzen sempat bertindak mengelak serangan Aizman,dia terbang berpusing secara back-flip ke belakang dan pada tangannya memegang pisau seperti sisik.
SUPP!! SUPP!!
SUPP!!
Radzen melemparkan senjata kecil ke arah Aizman,sayap zirah Aizman secara tanpa sengaja menepis dengan kibasan kuat.
ZWOOSSH!!
"Sayapnya melindungi tuan?" soal Radzen dan menghalakan meriam di tangan kirinya.
DUUM!! DUUMM!!
BOOMM!!
BOOMM!!
Aizman terkejut dengan serangan mengejut daripada Radzen,dengan segera dia menangkis dan mengelak.
Mereka meluru ke arah antara satu sama lain,lagaan kedua-dua senjata berlaku dengan sengit. Aizman masih belum faham menggunakan kuasa zirah gabungannya dengan Aquila,sebab itu dia masih belum bersaing dengan Radzen ketika ini.
Sebabkan itu Radzen harus tamatkan Aizman dengan segera,dia tidak mahu gangguan berterusan dan Radzen melibas pedangnya.
"Erghh!!" Aizman tertolak ke belakang dengan kuat.
TANG!
Aizman terkial-kial menahan tetakan Radzen yang begitu kuat,tangannya seperti mulai kebas dan merasai juga seperti kali pertama mereka bertemu di Mentari.
"Kau tidak boleh dibiarkan terus hidup.." ujar Radzen.
TANG!!!
"Tch!!" Aizman tidak hiraukan kata-kata Radzen,malah dia menumpukan untuk memahami kuasanya.
"Kau fikir aku akan biarkan?" soal Radzen dan meneruskan langkahnya.
Radzen ingin menyerang dengan lebih deras,tetapi gagal apabila ada satu serangan mengejut dari atas.
Radzen bergerak ke belakang dan melihat ke atas,pesawat tempur milik Farzana terbang laju. Melepaskan tembakan bertalu-talu,Radzen mendecih dan menahan dengan perisai kepaknya.
TRRR!!! TERRR!!
TRRR!!!!
"MENYUSAHKAN..!!" Radzen mengibaskan kepak perisainya dan Zainol yang berada di atas badan kapal bersiap-sedia.
Mata dipejam dan Zainol menumpukan kuasanya,aura kuasa menyelubungi seluruh badannya dan matanya dibuka.
"POTONGAN INFINITI!!"
ZRASSH!! ZRASSH!!
ZRASSH!!
ZRASSH!!
Jutaan libasan potongan dilepaskan ke arah Radzen,kemudian Farzana kembali naik udara selepas mereka memberikan bantuan pada Aizman. Radzen ingin mengelak dan menangkis semua serangan Zainol,malah Zainol sendiri tahu serangan itu tidak cukup.
"Menyusahkan..." ujar Radzen dan ingin mengejar mereka berdua.
"RADZEN!!" Jerit Aizman.
"Hmm!?" Radzen memandang ke arah Aizman.
Aizman diselubungi aura keputihan salji,tanda dia sudah mampu mengawal dan memahami kuasa barunya.
"Terima kasih Zainol,Farzana... Baiklah Aquila.. Sekarang.. Mari lakukan!"
HIINNGG!!
Aquila menyahut seruannya,Aizman sekadar tersengih dan Radzen hanya merenung tajam ke arahnya. Sebilah lagi pedang berada di dalam genggaman tangan kiri Aizman,Radzen pula hanya mendiamkan diri tetapi kepala Pterodactyl terbuka bergerak beralih posisi pada bahu kiri.
Radzen mencapai sebilah pedang yang kemas disimpan pada kepak kiri,dia juga sudah bersiap-sedia dengan kemaraan yang bakal dilakukan oleh Aizman.
"BIO-FUSE.. FULL SYNCHRONISATION!!" rambut Aizman ada satu garis putih terhasil,aura salji putih semakin merebak.
"Kalau kau ada.. Aku juga ada.. BIO-FUSE,FULL SYNCHRONISATION.." Radzen juga melakukan perkara yang sama,tetapi perbezaannya hanya aura keunguan yang gelap.
Aizman dan Radzen terus bertembung dengan deras,gerakan mereka seperti cahaya putih dan cahaya gelap berlaga di udara.
TASS!! TASS!!
TANG!!!
TASS!! TASS!!
KTANG!!!
Aizman bergerak ke belakang dan mengumpulkan kuasanya,sepuluh bulatan magis terhasil di ruang udara berhampiran Aizman.
"SERANG!!!"
TUSSSSS!!!!
Radzen juga melakukan tindakan yang sama,mereka berbalas tembakan laser putih dan laser ungu gelap.
TUSSSSS!!!!!
BOOMM...!!!!!
BOOMM..!!!
Pertembungan di antara Aizman dan Radzen berterusan,Aizman terbang berpusing mengelak tembakan laser ungu kehitaman milik Radzen.
"Kau juga Bio-Tamer! Kenapa kau nak hancurkan teman kau?!" Aizman menyoal.
"Aku tak perlu jawab soalan kau.." ujar Radzen menyerang Aizman.
Pertembungan di udara disaksikan oleh Farzana dan Zainol,Aizman dan Radzen bertembung hebat. Gerakan mereka pantas dan serangan mereka amat kuat serta berbahaya,pada masa itu Nicole yang hilang muncul di kawasan berhampiran.
"Hentikannya Radzen.. Mereka bukan musuh..." ujar Nicole lemah sambil memegang kepalanya yang sakit.
Steros ketika berada di satu tempat yang berbeza,memerhatikan tiga objek sfera dan salah satunya sudah merekah.
"Karlene.." ujar Steros dan Karlene muncul lalu melutut kepadanya.
"Awak panggil?" soal Karlene menundukkan wajahnya.
"Kurungan dia sudah lemah.. Pastikan dia tidak mendekati Radzen.." kata Steros.
"Baiklah tuan.." ujar Karlene dengan wajah yang serius,tidak ceria seperti biasa.
Karlene terus lenyap dari pandangan mata kasar,Steros hanya memerhatikan sahaja dan Forest muncul dari sebalik kegelapan.
"Apa yang kamu nak Forest?" soal Steros.
"Aku juga mahu bermain.." ujar Forest dan Steros hanya menghela nafas pendek.
"Buat apa yang kau suka.." kata Steros tidak mahu berkata lebih,Forest hanya tersenyum dan hilang dalam kegelapan.
KTANG!!!!
ZRASSH!!!
"Huh?" Radzen terasa dia didesak oleh Aizman.
"Jangan fikir aku akan sentiasa lemah.. Aku boleh berevolusi ketika dalam Pertarungan!!" Aizman membesarkan kawasan auranya.
"CROSSING THE EDGES!!!"
ZRASSH..!!!!!
Serangan libasan berbentuk X yang amat besar dilepaskan,Radzen terkejut dengan apa yang berlaku. Iqbal yang sedang bertarung,turut terkejut melihat kuasa serangan itu.
"Bapak besar gila serangan tu.." ujar Iqbal tergamam.
Putra yang berada di berhampiran mendongak,dia bersiul dan Zahir yang baru lepas bekukan makhluk bayang hanya terdiam. Farzana dan Zainol tergamam,cahaya besar berbentuk silang X melanggar Radzen.
"Erghhh..!!!"
Radzen meningkatkan kuasanya dan menahan serangan milik Aizman,tetapi sia-sia sahaja kerana Radzen ditolak dengan kuat ke belakang sehingga jatuh ke bumi.
BRAAAMMM!!!
BOOOOMMMMM!!!
"ERGGHH...!!" Radzen mengerang sakit dengan laungan yang kuat sebelum senyap.
Letusan itu menghasilkan kesan X yang amat besar pada tanah,Radzen tidak kelihatan dan Eric terhenti serangan apabila menyedari apa yang berlaku ke atas Radzen.
"RADZEN!!" Eric terus meninggalkan Maya dan cuba memanggil Radzen.
"Dia menang ke?" soal Maya dalam hatinya.
Eric meninjau dari atas dan terkejut dengan kesan rekahan,begitu dalam dan Eric menelan air liur melihat kesan tersebut. Dia memandang ke atas ke arah Aizman yang terapung,Aizman sekadar membalas tenungan Eric.
Tiba-tiba satu letusan dan aura gelap terhasil,dari dalam tempat rekahan tanah berbentuk X itu. Eric tercampak dek letusan kuasa gelap,dia terkejut dengan keadaan tersebut.
Tidak lama lepas itu Radzen keluar terbang dari kawasan rekahan tanah berbentuk X,Aizman merasakan aura yang berlainan daripada dia.
"Aku kagum kau mampu tingkatkan kekuatan kau budak.." ujar Radzen.
"Maaf,aku tak suka kalah dua kali.." balas Aizman.
"Jangan risau.. Lepas ni kau tidak akan alaminya lagi.." kata Radzen mengangkat pedangnya.
"Sebab kau akan mati.." sambung Radzen dengan matanya yang menyala kemerahan.
Aizman tersengih kelat menelan air liur dan daya kuasa Radzen,meningkat dengan lebih tinggi dan Aizman tersedar ngauman mengerikan dari Dark-Bio yang asalnya tidak bergerak bagaikan menjadi patung gergasi
RAAARRRRR!!!!!!
"Ah shit..!" Aizman mula risau apabila Dark-Bio itu kembali bergerak.
Ngauman raksasa itu membuatkan semua yang berada di situ,merasai daya aura kuasa yang amat menakutkan. Maya memerhatikan tangannya jelas menggigil,Putra tergamam dan Zahir hanya dengan reaksi dinginnya.
Zainol dan Farzana yang berada di ruang udara,juga turut terkesan dan Dark-Bio terus mensasarkan mereka. Tembakan laser gelap berjaya dielak oleh Farzana dengan kemas,Aizman yang menyaksikan dari jauh mula risau.
"That's close one!" kata Zainol dan Farzana hanya memerhatikan Dark-Bio serta fokus pada pengemudian kapal.
"Farzana! Zainol!!" Aizman ingin pergi membantu namun Radzen pantas menghalang dengan tetakan pedang.
KTANGG!!
"Curse!" Aizman menyumpah.
"Jangan lupakan kewujudan aku.." ujar Radzen.
"Fine! Aku akan uruskan kau dulu!!" kata Aizman merenung Radzen.
Nicole yang menyaksikan Dark-Bio mula bergerak,cuba mara ke hadapan tetapi kepalanya terasa sakit dan ingatan yang asing bagi Nicole bermain di fikirannya.
Ingatan mengenai dia,Eric dan Radzen berjuang bersama puluhan Bio-Wild. Melawan lima ekor raksasa,salah satunya serupa dengan Dark-Bio yang berada di hadapannya.
Sedikit demi sedikit ingatan semakin jelas,Nicole mula ingat siapakah dirinya yang sebenarnya.
"Benda itu perlu dihentikan... Erghh.." Nicole berkata sebaik kesakitan beransur reda.
"Malangnya saya tidak akan benarkan.." ujar satu suara.
Seraya mendengar suara itu,satu hayunan senjata dihalakan ingin menyerang belakang Nicole.
TANG!!
Nicole sempat menahan dengan kemas dan terseret ke belakang,Karlene tersenyum manis ke arah Nicole yang terkejut.
"Maaf saya tak boleh biarkan awak menghampiri Radzen.." kata Karlene.
"Apa? Ah.. Steros.. Awak tak guna.." ujar Nicole mengetap giginya.
"Janganlah begitu.. Lebih baik awak ikut saya jika sayangkan nyawa.." kata Karlene dengan muka yang manis.
"Awak fikir saya akan ikut cakap awak?" bidas Nicole.
"Begitu ya..? Jadi matilah.." balas Karlene pula.
"Jangan mimpi..." kata Nicole bersiap-sedia.
🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶
Hello guys
What's up?
Korang sihat ya?
Tinggal beberapa chapter lagi untuk tamatnya season 1/arc yang pertama/buku yg pertama
Please wait with patience
Comments any opinions & vote please
Aku tak perlu nak ingatkan pasal komen "next update please"
That it
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top