Chapter 40 : Reality & Dream & Unexpected (2)


Farzana,Zainol dan Putra tergamam melihat tindakan Aizman memeluk Maya. Malah Aizman memeluk begitu erat,Maya hanya mendiamkan diri kerana dia tidak tahu bereaksi bagaimana dengan reaksi air muka Aizman.

"He's hugging her?" soal Putra.

"Yeah I know.. I'm not blind.." bisik Zainol.

"Syukur pada Tuhan.. Awak dah sedar.." kata Aizman dan Maya hanya terkedu.

"Ya.. Aizman?" Maya menegur.

"Ya?"

"Boleh awak lepaskan pelukan awak?"

"Eh? Ouh! Maafkan saya..!"

Aizman baru tersedar dan terus melepaskan Maya,dua orang itu muka menahan malu. Farzana dengan aura menakutkan,menghampiri Aizman dan menyentuh bahu pemuda itu.

"Aizman...." tegur Farzana dengan nada menyeramkan,Aizman menoleh seperti leher robot berkarat ke belakang.

Wajah Farzana di sebalik kegelapan merenung tajam ke arahnya,Aizman jadi biru pucat mukanya dan Farzana bertukar kepada oni.

"GATAL! MAYA BARU BANGUN AWAK DAH PELUK TANPA FIKIR KEADAAN SEKELILING?!!" Farzana menghayunkan penumbuk.

"GYAH!!"

Glenn menggaru kepala sahaja,dia menerima panggilan mengenai Maya telah sedar. Tetapi lebih membuatkan dia rasa pelik,Aizman dalam keadaan kepalanya berbenjol.

Akhirnya dipendekkan cerita,Maya dan Aizman dibenarkan pulang. Naomi yang ditemani Zahir menunggu di luar pagar dan sebaik sahaja ternampak Maya,Naomi terus meluru ke arahnya dan memeluk gadis tersebut.

Aizman memejamkan matanya dan menumpukan kuasanya,Zainol agak hairan dan sesuatu terbang laju ke arah mereka. Zainol dan Putra segera bersiap-sedia,Farzana juga sama dan Maya hanya membiarkan sahaja. Zahir bereaksi selamba dan Naomi masih memeluk Maya,seekor burung helang cybernetics mendarat di hadapan Aizman.

"Tak sangka ianya benar-benar terjadi.." ujar Aizman dan tapak tangannya memegang kepala helang tersebut.

"Terima kasih.. Ethon.." kata Aizman dan helang diberi nama Ethon,bersinar dan meresapi masuk ke tubuhnya.

Aizman membuka matanya dengan terbeliak,sebaik merasai daya kuasa milik Ethon dan tersenyum kagum campur terkejut.

"Bio-Wild tu.. Bukan ke yang kita cuba selamatkan tempoh hari?" soal Maya.

"Ya.. Aku tak tahu tiba-tiba dia memilih aku sebagai tuan dia?" soal Aizman hairan.

Zainol juga sama kerana kuasanya,amat kuat dan Aizman sedar ianya akan menarik perhatian orang yang berkenaan.

Segera Aizman menumpukan kuasa dalamannya,menyembunyikan daya kuasanya dan akhirnya dia berjaya. Aizman memalingkan badannya ke arah rakan-rakannya,mengangguk dan mereka segera beredar.

Tanpa Aizman sedar mereka semua diperhatikan oleh Roger,pahlawan terkuat di negara Seraphim. Namun Roger hanya sekadar memerhatikan sahaja,dia tersenyum simpul dan menghela nafas pendek.

"Aku lega kamu dah okay.." ujar Azaman sebaik Aizman kembali ke armada.

Zainol sudah melangkah masuk untuk ke bilik berehat,Putra pula hanya duduk melepak di hujung garaj untuk menghisap rokok bersama Na'in. Farzana hairan,bila masa mereka berdua jadi kawan?

"Ya.. Saya pun sama.." ujar Aizman.

"Jangan risau mengenai kekalahan.. Tanpa kekalahan kamu takkan mampu tahu kekurangan diri kamu.." nasihat Azaman dan Aizman mengangguk sahaja.

"Aku ada kerja lain.. Kau berehat lah.." ujar Azaman lagi dan beredar,Aizman sekadar memerhatikan Azaman pergi.

"Aizman.. Saya balik ke bilik saya.." kata Maya sambil tangannya memegang tangan Naomi.

"Baiklah.. Naomi.. Kamu temankan Maya ya?" pinta Aizman dan Naomi yang mukanya kuyu menabik hormat.

Maya beredar meninggalkan mereka bersama Naomi,untuk kembali ke biliknya dan tinggallah Aizman bersama Farzana. Manakala Zahir pula awal-awal lagi sudah balik ke biliknya,Aizman menarik nafas panjang kemudian dihelakan pendek.

"Rasanya awak patut berehat.." ujar Farzana dan Aizman menoleh ke arahnya,sekadar senyuman dan pemuda itu beredar meninggalkan Farzana.

Aizman menghempaskan tubuhnya di atas katil,sambil tangannya disilangkan dan menjadi alas belakang kepalanya selain bantal. Matanya memandang ke arah siling,hujan masih lagi turun namun mulai reda dan tidak lagi lebat seperti biasa.

Tapak tangannya diperhatikan lama,dia kemudian menekup mukanya. Aizman tidak ingat berapa lama dia berbaring tetapi sedar-sedar,dia berada di tempat di mana dia bertemu Ikhwan semasa dia tidak sedarkan diri.

Aizman memandang sekeliling kawasan,dia yakin ini tempat yang dikatakan di antara realiti dan mimpi.

"Aku koma lagi ke apa?" soal Aizman menggaru pipinya.

"Nah.. Aku yang seru kau ke sini.." ujar satu suara yang amat Aizman kenal.

Sebaik Aizman menoleh ke belakang,dia mengeluh pasrah dan Ikhwan berdiri sambil menyilangkan tangannya tersengih.

"Apa yang tuan mahukan? Bukankah lebih mudah tuan hubungi saya gunakan gadget sahaja.." ujar Aizman dengan muka tidak rela.

"Aku dah cuba.. Tapi kau tidur mati.." kata Ikhwan sambil mencekak pinggang.

"Biar betul?" soal Aizman terkebil-kebil.

"Tak payah nak serius sangat.. Bukankah aku dah beritahu.. Kau perlukan latihan?" kata Ikhwan.

"Eh?" Aizman hairan dan cahaya putih terbentuk,Aizman kehairanan dan Ikhwan hanya tersenyum sahaja.

Cahaya putih itu terbentuk menjadi satu figura yang amat dikenalinya,Aizman tergamam dan bagai tidak percaya. Hufaz berdiri di hadapannya dengan reaksi air muka yang serius,iaitu air muka yang jarang ditunjukkan selama ini.

"Ayah?!" soal Aizman.

"Ya ayah kau.." ujar Ikhwan.

"Apa yang berlaku ni? Kenapa tuan bawa masuk ayah saya pula?" soal Aizman tidak faham.

"Siapa kata aku bawa dia masuk?" kata Ikhwan.

"Eh? Bukan tuan yang tarik ayah saya?" soal Aizman lagi dan Ikhwan mengangguk.

"Ya.. Malah bukan aku yang bawa masuk spirit kau ke dalam dunia antara realiti dan mimpi.." kata Ikhwan lagi.

"Jadi siapa?" soal Aizman ingin tahu.

"Ayah yang bawa masuk kau.. Malah ayah yang minta Sixth ada bersama untuk membantu kau berlatih.." jelas Hufaz.

"Sekejap.. Sekejap! Semua ni tak masuk akal.. Berlatih? Apa ni? Apa yang ayah nak beritahu?" soal Aizman mula tidak faham.

"Oi bang Hufaz.. Kau tak beritahu lagi identiti sebenar kau?" soal Ikhwan mengangkat kening kirinya.

"Ah? Ahh..! Aku terlupa pulak bab tu.. Urghh!!" selepas Hufaz berkata sedemikian,Ikhwan berikan ketukan pada kepala Hufaz.

"Adoi! Oi sakit lah! Walaupun kau ialah putera,tak elok ketuk kepala orang tua kau tahu tak?" Hufaz berkata tidak puas hati.

"Ya lah tak patut aku ketuk kepala kau sebenarnya.." ujar Ikhwan berfikir logic dan Hufaz tersengih.

"Aku sepatutnya benam kau ke dasar 8 lautan.. Sebab lembap! Benda macam ni kau kena beritahu pada anak kau!" tambah Ikhwan lagi dengan urat marah timbul di dahinya.

"Hehehe.. Chill putera.. Benda boleh settle kot.. Relax ah.." balas Hufaz tersenyum kucing,Ikhwan hanya memandang dengan muka blur.

KUKK!!

"ARGH!!!"

"Sebenarnya ayah adalah dari keturunan Bio-Tamer generasi kedua.. Malah lebih penting.. Kamu,Aizman.. Adalah pewaris kuasa Bio-Tamer generasi baru iaitu generasi ketiga.." jelas Hufaz dengan benjolan di kepala,masih berasap dan Ikhwan hanya memeluk tubuh memerhatikan sahaja.

"Apa?" Aizman bagai tidak percaya.

"Ya.. Ayah tidak mahu beritahu pada kamu.. Sebab ayah tidak mahu turunkan tanggungjawab yang berbahaya pada kamu.. Dunia sekarang dah aman.. Tapi.." ujar Hufaz terhenti di pertengahan.

"Sebabkan ada pihak nak bebaskan kurungan Dark-Bio?" soal Aizman dan Hufaz mengangguk lemah.

"Ya.. Musuh utama kamu bukanlah Radzen dan kuncu-kuncunya.. Tetapi seseorang bernama Steros.." jelas Hufaz dan Aizman mengerutkan dahi,Ikhwan tidak mencelah hanya menjadi pendengar.

"Steros?"








🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

Apa khabar semua

Raya tahun ni duk rumah je lah

Aku pun ikut saranan kerajaan duduk dalam rumah,kecuali rabu 27hb May.. Aku dah mula bekerja semula

Saranan tu saranan gak,yang kena kerja tak boleh dielakkan la ye tak?

Okay cukup bebelan aku

Di sini aku nak berikan PERINGATAN

SILA HADAM DAN INGAT

BIO-TAMER ni aku beritahu akan ada 3 siri,jadi sebab itu kenapa aku beritahu di chapter 39 siri ini akan tamat

Yelah tamat untuk buku satu

Aku dah ingatkan selepas Chapter 23 : Day Off satu slot bertajuk Attention.

Slot tu aku beritahu BIO-TAMER ada beberapa siri

Kenapa semua nak terkejut bila aku beritahu siri pertama ini akan tamat?

Please guys

Slot bertajuk Attention tu adalah untuk peringatan dan perhatian bagi reader jadi silalah baca

Jadi korang tak perlu nak gelabah jika aku katakan siri ini akan tamat

Bagi buku pertama okay

Ada lagi dua buku

Jadi chill ah

Panjang gila aku mengomel

Nak baca.. Baca

Tak nak lantaklah

That's all

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top