Chapter 39 : Reality & Dream & Unexpected


Aizman terkebil-kebil melihat susuk tubuh di hadapannya,Ikhwan dalam keadaan bersila dan terapung sambil tersenyum selamba.

"Ini bukan mimpi kan? Haha.. Ugh.." ujar Aizman menampar dirinya.

"Bukan mimpi.. Sakit pula tu.. Urgh?!!" sedang Aizman mengomel,Ikhwan memberikan sebiji penumbuk sehingga terpelanting jauh menyeret di atas tanah.

"Arghh!!!"

"Wow.. Jauh betul tercampak.." ujar Ikhwan bersiul.

Aizman berhenti dari menyeret dalam keadaan terbalik dengan terkangkang kakinya,Ikhwan muncul sambil memerhatikan Aizman tanpa sebarang reaksi dan Aizman segera bangun.

"That's hurt! What was that for?" soal Aizman bengang.

"You wanna try if this dream or not right? I'm helping ya.." ujar Ikhwan.

"More like wanna kill me.." kata Aizman geram.

"Relax.. This world is between reality and dream.. You'll never die.. As long don't have a problem.." ujar Ikhwan dan ayat terakhir diperlahankan.

"Apa tuan kata?" soal Aizman mengerutkan dahi.

"Tiada apa.." ujar Ikhwan selamba dan Aizman merenungnya agak lama kemudian menghelakan nafas pendek.

"Kenapa saya berada di sini? Plus.. Kenapa tuan juga boleh berada di sini? Adakah tuan pun kena tibai sampai koma gak? Argh!!" sesudah Aizman berkata sedemikian,hentakan kecil buatkan Aizman jatuh tertunggeng.

"Apahal?! Lagi sekali?" soal Aizman bangun dengan tidak puas hati.

"Kau lah.. Ada ke cakap macam tu.. Ingat aku sama level dengan kau ke? Sorry sikit.. Banding kau tu lemah macam pondan kalau dengan aku.." ujar Ikhwan dengan muka tidak bersalah.

"Tetapi tuan tidak perlu ketuk kepala saya..." kata Aizman mengusap bahagian kepalanya yang diketuk oleh Ikhwan tadi.

"Your mouth is celupar... So fit.." kata Ikhwan dengan bahasa sedikit rojak.

"What? This is not fair!" bidas Aizman mencebik.

"Radzen.. He is a Bio-Tamer right?" soal Ikhwan memulakan topik utama.

Aizman yang mendengar soalan Ikhwan hanya mendiamkan diri,mengingati semula dia dikalahkan dengan mudah dan juga dengan teruk membuatkan Aizman menahan geram.

"Calm down.. Everyone tasted the defeat.." ujar Ikhwan dengan senyuman dan Aizman menoleh ke arahnya.

"You are also the same?" soal Aizman.

"Ya.. Itu yang membuatkan kita tidak boleh mengaku kalah.." ujar Ikhwan dan Aizman mendengar sahaja.

"Kalau kita mengalah.. Semua berakhir.." tambah Ikhwan lagi dengan senyuman sinis.

"Tapi bagaimana? Dia kuat.. Cara dia mengawal kuasa Bio-Wild lebih pakar dan handal daripada saya!" Aizman berkata dengan perasaan sudah putus asa.

"Siapa kata kau lemah? Kau boleh menjadi kuat.." ujar Ikhwan tersengih.

"Eh?" Aizman menoleh ke arah raja naga.

Sang Bio-Wild Helang mendarat di atas bumbung kapal armada,matanya tajam memerhatikan keadaan sekeliling. Sang Bio-Wild Helang memejamkan matanya dan Aizman menyedari sesuatu,sebaik dia menoleh dan terkejut.

Sang Bio-Wild Helang berada di hadapannya,Ikhwan hanya sekadar tersengih sahaja. Aizman dan sang Bio-Wild Helang,berbalas tenungan dan si Bio-Wild Helang menghampiri Aizman.

"Bio-Wild ini dapat masuk ke ruangan dimensi realiti dan mimpi.. Aku kagum hehe.."

Sang Bio-Wild Helang kini berada rapat di hadapan Aizman,Ikhwan hanya sekadar tersengih memerhatikan keadaan itu. Agak lama Aizman dan Bio-Wild itu,berbalas tenungan yang agak lama. Si Bio-Wild Helang menundukkan kepalanya,Aizman terkedu dan Ikhwan tersengih.

"Apa lagi.. Bio-Tame la nak tunggu smpai bila?" kata Ikhwan dan Aizman memandang dia dengan pandangan yang bingung.

"Dengan begitu mudah?" soal Aizman.

"Kau kan Bio-Tamer.. Takkan tak tahu Bio-Wild ni jenis apa?" soal Ikhwan kehairanan dan Aizman mengangkat keningnya,Ikhwan menghela nafas tanda kecewa.

"Haih.. Bengap rupanya Bio-Tamer generasi ketiga ni.. Ingat tahu semuanya.." kata Ikhwan dan Aizman timbul urat bengang.

"Hey.. Saya baru je diberi tugasan ni oleh tuan sendiri okay? Tak semua saya tahu!" kata Aizman pula mempertahankan dirinya.

"Kau seorang pengkaji.. Aku tahu kau sedang kaji mengenai Bio-Wild.. Sekarang kau dakwa kau tak tahu mengenai mereka?" soalan Ikhwan membuatkan Aizman terdiam.

"Sudah jangan banyak bunyi.. Pergi lakukan Bio-Taming.." arah Ikhwan lagi dan Aizman terpaksa menurut.

Si Bio-Wild helang masih lagi menunduk dan memejamkan mata,Aizman hanya memerhatikan agak lama kemudian nafas ditarik panjang lalu meletakkan tapak tangannya di atas kepala haiwan zirah itu.

Cahaya putih bersinar dan Ikhwan bersiul melihat simbol yang muncul,malah tiupan angin kencang terhasil dan Ikhwan tersengih sahaja. Aizman memejamkan matanya dan sinaran putih,menerangi seluruh kawasan dan Aizman membuka matanya.

Dia termengah-mengah dan menyedari berada di sebuah bilik,Farzana dilihat berada di sisinya sedang lena tidur berbantalkan lengannya. Aizman hanya tersenyum kelat,dia memerhatikan keadaan sekeliling dan tubuhnya tidak terasa sakit.

"Hey Zana.." Aizman menggoyangkan bahu Farzana secara lembut.

Sebaik Farzana tersedar dan memandang ke arah Aizman yang sudah bangun,air mata mengalir dan Aizman tersenyum kelat.

Ikhwan pula masa itu masih berada di dalam dimensi tadi,hanya sekadar tersengih dan ketawa kecil.

"Heh.. Jadi selain Elemental.. Haiwan tu mampu sembuhkan tuannya.. Unik.. Unik.." ujar Ikhwan.

Pada keesokan harinya pula,doktor di negara Seraphim iaitu Glenn sambil diperhatikan seorang jururawat melakukan pemeriksaan pada Aizman. Doktor bernama Glenn agak terkejut,kerana kecederaan Aizman yang tampak teruk pulih dan tidak menunjukkan kesan langsung.

"Kau ni bukan keturunan Immortal?" soal Glenn dan Aizman hanya mampu terkebil-kebil,Glenn hanya menghela nafas pendek.

"Rasanya kamu sudah boleh discharge petang nanti.." ujar Glenn menulis laporan dalam tablet visual.

"Bagaimana dengan teman saya?" soal Aizman ingin tahu.

"Pesakit di sebelah katil awak? Dia masih belum sedarkan diri.." jelas Glenn dan Aizman hanya menundukkan wajahnya.

"Jangan buat muka macam tu.. Saya tak tahu apa yang berlaku di antara kamu.. Tapi,berdoa supaya teman kamu bukakan matanya.." kata Glenn memegang bahu Aizman.

Aizman hanya mampu mengangguk lemah,dia memerhatikan Glenn bangkit dan meninggalkan katilnya disusuli jururawat yang bersamanya dari tadi. Satu punat ditekan dan langsir terbuka,Maya masih lagi terbaring tidak sedarkan diri. Tidak lama lepas itu Farzana,Zainol dan Putra muncul.

"Ah korang.." ujar Aizman tersenyum kelat.

"Aku dengar kau dah sedar,ingatkan Farzana buat lawak.." kata Zainol.

"Sorry eh.. Aku tak melawak dalam bab ni okay?" bidas Farzana bengang.

"Maya masih belum sedarkan diri?" soal Putra mengelakkan dua orang itu dari mula bertekak.

Aizman hanya mendiamkan diri sahaja,dia memerhatikan Maya dan turun dari katil. Aizman menghampiri katil di mana Maya berada,entah kenapa hati Aizman terasa sakit melihat Maya yang tidak sedarkan diri. Farzana,Zainol dan Putra memerhatikan Aizman agak lama.

Zainol ingin menegur namun Farzana menahannya,Putra sekadar tersengih dan Zainol kehairanan dengan tindakan Farzana menghalangnya.

Aizman memerhatikan sahaja Maya agak lama,pipi Maya diusap lembut dan rambut gadis itu pula disentuh. Tangan terhenti di ubun-ubun rambut Maya,Aizman membiarkan tangannya dalam keadaan seperti itu dan entah bagaimana tapak tangannya bersinar.

Sinaran cahaya yang begitu berkilau menerangi bilik tersebut,kemudian cahaya kembali malap dan semua menjadi normal semula. Zainol,Putra dan Farzana tidak faham apa yang berlaku. Aizman juga begitu dan sebaik matanya dibuka,mereka berempat terkejut serentak.

Maya dalam keadaan duduk di atas katil,terkebil-kebil bingung dan memandang ke arah Aizman yang tergamam.

"Aizman?" soal Maya dan Aizman menahan gembira,terus memeluk Maya dengan erat dan gadis itu pula hanya mampu terkedu.

Tindakan Aizman membuatkan tiga orang rakannya,tergamam dan hanya mampu terkebil-kebil.

"Eh?"






🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

What's up

Standby guys

Citer ini akan tamat tidak lama lagi

Hehehe...

Leave comments & vote

Don't asking an fast update okay

That's depend on my mood

That's it

Adios reader

See you in next chapter




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top