Chapter 38 : Devil Meeting

Aizman dan Maya dibawa masuk ke rawatan kecemasan,Zainol juga sama tetapi kecederaan dia tidak terlalu teruk. Dia dirawat di lain wad,Farzana menunggu di luar wad sambil ditemani Naomi. Putra pula hanya menyandar pada dinding,menggoyangkan kaki risau keadaan.

"Hey guys.." Zainol menyapa.

"Ah.. Zainol.. Macam mana keadaan kau?" soal Farzana dan Zainol tersenyum kelat.

"Aku okay je.. Cedera ringan.. Aizman dan Maya apa citer?" soal Zainol dan Farzana menggelengkan kepala.

"Baru je sembuh.. Ni buat lagi.. Haih!" rungut Farzana,Putra menggelengkan kepala.

"Kau marah pun tak guna,sekarang ni kita tunggu je rawatan selesai..." Putra menyampuk.

Farzana tidak menjawab balasan Putra,dia hanya memerhatikan pintu wad rawatan. Tidak lama lepas itu doktor menjengah,Zainol,Farzana,Putra dan Naomi memandang serentak.

"Adakah kamu ahli keluarga atau kawan pesakit?" soal doktor tersebut.

"Kami semua rakan dia.." jawab Putra.

"Bagaimana keadaan rakan kami doktor?" soal Farzana.

"Bertenang cik.. Dua orang kawan kamu tidak ada yang serius.. Cuma mereka tidak sedarkan diri sahaja.." jelas doktor memberi penerangan.

Farzana dan yang lain menghela nafas lega,mengetahui keadaan Aizman dan Maya tidak serius.

"Boleh kami tengok mereka?" soal Farzana.

"Ya silakan.. Tapi jangan buat bising.. Biarkan mereka berehat.." jelas doktor hospital negara Seraphim.

Mereka hanya mengangguk faham dan segera masuk,untuk melihat sendiri keadaan Aizman dan Maya. Doktor itu pula beredar pergi,sehingga dia berhenti di satu tempat. Roger sedang menunggu dia di situ,doktor tersebut hanya menghela nafas pendek.

"Bagaimana keadaan mereka?" soal Roger.

"Dua orang tu okay.. Tiada masalah.. Luka mereka tidak parah.. Jika tiada masalah esok mereka boleh dibenarkan pulang.." kata doktor tersebut.

"Thanks Glenn.." ujar Roger.

"Nah.. It's my job.." kata doktor itu atau namanya,Glenn Compton.

Zainol disusuli Farzana dan Naomi kemudian Putra,menghampiri katil di mana Aizman ditempatkan. Maya juga diletakkan bersebelahan,mereka berdua masih tidak sedarkan diri.

"Apa yang berlaku? Siapa yang buat mereka macam ni?" soal Farzana.

"Ketua Bio-Crusher.. Radzen.. Malah dia juga adalah Bio-Tamer.." jelas Zainol dan Farzana serta Putra membesarkan mata terkejut,Naomi pula hanya dengan muka mengantuknya.

"Apa??" soal Farzana hampir meninggikan suaranya.

"Shh! Aizman dan Maya tengah berehat.. Perlahankan suara kau tu.." kata Zainol meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

Farzana mengetap gigi dan terkejut malah ianya sesuatu yang besar,musuh mereka juga adalah dari kalangan Bio-Tamer?

Radzen berdiri di satu tempat,Karlene muncul di sebelahnya dengan tiba-tiba. Radzen menjeling sahaja dengan riak air muka tidak suka dengan kehadiran wanita tersebut,Karlene pula hanya sinis menyedari maksud air muka Radzen.

"Aku tak sangka kau akan gunakan kuasa itu.. Ianya sesuatu yang di luar dugaan.. Heheh.." kata Karlene.

"Kau.. Apa yang kau nak?" soal Radzen merenung wanita itu dengan mata yang tajam.

"Jangan tenung aku camtu.. Tergoda aku nanti.. Heheh.."

"Jawab soalan aku perempuan.."

Seseorang muncul mendarat tidak jauh dari tempat mereka,Reyson dengan wajah tanpa emosi memerhatikan mereka berdua.

"Reyson.. Hai.." kata Karlene dengan senyuman ceria.

"Jangan berikan aku senyuman palsu kau tu.. Buatkan aku nak muntah.." Reyson berkata dan Karlene mengembungkan pipi.

"Mou.. Sampai hati cakap macam tu.. Tak nak kawan..!" kata Karlene bengang.

"Dia tidak ada keuntungan untuk dibuat kawan.." satu suara menegur mereka dan Karlene menoleh lalu tersenyum lebar.

"Forrest! Iluz! Yeay.. Kamu berdua datang!"

"Yeay Karlene kami datang!"

Karlene dan lelaki bernama Forrest bertepuk tangan,manakala lelaki yang bernama Iluz hanya menyedut rokok dan dihelakan asap.

"Yo Radzen.. Kau sihat? Lama tak jumpa!" ujar Forrest dengan tersengih dan Radzen hanya merengus sahaja.

"Uu... Takutnya kau buat muka camtu.. Hahaha!"

"Hmmph!"

ZRASSH!!!

Serangan mengejut dielak dengan oleh Forrest,Iluz pula tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mengeluh sahaja. Reyson pula hanya mampu menggelengkan kepala,Forrest timbul urat bengang.

"Oi! Apahal?! Kau nak bunuh rakan sendiri ke ha?!" rungut Forrest berang.

"Kelakar.. Aku tak pernah anggap korang rakan aku.." balas Radzen dengan muka yang tenang.

"Ouh?? Kau nak cabar aku?" soal Forrest dengan senyuman sinis.

"Bila-bila masa sahaja.." balas Radzen.

"Sudah cukup.." suara garau menegur dan mengejutkan mereka.

Radzen mendecih dan yang lain menoleh,lalu seorang lelaki di sekitar 40-an muncul dengan lengkap pakaian sut serba hitam.

"Lord Steros..." ujar mereka kecuali Radzen menundukkan kepala tanda hormat.

Radzen menoleh ke arah lain dan Steros hanya tersenyum sahaja,namun dia tidak mahu melakukan apa-apa dan mengarahkan yang lain berhenti dari terus memberi tunduk hormat.

"Radzen.. Masih sama seperti dulu huh?" soal Steros sinis dan Radzen hanya menjelingnya dengan renungan tajam.

"Hentikan kata-kata kosong.. Apa yang kau mahukan orang tua?" soal Radzen.

"Oi tunjuk sikit hormat kau tu!" Forrest berkata tidak puas hati.

"Heh.. Kau patut cermin diri kau bila kata aku begitu.." kata Steros.

"Tetapi aku tidak berkedut.." balas Radzen dan semua terdiam,Steros terkejut kemudian ketawa.

"Apa yang lucu sangat?" soal Radzen merenungnya.

"Aku agak terkejut.. Mendengar kau gunakan kuasa Bio-Tamer.." kata-kata Steros hanya dijawab dengan renungan tajam.

"Huh.. Jika kau debatkan hal itu sahaja.. Aku mohon diri beredar.." ujar Radzen dan berpaling ingin pergi,Reyson sekadar memerhatikan sahaja.

Steros tidak berkata apa-apa,Karlene menghampiri Steros. Iluz hanya menghela nafas pendek,kemudian beredar lalu diekori oleh Forrest.

"Lord Steros.. Tidak apakah biarkan dia buat sesuka hati dia?" soal Karlene.

"Ya.. Selagi dia tidak ingat siapa diri dia yang sebenarnya.. Kamu dan Reyson terus awasi dia.." kata Steros disusuli Karlene dan Reyson menunduk hormat tanda faham,kemudian lelaki itu terus hilang ditelan kegelapan.

"Tch.. Always give us a hard assignment.. Geez.." keluh Karlene.

"Just do you work,Karlene.." kata Reyson.

Aizman perlahan-lahan membuka kelopak matanya,dia memandang langit yang cerah dan berada di lautan bunga yang harumannya segar. Dia agak bingung dan terkebil-kebil,melihat suasana keadaan di situ.

"Aku di mana?"

"Sudah tentu bukan syurga.."

Aizman terkejut mendengar suara tersebut,apabila ditoleh lebih terkejut dibuatnya olehnya.

"Sixth?

🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

How's you been lately

I hope you guys doin fine and healthy

Keep that way

Okay

Give you opinions and comments

Vote too don't forget

No comments asking fast updates okay?

That's all

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top