Chapter 36 : By The Darkness


Hujan tetap turun dengan lebat,Aizman memerhatikan keadaan negara Seraphim yang ditimpa hujan. Menyukarkan rakyat Seraphim melakukan aktiviti,entah kenapa Aizman terasa tidak sedap hati.

"Kau okay tak?" soal Zainol.

"Ah? Yeah.. Aku okay.." ujar Aizman tersentak.

"Jangan nak tipulah.. Kau macam tengah risaukan benda je ni.. Apahal?" soal Zainol lagi.

"Aku tak tahu Zainol.. Tapi entah kenapa hati aku terasa tidak sedap hati.." jelas Aizman dan Zainol mengangkat kening.

"Perasan kau je kot?" kata Zainol menyedapkan hati sahabatnya.

"Mungkin.." ujar Aizman pendek.

Zainol menyilangkan tangan pada bawah dada,Aizman pula memerhatikan hujan yang lebat membasahi bumi. Serina pula berteduh di bawah pondok,matanya yang keemasan memerhatikan hujan sambil tersenyum.

"I see.. Now that girl is join them huh? That's good.."

Maya terbersin dengan tiba-tiba,dia kehairanan dan mengangkat bahu sahaja. Dia menggilap senjatanya dan tiga Bio-Wild yang bersamanya,sedang berbaring seperti haiwan biasa di atas katil khas untuk mereka bertiga. Seperti kilat Azaman siapkan kelengkapan di dalam bilik Maya dengan pantas,malah siap untuk katil Blade,Garren dan Chalice.

"Boss.. Kau ni mekanik ke tukang perabot?" soal Aizman tergamam.

"Semua aku boleh uruskan.. Hehehehe.." kata Azaman tersengih selamba.

Aizman mengeluh sahaja mengingati perkara tersebut,tetapi kebolehan Azaman adalah juga memberi mereka kelebihan. Dia menggelengkan kepalanya sahaja,Zainol kehairanan dan hanya mengangkat bahu.

Hujan yang lebat tanpa henti,diperhatikan oleh dua orang sahabat. Tidak lama lepas itu,muncul Putra menghampiri mereka. Rokok dinyalakan dan dihelakan,Aizman dan Zainol memerhatikan sahaja rakan mereka itu.

"Apa?" soal Putra.

"Kau merokok?" Aizman kehairanan.

"Ya..?" balas Putra dengan soalan juga.

"Tapi tak pernah nampak sebelum ni?" soal Zainol pula.

"Aku hisap jarang.. Tak selalu macam perokok tegar.." jelas Putra dengan muka selamba.

Aizman dan Zainol hanya mengangguk faham,kemudian mereka berdua malas nak bertanya lagi dan memerhatikan keadaan luar.

"Hujan ni agak lama.." ujar Putra.

"Ya.." jawab Aizman pendek.

"Aku sahaja atau hujan ini seperti petanda yang kurang elok?" soal Putra lagi dan Aizman menoleh ke arahnya.

"Kau pun fikir macam tu?" soal Aizman dan Putra yang menghelakan asap rokok hanya mengangkat bahu.

"Aku tak pasti.. Tapi gerak hati mungkin?" balas Putra dan Aizman hanya menoleh semula ke hadapan.

Farzana dan Maya hanya memerhatikan sahaja keadaan hujan yang lebat,Naomi pula masih lena dibuai mimpi. Matanya terbuka setengah dan memandang ke luar tingkap visual,iaitu melalui kamera luar untuk mengetahui keadaan cuaca.

"Ribut akan datang.. Zzz..."

Pada masa yang sama juga,Roger yang berpayung di tengah-tengah kota hanya memerhatikan keadaan hujan di tepi bahu jalan. Seorang pemuda berambut merah dengan seorang gadis,menemaninya hanya kehairanan memandang Roger.

"Master? Something wrong?" soal pemuda berambut merah dan Roger tersenyum sahaja.

"Nothing.. Just watched the rain.." ujar Roger pendek.

Radzen berada di tengah-tengah kawasan hutan,tubuhnya basah kena hujan tidak dipedulikan dan berjalan. Kali ini dia hanya berseorangan,tanpa ditemani oleh dua orang rakannya. Radzen berhenti di hadapan gua,bunyi guruh dan kilat berdentum kedengaran jelas.

Radzen melangkah masuk ke dalam gua,wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi. Aura gelapnya jelas kelihatan menyelubungi seluruh tubuh badannya,dia berhenti di satu kawasan luas di dalam gua tersebut. Kepalanya didongakkan ke atas,pintu gergasi megah tertutup rapi dengan kemas.

"Nepo eth rood ssenkrad..."

Pintu yang besar mula bergerak terkuak dengan perlahan-lahan,sebaik terbuka luas sahaja segera tiupan angin kencang dengan aura kegelapan terasa. Radzen hanya sekadar berdiri dengan wajah tanpa emosi,senyuman terukir dan Aizman segera tersentak.

"Aizman?" soal Zainol apabila Aizman terus melompat turun dari atas kapal dan mendarat di atas daratan Seraphim.

Aizman segera berlari tanpa sempat Zainol mendapat jawapan,Farzana dan Putra berpandangan kemudian Zainol mendecih. Dia terus melompat turun dan mengejar Aizman,Farzana sekali lagi terkejut dan Putra menghela nafas pendek sambil mengusap kepalanya.

"Huh? Maya?" Farzana terkejut sekali lagi apabila Maya kelihatan mengekori dari belakang.

Aizman berlari laju melompat dari bangunan ke bangunan,entah kenapa dia merasakan sesuatu yang tidak enak bakal berlaku.

"Aizman!!" sapa Zainol dan Maya sebaik berjaya mengejarnya dan berlari di sebelah kiri serta kanan Aizman.

"Maya? Zainol?" soal Aizman agak terkejut.

"Boleh tahan.." kata Zainol dalam hati melihat kebolehan Maya.

"Awak pun dapat rasakannya?" soal Maya dan Aizman mengangguk.

"Ya.. Kita kena cepat.." kata Aizman.

"Apa yang berlaku? Aku tak faham! Korang maksudkan apa ni?" soal Zainol.

"Ya.. Kuasa kegelapan yang kuat.. Ada seseorang sedang cuba bangkitkannya.." jelas Aizman dan Maya mengangguk manakala Zainol terkejut.

"Tiada masa nak berbual lebih..! Kita kena cepat.. Sped!!"

Sped kini berlari laju di sebelahnya sebaik mendengar seruan Aizman,dalam sekelip mata sahaja Aizman sudah bergabung dengan Sped Bio-Wild Cheetah. Aizman terus memecut dan Zainol juga menghela nafas,dia mengatur pernafasannya dan tubuhnya mula mengeluarkan aura keputihan.

"Focusing on Leg.. Sprint!!" Zainol juga memecut laju.

"Chalice!!" Maya juga bergabung dengan Chalice,gabungannya berbeza iaitu bukan sebagai busur tetapi menjadi sepasang but hitam.

Maya juga memecut laju berlari beriringan dengan mereka berdua,Zainol tersenyum melihat keadaan tersebut dan Aizman hanya senyum simpul sedar akan perkara itu juga.

BRAAMMM....!!!!

Gunung hancur dengan tiba-tiba,Aizman dan Zainol serta Maya segera berhenti kecemasan. Seekor makhluk sebesar dua kali ganda dari gorilla,keluar terbang dari gunung yang hancur permukaannya.

"Apa benda tu?!" soal Zainol.

"Alamak.. Kita terlambat.." Aizman mengeluh kecewa dan Maya mendecih.

Makhluk tersebut mendarat di hadapan mereka,kelihatan seseorang berdiri di atas bahu makhluk tersebut. Aizman tergamam dan mengetap gigi,Radzen merenungnya dengan tenungan yang dingin.

"Kau lagi..." ujar Radzen.

"Itu ayat aku celaka.." balas Aizman.

Radzen hanya mendecih dan makhluk aneh terus menembak serangan dari mulutnya,Aizman serta yang lain segera bergerak pantas mengelak serangan mengejut tersebut.

BOOMMMM..!!!!

Letusan yang besar berlaku sebaik terkena tembakan makhluk tadi,Aizman tergamam menoleh ke belakang. Aizman memandang semula ke arah Radzen,dia mengetap gigi menahan marah.

"Apa rancangan kau ha?" soal Aizman.

"Tewaskan aku kalau boleh.." kata Radzen dengan yakin.

"Sudah semestinya.." kata Maya.

Maya segera menyeru Garren dan bersiap-sedia dengan dua pucuk pistolnya,Aizman menahan Maya dari menyerang dengan membabi-buta.

"Aizman?" Maya kehairanan.

"Kita perlukan strategi.." jelas Aizman.

"Betul.. Kita tidak tahu kelebihan makhluk depan kita ni.." Zainol mencelah dan berjalan ke hadapan.

"Apa yang kau nak buat?" soal Aizman.

"Well sementara kau fikirkan strategi,aku akan sibukkan mamat ni.." jelas Zainol dan Aizman terkejut lalu tersenyum.

"Jangan mati bro.." ujar Aizman dan Zainol sekadar membalas dengan tersengih.

"Aku hari-hari berdepan dengan kematian sebelum jumpa kau semula.." kata Zainol menarik pedangnya.

"Manusia bodoh.." Radzen berkata dengan tanpa emosi.

Zainol terus memecut ke hadapan dan sekelip mata,Zainol sudah berada di ruang udara belakang Radzen. Manakala Radzen terkejut membulatkan mata,kerana potongan pedang Zainol begitu pantas. Pipinya terhiris dan Radzen sempat menggerakkan kepalanya ke kanan,Zainol mendecih dan mendarat.

"Tch! Sipi je.. Ingat nak habiskan kau terus.." ujar Zainol dan Radzen menoleh ke arahnya dengan renungan yang bengis.

"Aku akan bunuh kau dulu.." kata Radzen dengan auranya gelap menyelubungi tubuhnya.

"Heh.. Jangan pandang rendah pada aku Bio-Crusher leader.." Zainol meningkatkan kuasanya.

Hujan masih turun ke bumi,Bio-Wild Helang matanya bersinar lantas terbang ke udara. Z hanya memerhatikan sahaja sambil tersengih,dia kemudian terus lenyap dari pandangan mata.

"Pergi kepada tuan pilihan kau.."


🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hellooo guys

Apa khabar semua?

Harap sihat

PKP dilonggarkan tapi jangan suka sangat,takut akan berlaku semula

Jaga diri masing-masing dan berikan peringatan sesama kita

Inilah masanya untuk saling bekerjasama

Okay done menasihati

Berikan komen dan vote

Tak nak komen minta update okay?

Komen pandangan dan cadangan okay,tapi ikut kesesuaian lah eh

Itu je lah geng

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top