Chapter 35 : Reason & Unique
Farrel terbangun dan beberapa orang krew menyedari keadaan tersebut,Farrel bangun kemudian dibantu oleh anak buahnya.
"Kapten dah sedar.. Haa.. Nasib baik.." ujar salah seorang krew.
"Berapa lama aku tidak sedarkan diri?" soal Farrel.
"Kapten pengsan tidak sedarkan diri dalam masa 1 hari tuan.." jelas seorang lagi krew.
Farrel hanya mendiamkan diri,dia teringat apa yang berlaku sebelum ini. Mengingati semula dirinya dipukul sehingga tercampak jauh,malahan dia sempat merasai aura dari individu misteri itu begitu berlainan.
"Tak sangka budak mentah tu ada back-up yang menakutkan.." ujar Farrel tersengih.
Farrel bingkas bangun dan mencapai baju jaket miliknya,dia memerhatikan keadaan awan yang tebal. Wajah lelaki yang buatkan dia tidak sedarkan diri,jelas dapat dilihat dan dia menggigil teruja.
"Jika dia betul-betul.. Aku dah mati.." kata Farrel tersenyum teruja.
Pada masa yang sama juga,Aizman dan Maya berada di kafeteria kapal mereka. Hujan lebat turun tanpa henti,kopi susu dihirup sopan oleh Maya. Aizman pula menyedut air fresh orange,Naomi pula menguap dan Aizman mengusap kepalanya sahaja.
"Hey Nao.. Apa kata awak balik ke bilik awak? Kita lama lagi untuk berlepas.." jelas Aizman dan Naomi hanya dengan gaya mata mengantuk terkebil-kebil.
"Dukung..." ujar Naomi dan Aizman kehairanan.
"Dukung saya.. Mengantuk,malas nak berjalan.." jelas Naomi dan Aizman serta Maya berpandangan.
Hujan lebat di negara Seraphim,guruh berdenyut dan kilat sabung menyabung. Naomi didukung oleh Aizman,ditemani Maya dan mereka ingin membawa Naomi pulang ke biliknya.
"Awak pasti awak okay?" soal Maya.
"Ya.. Saya tak mahu manjakan badan saya.." jelas Aizman.
Maya mengangguk faham dan menghela nafas pendek,dia mengekori Aizman yang mendukung Naomi. Akhirnya mereka telah tiba di bilik Naomi,kemudian Aizman dan Maya berada setelah letakkan Naomi di atas katil sekali menyelimutkan pilot mereka.
"Okay done.. Dia agak ringan.." ujar Aizman.
"Ya.. Tapi kalau boleh jangan sebutkan di hadapan tuannya.." kata Maya.
"Kenapa?"
"Perempuan ni sensitif pada berat badan.."
"Eh? Tolonglah,bukan saya kata dia berat pun... Ringan kot.."
"Seperti yang awak tahu.. Fakta perempuan itu leceh.."
"Awak tahu tak awak kutuk kaum sejantina awak?"
"Apa? Saya berkata jujur.."
"Sangatttttt...."
Maya hanya memutarkan matanya,Aizman pula memerhatikan keadaan luar. Hujan tetap turun dengan lebat,nafas helaan dan wap hangat terkeluar.
"Saya ataupun air-conditioning kapal ni diturunkan?" soal Aizman.
"Bukan awak yang kawal kapal ni sepenuhnya?" kata Maya.
"Technically... Yeah.."
Aizman memeriksa suhu pada penghawa dingin,tiada masalah dari sistem penghawa dingin. Aizman toleh ke luar dan entah kenapa,dia merasakan sesuatu yang aneh bakal berlaku.
"Apa yang awak fikirkan?" soal Maya.
"Bio-Wild Helang tadi.. Saya harap dia berjaya selamatkan diri.." balas Aizman.
"Haraplah.." ujar Maya.
"Maya.. Boleh saya tanya satu soalan?" soal Aizman.
"Apa dia?" Maya menyahut.
"Ada tak Bio-Wild yang mampu mengawal cuaca?" soalan Aizman membuatkan Maya terdiam.
"Maya?" soal Aizman lagi kerana Maya diam agak lama,kemudian menoleh ke arah gadis tersebut.
"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Maya dan Aizman menghela nafas pendek.
"Entah.. Saya tak pasti.. Tapi seperti gerak hati.." ujar Aizman dan Maya hanya mendiamkan diri lepas itu.
"Bio-Wild yang mengawal cuaca.. Saya tidak berapa pasti.. Tapi Bio-Wild yang mewakili 4 elemen.. Ada di luar sana.." jelas Maya dan Aizman menoleh ke arahnya dengan segera.
"Really?! Like Fire,Earth, Water and Thunder?" soal Aizman memegang kedua-dua bahu Maya,membuatkan gadis itu terkejut.
"Y-ya.. Mind to letting me go?" pinta Maya dan Aizman terus sedar,dia segera lepaskan pegangan bahu Maya.
"Ah! SORRY!!" Aizman berpaling dan mukanya merah,Maya juga sama.
Farzana yang memerhatikan keadaan itu hanya terasa jengkel,Zainol yang ada bersama menenangkan dia. Putra pula katanya ingin menyediakan masakan,Zahir pula kembali ke bilik tanpa sesat.
"Awak ada perasaan dengan Aizman ke?" soal Zainol dan Farzana menjeling tajam.
Zainol segera berbuat posisi bersiap-sedia jika Farzana ingin melakukan jab ke atas dirinya,namun Farzana hanya mengeluh kecewa dan menyandar pada dinding.
"Ya.. Lebih kurang.." balas Farzana dan Zainol membulatkan matanya.
"Tapi ia bukannya perasaan cinta seorang perempuan pada seorang lelaki.." tambah Farzana lagi dan Zainol kehairanan.
"Jadi apa?" soal Zainol ingin tahu.
"Awak tahu bukan kami membesar bersama-sama..?" soal Farzana dan Zainol mengangguk sahaja.
"Saya sayangkan Aizman seperti adik beradik sendiri.. Sebab saya tiada adik beradik lain.. Saya anak tunggal.. Ayah dan ibu saya sentiasa sibuk dengan urusan negara membantu raja.."
Zainol hanya mendiamkan diri,Farzana memandang ke arah Aizman yang berbual dengan Maya sambil tersenyum.
"Aizman sahajalah yang selalu menemani saya,sekarang awak dan Putra faham la kenapa kami kerap melekat semasa di academy dulu.." ujar Farzana.
"Macam tu.." kata Zainol mengangguk faham.
"Yeah.. Saya harap Maya ni.. Tiada niat buruk di dalam skuad kita.." kata Farzana dan Zainol tersengih.
"Aku tak risau.. Aku percayakan perempuan tu.. Dia juga mahu selamatkan Bio-Wild yang ada.." ujar Zainol dan Farzana tersenyum kelat.
"Saya haraplah.."
Aizman berjalan memasuki kawasan garaj bersama Maya,kelihatan Azaman sedang menggodek sebuah mesin. Namun tidak dapat dilihat jelas kerana mesin itu ditutupi kain,hanya kawasan enjin sahaja yang terpapar.
"Boss?" soal Aizman dan Azaman menoleh segera.
"Oh.. Yo chief! Ada urusan ke?" Azaman berkata sambil menutup semula jentera misteri.
"Apa yang boss buat?" soal Aizman.
"Itu rahsia.. Nanti chief akan tahu.. Buat masa ini,jentera ini masih dalam baik pulih lagi.. Tinggal 10% sahaja kemudian siap!" jelas Azaman mengangkat ibu jarinya tersengih.
Aizman dan Maya berpandangan,kemudian mereka berdua tersenyum sahaja. Pada masa yang sama,ada sepasang mata yang bersinar memerhatikan kapal armada Trinity. Bio-Wild Helang yang dibantu oleh Aizman,Bio-Wild Helang hanya bertenggek di atas dahan dalam bentuk stealth mode mengelakkan diserang oleh Sky Pirate.
"Tak sangka pula Bio-Wild pandai mengintip.." satu suara menegur dan Bio-Wild Helang menoleh segera,Z berdiri sambil tersenyum.
"Nampaknya kau dah pilih tuan kau huh? Wind Elemental Bio-Wild?" soal Z lagi dan burung berzirah hanya sekadar mendiamkan diri tidak memberi reaksi.
"Hehe.. Suka hati kau.." ujar Z.
Hujan kekal turun dengan lebat,Aizman memerhatikan keadaan di luar dari dalam kapal. Maya juga ada bersamanya,Naomi tidur nyenyak di dalam bilik. Putra pula sedang menjamah makanan yang dimasak oleh dia sendiri,Zahir pula sedang menggilap senjatanya.
Farzana dan Zainol menghampiri Aizman dan Maya,mereka berempat berbalas pandangan lebih-lebih Maya dan Farzana. Namun mereka tidak mahu terus bertekak dan lebih kepada ingin berdamai,Aizman dan Zainol tersenyum menghela nafas lega.
Z yang memerhatikan dari luar,tersenyum kemudian memandang ke arah Bio-Wild Helang. Dia menggelengkan kepalanya dan hujan yang lebat,langsung tidak mengenai tubuhnya.
"Bio-Wild ni unik..."
======================
Ya.. Mood aku dah datang (haraplah)
Berikan komen dan vote serta pandangan
Maaflah jika pendek
Aku masih lagi macam dalam slump
Mood tu macam ada tak ada.. Bukan tak ada.. Tapi timbul tenggelam hahaha.. Macam tu pun boleh kan
Harap korang berpuas hati
Adios!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top