Chapter 31 : Unexpected Abilities
Ikhwan melakukan kerja seperti biasa,kali ini dia bersendirian dan entah kenapa Ikhwan begitu fokus. Pintu sliding terbuka secara automatic,wajah Reezal kelihatan melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Bang? Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" soal Ikhwan.
"Mana isteri kau? Seorang je ke?" Reezal menyoal memandang sekeliling.
"Ada nampak orang lain ke? Tiada kan? Isteri aku jumpa bonda.. Rindu cucu katanya.." ujar Ikhwan tangannya masih bergerak membuat kerja.
Reezal malas nak menjawab dan duduk di hadapan adiknya,Ikhwan tidak berkata apa-apa dan terus melakukan kerjanya yang ada di dalam monitor. Ikhwan menjeling abangnya,agak lama Reezal merenung dia dan Ikhwan menghela nafas pendek.
"Ya bang..kau nak apa..?" soal Ikhwan menghentikan kerjanya.
"Ha.. Camtu la.." Reezal berkata dengan tersenyum.
"Ya Raja Reezal Al'Solleh.. Ada apa yang patik boleh lakukan? Tolonglah cepat nyatakan sebab patik banyak kerja ni.." ujar Ikhwan panjang lebar dan Reezal terdiam menahan bengang.
Level sadis Ikhwan sudah naik ke level yang baru,fikir Reezal sendirian dan helaan nafas dihelakan.
"Ia mengenai skuad yang kau uruskan.. Skuad yang diketuai anak kepada Hufaz.." ujar Reezal.
"Okay.. Kenapa dengan mereka?" soal Ikhwan.
"Adakah ia keputusan yang tepat memilih mereka untuk menangani hal ini..?" Ikhwan hanya menghela nafas pendek mendengar soalan Reezal.
"Kenapa baru sekarang kau persoalkan? Kau juga yang setuju biarkan aku uruskan hal ini.." ujar Ikhwan menggelengkan kepalanya.
"Aku risau.. Mereka masih muda.." kata Reezal dan Ikhwan memusingkan kerusi,lalu bangun dan menuju ke sebuah mesin.
"Kau nak coffee atau nescafe?" soal Ikhwan.
"Coffee.. Gula sebongkah je.." ujar Reezal dan Ikhwan mengangguk.
Selesai membuatkan air,Ikhwan berjalan ke arah kusyen sofa di hadapan. Air kopi diletakkan dan Ikhwan duduk,di atas sofa dan mengacau nescafe yang baru dibuat olehnya. Reezal duduk dan mencapai kopi,lalu dua beradik itu menghirup minuman tersebut.
"Aku rasa kau percayakan aku sahaja buat masa ini.. Kali ini bukan cerita kita.. Malah kita masih banyak masalah nak diuruskan.. Seperti Luqman.." ujar Ikhwan dan Reezal sekadar tersenyum.
"Baiklah.. Aku setuju.. Tapi apa yang buatkan kau percayakan anak kepada Hufaz tu?" soal Reezal dan Ikhwan sekadar tersenyum.
"Gerak hati.. Mungkin.." ujar Ikhwan dengan mencebik,Reezal terkebil-kebil mendengar jawapan adiknya.
"Ikhwan.. You're really an asshole.."
"Still better then you.. Hahaha.."
🔶😂😁😊😉😜🤣🔶
Kapal armada bergerak menyusuri udara,Naomi mengemudikan dengan baik. Maya berdiri di luar kapal,di kawasan dek kapal sambil memegang palang. Aizman memerhatikan Maya kemudian menghampirinya,sebaik berada di sebelahnya Maya menoleh ke arahnya dan Aizman tersenyum.
"Cantikkan?" soal Aizman apabila mereka menyaksikan permandangan awan tebal.
"Ya.. Ia memberikan ketenangan.." ujar Maya.
Aizman menghela nafas pendek,angin yang lembut bertiup dan Aizman tersentak. Apabila melihat Maya dengan kibaran rambutnya,wajah Maya yang tenang sambil khusyuk memerhatikan keadaan permandangan luar.
"Cantik..." ujar Aizman tanpa sedar.
"Ya.. Cantik.." kata Maya menoleh ke arah Aizman.
Aizman tersentak kerana dia tidak sangka luahkan perkataan itu,melalui lisan bukan dari dalam hatinya. Nasib baik Maya tidak sedar,dia menekup mukanya.
Situasi itu diperhatikan oleh Farzana dari kamera,dengan muka yang meluat dan terus beredar dari bilik kawalan kapal. Zainol dan Putra hanya berpandangan,mereka berdua bertanyakan menggunakan bahasa isyarat dan tidak tahu apakah masalah Farzana.
"Cemburu ke?" soal Zainol berbisik dan terdengar bunyi tapak kaki berlari,sebaik Zainol menoleh dia terkejut kerana Farzana muncul dengan menghayunkan kakinya.
DUUUSSH!!
DUUUSSH!!
"Ayark!!" Zainol menjerit kesakitan.
"Kenapa aku sekali kena!?" soal Putra kerana dipukul oleh Farzana.
Suasana itu dapat didengari dari tempat Aizman dan Maya berada,mereka berdua terkebil-kebil kerana tidak tahu apa yang berlaku.
"Nampak meriah.." ujar Maya.
"Ya." balas Aizman.
BOOMM..!!!
Kapal mereka bergegar dan Aizman serta Maya,hampir terjatuh dari kapal namun sempat Aizman berpaut dan terus menangkap tangan Maya.
"Hang on!"
"Apa yang berlaku?" soal Farzana dan Putra menaip sesuatu,kemudian sebuah monitor visual ditunjukkan.
"Kita diserang.. Sudah pasti.." ujar Putra.
"Tetapi siapa?" soal Zainol.
Tidak jauh dari tempat mereka ada beberapa buah kapal,sedang terbang meluru laju ke arah mereka sambil menembak laser. Aizman terkejut dan Maya juga sama,Naomi hanya dengan tenang menekan butang pelindung.
TUSSH!!
BRAAM!!
Serangan mengejut berjaya ditahan,namun tidak akan bertahan lama jika ia berterusan. Aizman menekan pada jam visual,melihat pada keadaan kapal.
"Peratusan pelindung sedang menurun dengan cepat.." ujar Aizman melihat peratusan pelindung kapal yang semakin berkurangan.
"White Fang!!" Aizman menyeru Bio-Wild Harimau.
"Garren!!" begitu Maya.
"BIO-FUSE!" jerit Aizman dan Maya serentak.
Aizman terus melompat tinggi,dia memandang ke arah beberapa kapal pejuang yang menyerang.
"Dalam bentuk ni.. Aku boleh terbang ke?" soal Aizman sendirian.
Tiba-tiba sahaja sayap kecil terbentuk,Aizman terkebil-kebil dan penujah aktif.
"Huh? Woooo!!!!"
"Hah? Dia terbang.. Nampaknya dia dapat Bio-Wild yang istimewa.." kata Maya tersenyum kelat.
"Wooo...!!"
Aizman terus terbang keluar dari kapal,begitu laju dan dia terkejut apabila salah sebuah kapal musuh cuba menyerang.
"Hngh!! Bukan masa untuk bingung.. Hiah..!" Aizman menyeimbangkan badannya dan kini dia berjaya kawal.
Pedang dihunus dari lengan,dia sekelip mata membelah sayap salah sebuah kapal musuh. Tembakan mengejut dilancar dan Aizman,mengelak dengan terbang lebih tinggi. Namun Aizman baru pertama kali terbang,dia agak sukar untuk mengawal kuasanya.
"Farzana.. Pergi bantu.." ujar Zainol dan Farzana hanya mendiamkan diri.
"FARZANA!" Zainol menengking dan Farzana terkejut.
Zainol merenung lama rakannya,Farzana terus mendecih dan terus berlari pergi. Alat kawalan dipasang dan menekan,manakala Putra menekan sesuatu dan kapal pesawat Farzana bergerak ke arah landasan perlepasan.
"Agak sukar nak kawal.. Urgh.. Aku mula nak mabuk.." ujar Aizman mengembungkan pipi.
"Aizman!" suara Maya di dalam mindanya bergema.
"Maya? Bagaimana?" soal Aizman.
"Bukan masanya untuk tanya.. Awak kena tumpukan perhatian.." kata Maya dengan serius.
"Bagaimana saya nak tumpukan perhatian.. Mereka menyerang tak henti-henti!" ujar Aizman geram sambil berpusing mengelak peluru berpandu.
"Awak boleh.. Yang kawal kuasa awak.. Adalah awak sendiri.. Jika awak tak yakin bagaimana awak nak teruskan misi?!" Maya berkata dengan tegas.
BOOMM!!
BOOMM!!
Salah sebuah kapal hancur dengan tiba-tiba,Aizman menoleh ke belakang dan Maya tersenyum kelat. Farzana muncul mengemudikan kapal pesawatnya,wajahnya langsung tidak menunjukkan senyuman.
"Aizman.. Awak dengar kan?" soal Farzana melalui alat komunikasi.
"Ha..? Ya.. Ya.." ujar Aizman.
"Bantu saya.. Kita akan jatuhkan lanun udara semua ni.." kata Farzana dan Aizman terkejut,kemudian tersengih dan melibas salah sebuah kapal yang ingin menyerangnya.
Aizman berpusing back flip dan mendarat di atas kapal Farzana,Aizman dan Farzana tersenyum.
"Marah lagi ke kawan..?" soal Aizman sinis.
"Hentikan gurauan awak.. Atau saya akan tembak awak sendiri nanti.." ujar Farzana meluat.
"Uhh.. Takutnya.." balas Aizman ketawa,Farzana hanya tersenyum simpul.
"Aizman.. Berikan arahan.." ujar Farzana dan Aizman tersengih.
"Maya..! Awak lindungi kapal.. Kami di sini akan selesaikan lanun ini semua.. Putra dan Zainol.. Kau cari di mana kapal utama lanun udara.. Kalau jumpa.. Naomi.. Saya benarkan dengan meriam utama.." Aizman memberi arahan dan krew hanya tersenyum.
"ROGER!" Jerit mereka serentak.
Aizman melompat terbang dari kapal Farzana,kemudian dia dan Farzana terus menembak jatuh satu persatu kapal musuh tanpa ragu-ragu.
BOOMM!!
BOOMM!!
Aizman membelah badan kapal pesawat pejuang,dan si pilot terus ejected keluar sebelum seseorang menangkapnya. Aizman terkejut dan Zahir dari kapal,menggunakan sejenis alat dan menarik pilot tersebut masuk ke dalam kapal.
"Pilot musuh aku serahkan pada kau Zahir.." ujar Aizman tersengih dan Zahir dengan muka selamba,menaikkan ibu jarinya.
"Bagaimana? Dapat cari?" soal Zainol dan Putra masih lagi mencari.
"Dapat.. Naomi-chan! Giliran kamu!" ujar Putra dengan senyuman menggoda.
"Sasaran dikenal pasti.. Jarak 100 km.. Meriam utama akan digunakan.."
Satu bahagian hadapan kapal armada terbuka,kemudian sebuah meriam besar keluar perlahan-lahan. Maya yang bertahan melindungi kapal,menjengah ke bawah dan bersiul melihat meriam gergasi di bawah.
"That gigantic.." ujar Maya kembali menembak.
"Aizman.. Masa untuk melepaskan serangan.. Sila beredar dari haluan tembakan.." Naomi berkata lembut.
"Farzana! Fallback!" ujar Aizman dan Farzana menurut.
Sebuah alat ditarik dan Naomi membidik,matanya yang redup mensasarkan kawasan yang dikunci.
"Sasaran dikunci.. Kebenaran untuk menarik picu.." ujar Naomi.
"Okay! TEMBAK!!" Aizman memberikan arahan.
"Arahan diterima.." ujar Naomi dan menarik picu.
Pada masa yang sama,kapal induk lanun udara sedang terapung. Menunggu berita baik dari anak kapalnya,si kapten dengan muka bongkak tersengih.
"Bagaimana? Kapal tu dah berjaya ditawan belum?" soal kapten lanun.
"Tuan.. Kami menerima bacaan yang kuat.." jelas salah seorang anak kapal.
"Apa?" soal kapten kapal dan anak kapalnya,terkejut dan mulai ketakutan.
"Ianya PARTICLE LASER CANNON!!" Jerit anak kapal dan kapten lanun terkejut.
"Apa? CEPAT BEREDAR DARI SINI!"
"IANYA DAH TERLAMBAT.."
"Ha.. UWAAHH!!"
BOOMM..!!!
BRAAM...!!!!!
BOOBOOOMM!!!!
Serangan meriam partikel laser sekelip mata menghancurkan separuh dari kapal lanun udara dan menjunam ke bumi.
"Sasaran berjaya dilumpuhkan.. Arahan seterusnya?" soal Naomi dan Aizman yang terapung di udara,hanya tersengih.
"Simpan senjata utama.. Kita akan berlabuh di negara Seraphim.." ujar Aizman.
Aizman dan Farzana kembali semula ke kapal,Aizman tidak sangka gabungan dia dan White Fang mampu membolehkan dirinya terbang di udara.
"Nampaknya aku kena berlatih untuk biasakan pertarungan di udara gak.."
======================
Hellooo guys
Apa khabar semua
Harap semua tak biol sebab terlalu lama di dalam rumah ya
Hehehe joking guys.. Joking..
Baiklah berikan komen pandangan dan vote
Tak perlu nak ingatkan,masing-masing dah besar dan faham kan
Stay-at-home everyone & Stay Safe and Healthy
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top