Chapter 29 : New Teammate & New Power?


Sebelum ini Aizman kembali ke dalam hutan,mencari Bio-Wild yang mengamuk dan menyerang mereka.

Hasil kerjasama Aizman,Zainol dan Zahir. Mereka berjaya menumpaskan Bio-Wild Harimau,sekaligus menjadikan haiwan cybernetics tersebut sebagai teman baru.

Maya muncul untuk menghalang,tetapi gagal dan berkata sesuatu menaikkan kemarahan Aizman.

"Mereka bukan senjata! Mereka adalah teman!!"

TUSSH!! TUSSH!!

TUSSH!!

TUSSH!! TUSSH!!

TUSSH!!!

Maya meningkatkan kuasanya dan bergerak pantas,untuk mengelakkan serangan peluru berpandu yang diseru oleh Aizman dan menyerang ke arahnya.

Aizman menyerbu ke arah Maya dengan laju,mereka berbalas tangkisan senjata dan impak bunyi yang nyaring terhasil.

KTANG...!!

KRAANG!!

Aizman dan Maya meluru ke arah satu sama lain,berlaga tetakan bilah pedang dan keadaan itu disaksikan oleh Zainol dengan penuh risau.

"Great.. Now he's snap.." ujar Zainol mendecih dan Zahir kehairanan.

Aizman berpusing seperti gasing dengan libasan pedangnya,Maya terpaksa berundur lebih jauh mengelak tetakan daripadanya.

"Awak anggap senjata sebagai teman? Awak biar betul?" Maya berpusing dan mendarat.

"HMMP!"

Setiap senjata yang ada mula terkeluar,bulatan cahaya magis muncul secara berpuluh di udara yang berada di belakang Aizman.

"Aku cakap.. Jangan anggap MEREKA ITU ALAT!!"

TUSSH..!

TUSSH..!!

TZZMM!!

TRR...!!!

TRR..!!!!

Maya tergamam dengan serangan yang banyak,ia sama seperti serangan Bio-Wild Harimau semasa mengganggu pertarungannya sebelum dia diselamatkan oleh Aizman.

Tetapi,ironinya kini dia bakal dibunuh oleh orang yang pernah selamatkannya?

Zainol dan Zahir muncul di hadapan Maya dengan tiba-tiba.

"Heart of Blizzard..." Zahir menarik nafas panjang.

"Teknik Tarian Pedang Tunggal.." Zainol menumpukan kuasanya.

"ICE MOUNTAIN!"

KRARARAKKK!!

Serangan daripada Aizman membeku,berjaya dihentikan dan dibekukan kemudian Zainol meluru ke hadapan.

"POTONGAN MERGASTUA!!"

ZRASSH!! ZRASSH..!!!

BOBOBOOMM!!!

Aizman terkejut dengan tindakan rakan-rakannya,dia mengetap gigi merenung tajam ke arah mereka.

"Apa yang korang berdua buat ni ha?! Dia adalah musuh! Korang lindungi musuh?!" soal Aizman dan Zainol hanya berjalan menghampiri dia.

DUSH..!!

"Open your eyes damn it!!" Zainol berkata seiring tumbukan menghinggap ke pipi kanan Aizman.

Maya terkejut dan Zahir hanya poker face,Aizman terjatuh dan gabungannya terbatal. Bio-Wild Harimau hanya sekadar duduk diam,seakan faham dengan keadaan.

"Ini bukan kau Aizman! Kau nak membunuh!?" soal Zainol mencekak kolar Aizman.

Aizman terkedu mendengar kata-kata Zainol,dia memandang ke arah gadis itu dan Maya mendiamkan diri. Aizman menghela nafas pendek,dia terus terbaring dan cengkaman Zainol terlepas.

"Sorry.. Aku tak sedar.." ujar Aizman memandang ke arah Bio-Wild yang dia berjaya jinakkan.

"Maaf.. Aku gunakan kau sebagai alat lepaskan geram.." ujar Aizman menghalakan tapak tangannya ke arah Bio-Wild Harimau.

Bio-Wild tersebut hanya mendekatkan tapak tangan Aizman,sehingga menyentuh bahagian hidungnya dan Aizman tersenyum.

"Mulai hari ini.. Nama kau.. White Fang.." kata Aizman dan tubuh Bio-Wild digelar White Fang,bersinar dan meresap masuk ke dalam tubuh Aizman.

Aizman menghela nafas pendek,dia memandang ke arah Maya. Mereka berdua berbalas pandangan agak lama,Aizman tersenyum manis dan Maya tergamam seketika.

"Maafkan saya.." ujar Aizman menundukkan kepalanya.

Zahir melangkah mendekati mereka,Zainol pula membantu Aizman berdiri. Mereka bertiga segera beredar,Maya pula seperti ingin berkata sesuatu tetapi ragu-ragu sebelum ditolak oleh salah seekor Bio-Wild miliknya iaitu Blade.

"Blade?" Maya kehairanan dan Blade tidak berbunyi,cuma hanya merenung redup ke arah tuannya.

Maya seakan faham apa yang ingin disampaikan oleh Blade,biarpun Bio-Wild dia itu tidak boleh berbicara bahasa manusia.

"Nanti!"

Langkah Aizman dan yang lain terhenti,mereka bertiga menoleh serentak ke belakang.

"Ya?" soal Aizman dan Maya masih sukar untuk meluahkan.

"Hey Aizman.. Kitorang gerak dulu.. Mungkin dia segan.." jelas Zainol dan menepuk bahu Aizman lalu beredar.

Zahir mengekori Zainol dari belakang,Aizman kehairanan dengan maksud Zainol dan memandang ke arah gadis itu.

"Jadi..?" soal Aizman ingin tahu apa yang Maya ingin beritahu.

Maya pula menarik nafas panjang,dia helakan dengan perlahan-lahan dan Aizman hanya tersengih kelat.

"Boleh saya turut serta pengembaraan awak?" soal Maya dan Aizman terkejut.

Aizman terkejut kerana seseorang,muncul di belakang Maya dan ingin menikamnya. Aizman menangkis dengan gerakan pantasnya,sudah bergabung dengan Sped iaitu Bio-Wild Harimau Bintang.

"Sped!! Bio-Fuse..! Full force!!" Aizman diselubungi kilat berjaya menyelamatkan nyawa Maya.

"Do you have to killjoy?!"

DUUUSSH!!!

Aizman mendarat di belakang Maya,manakala Maya agak terkejut dengan apa yang berlaku.

"Saya tahu awak bingung.. Tapi.. Tengok sekitar kawasan.." ujar Aizman.

Maya menurut sahaja dan terkejut,kerana mereka dikepung oleh makhluk seruan yang sama ketika berdepan dengan pihak yang menggelar diri sebagai Bio-Crusher.

"Chalice! Bio-Fuse! Bio-Upgrade level 2!" Maya bergabung dengan Chalice,terbentuk crossbow disangkut pada lengan kanan dan alat pembidik pada bahagian matanya.

Zainol dan Zahir berjalan agak lama,kemudian langkah Zahir terhenti dan Zainol juga ikut sama.

"Apahal lama sangat mamat tu?" soal Zainol.

"Nak check tengok?" kata Zahir.

"Setuju.. Aku takut diorang berlawan lagi.." ujar Zainol.

Namun sebaik berpatah balik mereka di hadapan dihalang oleh Eric,Zainol dan Zahir berbalas jelingan.

"Ah.. Shit.. You again.." ujar Zainol.

"Hello gentleman.. Please die.." kata Eric.

"Zahir.. Kau pergi periksa.." ujar Zainol dan bersiap-sedia.

"Kau pasti?" soal Zahir dan Zainol sekadar mengangguk.

Zahir terus meluncur laju melepasi Eric,Zainol hanya mendiamkan diri dan tersengih.

"Kau pasti lepaskan rakan aku tu?" soal Zainol.

"Aku cuma nak menguji kekuatan kau.." jelas Eric menarik pedangnya.

"Hoh??" Zainol berkata dengan senyuman.

"Apa kata kita sambung perlawanan yang tergendala?"

"Okay je bagi aku.."

Zainol dan Eric membuka posisi kekuda,kuasa mereka dilepaskan dan bertembung dengan pantas.

TANG..!!!

Pada masa yang sama,Aizman dan Maya berlawan dengan makhluk seruan.

BAMM!!

ZRASSH!!

Aizman menghayunkan sepakan kaki,mencampakkan salah satu makhluk seruan yang cuba menyerang hendap Maya dari belakang.

BAMM!! BAMM!!

Tidak kurang dari Maya juga menyelamatkan Aizman dengan membedil makhluk seruan,yang ingin menyerang curi dari belakang juga.

"T-terima kasih.." ujar Aizman tersengih.

"Sama-sama.." balas Maya tersenyum dan Aizman mukanya merah padma,melihat senyuman manis Maya.

"Wow.. Dari musuh jadi kawan huh?" soal satu suara dan dua orang itu menoleh serentak.

Nicole berdiri di atas dahan pokok,sambil menyandar pada batang pokok memandang ke bawah ke arah Aizman dan Maya.

"Kemudian jadi pasangan kekasih.." ujar Nicole melayangkan flying kiss ke arah Aizman namun ditembak oleh Maya.

"Ouhoo.. Petanda awal tu.." kata Nicole terus mengusik.

Radzen hanya berada di satu tempat,memerhatikan keadaan itu dan seseorang muncul di belakangnya.

"Kau berseronok tak mengajak.." ujar satu suara yang lembut,seorang wanita berjalan menghampiri Radzen dengan lenggok menggoda.

Wajah Radzen disentuh dan dibelai,senyuman yang menggoda diberikan dan Radzen hanya menepis lembut tangan wanita itu.

"Apa kau nak,Karlene..."

"Kau sepatutnya tahu.. Untuk kebangkitan Dark-Bio.."

Radzen mendecih geram dan ketika itu,Maya menyerang Nicole dengan rancak. Tembakan dilepaskan tanpa fokus,Aizman yang menyaksikan sambil berlawan dengan makhluk seruan itu mula risau.

"Hey.. Sini la.. Mana kau tembak? Hehe.." Nicole kekal melakukan provokasi.

TUSSH!! TUSSH!!

TUSSH!!

KRAKK!!

"Jika ini berterusan.. Rosak hutan ni.. Sped Bio-Defuse!" Aizman menumpukan kuasa dan kuasanya ditingkatkan.

"GAROU!" Aizman memanggil Garou,si serigala.

"ROARRR!!!"

"SPED!!" kini Sped si harimau bintang.

"RHAAA!!!"

"BIO-FUSION!! DUO-SOUL!!"

Nicole tergamam dan Maya terhenti,cahaya menjadi terang dan Karlene serta Radzen terkejut.

"Dia gabung kedua-duanya?!"

ZRASSH!!

ZRASSH!!

ZRASSH!!

ZRASSH!!!

ZRASSH..!!!!

Sekelip mata sahaja makhluk seruan yang banyak,terbelah dicincang dengan sepantas kilat macam itu sahaja. Nicole terkejut dan terpaksa berundur,Maya hanya tergamam dan terpegun.

Aizman dengan bentuk gabungan kuasa Garou dan Sped,kepalanya bersarung seperti zirah kepala berbentuk serigala manakala bahunya berkepala harimau bintang. Pedangnya pula mempunyai dua bilah,sebelah berkepala hulu serigala dan sebilah lagi berkepala hulu harimau bintang.

"CYCLONE STORMBLADE.." Aizman berkata dan bentuk itu lenyap,muncul Garou dan Sped siap berlaga tapak kaki hadapan sesama mereka.

Aizman terus rebah namun sempat ditangkap Maya,Radzen yang menyaksikan itu mengetap gigi dan Karlene pula tersenyum teruja.

"Nampaknya musuh kau berevolusi.." ujar Karlene dan Radzen tidak berkata apa lalu beredar.

KRAANG!!

KRAANG!!

Eric dan Zainol berlaga pedang dengan hebat,masing-masing ada kelebihan tersendiri. Zainol seakan menyedari sesuatu,dia ingin meneruskan langkah seterusnya.

"Eric.. Cukup.. Berundur.." Eric terkejut dan mendecih,kemudian dia lenyap dan hilang.

Zainol terkejut dan melihat ke sekeliling kawasan,tiba-tiba sahaja kedengaran suara seseorang.

"Kita akan bertemu lagi.." ujar suara itu dan milik Eric.

"Tch haih.. Hilang lagi.." keluh Zainol.

Pada masa yang sama,Aizman pula pandangan mula jelas dan tersedar kepalanya berbantalkan riba Maya. Zahir juga ada di sisi mereka,Aizman terkebil-kebil dan agak loading.

"Apa yang berlaku?"

======≠======≠======

Hellooo guys

What's up?

Aizman dapat kuasa baru,amacam?

Apa pandangan kalian?

Dah tahu siapa bakalnya Maya itu di pihak siapa

Hehehe...

Sabar duh

Relax

Komen dan vote ya

That's the only thing I want it from you guys

Komen.. Komen.. Serta vote juga..

Tidak lupa sama-sama kita berdoa agar Covid-19 ini berlalu pergi dan kita boleh menjalani aktiviti seharian dengan normal semula.

Ini benda serius okay?

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top