Chapter 28 : Don't You Dare!


Aizman disusuli Zainol dan Zahir,menyusuri kawasan hutan yang tebal itu. Tetapi hutan tersebut bagaikan hutan yang kosong,sunyi tanpa ada bunyi dari binatang liar.

"Kenapa kau tak bawa sekali Putra?" soal Zahir.

"Aku tak mahu bawa ramai.. Korang berdua sudah cukup.." jelas Aizman.

Zainol tidak berkata apa-apa,dia hanya sekadar memerhatikan keadaan sekeliling kawasan hutan.

Aizman juga sama tetapi dia terasa hairan,Zahir mendongak ke atas memerhatikan langit.

"Pelik.." ujar Aizman.

"Ya.. Sunyi sangat.. Apa yang jadi ni?" soal Zainol dan Zahir menoleh ke satu arah.

Tanpa mereka sedar seseorang atau sesuatu,memerhatikan mereka dari jauh. Matanya bersinar-sinar dan berkerdip kemudian beredar,Aizman menoleh ke arah tempat di mana benda itu berada tadi tetapi malang tiada apa-apa di situ.

"Perasaan aku je agaknya.." gumam Aizman di dalam hati.

Radzen berjalan di sekitar bandar kota negara Beastkin,Eric dan Nicole pula hanya mengekori pemuda di hadapannya.

"Apa rancangan kau seterusnya Radzen?" soal Eric.

Langkah Radzen terhenti dan menoleh ke arah Eric serta Nicole,tenungan mata yang tajam sahaja Radzen berikan. Eric pula hanya dalam keadaan menyilangkan tangan,secara terbalik diletakkan belakang kepala.

Radzen sekadar berpaling dan menyambung langkah,Nicole dan Eric berpandangan hairan dengan gelagat ketua mereka.

"Aik? Dia buat derk je? Apa sial?" soal Eric.

"Mana la aku tahu.. Kau nak tahu sangat kan.. Pergi la tanya.." ujar Nicole.

"Kau nampak kan reaksi dia? Kalau aku tanya pun bukan dia jawab..!" balas Eric.

Radzen teruskan langkahnya dan tidak menghiraukan dua orang rakannya,bayangan seorang wanita yang cedera parah di dalam pangkuan bermain di fikirannya dan Radzen mengetap giginya.

"Niena.." Radzen mengeluh dan kenapa masa ini dia muncul dalam ingatan?

"Sial.." keluh Radzen dan didengari Eric serta Nicole.

Aizman berhenti dengan tiba-tiba,buatkan Zainol hampir melanggarnya. Zahir pula sempat berhenti,Zainol terduduk menekup muka kerana terlanggar belakang kepala Aizman.

"Maaf-maaf Zainol..! Aku tak sengaja.." ujar Aizman membantu Zainol bangun semula.

"Aduuhh Aizman.. Kau ni lah.. Apahal brek emergency ni?" soal Zainol sambil mengurut batang hidungnya.

"Aku rasai daya kuasa yang sama seperti tadi.." jelas Aizman.

Sesuatu mendarat dengan kasar di hadapan mereka,satu kuasa yang amat kuat dan Aizman sudah bergabung dengan Garou. Pedang digenggam kemas begitu juga Zainol,Zahir bersiap-sedia menghadapi sesuatu.

Taring yang tajam dan bunyi suara yang bergetar,ekor dan cakar yang besar. Bio-Wild harimau mengaum kuat di hadapan Aizman dan yang lain.

"EVERYBODY!! COMMENCING BATTLE!!"

"YES CAPTAIN!!"

Aizman memusingkan pedangnya dan Zahir menghela nafas pendek,nafas dingin dan seluruh kawasan menjadi tempat yang sejuk. Zainol menarik dan menghunuskan pedangnya,Bio-Wild harimau menghayunkan cakarnya.

ZRASSH!!!

"Hiyargh!!" Zainol berpusing sebelum menangkis cakaran Bio-Wild tersebut.

Zahir menekup tanah dengan kedua-dua tapak tangan,lalu tanah membeku sehingga 'mengikat' Bio-Wild dengan aisnya dan Aizman terus memecut ke hadapan.

Bio-Wild harimau mengaum dan ais Zahir,hancur dan sebahagian tubuhnya terbuka. Aizman terkejut dan segera melakukan brek,ngauman Bio-Wild harimau seiring melepaskan tembakan peluru berpandu.

"Nak letupkan kami lagi?!" ujar Aizman dan Zainol terus mara.

"Zainol!" ujar Aizman dan Zainol mengangguk faham.

"Teknik Tarian Pedang Tunggal.. Jurus Kedua.." Zainol memecut dan berpusing.

"POTONGAN UDARA MELANGIT!!"

ZRASSH!! ZRASSH!!

ZRASSH!!!

BOOMM! BOOMM!!

Bio-Wild harimau bagaikan terkejut,melihat serangannya dipatahkan oleh manusia dengan mudah.

"ALRIGHT!! ZAHIR..!" Aizman memberikan arahan dan Zahir menumpukan kuasanya.

"AGE OF ICE.."

ZWOOSHH..!!!!

Bio-Wild harimau terus terbeku separuh badan,Aizman,Zainol dan Zahir berpandangan kemudian mengangguk.

"Baiklah.. Semua sedia!?" soal Aizman.

"Sudah tentu.." Zainol merendahkan badannya.

"Ya.." balas Zahir pendek.

Bio-Wild harimau cuba ingin melepaskan diri,namun gagal kerana cengkaman ais milik Zahir lebih kuat dari yang biasa.

"Teknik Tarian Pedang Dua Bilah... Jurus Pertama.." Zainol menarik sebilah lagi pedang.

"Heart of Blizzard..." Zahir juga bersiap-sedia untuk melancarkan serangan.

"Teknik Tarian Pedang Tunggal... Jurus Pertama.." Aizman juga melepaskan auranya.

"POTONGAN BERSILANG!!"

"ICE GEYSER!!"

"LIBASAN TAUFAN!!"

ZRASSH!!

KRAANG!!!

ZWOOSSHH!!

KRAKK!!

BRAAM..!!!

Bio-Wild itu mengaum kuat kesakitan,terpelanting bergolek sebelum berhenti tidak bermaya. Aizman terus segera mendapatkan Bio-Wild tersebut,melihat Bio-Wild itu bersinar tubuhnya.

"Maafkan aku.. Kau tidak mahu berhenti.. Jangan risau.. Lakukan Bio-Tame dengan aku.. Lepas tu kau akan pulih.." jelas Aizman.

Seakan faham Bio-Wild itu hanya memejamkan mata,Aizman tersenyum dan Maya muncul mendarat kasar tidak jauh dari Aizman.

"Awak?" soal Aizman.

"Jauhkan diri kau dari Bio-Wild itu!" Maya ingin menyerang namun Zainol sudah menghalang.

"Nak serang? Jangan harap cik adik.." ujar Zainol.

"Zainol?" soal Aizman dan Zainol menoleh ke belakang.

"Lakukannya!" Zainol menjerit dan Aizman tersentak.

"Zahir! Lindungi aku!" ujar Aizman dan Zahir mengangguk lalu dinding ais terhasil mengepung Aizman dijadikan perisai.

"Jangan halang jalan saya!" Maya menengking.

"Maaf.. Saya tak boleh biarkan awak serang kawan saya.."

Aizman menumpukan kuasanya dan sinaran cahaya dari bulatan magis simbol Bio-Tamer,terhasil dan Aizman agak terkejut namun dia tidak mahu berfikir panjang. Tapak tangannya ditekup pada dahi Bio-Wild Harimau,kemudian Aizman terkejut kerana bayangan imej yang asing menyerang mindanya.

Aizman melihat bayangan seperti naga berzirah,tidak jelas dan seekor kura-kura dan juga seekor burung merak. Aizman tersentak dan dia sedar sesuatu,tetapi dia harus lakukan Bio-Tame dengan segera.

"Kau sudi?" soal Aizman pada Bio-Wild itu,hanya pandangan mata yang jernih sahaja dari Bio-Wild Harimau.

"Kalau begitu.. Bio-Tame! Soul-Engaged!"

Ais yang melindungi Aizman terus merekah dengan tiba-tiba lalu pecah,langkah Maya terhenti dan Zainol tersengih melihat rakannya berjaya. Aizman berdiri dengan senjata jarak jauh,belakangnya seperti ada backpack dan pinggangnya pula kemas bersarung sepucuk pistol. Matanya dipakai seperti google,bersama headphones pada telinga. Zirah pada kedua-dua bahu dan bahagian dada,peha dan betis.

"Tak guna..!!" Maya mengacukan dua pucuk pistol gabungan dia dan Garren.

"Degilnya dia ni hish!" Zainol ingin menangkis namun Aizman menghalang.

"Tak apa Zainol!" ujar Aizman dan Zainol kehairanan.

Maya terus menembak bertalu-talu,sesuatu terbang dari backpack belakang dan menghasilkan perisai prism. Semua terkejut termasuk Maya,manakala Aizman tersenyum sahaja dan menarik senjata dari belakang lalu digabungkan menjadi selaras senapang laser.

TUZZMM!!

Maya mengelakkan kepalanya ke kiri sedikit,Aizman hanya merenung dingin ke arah Maya. Sekelip mata Maya lenyap dari pandangan,kemudian sepantas kilat Maya berada di belakang.

Aizman merengus dan sebilah pedang keluar di zirah lengan kanan,kemudian menangkis tetakan pedang daripada Maya. Gadis itu juga terkejut begitu juga Zainol dan Zahir hanya bereaksi kagum.

"Apa?!" Zainol berkata tidak percaya.

"Jenis close and range huh? Not bad.." Zahir memuji.

"Apa kata awak berundur..?" soal Aizman dan Maya membesarkan matanya.

Maya bergerak ke belakang menjauhkan jarak,Aizman hanya memerhatikan Maya yang merenungnya tajam.

"Jangan berlagak sebab awak dapat senjata baru.." ujar Maya dan Aizman mengetapkan gigi.

"Mereka bukan senjata.." balas Aizman dan sebilah lagi timbul dari zirah di lengan kiri.

"Huh?" Maya terasa kuasa Aizman meningkat mendadak.

KRAANG..!!!

Maya menahan tusukan Aizman yang kuat,dia terkejut melihat renungan tajam daripada Aizman bagaikan si pemangsa ingin meratah mangsa hidup-hidup.

KRAANG..!!!

Maya tercampak ke belakang,kali entah kenapa Zainol mulai risau. Aizman mengaktifkan kuasa dan bulatan magis kecil yang banyak,terhasil di belakang Aizman secara terapung.

"Jangan awak berani panggil mereka senjata!!" serangan peluru berpandu cahaya sebanyak beribu,dilepaskan ke arah Maya dan Zainol tergamam lalu memandang ke arah Zahir yang kehairanan.

TUSSH!! TUSSH!!

TUSSH!! TUSSH!!

TUSSH!!

TUSSH!!




=====================

To Be Continued!

Hahahaha...

That's it

Aku malas nak karang panjang-panjang

Sila komen dan vote

Faham-faham la eh apa,tak perlu aku ingatkan.

Setiap chapter takkan aku nak ingatkan,nanti yang faham tu annoying plak

Itu jelah

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top