Chapter 27 : Lets Go! For Second Time
"AIZMAN! JAGA-JAGA!!"
Aizman menoleh ke belakang dan sekelip mata,letupan yang kuat berterusan berlaku. Maya tergamam dan Farzana menekup mulut,Putra dan Zainol hanya terkedu. Naomi dan Zahir tidak memberikan apa-apa reaksi,Bio-Wild harimau mengaum sekuat hati sebelum hilang bersama habuk yang berterbangan.
Asap tebal menutupi seluruh kawasan,Zainol segera keluar dari bunker ais mencari-cari Aizman begitu juga dengan yang lain. Maya berdiri kaku tidak melakukan apa-apa,dia memandang ke kanan dan ke kiri.
Sebilah pedang hitam terpacak dan Zainol menoleh,manakala yang lain turut berbuat demikian. Aizman kelihatan cedera,tetapi tidak terlalu teruk kerana sewaktu serangan Aizman sempat mengaktifkan kuasanya untuk mengurangkan daya impak serangan Bio-Wild tadi.
"Aizman! Kau tak apa-apa!" Zainol terus merangkul Aizman seraya gabungan Bio-Wild dibatalkan.
Farzana terus menolak Zainol sehingga jatuh tergolek kemudian dia memeluk Aizman dengan erat,air matanya mengalir jelas Farzana kerisauan. Putra dan Zahir serta Naomi memandang ke arah Zainol yang terjatuh dan hanya bersimpati,Maya pula dari jauh hanya memerhatikan dengan lama sebelum beredar.
"Aku ingat kau akan mati tadi..!" Farzana berkata risau.
"Ya.. Aku pun ingat akan mati tadi.. Nasib baik.. Tapi aku akan mati kelemasan nanti.." jelas Aizman kerana mukanya ditekup dada Farzana oleh Farzana sendiri,well saiz G kot faham-faham la ya. Ini penerangan,bukan kelucahan.
"Ah maaf-maaf!.." ujar Farzana.
"Aku nak try boleh?" Putra mencelah sebelum diberi penumbuk oleh Naomi dan Zahir.
"Oi that's hurt!"
Naomi dan Zahir berpandangan kemudian berbalas mengangkat ibu jari ke arah satu sama lain.
"Dua orang kuudere ni..." kata Putra mencebik dan buruk rupanya.
"Kau pun mengutuk aku author?"
Aizman menghela nafas pendek,dia tidak menyangka akan terselamat. Serangan Bio-Wild harimau tadi,bukan sembarangan serangan dan Bio-Wild tadi bukanlah jenis biasa.
"Hmm?" Aizman tersedar sesuatu.
"Mana gadis tadi?" soal Aizman apabila menyedari Maya sudah hilangkan diri.
"Dia geram kot tengok kau syok landing kat dada Farzana.." selamba je Putra berkata.
Aizman yang mendengar kata-kata Putra,berdehem dan memandang ke arah Farzana. Gadis itu mengangguk tanda membenarkan sesuatu,Aizman menghela nafas pendek.
"Shiro.. Bekukan dia.." ujar Aizman.
"Eh? Hmm?" Putra menoleh ke belakang,beruang kutub cybernatic tersengih bersinar.
KRAKKK..!!!
"GROAAR!"
"ARGHHH..!!!"
🔶😆🤣😜😝😘😁😋🤗🔶
Aizman dirawat dan lukanya dibalut,oleh Farzana sendiri dan Aizman menghela nafas pendek. Mereka menumpang di bangunan kedutaan negara Mentari,yang ada di negara Beastkin.
"Mujurlah cedera ringan.. Kalau tak.. Mahu kena tahan wad di hospital tahu tak? Kau ni gila la.." ujar Farzana geram.
"Adoi.. Kau nak rawat aku ke nak bunuh aku..?" soal Aizman.
"Kalau ikutkan hati,aku nak lemaskan kau dalam bekas air yang besar!" Farzana berkata bengang dan Aizman tersengih.
"Ala.. Tenanglah Zana.. Aku selamat ni okay?"
"Tak okay!.. Kau kenapa nak bantu perempuan tu? Kenal pun tak.. Lepas tu cedera macam ni.. Berbaloi ke?! Jangan lupa dia hampir nak bunuh kau!"
Farzana mula berleter dan Aizman,hanya mendiamkan diri sahaja dan mengeluh.
"Orang lelaki ni memang suka cari pasal la.. Aku tak tahu apa yang bakal kau lakukan lepas ni!"
Tidak lama lepas itu Farzana sudah berhenti dari berleter,Aizman memandang ke luar tingkap.
"Bio-Crusher?" soal Aizman dan Farzana menggelengkan kepala.
Bio-Crusher terus hilang dari jejak,Radzen dan rakan-rakannya berjaya menyelamatkan diri.
"Mereka bertiga boleh tahan juga kemahiran bermain senjata.." ujar Farzana dan Aizman menoleh ke arahnya.
"Zana?" Aizman kehairanan.
"Mereka berdua cuma bermain-main sahaja tadi.. Kalau mereka serius,kita pasti akan tewas.." Zainol mencelah sebaik muncul bersama Zahir.
"Zainol.. Zahir.. Mana Putra dan Naomi?" soal Farzana.
"Naomi macam biasa la.. Tidur dalam kapal. Putra,aku rasa korang sendiri boleh agak.." ujar Zainol dan Aizman tersengih sahaja.
"Bagaimana keadaan kau?" soal Zahir duduk di kerusi tepi tingkap.
"Tiada yang serius.. Nasib aku memang baik kali ni.." jawab Aizman dan Zahir tersenyum sahaja.
"Wow kau boleh senyum?" soal Aizman terkejut dan Zahir membuat muka blur.
"Kau ingat aku apa?" Zahir berkata dengan bengang.
"Kau tak boleh salahkan dia juga.. Sebab kau jarang senyum macam tadi.." ujar Zainol pula.
"Aku tak suka senyum sesuka hati.. Itu gila namanya.." kata Zahir selamba dan Zainol agak terkejut,kemudian dia ketawa kecil.
"Kau ni boleh buat lawak juga hah? Haih..." ujar Zainol menghela nafas pendek.
"Aku tak rasa aku buat lawak.." bidas Zahir dan kembali ke air muka asal,dingin.
"Okay.. Okay.. Aku tak nak kata apa-apa lagi.. Jadi Aizman.." ujar Zainol memandang ke arah rakannya.
"Yeah?" sahut Aizman.
"Apa rancangan kau lepas ni?" soal Zainol.
"Aku kena kembali ke hutan tu.. Ada sesuatu tidak kena dengan Bio-Wild tu.." jelas Aizman.
"Kau biar betul.. Kalau dia serang lagi.. Kau tidak akan terselamat!" Farzana berkata risau.
"Sebab tadi dia terasa diancam.. Kita tadi bertarung bukan.." ujar Aizman.
"Kau rasa pihak Beastkin akan benarkan? Kita dah rosakkan kawasan hutan tu.." jelas Zainol.
"Rasanya tu bukan satu masalah.." ujar Zahir dan semua memandang ke arah dia.
"Apa maksud kau?" soal Aizman kehairanan.
Zahir menunjukkan satu video dan ianya adalah imej,mereka terkejut kerana ianya adalah video keadaan hutan di kota Beastkin.
"Hutan tadi.." ujar Farzana terkejut.
"Bagaimana..." Zainol tergamam.
"Ianya kembali pulih.." Aizman bagai tidak percaya.
"Jadi tiada masalah kan?" Zahir berkata dengan muka tanpa emosi.
"Apa yang kau buat?" soal Aizman dan Zahir mengangkat bahu.
"Entah.. Aku check tadi hutan dah kembali normal.." balas Zahir.
Pada masa yang sama,Z sedang terapung di ruang udara. Dia memandang ke bawah,hutan yang rosak dibaiki tanpa sebarang masalah.
"Alright.. My job is done.." ujar Z memandang ke arah Ikhwan yang terapung di sebelahnya.
"Thanks zillion Z.. Can't do without you.." jelas Ikhwan tersenyum.
"No problemo.. Just call me if you have any problems.." balas Z dan Ikhwan hanya tersenyum kelat.
"Berkenaan Apocalypse tu.. Apa perkembangan?" soal Ikhwan.
"13 Servant of Demon sedang bergerak berselerak ke seluruh dimensi.. Mereka mencari serpihan batu gem tu.. Jika tidak dihalang,semua akan huru-hara.." jelas Z dan Ikhwan mengangguk faham.
"Kau betul.. Kita kena lebih berhati-hati.. Aku juga akan mencari batu gem tu.. Terima kasih sekali lagi Z.." ujar Ikhwan dan lenyap daripada pandangan mata.
Z agak terkejut kemudian ketawa kecil,tetapi tawanya lenyap digantikan wajah yang serius memandang ke belakang.
Seorang lelaki berambut hitam,warna kulitnya sedikit pucat dan tersenyum ke arah Z.
"Kau..."
"Lama tak jumpa kan Z? Tak.. Sepatutnya Zane.."
"Apocalypse.. Kau.."
"Pemuda tadi tu ke? Pewaris Iskandar? Wajah dia betul-betul seiras.."
"Apa yang kau nak?"
"Bertenanglah,aku cuma dalam bentuk spiritual.. Apa yang aku boleh buat?"
"Kau fikir aku percaya..?"
Z menghalakan tangannya ke arah lelaki bernama Apocalypse,lalu tubuh lelaki tersebut bersinar dan mulai lenyap.
"Heh... Kau dah berubah Z.. Sebelum ni kau tidak ambil peduli mengenai hal alam semesta.."
"Setiap individu berubah.. Begitu juga aku.."
Apocalypse hanya terdiam seketika,dia tersenyum lalu terus lenyap. Z menghela nafas pendek,dia memandang ke atas ke arah langit.
"Lebih baik kau duduk diam-diam je di sana.." ujar Z dan terus hilang dari pandangan.
Aizman kini berada di dalam hutan,ditemani Zainol dan Zahir. Farzana dan Putra pula diarahkan siap sedia di dalam kapal,Aizman risau jika kapal diserang oleh Bio-Crusher.
"Alright.. Lets go for second time!" ujar Aizman.
"Count me in!" Zainol berkata tersengih,Zahir pula hanya menghela nafas pendek.
Aizman melangkah masuk sambil diperhatikan Naomi dari skrin monitor kapal,gadis genit itu hanya mendiamkan diri memerhatikan mereka.
"Mengantuk..."
======================
Alright guys
Today update
I hope you guys satisfied for a while
Apocalypse adalah main villain?
No.. No.. Ni cuma teaser je
Bila dia keluar tu rahsia lah
Hehehe
Itu jelah
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top