Chapter 26 : Battle in Forest


Aizman dan Maya memandang sekeliling kawasan,Zainol menarik sedikit pedang dan Farzana membetulkan sarung tangannya. Putra pula kakinya mula bersinar bara api,Naomi pula hanya berdiri biasa sahaja.

Zahir pula dengan muka tidak berperasaan,menghela nafas pendek dan wap dingin keluar dari dalam mulutnya.

Mereka kini dikepung oleh Bio-Crusher,malahan lebih teruk apabila makhluk aneh yang banyak mengepung mereka semua.

"Aku tiada kena-mengena dengan mereka.." ujar Maya memandang ke arah Radzen.

Aizman hanya menjeling ke arah Maya,Radzen yang ditenung tajam oleh Maya hanya memberikan senyuman sinis.

"Kau juga mencari kunci itu.. Jadi sudah tentu ada kena - mengena.." ujar Radzen.

"Apa? Bagaimana..?" soal Maya.

"Aku tahu? Hmm.. Aku orang yang sentiasa alert.. Siapa kau sebenarnya? Kenapa data kau tidak ada dalam maklumat aku?" Radzenm menyoal tersenyum dan Maya hanya menghela nafas pendek.

TUSSH!!

KRAANG!!

Nicole menepis panahan Maya dengan pantas,Aizman agak terkejut kerana panahan Maya amat pantas dan tidak sedar bila dia lakukan.

"Jangan harap kau dapat maklumat aku.." Maya berkata dengan renungan tajam.

"Uuu.. Takutnya.." kata Radzen melakukan provokasi.

"Apa yang kau nak lakukan?" soal Aizman dan Radzen mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Tengoklah.. Dua Bio-Tamer di hadapan aku.. Acah hero untuk selamatkan dunia.. Hahaha.." Radzen berkata dengan sinis dan senyuman terukir.

"Apa yang kau dapat dari melepaskan Dark-Bio itu semua?" soal Aizman dan Radzen merenungnya.

"Manusia akan ketakutan.. Hidup bersembunyi.. Apa salah mereka semua?!" kata Aizman meninggikan suaranya.

"Bio-Wild menghancurkan hidup aku.. Jangan cakap kau faham aku,jangan nak bersyarah!" ujar Radzen membidas.

"Memang aku tak faham sebab kau tak nak bagi faham!" Aizman pula membidas.

"Diam! Hmph!" Radzen memetik jarinya.

Makhluk seruan berwajah aneh mula meluru ke arah mereka,Aizman segera bersiap-sedia dan melompat meluru ke arah Radzen.

KRAANG!!!

"Kau nak lari mana sial?!" Aizman menyoal seiring menyerang,Radzen menahan dengan pedangnya.

"Radzen!" Eric ingin membantu namun dinding ais menghalang.

KTANG!!!

Eric terkejut serangan Zainol yang mengejut,nasib baiklah dia sempat menahan.

"Lawan kau adalah aku.." Zainol menetak dan ditahan kemas Eric.

"Dah bosan hidup? Aku akan tamatkan nyawa kau.." Eric berkata dengan muka yang bengis.

"Oh? Yakinnya kau mampu membunuh aku?" balas Zainol bersahaja.

Nicole pula berbalas renungan ke arah Maya,dia segera menarik cemetinya dan terus dihayunkan ke arah Maya.

Namun Farzana muncul dan menepis dengan tiba-tiba,Nicole mendecih merenung Farzana yang memusingkan senjata.

"Hanya pisau? Kau fikir dapat lawan aku dengan pisau sekecil itu?" soal Nicole sinis dan Farzana tersenyum sahaja.

"Apa yang lucu sangat?" soal Nicole.

"Jangan tengok pada saiz.. Tengok pada skill.." ujar Farzana.

Nicole mengetap gigi dan urat kemarahan mula timbul,pada bahagian dahinya dan cemeti miliknya mula bersinar.

"Fine.. I'll kill both of you!!"

"No.. No.. Your opponent is only me..."

KTANG!!!

"Get lost you bitch!"

"Language!"

Pada masa yang sama Aizman dan Radzen bertempur,Aizman menghayunkan cakarannya dan Radzen menangkis mudah.

"Apa yang kau buat di sini? Apa tujuan kau?" soal Aizman.

"Aku rasa kau pun dah tahu tujuan aku bukan?.." soal Radzen tersengih.

"Kau fikir aku akan biarkan?"

"Siapa tahu? Kita tengoklah nanti.."

"Nanti? Kau ingat aku akan duduk diam sahaja?!!"

"Kau fikir mampu halang aku?"

KRAANG!!

Cakaran kuku menghasilkan efek kuasa ais,Radzen sedar senjatanya sedikit membeku.

"Menarik.. Nampaknya kau ada senjata lain.." Radzen berkata dengan senyuman sinis.

"Mereka bukan senjata.. Mereka adalah teman aku!" ujar Aizman menyerang dengan kuasa ais.

KRAKKK..!!

"Heh.. Nafikan selagi boleh.. Tapi Bio-Wild tidak lebih dari sebagai senjata hidup.. Mereka wujud hanya memberikan kesengsaraan.." balas Radzen menangkis serangan Aizman.

"Apa kau cakap?! Mereka adalah teman manusia..! Dark-Bio berjaya dikurung dari jasa mereka juga!" Aizman membidas.

"Jadi beritahu aku,dari mana datangnya Dark-Bio?" soal Radzen dan Aizman tersentak.

Apa yang dikatakan oleh Radzen sedikit sebanyak,ada betulnya dan Aizman terdiam sejenak. Radzen mengambil kesempatan menyerang hendap,Aizman tersentak dan tidak sempat berbuat apa-apa.

KRAANG!!

Maya menahan serangan Radzen,Aizman dan Radzen terkejut dengan tindakan Maya.

"Awak?" soal Aizman.

"Sekarang kita dah seri,Hmph!!.." ujar Maya dan menolak Radzen ke belakang.

"Heh.. Tambah sorang tidak memberikan kelebihan.." Radzen berkata sinis.

Aizman terus menyahaktifkan kuasa gabungan,seekor beruang putih muncul di sebelahnya.

"Shiro.. Bantu yang lain hapuskan makhluk tu semua!" arah Aizman dan Shiro si beruang kutub mengangguk faham.

"Heh.. Kau fikir aku akan biarkan?" soal Radzen sebaik Shiro mula melangkah,dia sudah berada di atas Shiro.

Aizman hanya tersengih dan Radzen terkejut,sebelum menahan satu serangan dan menyebabkan dia terpelanting ke belakang.

Maya terkejut melihat serigala zirah di hadapannya,Aizman pula mendekati Bio-Wild tersebut.

"Garou! Right on time.. Alright.. Bio-Fuse!!"

Maya hanya terkedu melihat keadaan tersebut,Aizman kini lengkap berzirah pada tangan kiri dan kanan. Pedang jenis katana di tangan kanan,kaki Aizman kedua-duanya juga bersarung zirah sehingga ke lutut manakala di bahagian dada serta bahu Aizman juga kemas disarung zirah.

"Alright... Fusing completed..!" ujar Aizman.

Radzen bangkit dan tersentak apabila Aizman,sudah berada di hadapannya dalam keadaan ingin menetaknya.

"Apa?" soal Radzen.

"Pantas.." ujar Maya.

KTANG..!!!

KTANG..!!!

Aizman dan Radzen berlaga senjata masing-masing,Maya hanya memerhatikan dari jauh. Dia kehairanan kerana kali pertama bertembung,pemuda itu didesak mudah oleh Maya.

Tetapi,kenapa kali ini Maya melihat Aizman jauh lebih hebat?

Putra melompat dan mengangkat kakinya tinggi ke udara,api marak terhasil pada kakinya dan terus dijunamkan ke bawah ke arah puluhan makhluk aneh.

BOOMM!!!

KLONG!!

Naomi pula dengan muka mengantuknya,mengangkat senjatanya dan menembak makhluk-makhluk yang diseru oleh Bio-Crusher.

TRRR..!!!!

TRRR...!!!!!

BOOMM..!!!

"Not bad sleepyhead.." ujar Putra mendarat di sebelahnya.

"Zzz..."

"Oi bangun!!"

Salah satu makhluk muncul dengan tiba-tiba di hadapan mereka,Putra terkejut dan Naomi membuka matanya lalu menghalakan senjata minigun miliknya.

TRR..!!

TRR..!!!

BUSSHH!!

Makhluk tersebut terus hancur seperti debu,Putra hanya mampu tergamam sahaja dan memandang ke arah Naomi yang membuat simbol keamanan.

"Cih.. Budak ni..Putra menahan geram.

TANG!!

BOOMM!!

Zainol dan Farzana bertempur dengan Eric dan Nicole,mereka bukan calang-calang hebatnya.

"Kau boleh tahan juga hebatnya.." ujar Eric sinis dan Zainol mendecih.

"Mati je lah!!" Nicole mula berang dan melibas cemeti secara membabi buta.

ZRASSH!!

ZRASSH!!

ZRASSH!!

Serangan Nicole menyebabkan Zainol terpaksa berundur,Eric pula sempat berundur dan Farzana tercampak sebelum disambut oleh Zainol.

Zahir meluncur selamba ke arah Nicole,tangannya dihayunkan dan serangan dingin berlaku.

"Blizzard Waves.."

"Huh?" Nicole terkejut menoleh ke arah Zahir.

ZWOOSSH..!!!

KRAKKK..! KRAKKK!!

KRAANG..!!!

Serangan bagaikan ombak ais membekukan seluruh kawasan,Eric sempat menyelamatkan Nicole dari terbeku.

"Mereka berjaya selamatkan diri..!" Zainol berkata dan ingin mara.

ROOAAARR...!!!!

Namun ngauman haiwan buas yang kuat,membuatkan semua terhenti dan Aizman menoleh ke satu arah serentak bersama Maya. Radzen juga sama dan tersentak,seekor Bio-Wild yang dilihat oleh Aizman dan Maya sebentar tadi berada di hadapan mereka.

Bio-Wild tersebut bersinar dan matanya menyala,Aizman mula sedar dan menarik lengan Maya.

"Apa awak nak buat?! Lepaslah!"

"Ikut je kalau tak nak mati!!"

Radzen hanya mendecih memerhatikan dua orang itu beredar meninggalkannya,dia memandang ke arah Bio-Wild tadi. Lantas ngauman dan serangan,dilepaskan dan ia bukan serangan tunggal.

Tetapi serangan berganda dengan kuasa yang amat kuat,Radzen mengetap gigi dan mengarahkan Eric serta Nicole berundur dengan segera.

TUSSH!! TUSSH!!

ZUUUMMM!!

ZWOOSSH!!!

ZWIIINGG!!

BOOMM..!!

BOOMM..!!!

BOOMM..!!!!

Aizman dan Maya berlari mengelakkan serangan buta dari Bio-Wild harimau,Putra juga berlari dengan mengendong Naomi dan berjaya sampai ke bunker ais. Zahir menghasilkan bunker dari ais,Zainol dan Farzana menjerit.

"CEPAT!! SINI!!"

Aizman berlari dengan pantas dan nafasnya mula berat,dia mengetap gigi dan melihat Maya seperti semakin perlahan pergerakan. Lantas dia merentap lengan gadis tersebut,Maya terkejut sebelum dia dicampakkan oleh Aizman sehingga melambung dan disambut oleh papan gelunsur yang dihasilkan Zahir sehingga termasuk ke dalam bunker ais.

Aizman tersengih dan terus terjatuh,tenaganya sudah sampai ke limitnya. Dia terkial-kial bangun,Zainol menjerit memberi amaran.

"AIZMAN!! JAGA-JAGA!!"

"Huh?" Aizman menoleh ke belakang,matanya terbeliak melihat satu pancaran cahaya meluru ke arahnya.

BOOMM!!

=====================

Hellooo guys!

Apa terjadi?

Selamat tak agak-agak hero kita?

Kena tunggu la sambungan akan datang

Tak tahu la bila

Hehehe..

Komen dan vote

Komen mintak update faham² aku balas apa ye

That's all

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top