Chapter 24 : Investigate Begin
Aizman dan yang lain berhenti di sebuah kafe,perut pula masing-masing sudah lapar berbunyi. Mereka asalnya serba salah nak masuk,sebab mereka belum tukar duit matawang di situ.
Namun nasib Aizman baik kerana ada kedai pertukaran wang berhampiran,Zainol dan Putra menyandar pada dinding menahan lapar. Zahir hanya tenang dan memerhatikan keadaan sekeliling,Aizman pula kembali muncul.
"Siap.. Jom makan.. Kita punya matawang boleh tahan tinggi.." ujar Aizman tersengih.
Aizman,Zainol,Putra dan Zahir menjamah makanan sebaik dihidangkan. Zainol dan Putra makan dengan lahap,lain pula Aizman dan Zahir yang makan secara sopan.
"Hey guys.. Makan perlahan-lahan.. Tak lari makanan tu.." ujar Aizman.
"Hohhi der.. Hahar.. (sorry der... Lapar...)" ujar Putra dengan mulut yang penuh,hodoh jadi mukanya dan Aizman menyumbat lagi dengan peha ayam kerana geram.
"Lapar eh.. Makan ni.. Makan.." kata Aizman geram.
"Hoi..! Henrhihan.. Terchekih mahghi aghu! (Hoi..! Hentikan.. Tercekik mati aku!)" ujar Putra.
"Memang itu niat aku.." kata Aizman tersenyum jahat.
"Apa rancangan kau?" soal Zainol dan Aizman menoleh ke arahnya.
"Apa maksud kau?" Aizman menyoal semula.
"Bio-Wild Harimau tu.. Kau nak buat apa?" soalan Zainol buatkan Aizman terdiam.
Aizman mengingati semula apa yang berlaku semasa dia dan yang lain,bertembung dengan Bio-Wild harimau tersebut.
Bio-Wild Harimau tadi berbalas tenungan mata dengan Aizman.
Agak lama berbalas tenungan sebelum Bio-Wild itu,berundur dan terus menghilangkan diri.
Aizman dan rakannya yang lain terpinga-pinga,melihat apa yang berlaku tadi. Bukankah tadi adalah Bio-Wild?
Bio-Wild harimau?
Aizman ingin melangkah masuk ke dalam,tetapi seseorang menghalang dengan tiba-tiba.
"Nanti..!"
"Aizman?" soal Zahir dan Aizman tersentak kembali ke ingatan sekarang.
"Bagaimana kita nak masuk ke hutan tu..? Pengawal hutan tadi tak benarkan kita masuk ke dalam hutan..." Zainol berkata risau.
Sebelum sempat Aizman cuba melangkah masuk,pengawal negara Beastkin menghalang tindakan Aizman dan yang lain.
"Bukan tak bagi.. Cuma perlu ada wakil dari Beastkin.. Mengiringi kita.." ujar Aizman.
"Ya.. Lagipun tak pergi cari pun takpe kot.." Putra pula mencelah.
"Maksud kau?" soal Zainol.
"Yeah.. Kita cuma nak cari serpihan kunci tu bukan? Jadi menangkap Bio-Wild bukanlah priority utama kita.." jelas Putra.
Kata-kata Putra ada benarnya kerana matlamat utama mereka bukan menangkap Bio-Wild.
"Memang betul.. Tapi kita perlukan bantuan yang kuat untuk membantu menangani ancaman musuh.. Kau fikir musuh tu lemah?" jelas Aizman.
"Kau cakap macam dah jumpa musuh kita.." ujar Putra.
"Kalau aku tak jumpa.. Aku tak cerita la sengal.." balas Aizman.
Putra menoleh terus ke arah Aizman yang membuat muka menyampah,Zainol menongkat pipi dan Zahir pula sekadar menghirup air coffee latte.
"Nampaknya kita kena minta pertolongan putera juga.." keluh Aizman.
😭🤣😂😜🤔
"Hmm cari seseorang untuk penunjuk arah.. Asalkan dia adalah bangsa Beast .." ujar Ikhwan sebaik dijelaskan oleh Aizman.
"Bagaimana tuan? Boleh bantu kami?" soal Aizman sambil ditemani yang lain.
"Tiada masalah.. Kau siap sedia je.. Nanti aku hubungi kamu semua.."
Monitor memaparkan wajah Ikhwan,terus terpadam sebaik Ikhwan tamatkan talian. Aizman terkebil-kebil sahaja dan memandang ke arah lain,dia tidak tahu apa yang putera itu mahu rancangkan.
Tidak lama lepas itu,Ikhwan kembali berada di dalam talian. Wajahnya sentiasa tersenyum dan Aizman segera mendekati monitor,Farzana,Zainol dan Putra menyusul. Zahir dan Naomi buat tidak peduli,si gadis terlena dan Zahir sekadar membaca novel.
"Okay..sudah selesai.. Korang boleh masuk hutan itu tanpa perlukan penunjuk arah.." jelas Ikhwan tersenyum.
Aizman dan yang lain berbalas pandangan,tidak faham dengan maksud Ikhwan.
"Err.. Apa maksud tuan?" soal Farzana pula.
"Korang semua dah boleh masuk ke hutan tadi.. Tanpa perlukan penunjuk arah.. Faham?"
"Tuan tidak bergurau..?" Aizman agak kurang yakin.
"Kau persoalkan aku?" nada Ikhwan berubah tegas.
"Tidak tuan! Kami menurut arahan!" jawab mereka serentak dan Ikhwan ketawa sahaja.
"Bagus.. Jadi korang boleh teruskan usaha murni korang tu.. Apa-apa hubungi aku.." ujar Ikhwan dan talian dimatikan.
Ikhwan sekadar ketawa kecil,dia diperhatikan oleh Farhan yang ada duduk di hadapan mejanya.
"Kau ni kalau tak ugut tak boleh ke?" soal Farhan menggelengkan kepala.
"Apa? Aku cakap betul kan? Kira untung Beastkin mampu bergerak bebas tanpa ditangkap oleh pemburu bangsa jarang.. Semua sebab Beastkin ada sekutu dengan kita.. Apa salahnya mereka berikan kelonggaran pada askar kita masuk atas urusan kerja.." jelas Ikhwan panjang lebar.
"Yalah tapi boleh je bincang elok-elok.." kata Farhan menongkat pipi.
"Berbincang?" soal Ikhwan nada berubah.
Farhan terdiam mendengar nada Ikhwan berubah,mati la nak.
"Kau nampak aku berbincang elok-elok kan? Tapi raja mereka masih berdegil,keselamatan la apa la.. Kalau dia letak orang dia sebagai pengiring,Aizman dengan kawan dia kena lindungi dia.. Mereka ada misi dan jika ia gagal,kehancuran dunia bakal berlaku..!" jelas Ikhwan dan Farhan hanya mengangkat tangan.
"Okay..okay.. Aku faham.." ujar Farhan tidak mahu bertekak lagi,tidak akan menang punyalah kalau bertekak mulut dengan Ikhwan ni. Ada je jawapan lain.
Maya merenyukkan kertas bertulis alamat,dicampakkan dan ditembak hancur. Dia berada di tengah-tengah Sacred Forest,Maya berjaya menyelinap masuk tanpa disedari pengawal hutan itu.
Dia berjumpa dengan Aizman dan kawannya yang lain,jadi berpendapat kerana serpihan kunci kurungan yang lain ada berada di negara ini.
Tiba-tiba kedengaran bunyi ranting patah,Maya segera menoleh dan terkejut. Harimau Bio-Wild tadi berada di dalam pandangan matanya,Maya mendecih dan katana sudah berada di genggamannya.
"Kau akan jadi milik aku.." ujar Maya dan Bio-Wild Harimau terus menunjukkan muka yang bengis.
Maya terkejut dan Bio-Wild itu mengaum sekuat hati,auranya begitu kuat sehingga dirasai oleh Aizman dari jauh.
"Kenapa Aizman?" soal Farzana.
"Kita kena gerak sekarang.." jelas Aizman dan yang lain terkejut.
Maya hanya termengah-mengah dan Bio-Wild tersebut,sudah meninggalkan dia tanpa berbuat apa-apa. Aura Bio-Wild tersebut,begitu berbeza dan buatkan dia tidak mampu bergerak.
Bagaimana jika Bio-Wild itu menyerang dia? Adakah dia dapat bernafas?
Aizman memakai lengkap suit miliknya,disusuli Farzana dan Zainol. Putra pula sekadar memakai kasut khas,hanya ketika menjalankan misi. Zahir menarik muffler menutupi mulutnya,manakala Naomi err... Tidur?
"Zzz...." Naomi lena di atas kerusi pilot.
Zainol dan Putra berpandangan,takkan sepanjang chapter hanya tidur sahaja?
"Hey guys.. Kita gerak.. Aku rasa tak sedap hati ni.."
Aizman terus bergerak keluar sebaik berkata-kata,Farzana menyusul dari belakang. Putra,Zahir dan Zainol pula mengekorinya.
Seperti yang dikatakan oleh Ikhwan,mereka mendapat keizinan masuk ke dalam hutan tanpa ada halangan.
"Okay guys.. Kita akan berpecah.. Berkumpul ramai macam ni bukan tindakan yang bijak.. Aku akan bergerak dengan Putra,manakala Zainol,Farzana dan Zahir satu kumpulan.
"Ehhh.. Kenapa Farzana tidak sekumpulan dengan aku..?" Putra menyoal.
"Sebab aku tak percayakan kau..." ujar Aizman menarik kolar Putra dan pergi meninggalkan Zainol,Farzana dan Zahir.
"Sampai hati kau Aizman.." Putra berkata dengan air mata palsu mengalir.
"Ah.. Simpan je air mata palsu kau tu..playboy.."
"Aku bukan playboy okay! Aku lelaki yang cintakan perempuan dan tak setia je.."
======================
Kita bersambung dulu
Jangan marah ya..
Hahahah
Sila setia bersama aku
Jangan ada komen mintak update eh..
Tolong..
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top