Chapter 23 : Day Off
Aizman,Zainol,Putra dan Zahir terlopong melihat menara yang tinggi. Malahan tangganya pula gunakan secara manual,Aizman dan rakannya terkebil-kebil melihat tangga tersebut.
"Siapa yang gila naik menara guna tangga?" soal Putra dengan selamba,sebelum Aizman dan Zainol menekup mulutnya.
"Kau mulut tak ada insuran ke? Atau insuran mahal tahap dewa? Selamba badak kau je.. Badak pun macam kau.." Zainol berkata bengang.
"Badak? Hellooo.. Aku manusia berbadan slim okay.. Badak tu besar.. Lebih besar dari aku.." ujar Putra membidas.
"Setidak-tidaknya badak lebih obedient daripada kau.. Gatal!"
"Woo.. Kau nak main kasar huh?"
"Apa? Itu baru mukadimah.. Nak aku bagi lagi? Boleh.. Tak ada masalah punya.." ujar Zainol.
"Kau banyak cakap la.. Meh la kalau nak gaduh sangat!" Putra mengajuk.
"Anytime bro.. Aku sahut cabaran kau!" kata Zainol menarik pedangnya.
Putra dan Zainol berbalas renungan,seperti ada tembakan laser kilat bertembung. Aizman dan Zahir mengeluh,mereka berdua sudah hilang sabar dan Bio-Wild beruang kutub atau Shiro diseru. Putra dan Zainol kehairanan,sebelum dibekukan dek Aizman.
Maya berhenti di hadapan kota utama Beastkin,Leo City dan ia sempena raja pertama mereka iaitu pahlawan Singa. Maya turun dari motorsikal,lalu kenderaan tersebut berubah semula ke bentuk Bio-Wild.
"Good work Chalice.. You can rest for now.." ujar Maya tersenyum.
Chalice berubah menjadi cahaya dan meresap ke dalam tubuh Maya,dia melangkah masuk ke dalam kota Leo.
"Mungkin aku patut isi perut dahulu.." kata Maya sendirian.
Lokasi berubah di mana Farzana dan Naomi,di sebuah kedai butik fashion. Farzana mencuba pelbagai pakaian untuk Naomi,Maya pula kebetulan melalui berhampiran tetapi mereka tidak menyedari kehadiran masing-masing.
"Negara ini elok je menerima pelawat dari luar.. Kenapa kata kau tak suka?" soal Aizman.
"Aku tak minat tengok bangsa Hunimal ni lah.." jelas Zainol dengan nada perlahan.
"Sebab kukuh?" soal Aizman.
"Sebab mereka berbentuk manusia!" ujar Zainol dengan wajah yang serius.
Arkk...!
Arkk...!
Arkk.....!!
Aizman dan Putra terdiam kemudian mengetap gigi,lalu Aizman menumbuk dan Putra pula menyepak muka Zainol. Zahir hanya diam dan menjadi penonton sahaja lalu menghela nafas pendek.
"Hey korang buat apa ni?" soal dua orang Hunimal berseragam penguatkuasa.
"Alamak polis! Lari!!"
Zahir ditarik kolar dan sekelip mata mereka berempat,terus melarikan diri dan lesap dari pandangan.
Satu tempat yang agak jauh dan selamat,Aizman,Putra dan Zainol termengah-mengah kepenatan. Manakala Zahir hanya dengan muka tenang kerana dia diangkut oleh mereka bertiga ketika melarikan diri.
"Huff.. Huff.. Sial punya polis tiba-tiba je muncul.. Huff.. Huff.." ujar Zainol mengah.
"Salah kau la setan! Ha.. Ha.." kata Putra pula
"Apa pula salah aku sial?" soal Zainol tidak faham.
"Yang kau kata tak suka Hunimal sebab mereka bentuk manusia.. Memang camtu kot bangsa mereka!" Putra membidas.
"Tak habis lagi ke diorang ni?" soal Zahir.
"Memang macam tu perangai diorang.. Dari dulu sampai sekarang mana pernah ngam.." ujar Aizman menghela nafas pendek.
Aizman memegang kepalanya dan digaru,Zahir sekadar diam tidak berkata apa-apa. Aizman mengangkat kepalanya,mata dia memandang ke hadapan dan terkejut.
Maya yang sedang berjalan di kawasan berhampiran,dia dan Aizman terserempak. Zainol dan Putra bertelagah turut menyedari kehadiran gadis tersebut,Maya terus menarik sepucuk pistol dan diacukan ke arah Aizman.
"Woow!! Woo!! Nanti kejap! Apahal kau acu pistol ni?" soal Aizman terkejut.
"Berikan aku serpihan kunci.." kata Maya dan sebelum Aizman sempat menjawab.
"Hey.. Tolong simpan senjata kamu.. Sini kawasan larangan bersenjata.." sapa seseorang dan sebaik Maya menoleh.
Seorang pemuda berambut hitam pendek,bajunya dilipat sehingga bahu sedang bercekak pinggang.
"Kau pula siapa?" soal Maya.
"Aku? Penduduk di kawasan pekan ni.. Boleh tak kau simpan senjata? Nanti kau kena tahan penguatkuasa,jangan salahkan aku.." ujar pemuda itu.
"Penduduk tetap? Kau bukan Hunimal.. Kau cuba menipu aku?" soal Maya merenung tajam ke arahnya.
"Aku berkahwin dengan bangsa Hunimal.. Kenapa? Salah ke?" soal pemuda itu.
Aizman dan yang lain bergerak secara perlahan-lahan,Maya menyedari tindakan Aizman dan segera dia menarik picu.
"Jangan lari!! Atau aku tembak!!" Maya menjerit.
Bam!!
Bam!!
"Ha? 'atau aku tembak?' kau dah lakukannya!!"
Aizman dan rakannya yang lain,memecut menyelamatkan diri masing-masing. Maya cuba ingin menembak ke arah Aizman,namun Zahir menepis tembakan dengan kuasa ais miliknya.
Maya terkejut dengan tindakan Zahir,manakala Zahir hanya menghela nafas pendek lalu terus mengekori Aizman dengan yang lain.
"Miss! Tolong ikut kami!" ujar salah seorang penguatkuasa yang muncul sebaik Aizman hilang dari pandangan.
Maya mendecih dan pistol berubah semula menjadi Garren,lalu diseru Chalice dan berubah menjadi motorsikal. Maya segera memecut meninggalkan kawasan tersebut,penguatkuasa yang ada segera mengejarnya namun gagal.
Tidak lama lepas itu,Farzana dan Naomi baru tiba di kawasan tersebut. Farzana kehairanan dengan keadaan yang seperti huru-hara,Naomi pula dengan muka tahan mengantuk.
"Apa yang berlaku?"
Serina Dragneel berdiri tegak di atas menara,yang mana terletak di tengah-tengah bandar utama Beastkin nation. Dia melihat Aizman dan yang lain,bersembunyi manakala dia juga ternampak Maya yang sedang menunggang motorsikal berhampiran.
"Haih.. Aizman dan Maya.. Takdir mereka membawa bertemu dengan God Bio-Wild.. Seriously apa yang Ikhwan fikirkan?" soal Serina.
"Ikhwan tak fikirkan apa-apa.. Kau je yang kusut.." kata seorang gadis berambut hitam.
"Jadi kau tahu apa yang dia fikirkan?" soal Serina pada gadis berambut hitam itu.
"Aku hanya ikut arahan.. Motif dan tujuan? Aku tidak peduli.. Asalkan tidak menyusahkan aku.." kata gadis berambut hitam itu.
Serina hanya ketawa kecil sahaja,gadis berambut hitam atau namanya adalah Emma hanya menghela nafas pendek.
"Kita ditugaskan melindungi skuad Aizman.. Jadi buat sahaja.." ujar Emma dan Serina mengangkat tangan.
"Baik.. Baik.. Aku faham.." kata Serina.
Aizman pada masa itu,sedang berada di satu kawasan yang tertutup. Melepaskan mengah masing-masing,kecuali Zahir yang seakan tidak berlari.
"Bapak ah perempuan tadi.. Depan orang awam main angkat senjata.. Esok jadi bini orang,salah suami sikit terus terbang semua peluru bom bagai.." Putra berkata panjang.
"Kau diamlah.. Bising.. Aku tak nak dengar kau merepak.. Si kasanova.." kata Zainol duduk di atas lantai.
"Kau nak gaduh lagi?" soal Putra.
"Oi! Cukuplah.. Aku laga gak kepala korang berdua nanti.." Aizman berkata bengang.
Putra dan Zainol memandang ke tempat lain,Zahir pula yang menyaksikan keadaan itu hanya menghela nafas pendek. Aizman memerhatikan kedua-dua rakannya,dia hanya mampi menggelengkan kepala sahaja.
Pada masa itu dia mendengar bunyi seperti eraman seekor harimau,Aizman sedar dia dan yang lain berada di sempadan kota serta kawasan hutan. Aizman berjalan menghampiri sempadan hutan itu,Zainol mengekorinya dari belakang disusuli yang lain.
"Ada yang tidak kena?" soal Zainol dan Aizman memintanya senyap.
Saat Aizman hampir ingin melangkah masuk ke dalam hutan,seekor haiwan dengan tiba-tiba mendarat betul-betul di hadapannya serta berada di sempadan hutan tersebut.
Tindakan haiwan itu buatkan Aizman terkejut,Zainol dan Putra serta Zahir segera bersiap-sedia. Aizman terkejut sekali lagi kerana dia menyedari,haiwan itu bukan haiwan biasa.
"It's a Bio-Wild.. Tiger type.." jelas Aizman dan semua terkejut.
==========================
Hellooo guys
Apa khabar semua
Lama pulak aku tak usik Bio-Tamer,maklumlah sibukkan projek crossover Hahaha
Berikan komen yang berguna dan vote,bukan komen minta update ya
Itu je lah
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top