Chapter 22 : Beastkin Nation


Aizman memerhatikan skrin yang terpapar di hadapan matanya,lokasi di mana Bio-Wild tanpa tuan berada. Malahan juga klu kepada mencari serpihan kunci kurungan Dark-Bio,Aizman menoleh ke sebelah. Garou memerhatikan dia tanpa berbuat apa-apa,Bio-Wild serigala duduk diam sahaja.

"Garou.. Siapa kau sebenarnya? Bagaimana kau ada access untuk semua lokasi Bio-Wild ini?" soal Aizman dan Garou hanya diam sahaja.

"Yeah bagus.. Bio-Wild tak boleh bercakap.. Aku ni pun satu hal.. Haih.." Aizman mengomel sendirian.

Aizman teringat semula semasa dia dan Maya,bertemu dan dia tertanya-tanya siapakah gadis itu sebenarnya?

"Aku harap semuanya berjalan lancar.." ujar Aizman menyandar pada kerusi.

Tetapi dia tersentak apabila mengingati bertempur dengan Maya,jika masa itu dia tidak bernasib baik sudah pasti Maya berjaya menamatkan riwayatnya.

"Aku kena mahirkan seni berpedang aku..." kata Aizman sendirian.

"Kapal ni canggih.. Ada tak agak-agak macam bilik latihan?"

Aizman berjalan keluar dari biliknya,dia ditemani Garou di sisi. Aizman berjalan sehingga di bahagian dek luar,kapal Trinity terbang di udara dengan mode auto-pilot.

Aizman meletakkan tangannya pada palang,dia memerhatikan keadaan awan yang gelap. Dia memeriksa sesuatu pada jam pintar,cuaca bakal hujan dalam beberapa minit lagi.

"Hey.. Kau termenung ni kenapa?" soal Zainol muncul dengan tiba-tiba.

"Hush! Kau buat aku terkejut je la.." ujar Aizman sambil mengurut dadanya.

"Maaflah.. Aku tak sengaja.. Ha, kau fikir apa?" soal Zainol.

"Aku fikirkan perempuan yang inginkan serpihan kunci tu..." jelas Aizman dan Zainol tersengih.

"Are? Kau jatuh cinta ke?Ayark!!" soal Zainol sinis sebelum Aizman jentik dahinya.

"Kau tak fikir benda macam tu.. Tak boleh ke?" soal Aizman geram melihat Zainol yang mencangkung,sambil menekup dahi dengan kedua-dua tapak tangannya.

"Aduuuh.. Aku gurau je pun salah.." ujar Zainol.

"Gurau bertempat, boleh? Aku serius ni.. Dia memberi ancaman pada kita.." jelas Aizman dan Zainol terus bangun.

"Kau pasti ke dia musuh?" soal Zainol dan Aizman hanya mendiamkan diri.

"Kenapa kau tanya macam tu? Atau kau yang sudah jatuh cinta?" bidas Aizman dan Zainol membuat muka blur.

"Kau last kena libas pedang aku bila?" soal Zainol bengang.

"Ehh?? Cakap macam kau sorang je ada pedang..." bidas Aizman tersenyum gembira.

Suasana menjadi tegang dengan dua sahabat,berbalas renungan dengan tenungan mata tajam.

"Oi.." sapa seseorang dan mereka berdua menoleh lalu terkejut.

Farzana mengacukan kedua-dua mereka,dengan dua pucuk revolver hitam. Farzana dengan renungan dingin,dia sudah siap-siap jarinya di picu kedua-dua pucuk pistol miliknya.

"FARZANA?!" Aizman dan Zainol tergamam dengan tindakan Farzana.

"Nak berlawan? Boleh aku join? Ha,apa lagi..? Lawan la.. Senang aku bedil dua-dua.." ujar Farzana dengan muka yang ceria.

"Err..." Aizman hilang kata-kata.

"Farzana? Kata-kata kau tak sama dengan air muka kau.." ujar Zainol menelan air liur.

Farzana tersenyum mendengar kata-kata Zainol,dia tidak peduli dengan apa yang dikatakan oleh Zainol lalu menarik picu revolver.

"Ok! I'm out!" Aizman mengangkat kedua tangannya dan Farzana mengangguk lalu memandang Zainol.

"Same here..." ujar Zainol selepas mengeluh nafas berat.

Aizman mendengar loceng isyarat dari smartwatch miliknya,dia menekan dan skrin visual terpaksa menunjukkan peta lalu Aizman tersenyum.

"Guys..we got a lead.." ujar Aizman.

Zainol dan Farzana serentak memandang ke arahnya,Naomi yang sedang tidur di atas kerusi pilot tersedar. Dia memandang ke kiri dan ke kanan,kemudian kembali tidur. Serius la,takkan tidur je kerja dia?

"Ada bacaan kuasa yang kuat di dalam isyarat,malah ia sama bacaan dengan serpihan kunci yang kita perolehi tempoh hari.." jelas Aizman.

"Jadi di mana bacaan itu dikesan?" soal Putra dan Aizman tersengih.

"Kalau aku beritahu.. Mesti korang tak suka.." ujar Aizman.

"Beritahu sajalah.." kata Farzana,Putra dan Zainol serentak.

"Beastkin Nation.." jawab Aizman dan semua terkejut.

Farzana,Putra dan Zainol mengeluh sahaja. Aizman hanya tersenyum kelat,melihat reaksi tiga sahabatnya.

Pada masa yang sama,Maya memberhentikan motorsikal di sempadan sebuah negara. Maya membaca tulisan pada papan tanda,nafas dihelakan dan Maya kembali meneruskan perjalanan.

BEASTKIN BORDER

Tulisan pada papan tanda berbunyi,apakah Bio-Wild yang bakal mereka temui. Adakah mereka akan menjumpai benda yang dicari?

Sekeping gambar menunjukkan imej misteri,ia menunjukkan seperti bentuk seekor harimau putih dengan mata bersinar merah. Ikhwan memegang sekeping gambar tersebut,ia adalah kiriman daripada Aliff dan Ikhwan memusingkan bahagian belakang gambar itu.

Seperti tuanku arahkan,kami berjaya menemui Bio-Wild tersebut. Tetapi ia amat agresif dan minta tolong pesan pada mereka,sila berhati-hati ketika bertemu dengannya.

Ikhwan sekadar tersenyum sahaja,kemudian dia memandang ke arah Luqman dan Aminudden duduk di hadapannya melakukan kerja-kerja semakan data.

"Rasanya tak perlu pesan.. Aku pasti Aizman dan yang lain mampu tanganinya.. Hehehe.." ujar Ikhwan ketawa kecil dan gelagat dia diperhatikan oleh dua beradik itu penuh hairan.

"Am.. Uncle kita kenapa?" soal Luqman.

"Jangan tanya.. Salah jawab dia dengar mati aku dan kau.." ujar Aminudden tanpa emosi.

Trinity Armada mula berlabuh di dek khas,negara Beastkin dan negara Beastkin ini adalah negara ramai menerima pelancong. Tidak lupa bangunan kedutaan Mentari turut bertapak,untuk memberi kemudahan bagi rakyat negara Mentari.

"Sekarang kita dah sampai.." ujar Aizman dan yang lain tergamam melihat suasana di situ.

Naomi dipegang oleh Farzana,Aizman meminta Farzana beli pakaian untuk Naomi. Ia sebenarnya arahan Ikhwan,sebab Naomi hanya ada beberapa helai pakaian sahaja.

"Cat girl! Comel!!"

"Putra.."

"Dada besar!!"

"Putra.."

"Seksi siol!"

"PUTRA!!"

PAKK!!

Putra terus tercampak berpusing sebelum jatuh,lalu membuatkan orang sekeliling terkebil-kebil melihat keadaan tersebut termasuk beastkin yang ada. Aizman,Zainol dan Zahir,hanya mampu terkedu dan memandang ke arah Farzana iaitu si pelaku tamparan ke muka Putra.

"Ada tak kena?" soal Farzana dan tiga pemuda itu terus menggelengkan kepala.

"Sudahlah.. Mari Naomi kita cari baju sesuai untuk awak.." ujar Farzana.

"Tapi saya nak tidur je.." kata Naomi tidak rela.

"Ia arahan putera bongsu.." jelas Farzana dan Naomi hanya menurut sahaja.

Aizman,Zainol dan Zahir hanya memerhatikan dua orang gadis itu beredar. Mereka menoleh ke arah Putra yang terbaring dan mereka memejamkan mata.

"Rest in Peace brother.." ujar mereka bertiga serentak.

"AKU HIDUP LAGI OKAY?!"

=========================

Hey guys

Apa khabar semua?

Harap sihat la ye hendaknya

Ini untuk korang

Aku malas nak taip panjang²

Masih santai lagi

Hehe..

Komen dan vote

Jangan minta update cepat dah la

Itu je lah

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top