Chapter 2 : Bio-Tamer


Aizman dibawa ke hospital kerana tidak sedarkan diri,Leefa menyusul dari belakang. Ayah Aizman iaitu Hufaz Al'Faruz turut sama berada menemaninya,doktor hospital utama Mentari bandar Hijau iaitu Nurul Al'Rashed memeriksa keadaan Aizman.

"Apa yang berlaku Leefa?" soal Hufaz.

"Saya tak tahu.. Dengar-dengar sahaja Aizman dah dibawa ke hospital.." jelas Leefa.

"Ibu kamu dah hubungi?" soal Hufaz.

"Engage..." jawab Leefa pendek dan Hufaz jelas menunjukkan rasa kecewa.

"Dia terlalu sibuk kerja.. Menurun pada Aizman.." ujar Hufaz mengeluh dan tidak lama seorang remaja muncul dalam keadaan cemas.

"Ayah! Kakak! Dengar abang masuk wad!?" soal remaja itu termengah-mengah dan jelas dia berlari.

"Shafieq.. Perlahan sikit,hospital ni.." ujar Leefa.

"Maaf! Abang macam mana?" soal Shafieq Hazieq Al'Hufaz,adik kepada Leefa dan Aizman.

Hufaz dan Leefa tidak menjawab tetapi memandang ke arah satu bilik,Shafieq menoleh dan terkejut. Aizman baru selesai diperiksa oleh Nurul,tidak lama Ikhwan muncul bersama Farhan.

"Ikhwan!" Hufaz terkejut.

"Yo bang Hufaz.. Aku datang nak tengok anak kau.." jelas Ikhwan bersalaman dengan Hufaz,tidak lama Nurul keluar.

"Doktor! Bagaimana keadaan abang saya?!" soal Shafieq cemas.

"Bawa bertenang.." ujar Hufaz mengetuk kepala anaknya.

"Jadi bagaimana keadaan dia?" soal Leefa.

"Tiada yang serius.. Mungkin dia penat bekerja.. Dia patut berehat dengan secukupnya..." Nurul memberi penjelasan.

"Terima kasih doktor..." Hufaz menunduk hormat.

"Janganlah begitu.. Ini sudah memang tugas saya..." ujar Nurul dan menjeling ke arah Ikhwan serta Farhan,Hufaz dan dua lagi anaknya segera masuk selepas dibenarkan oleh Nurul.

"Kamu berdua..ada benda nak dikatakan..." ujar Nurul menghampiri Ikhwan dan Farhan.

Ikhwan dan Farhan berpandangan,kemudian pergi mengekori doktor tersebut. Hufaz hanya memerhatikan mereka pergi,kemudian melangkah masuk ke dalam bilik wad.

Pandangan mata yang gelap mulai terang,Aizman terkebil-kebil kerana tempat yang dia ada bukanlah makmal. Tetapi hospital dan menyedari ayah serta adik beradiknya,ada bersama sekali.

"Ayah? Akak? Shafieq?" soal Aizman agak bingung.

"Syukur kamu dah bangun..." ujar Hufaz tersenyum.

"Ya betul tu.. Shafieq risau tahu?" soal Shafieq dan Aizman tersenyum kelat.

"Maafkan risaukan kamu..." kata Aizman mengusap kepala adiknya.

"Ayah... Kenapa saya ada di hospital?" soal Aizman.

"Kamu pengsan masa di tempat tugas.. Nasib baik professor Evangeline ada masa tu..." ujar Leefa memberi jawapan dan Aizman mengangguk faham kemudian memerhatikan mereka bertiga.

"Ibu...?" soal Aizman dan mereka bertiga.

"Kenapa abang sibuk tanya ibu? Dia tak jawab panggilan,dia fikir kerja sahaja.." Shafieq menjawab.

"Shafieq.. Tak elok kata macam tu.." ujar Hufaz lembut.

"Apa tak betul kata Shafieq? Ayah,akak dengan saya.. Cuba hubungi sekalipun ibu,dia tak nak jawab...!" kata Shafieq menahan geram.

"Tak apa.. Ibu sibuk,janganlah benci dia.." ujar Aizman senyum pahit.

Shafieq dan Hufaz serta Leefa hanya mendiamkan diri,melihat Aizman yang tersenyum pahit. Pada masa yang sama Ikhwan dan Farhan,melangkah masuk ke dalam bilik kerja Nurul. Ikhwan dan Farhan duduk selepas Nurul mempelawa mereka duduk,Nurul pula mengambil tempat duduknya.

"Boleh tahan selesa gak pejabat kau eh.. Air-conditioning pun terbaik..." ujar Ikhwan mengangguk puas hati.

"Hentikan sarcasm kau tu Wan.. Aku tahu ia tak macam pejabat kau..." Nurul berkata bengang.

"Nurul.. Nurul.. Aku puji ikhlas kau macam ni,kecik hati aku..." ujar Ikhwan menggelengkan kepala.

"Cukuplah... Aku baru periksa pesakit tadi,si Aizman.. Aku ada jumpa simbol ni pada tangan kanan dia.." ujar Nurul mengeluarkan smartphone dan menunjukkan gambar yang ada di dalamnya.

"Simbol Bio-Tamer..." ujar Ikhwan dengan muka berkerut.

"Bio-Tamer?" soal Farhan

"Ya.. Puak yang bersahabat dengan Bio-Wild,binatang separuh mekanikal untuk mempertahankan dari pihak jahat.." jelas Ikhwan dan Farhan mengerutkan dahi.

"Tapi dari gaya kau.. Seolah seperti tidak percaya..." ujar Farhan.

"Sebab puak ni sepatutnya sudah lama tiada... Sebab Bio-Wild sudah lama tidur selepas perang melawan Dark-Bio..." jelas Ikhwan lagi dan Nurul serta Farhan agak terkejut.

"Bio-Wild.. cybernetics animal?" soal Farhan dan Ikhwan mengangguk.

"Jika kau nak tahu.. Ia ada dalam makmal di mana Eva berada.." jelas Ikhwan.

Ikhwan membawa Farhan ke makmal yang dimaksudkan,Eva sudah lama menunggu dan bersamanya ialah Khaisa. Ikhwan dan Farhan sempat berbual,kepala Khaisa diusap lembut oleh Ikhwan. Eva membawa mereka bertiga di mana haiwan cybernetics itu berada,akhirnya mereka tiba di tempat yang dituju.

"Senior.. Saya persembahkan.. Bio-Wild yang misteri..." ujar Eva tersenyum.

Ikhwan memeriksa keadaan Bio-Wild tersebut,Farhan pula membaca fail tesis laporan yang ada di dalam komputer. Khaisa tergamam melihat Bio-Wild yang sedang terlena,bagaikan ada aura misteri.

"Siapa yang in charge research ni?" soal Ikhwan.

"Aizman sendiri yang mengkaji benda ni.." jelas Eva.

Ikhwan sekadar mengangguk sahaja kemudian merapati balang gergasi,dia merapatkan tapak tangannya pada balang kaca. Eva ingin bersuara namun Farhan menyuruhnya senyap sebentar,Ikhwan memejamkan mata dan menumpukan kuasanya.

Ikhwan mula menyusup masuk ke dalam pemikiran Bio-Wild tersebut,visi yang jelas mula dimainkan dan ia adalah memori lampau Bio-Wild. Haiwan cybernetics berjuang melawan kuasa jahat,mulanya sukar dan berakhir dengan pengorbanan Bio-Wild. Memori tamat dan Ikhwan kembali membuka matanya,dia berundur ke belakang.

"Dark-Bio?" soal Ikhwan.

"Apa yang kau kata?" soal Farhan mendengar Ikhwan berkata sendirian.

Ikhwan menggelengkan kepala dan segera beredar,Farhan menyusul dari belakang sambil menyoal Ikhwan.

Aizman yang ditemani kakaknya,hanya memandang ke luar tingkap. Leefa mengupas kulit buah pear,sambil bernyanyi irama muzik. Aizman mendiamkan diri kemudian memerhatikan keadaan tangannya,simbol kuno terlukis di atas telapak tangan dia.

Tolong bangkit..

Kami perlukan bantuan kamu..

Dark-Bio akan kembali bangkit..

Aizman mendengar suara halus itu sebelum dia pengsan,dirinya tertanya-tanya milik siapa suara tersebut?

Tiga susuk tubuh yang berada di runtuhan Sacred Place,berada tidak jauh dari wad Aizman berada. Memerhatikan Aizman dari jauh,senyuman sinis terukir dari salah seorang misteri itu.

"Dia ke?" soal salah seorang rakannya.

"Ya.. Generasi Bio-Tamer... Kita kena hapuskan dia.. Kalau tak rancangan kita akan gagal..." jelas orang tersenyum sinis dan rakannya,hanya mengangguk dan seorang lagi sekadar mendiamkan diri.

"Ayuh.. Kita mulakan..." ujar pemuda di tengah.

"Kamu okay Aizman?" soal Leefa menyedari sikap adiknya seperti sedang kesusahan.

"Ya.. Saya okay..." ujar Aizman tersenyum.

"Mana la tahu ibu tiada melawat.. Kakak ingat kamu merajuk.." kata Leefa tersengih.

"Haha.. Mana ada.." saat Aizman berkata sedemikian,seseorang berkerudung muncul di luar tingkap ingin memecah masuk.

"AIZMAN BAHAYA!!" Leefa memberi amaran kerana dia telah nampak terlebih dahulu.

"Huh?" soal Aizman kehairanan dan menoleh ke luar tingkap.

KRAANG!!!

BRAAM!!!

Letupan kuat berlaku dan menyebabkan dua beradik itu tercampak,Nurul yang berada berhampiran turut terjatuh dek gegaran dari letupan itu. Dia segera mengambil smartphone,mendail satu nombor.

"IKHWAN MASALAH!!"

Aizman dalam keadaan pening,bangun dengan susah payahnya. Leefa pula dibantunya bangun,dia memandang ke hadapan dan terkejut. Seorang misteri berkerudung berdiri di hadapannya,Aizman segera memapah kakaknya yang sudah tidak sedarkan diri keluar bilik wad.

"Aku kena keluar dari sini!!" kata Aizman dan jantungnya berdegup laju.

Aizman sempat menyerahkan kakaknya pada jururawat,sebelum berlari keluar dan orang berkerudung mengejarnya. Dia harus keluar dari hospital,jika tidak akan banyak nyawa terkorban.

Saat dia keluar dari pintu utama hospital,dia menyedari sesuatu dan menahan satu serangan. Aizman tercampak merempuh pagar,dia dengan segera kembali bangkit. Dia mendongak dan tiga orang berkerudung,berdiri tegak merenungnya dan Aizman sedar itu adalah renungan ingin membunuh.

"Hey kamu okay?" soal kesatria berhampiran.

"Bagi senjata kamu!" Aizman menjerit dan kesatria itu kehairanan,salah seorang berkerudung menyerang ke arah Aizman.

"CEPAT!!" Jerkah Aizman dan kesatria itu mencampakkan senjatanya.

Aizman menyambut dan menahan serangan orang berkerudung,serangan tersebut membuatkan Aizman menyeret jauh.

"Urghhh.... Siapa korang hah??!" soal Aizman memegang erat senjatanya.

Salah seorang muncul dari belakang,Aizman mengetap gigi dan berpusing ke tepi. Orang berkerudung kedua serangannya,hampir mengenai tubuhnya namun Aizman sempat elak. Dia memerhatikan dua orang berkerudung,dan memandang ke arah seorang lagi yang tidak berbuat apa-apa.

Aizman termengah-mengah dan keadaan dia tidak mungkin mampu menumpaskan dua orang di hadapannya,malahan dia sudah lama tidak berlatih bertarung. Dua orang berkerudung itu meluru ke arahnya dengan laju,Aizman mengetap gigi dan menangkis selagi boleh.

Pergerakan mereka berdua amat lincah dan menyukarkan Aizman,untuk serang balas dan saat Aizman hilang fokus senjatanya sudah terlepas dari pegangan tangannya.

"Shit... Erghh!!" Aizman mengelak serangan demi serangan,seorang lagi menujah tendangan ke perutnya.

Aizman bergolek ke belakang dan menahan sakit,mulutnya berdarah dan termengah-mengah. Peluh membasahi muka dan tubuhnya,seorang lagi yang berkerudung hanya tersenyum sahaja.

"Aku akan mati ke?" soal Aizman menahans sakit dan dua orang berkerudung sudah hampir ke arahnya lalu ingin menamatkan nyawa dia.

Kamu pasti ke terima kematian dengan mudah?

Aizman tersentak dan kepalanya berdenyut,corak simbol pada telapak tangan dia bersinar.

"Siapa kau?..." ujar Aizman memegang kepalanya.

Jawab soalan aku,kamu ingin terus hidup?

"Apa?" soal Aizman menyedari masa bagaikan berhenti,dua orang berkerudung itu tidak bergerak.

Adakah kamu sanggup terima kematian dengan mudah? Tanpa perlu bergelut mempertahankannya?

"SUDAH PASTI AKU TIDAK AKAN TERIMA!!" jerit Aizman dan corak simbol pada telapak tangannya bersinar lebih terang.

Pada masa yang sama juga,balang gergasi di makmal di mana Eva berada. Susuk haiwan yang sedang tidur,bersinar dan Eva tergamam kemudian terus lenyap.

Sekelip mata sinaran yang terang benderang,muncul umpama tiang cahaya di hadapan Aizman. Sehingga membuatkan dua orang berkerudung itu tercampak semula ke belakang.

Aizman tergamam dan seekor serigala berzirah,berada di hadapannya dan lelaki berkerudung yang satu lagi terkejut. Aizman menghalakan tangannya ke arah kepala serigala,malah serigala itu seperti mengizinkannya.

"Bio - Fusion..."

Sebaik sahaja bersentuhan dengan serta-merta,cahaya yang amat terang terhasil dan Aizman muncul semula dalam keadaan memegang sebilah pedang jenis katana. Malah tangannya dilengkapi zirah dan kepala serigala di bahunya.

"Sial!" kata lelaki berkerudung dan Aizman agak terkejut,kuasa yang dia miliki bukan sembarangan.

Ikhwan yang baru tiba bersama Farhan,menyaksikan keadaan itu dengan tersengih.

"Bio-Tamer has reborn..."














==============================

Yes!

Chapter kedua berjalan lancar

Teruskan sokongan kamu semua

Excited ke?

Relax dulu

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top