Chapter 19 : Normal Day & Lost


Putra menghirup kopi krim di sebuah kafe,kemudian dia mendongak ke arah papan tanda kafe.

ARJUMA CAFÉ

"Sini pun ada cawangan.. Hmm." ujar Putra mengingati dia sempat berkunjung ke kafe yang dimaksudkan.

"Sini rupanya orangnya.." satu suara menegur.

Putra menoleh dan Aizman berdiri,di hadapannya sambil tersenyum kelat. Putra sekadar memandang Aizman,tidak lama lepas itu dia menghelakan nafas pendek.

"Kau nak tercegat kat situ je ke?" soal Putra.

Aizman sedikit terkejut kemudian tersengih,dia menghampiri dan duduk di hadapan Putra. Aizman menoleh ke arah papan tanda kafe,dia tersengih sahaja dan tidak lama seorang pelayan datang ke meja.

"Yes sir.. Can I take your order?" soal pelayan perempuan itu tersenyum.

"Coffee latte please.." jawab Aizman membalas senyuman pelayan perempuan itu.

Pelayan tersebut hanya sekadar mengangguk,tablet dipegang erat dan dia beredar. Putra menghirup air kopi,kemudian helaan nafas dilepaskan.

"Kau cari aku sampai sini?" soal Putra kerana kafe ini terletak di hampir di hujung kota.

"Ya.. Lagipun aku dah lama tak bersenam..." jelas Aizman kerana dia menggunakan 'laluan udara' bagi mudah mencari Putra.

Putra hanya tersengih sahaja dan meraup mukanya,Aizman hanya membalas dengan senyuman terukir.

"Hey Putra.." ujar Aizman.

"Ya?" Putra memandang Aizman.

Terbit niat di hati Aizman ingin bertanyakan sesuatu,namun dia tersenyum dan Putra kehairanan. Aizman menggelengkan kepala dan seorang pelayan tiba serta menghidangkan secawan kopi yang dipesan,cawan dicapai dan dihirup lalu menghela nafas pendek.

"Kopi yang lazat.. Terima kasih.." ujar Aizman sendirian.

"Kau nak tanya apa?" soal Putra ingin tahu.

"Tak apa.. Bila masanya kau akan ceritakannya sendiri.. Aku tidak mahu paksa.." jelas Aizman dan Putra hanya mendiamkan diri.

"Terima kasih kerana faham.." ujar Putra mengingati seseorang,matanya dipejam dan Aizman hanya menoleh ke arah lain.

"Aku minta diri dulu.." Aizman berkata dengan tiba-tiba,dia segera bangun dari kerusi.

Aizman meletakkan satu keping not duit,cukup sekali dengan Putra lalu beredar sambil dia melambai tangan dari belakang kemudian hilang di keramaian manusia.

Putra sekadar tersenyum sahaja,dia memandang ke arah sekeliling. Cawan berisi kopi dihirup,kemudian helaan nafas dilepaskan.

"Lazat..."

Maya berjalan sambil matanya meliar,memerhatikan keadaan sekeliling dan setiap seorang demi seorang orang awam dia perhatikan. Dia cuba mencari Bio-Tamer sepertinya,namun apa tujuannya?

Aizman pula berjalan sambil bersiul,dia mendengar lagu di earphone yang disumbat dalam telinga. Namun Maya tidak dapat mengesan,ini kerana orang awan yang berada di situ menjadi 'tembok' menghalang Maya mengesan dia.

"Tiada di sini.." ujar Maya dan beredar.

"Aku patut beli sesuatu balik ke kapal.." kata Aizman sendirian.

Aizman menekan jam pintar miliknya,mencari idea untuk makanan apa sesuai dibeli. Dia menoleh ke belakang,Aizman terkedu apabila melihat satu cahaya di keramaian orang itu. Cahaya yang hanya Bio-Tamer sahaja lihat,cahaya berwarna biru keputihan.

"Bio-Tamer selain aku..." ujar Aizman terkedu.

Aizman terkejut apabila telefon pintarnya,berdering dan dia segera beredar sambil menjawab panggilan telefon.

"Aizman,kau di mana?" suara Farzana menyoal kedengaran.

"Bandar.. Aku nak cari makanan.. Kau rasa apa yang sesuai?" soal Aizman dan Farzana berfikir.

"Hmm.. Tadi kau jakun tengok sate kan? Beli la sate.. Hmm dalam 300 ke 400 cucuk? Boleh bagi engineer kita sekali.." jelas Farzana dan Aizman memejamkan mata,kemudian dibuka semula.

"Yess.. Nice idea,by the way.. Call that Zainol.. 400 cucuk bukan sikit! Minta dia datang cari aku.." kata Aizman dan Farzana hanya ketawa kecil.

"Ha.. Yelah.. Yelah.. Aku akan beritahu dia nanti.. Kau pergi la buat pesanan..." ujar Farzana kemudian dia mematikan talian.

Zahir berada di kawasan yang agak asing,dia memandang ke kiri dan kanan. Papan tanda di sebelahnya,ianya bertulis dan berbunyi.

Sempadan Winter/Volcano

"Hmm... Aku rasa.. Aku sesat.." ujar Zahir.

Namun dengan tiba-tiba ada sekumpulan orang misteri muncul,malah mengepung dia dan Zahir memerhatikan keadaan.

"Apa hal pula ni?" soal Zahir.

Sekumpulan orang misteri itu mengeluarkan senjata,lalu meluru ke arah Zahir dengan pantas. Namun Zahir hanya dengan pandangan kosong,dia menurunkan penutup mulut dan sekelip mata letusan bongkahan ais berlaku.

Aizman hanya menoleh ke arah langit,dia terasa seperti lupa seseorang dan hanya meneruskan langkah berlalu pergi.

Zahir menghela nafas pendek dan wap dingin keluar dari dalam mulutnya,orang-orang yang menyerang dia dibekukan tanpa belas kasihan.

"Kau salah orang nak cari pasal.." ujar Zahir berlalu pergi.

Seseorang bersembunyi di sebalik pokok,memerhatikan Zahir beredar dan melihat ais yang membekukan sekumpulan manusia.

"Kuasa yang menakutkan.." ujar seorang wanita berambut blonde.

Serina Dragneel tersenyum,dia teringat keadaan tadi semasa melihat Zahir dikepung. Niat di hati ingin membantu,tetapi dia membatalkan sebaik Zahir bertindak membekukan musuh begitu sahaja.

Zahir berjalan memenuhi terhenti,kepala digaru dan memandang ke kiri dan ke kanan.

"Arah mana?"

"HERE SATAY!!" Aizman berkata sambil tersengih.

"Terima kasih.. Boss! Mari makan,kami belanja.." ujar Farzana dan Zainol hanya menghela nafas pendek,dia turut membantu mengangkat sate yang dibungkus.

"Terima kasih missy.." Azaman berkata sambil tersengih.

"Putra mana?" soal Zainol.

"Dia kat dalam kota.." jelas Aizman dan Zainol hanya mengangguk sahaja.

"Zahir?" soal Zainol lagi.

Aizman memandang ke arah sekeliling,kelibat Zahir tidak kelihatan dan dia menekup mukanya.

"Mana pulak dia pergi.." ujar Aizman mengeluh.

"Dia ada guna smartphone? Kau cuba hubungi dia?" cadang Zainol dan Aizman memetik jari mendengarnya.

Aizman segera mengeluarkan smartphone miliknya,namun dia terdiam sambil diperhatikan Zainol diiringi bunyi cengkerik.

Kriik..kriikk...

"Apahal?" soal Zainol.

"Aku lupa nak tanya nombor dia.." ujar Aizman dan Zainol pula menekup mukanya.

"Parah.."


=======================

Kita santai dulu

Aku dalam keadaan slump ni,writer block dan unblock.

Tukar-tukar mood

Aku akan sambung ikut kesenangan aku

Jangan desak aku update cepat ya

Itu je

Komen pandangan dan vote okay

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top