Chapter 18 : This Feeling


Garou berbalas renungan dengan Sped manakala Jaw,terapung mundar-mandir dan Shiro duduk diam. Aizman memerhatikan keempat-empat Bio-Wild yang dia sudah ada.

"Sekarang dah ada 4..apa tujuan utama kita mengembara ni?" soal Putra.

"Mencari serpihan kunci kurungan Dark-Bio.. Mencegah pembangkitan mereka.." jawab Aizman.

"Jadi sekarang ni mana pula destinasi seterusnya?" soal Zainol dan Zahir hanya mendiamkan diri.

"Chill la.. Sementara kita ada di negara Winter.. Kita pusing la dulu.." Putra berkata tersenyum.

"Apa maksud kau?" soal Aizman kehairanan.

"Negara Winter terkenal dengan air batu campur serta rasa yang unik.. Aku nak cuba.." ujar Putra menggayakan finger gun,sambil mengenyitkan mata kirinya.

Aizman memegang kepalanya,dia menghela nafas pendek. Aizman beredar dan Garou mengekorinya disusuli Sped,Jaw dan Shiro juga sama mengekori dari belakang.

Putra kehairanan dengan reaksi Aizman,kepala yang tidak gatal digaru. Putra memandang Farzana dan Zainol,mereka berdua mengeluh sahaja kemudian beredar.

"Apa salah aku?" soal Putra dan memandang ke arah Zahir.

Reaksi Zahir juga sama melepaskan keluhan,kemudian segera beredar dari situ. Putra terkebil-kebil melihat keadaan tadi,dia mengetap gigi geram.

"Sekali lagi,apa salah aku?!!" Putra menyoal.

Langkah terhenti dan Maya mendongak,dia sudah tiba di sempadan negara Winter. Maya menoleh ke arah tiga ekor Hound Dog,dia berkata sesuatu dan tiga ekor anjing hitam berubah menjadi sfera hitam lalu masuk meresap ke dalam tubuh Maya.

"Baiklah.." Maya melangkah masuk ke dalam negara Winter.

Maya melakukan beberapa pemeriksaan,sebaik semuanya selesai barulah Maya dibenarkan memasuki negara itu. Maya berjalan ke tempat tersembunyi,kemudian dia memeriksa jika ada orang di sekitar kawasan

Sebaik yakin tiada orang yang berada berhampiran,Maya menarik nafas kemudian dihelakan.

"Chalice.." Maya berkata dengan wajah yang tenang.

"Bio-Changed,Motorcycles.."

Maya terus menunggang motorsikal tersebut,eksoz berderam kuat dan Maya memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

VROOM..!!!

Aizman menaip sesuatu di papan kekunci,dia hanya fokus pada skrin sahaja. Naomi pula tidur di tempat pilot,Zainol tertanya-tanya bagaimana Naomi tidur di mana sahaja tanpa fikirkan selesa atau tak?

Zahir pula tiada bersama mereka,mencari maklumat seperti yang diarahkan oleh Aizman. Dia berdiri di atas bangunan yang tinggi,Zahir menghela nafas dan wap keluar dari dalam mulutnya.

Anak matanya yang redup memerhatikan orang awam di Winter,menjalankan aktiviti harian dan dia menghelakan nafas sekali lagi lalu melompat dari atas bangunan.

Zahir menghasilkan sliding dari kuasa ais miliknya,dia terus meluncur dan turun ke bawah. Sebaik dia menjejakkan kaki ke tanah,sliding ais terus hancur dan lenyap.

VROOM!!

Zahir terkejut melihat sebuah motorsikal yang laju,sedang meluru ke arahnya dan merempuh Zahir. Namun bukan Zahir yang dirempuh,tetapi imej klon ais Zahir.

Penunggang motorsikal itu segera menekan brek,lalu menyebabkan menyeret sedikit dan terhenti. Penunggang itu menoleh ke belakang,tiada sesiapa dan identiti penunggang itu ialah Maya.

Melihat apa yang berlaku tadi hanya membuatkan Maya,hanya mengeluh sahaja dan di atas dahan pokok. Zahir berdiri sambil tangannya pula menyentuh batang pokok,dia hanya memerhatikan gadis itu mencari-cari kelibatnya.

Zahir menghela nafas pendek lalu berpaling,dia terus hilang dalam sekelip mata. Maya pasti tiada sesiapa di situ,lantas menekan gear dan kluc dilepaskan lalu kembali memecut.

Putra duduk bertenggek di palang luar kapal,nafasnya dihelakan dan mengeluarkan sesuatu berbentuk pen kecil. Putra memasukkan hujung pen ke dalam mulut,tidak lama wap keluar dari dalam mulutnya.

"Oi jangan hisap rokok kat kapal aku.." Aizman menyergah.

"Chill.. It's just vape.. Vape on.." jelas Putra tersengih.

"Vape pula? Kau dah berhenti merokok?" soal Aizman.

"Masih lagi.. Tapi dah kurang..." Putra menjawab sambil tersenyum.

"Dah kurang huh? Betul ke?" soal Aizman.

"Terpulang kalau kau nak percaya.." ujar Putra.

Aizman hanya ketawa sahaja melihat reaksi rakannya,Putra memandang ke hadapan dan Aizman mendiamkan diri.

"Hey Putra.. Bagaimana keadaan ad..." Aizman ingin memulakan topik,namun Putra sudah memintas.

"Ha... Aku mengantuk pula.. Aku nak jalan-jalan ambil angin! Bye!" ujar Putra dan terus melompat turun dari ats kapal yang tinggi itu.

Putra terus berjalan tenang memasuki kota negara Winter,Aizman hanya mampu tercengang sahaja kerana Putra seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang ditanyakan oleh Aizman.

"Kau kenapa? Duk lama tercegat di sini?" soal Zainol dengan tiba-tiba.

"Hey Zainol.. Aku tanya sesuatu boleh?" soal Aizman.

"Boleh kot.. Tengok gaya soalan macam mana.." ujar Zainol sambil menyengetkan kepala.

"Putra ada adik perempuan kan?" soal Aizman dan Zainol kehairanan.

"Adik perempuan?"

Pada masa yang sama,di negara Mentari iaitu dalam pejabat di mana Ikhwan biasa melakukan tugasan kerja. Ikhwan sedang duduk di hadapan monitor komputer,di skrin visual ada biodata milik Putra.

"Tak sangka di sebalik perangai kasanova dia,ada rahsia sebegini besar..." Ikhwan berkata dengan tersenyum.

Maya memperlahankan kelajuan saat tiba di kota negara Winter,dia menukar gear membelok masuk dan berhenti di satu tempat yang agak kurang kunjungan orang awam.

Motorsikal bersinar dan kembali meresap ke dalam tubuhnya,Maya memejamkan matanya dan menghela nafas pendek. Rambutnya disisirkan dan mendongak ke atas langit,Aizman dan Maya tersentak serentak.

Maya hampir jatuh namun sempat memaut pada dinding,begitu juga Aizman yang melutut sebelah kakinya dan memegang dada.

"Aizman! Kau okay?" soal Zainol risau dan Aizman mengangguk sahaja.

"Kenapa kau?" soal Zainol lagi.

"Aku terasa daya kuasa seseorang..." jelas Aizman dan Zainol kehairanan.

"Daya kuasa seseorang?" Zainol tidak faham.

"Perasaan ini.." ujar Maya menyandar pada dinding.

"Apabila dua Bio-Tamer berada di tempat yang sama.. Inilah yang kami akan rasai.." jelas Aizman dan Zainol terkejut.

"Takkanlah.." ujar Zainol dan Aizman tersengih.

"Ya.. Betul dugaan kau.." kata Aizman menghela nafas pendek.

"Ada Bio-Tamer selain aku di kota ini..." ujar Maya mengepalkan penumbuknya.

"Ada Bio-Tamer lain di kota ini.." Aizman berkata sambil tersengih.

Aizman menghela nafas dan Maya dengan tenungan menakutkan,adakah tujuan mereka sama ataupun Maya mempunyai matlamat yang berbeza?

"Aku tak sabar nak berjumpa dengan Bio-Tamer ini.." ujar Aizman dan Maya serentak,serta berlainan reaksi iaitu Aizman tersenyum dan Maya dengan muka yang serius.

Tetapi tanpa Maya sedar,kehidupan dia akan berubah jika mereka bertemu.

========================

Adakah Aizman dan Maya akan bertemu

Siapakah Maya?

Musuh?

Sekutu?

Sama-sama kita tunggu untuk cerita sambungannya.

Sabar menunggu okay?

Jangan komen minta update cepat dah la

Komen pandangan dan perasaan ketika membaca takpe,serta tidak lupa jangan lupa tekan butang vote

That's it

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top