Chapter 15 : Trouble & Soul-Ability


Putra berdiri di tengah-tengah terbaringnya pemuda - pemuda yang mencederakan kanak-kanak disebabkan baju kotor. Dia berhadapan dengan seorang lelaki berpakaian seragam tentera negara Winter,Rhian terkial-kial bangun dan Putra hanya mendiamkan diri.

"Siapa pula tu?" soal Zainol yang masih mendukung kanak-kanak tadi dan Zahir mengeluarkan telefon pintarnya,digodek beberapa kali dan menghela nafas pendek.

"Lelaki itu dikenali sebagai Lonnie Rhodes,juga berpangkat leftenan pertama dalam tentera negara Winter.." jelas Zahir dan Zainol kehairanan.

"Bagaimana kau ada maklumat tu?" soal Zainol.

"Ia rahsia.." jelas Zahir dengan muka tanpa perasaan.

Putra dan lelaki dikenali Lonnie,berbalas renungan dan orang awam berbisik antara satu sama lain.

"Kau siapa budak? Buat huru-hara di sini?" soal Lonnie.

"Aku cuma selamatkan seorang kanak-kanak dari dibunuh oleh binatang ni.." ujar Putra menuding jarinya ke arah Rhian.

"Betul ke?.." kata Lonnie dengan renungan tajam ke arah Rhian.

"Tak! Tak ada..! Mana ada! Dia serang kami dengan tiba-tiba!" ujar Rhian dan Putra agak terkejut.

Manakala orang awam yang tidak berani bersuara,Lonnie hanya menyilangkan tangan pada bahagian dada.

"Kau kata dia cuba serang kanak-kanak sebab kerana kotorkan baju dia?" soal Lonnie.

"Yeah.." ujar Putra.

"Mana buktinya..? Mana kanak-kanak tu?" soal Lonnie.

"Ada di sini.." Zainol mencelah dan melangkah ke arah mereka.

"Tuan boleh tengok keadaan anak kecil tu.. Tangannya hampir patah.." ujar Putra dengan merengus kemudiannya.

Lonnie memerhatikan Zainol dan Zahir,datang mendekati Putra dan memerhatikan kanak-kanak dalam dukungan Zainol. Rhian hanya merenung ke arah Putra,dia benar-benar bengang.

"Hey boss! Belasah je la mereka! Kau tahu hukuman menyentuh orang bangsawan bukan?!" ujar Rhian dan Lonnie sekadar menjeling ke arahnya.

Rhian tersentak dek jelingan Lonnie,dia terdiam dan tidak berani untuk berkata apa-apa.

"Apa kata kamu ikut kami ke tempat kami.. Kita boleh bincang sama-sama untuk selesai kan masalah..." jelas Lonnie memberikan cadangan.

"Budak ni dah selamat.. Aku rasa tiada benda untuk dibincangkan.." kata Putra.

"Ini untuk kebaikan kamu.. Jangan sampai kami tahan kamu semua.." Lonnie berkata sambil tangannya sudah di pemegang pedangnya.

Zainol jarinya pula sudah menolak sedikit pedang,Zahir menghela nafas dan wap dingin dihembus keluar dari mulutnya.

Orang ramai mula segera berundur,Lonnie memandang ke kiri dan ke  kanan. Nafas pendek dihelakan dan tidak meneruskan langkah,dia kini kembali ke pandangan normal.

"Maafkan aku.." ujar Lonnie menundukkan kepala.

"Ketua?!" Rhian tidak puas hati.

"Rhian.. Kau buat lagi masalah aku akan pastikan kau tidak akan terlepas.." Lonnie merenung tajam ke arah Rhian.

"Aku akan ingat perkara ni!!" Rhian terus berlari pergi dari situ.

"Mari adik.. Abang hantar adik balik.." ujar Putra dan kanak-kanak perempuan itu mengangguk sahaja.

Putra mendukung kanak-kanak perempuan itu berlalu pergi,Lonnie hanya memerhatikan sahaja dan melihat mereka berempat pergi. Pandangan matanya tertumpu pada satu simbol di belakang jaket Zainol,Lonnie tergamam.

"Nanti yang berpedang tu!" Lonnie memanggil dan langkah Zainol terhenti,Zahir dan Putra juga sama.

"Kau nak apa? Tak jadi nak lepaskan kami?" soal Zainol.

"Tidak.. Tidak.. Aku nak tanya mengenai lambang di belakang jaket kau tu.." jelas Lonnie

"Ya?" soal Zainol.

"Adakah ia lambang negara Mentari?" soal Lonnie.

"Jadi kenapa?" Zainol tidak faham maksud Lonnie.

"Jarang ada pelawat dari negara sana." jelas Lonnie.

"Jadi?" Zainol mula rasa tidak selesa.

"Siapa kamu semua..?" soal Lonnie dan tangannya menyentuh semula senjatanya.

**************************

Aizman mengurut dagunya memerhatikan sesuatu dengan serius dan Farzana,hanya sekadar menggelengkan kepala sahaja melihat Aizman memandang seorang lelaki sekitar usia 40-an membakar sate.

"Kau tak pernah jumpa sate ke pe?" soal Farzana.

"Lebih kurang la.. Aku mana pernah keluar dari negara Mentari.. Masa banyak terluang di makmal je.." jelas Aizman.

"Seriously? Apa kajian yang menarik sangatttttt tu?" soal Farzana sarcasm.

"Kau tahu Zana,mengenai alat teknologi kuno buatan saintis zaman dulu?" soal Aizman tidak termakan sarcasm Farzana.

"Alat teknologi kuno? Kenapa kau tanya?" soal Farzana.

"Aku mendapat data mengenai benda itu semasa melakukan kajian.. Katanya ada berkait rapat dengan Bio-Wild.." jelas Aizman dan Farzana kehairanan.

"Bio-Wild? Alat Kuno? Tak masuk akal.." ujar Farzana tidak dapat menerima masuk pemikiran Aizman.

"Kau pula yang serabut? Relax la Farzana.." Aizman berkata sambil menggelengkan kepala.

"Jadi apa perancangan kau lepas ni?" soal Farzana.

"Cari Bio-Wild,apa lagi?" jelas Aizman.

"Maksudnya di negara ni ada Bio-Wild gak?" soal Farzana dan Aizman mengangguk.

Aizman menekan jam pintar miliknya,kemudian dia tolak skrin ke arah Farzana. Satu gambar di skrin memaparkan imej kabur,imej beruang putih yang memakai zirah.

"Aizman..! Ini?!" soal Farzana dan Aizman tersenyum.

"Ya.. Bio-Wild beruang.. Beruang kutub.." jelas Aizman.

"Nak hubungi yang lain?" soal Farzana.

"Tolong hubungi kalau kau tak kisah.." ujar Aizman.

***************************

Zainol dan Lonnie berbalas tenungan,Zahir dan Putra pula mendiamkan diri. Suasana menjadi tegang dan Zainol pula mendecih,jaket yang dia pakai adalah pemberian Ikhwan untuk seragam skuad mereka.

"Kami semua dari negara Mentari.. Secara teknikalnya.." jelas Zainol.

"Oh.. Ya? Betul ke?" soal Lonnie tidak percayakan apa dikatakan oleh Zainol.

"Kau nak persoalkan identiti kami? Begitu?" Zainol membalas. .

"Sekarang ni ramai orang mengaku dari negara Mentari untuk mengambil kesempatan.." Lonnie berkata sinis dan Zainol mengetap gigi,Zahir kekal tidak memberi respon hanya sekadar mengeluh sahaja.

"Kau nak kata kami ni penyamar?" soal Zainol mula hilang sabar.

Lonnie tersenyum sinis dan ingin memberi jawapan,tetapi bunyi telefon membuatkan mereka terkejut. Zainol memeriksa dan ianya datang dari smartphone miliknya,ia tertera nama Farzana. Zainol menekan butang jawab sambil merenung Lonnie.

"Ya?" soal Zainol sebaik melekatkan skrin telefon pada telinganya.

"Zainol,kamu semua di mana? Berkumpul cepat.. Kita ada urusan penting ni.." suara Farzana kedengaran.

"Farzana? Dengar.. Kami tengah ada masalah ni.. Mungkin lambat sikit.." jelas Zainol dan Putra hanya mengeluh sahaja.

"Apa?! Masalah?! Putra pikat perempuan ke?!" Farzana menyoal dengan nada suara yang tinggi,Zainol sudah menjauhkan smartphone dari telinga.

Aizman mencuit bahu Farzana,dia ingin bercakap dengan Zainol. Farzana menyerahkan telefonnya pada Aizman,Zainol kembali mendekatkan semula smartphone miliknya pada telinga.

"Zainol? Masalah apa kau hadapi tu?" suara Aizman pula kali ini,Zainol menghela nafas lega.

"Begini Aizman.." Zainol mula memberikan penerangan.

Tidak lama lepas itu,Aizman mematikan talian dan mengeluh. Dia pulangkan semula smartphone milik Farzana,Aizman menghela nafas pendek.

"Aizman?" soal Farzana.

"Kita kena pergi ke tempat Zainol dan yang lain berada.." ujar Aizman.

Farzana mengangguk faham dan Aizman menumpukan perhatian,Farzana menyedari sesuatu dan Aizman mengaktifkan kuasanya.

Soul-Ability : Speed

"Farzana.. Maaf.." ujar Aizman melangkah ke belakang Farzana.

"Hah? Hey!!" Farzana terkejut apabila dia didukung dalam keadaan bridal-style.

"A-Aizman?! Apa awak buat ni?" soal Farzana.

"Tutup mulut awak rapat.. Kita akan pecut.." jelas Aizman.

Farzana tersengih kehairanan sebelum mereka terus lenyap dengan sekelip mata,Aizman berlari di kelajuan yang tinggi menggunakan kuasa Soul-Ability.

Soul-Ability adalah skill Bio-Tamer yang menggunakan kuasa abiliti Bio-Wild mereka.

Farzana terpaksa berpaut pada Aizman kerana kelajuan larian Aizman,Lonnie yang merenung Zainol merasai sesuatu dan satu benda yang laju melepasi dia serta berhenti di hadapan Zainol.

Putra dan Zainol tergamam kerana melihat Aizman,yang mendukung Farzana dengan keadaan tubuhnya seperti berasap.

"Aizman?"

=========================

Hellooo guys

What's up?

Apa pendapat kamu sepanjang penceritaan,adakah ia menarik minat kamu semua?

Harap kekal berikan sokongan

Komen minta update akan aku balas dengan sebulan sekali update.

Tak kira main-main komen,aku akan buat.

That's it

Comments your opinion and vote

Adeu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top