Chapter 14 : Putra in Action


Winter Nation,negara yang diselaputi salji. Satu-satunya negara yang mempunyai satu musim sahaja,iaitu musim salji dan kadang-kala ribut salji begitu lama sehingga seminggu ke dua minggu. Juga antara sebab negara ini,diberi nama Winter.

Putra memeluk tubuh menggigil,kerana suhu ketika adalah 2°celcius. Jika ke negatif zero maka negara Winter terpaksa mengaktifkan heater gergasi di dalam kota,Putra menghela nafas dan wap tebal keluar dari mulutnya.

"Sejukkkkk.. Brrr.." kata Putra.

"Kau melebih la.." Zainol menegur dengan muka kosong.

"Diamlah..lain la kau kulit biawak.." kata Putra menjeling ke arah Zainol.

"Kau nak kena pancung ke?" soal Zainol.

"Nak gaduh ke? Boleh panaskan badan.." kata Putra sinis.

"Ehem.." Farzana berdehem dan dua orang itu menoleh.

Sekelip mata kepala mereka sudah timbul benjol,Zainol dan Putra mencangkung sambil memegang kepala masing-masing. Aizman dan Zahir hanya memerhatikan sahaja,Aizman menggelengkan kepala dan menghela nafas pendek.

"Tak faham bahasa ke? Aizman dah pesan jangan buat masalah!" ujar Farzana mengepalkan penumbuknya.

"Ya boss.. Pasti tak apa kami tinggalkan kejap?" soal Aizman pada Azaman dalam talian.

"Jangan risau.. Kami ada. Kami lebih berpengalaman.." ujar Azaman menaikkan ibu jarinya.

"Baiklah.. Kalau begitu.. Jam 5 nanti saya akan pulang semula.. Apa-apa masalah terus hubungi saya ya boss?" jelas Aizman.

"Wokey-dokey!" balas Azaman.

Aizman menghela nafas pendek dan menggeliat,kemudian dia mendongak dan tersenyum.

"Alright guys.. Let's take a tour.." ujar Aizman.

"Okay!" jawab yang lain serentak.

Aizman dan Farzana dalam satu kumpulan,Zainol pula dengan Zahir dan Putra awal-awal sudah pergi terlebih dahulu.

Teknologi di negara Winter agak maju,kerana di dalam kota tidak terasa sangat kesejukan di luar. Pusat pelabuhan kapal terletak di luar kota,tidak kira darat atau lautan.

Selain itu air di perairan tidak membeku,terima kasih pada kuasa magis yang diaktifkan untuk mengelakkan air di laut membeku. Memberi kemudahan pada kapal yang berlayar ke negara mereka,tetapi mereka tidak mempunyai kuasa magis yang kuat untuk hasilkan pemanas di seluruh negara.

"Kalau tidak silap,negara ni ada sekutu dengan Mentari kan?" soal Farzana dan Aizman memeriksa fail sejarah.

"Ya.. Negara Mentari dikatakan pernah bantu mereka menangani masalah Tidak lama lepas itu mereka menandatangani perjanjian persekutuan.. Negara Winter menjadi sekutu baru bagi negara Mentari.." Aizman membaca sejarah dengan tekun,Farzana menghela nafas pendek.

Zainol dan Zahir memerhatikan keadaan kesibukan di kota negara Winter,melihat beberapa kanak-kanak yang sedang berkejaran riang. Mereka ketika itu sedang duduk di sebuah gerai,dua gelas air teh susu dan kopi di atas meja.

"Nampak seperti negara yang aman tanpa masalah.." Zainol berkata dengan tersenyum dan Zahir hanya mendiamkan diri.

"Apa pendapat kau? Aku dengar kau jenis merantau solo sebelum ni?" soal Zainol dan Zahir langsung tidak terkejut kerana dia pasti Ikhwan yang memberitahu mengenainya.

"Aku merantau hanya mencari barang berharga.." jelas Zahir.

"Barang berharga?" soal Zainol.

"Seperti relic rahsia.. Terdapat jutaan relic yang berselerak di dunia Mithgar.. Hanya tunggu untuk kita datang cari.." kata Zahir sambil menghirup teh susu.

"Jadi kau dapat cari semua?" soal Zainol.

"Jika aku tidak tersekat dengan korang.. Mungkin ya.." kata Zahir menghela nafas pendek dan Zainol tersengih lalu ketawa kecil.

"Jangan la macam tu.. Mungkin masa pengembaraan bersama kau dapat cari relic yang kau maksudkan.." ujar Zainol.

Saat Zahir ingin membalas kata-kata Zainol,kedengaran suara kanak-kanak menjerit dan kedengaran suara kanak-kanak menjerit. Zainol dan Zahir menoleh,mereka terkejut melihat kanak-kanak tadi salah seorangnya tangan dicengkam oleh seorang pemuda.

"Budak tak guna! Kau kotorkan baju aku!!" kata pemuda itu dan beberapa orang bersama pemuda itu,dipercayai teman pemuda tersebut.

"Tuan tolonglah.. Mereka budak-budak,tidak tahu apa-apa.." seorang wanita merayu.

"Diam! Baju berjenama aku dah kotor! Kau ingat senang nak bersihkan?!" jerkah pemuda itu mencengkam lengan kanak-kanak itu,tindakan pemuda itu membuatkan kanak-kanak itu menangis kesakitan.

"Budak bodoh! Diamlah!!" pemuda tersebut menampar kanak-kanak itu,jatuh bergolek kanak-kanak itu dibuatnya.

Kanak-kanak hanya mampu terbaring menangis,wanita tadi ingin menghalang namun ditahan rakan-rakan pemuda itu.

"Mungkin nyawa kau je gantinya.." ujar pemuda itu tersengih.

Orang ramai yang ada tidak berani membantu,Zainol ingin melangkah untuk membantu namun dihalang Zahir.

"Kau nak buat apa?" soal Zahir.

"Kanak-kanak tu nak dibunuh! Kau nak biarkan?!" Zainol.

"Ini bukan masalah kita.. Lebih jangan masuk campur.." kata-kata Zahir buatkan Zainol terkejut.

"Jadi kau tak kisah ada orang mati di hadapan kita?" soal Zainol dan Zahir diam sahaja lantas Zainol mencekak muffler Zahir.

Pemuda itu mencengkam kepala kanak-kanak itu,pisau ditarik dari pinggangnya dan kanak-kanak lain mula menangis.

"Mampuslah!" pemuda itu menghayunkan pisau.

DUSH!!!

Pipi pemuda itu dihinggapi tapak kaki,lantas tercampak berpusing dan merempuh ke timbunan sampah. Zainol dan Zahir terkejut,malah lebih terkejut kerana si pelaku dikenali oleh mereka.

"Putra?!" soal Zainol.

Putra berdiri tegak dan memandang ke bawah,dia melihat kanak-kanak itu menangis dan melihat kesan lebam pada tubuh badan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu didukung dan dipujuk Putra,kepala kanak-kanak diusap lembut.

"Okay.. Okay.. Semua dah okay.. Jangan risau.. Abang dah pukul orang jahat tu.. Jangan menangis lagi.." pujuk Putra.

"Kau!" rakan pemuda tadi menjerkah menuding jari ke arah Putra.

"Aku kenapa?" soal Putra dengan muka selamba.

"Berani kau serang Rhian?! Kau tahu kami siapa?" soal rakan pemuda bernama Rhian.

"Tak.." jawab Putra pendek masih mengusap kepala kanak-kanak itu.

"Sial!!" pemuda bernama Rhian bangkit dari bungkusan sampah,dia merenung ke arah Putra.

"Kau hidup lagi.." kata Putra tersengih.

"Kau yang sepak aku?" soal Rhian.

"Entah? Siapa yang sepak dia eh?" soal Putra dan orang ramai terkejut dengan reaksinya.

"Dia memang tak tahu siapa tuan Rhian ke?"

"Habislah.. Dia sekali akan mati.."

"Baik kau lari!"

"DIAM!!" Putra menengking dan semua terdiam,termasuk Rhian dan rakan-rakannya.

Zainol hanya mendiamkan diri,dia memandang ke arah orang ramai dan mendecih. Zahir sekadar merenung Putra,dia memandang dengan pandangan yang dingin.

"Kanak-kanak dah nak dibunuh depan mata,tapi semua tahu tengok je.. Buta ke patung korang semua?!" herdik Putra dengan muka yang bengis.

"Hanya sebabkan baju kau yang kononnya berjenama,kotor dan kau mahu bunuh seorang kanak-kanak yang kecil?" soal Putra merenung ke arah Rhian.

"Ia mahal tahu tak?!" ujar Rhian tidak mahu mengalah.

"Berapa riban?" soal Putra dan Rhian terkejut.

"Berapa riban?" soal Putra lagi dengan muka meluat.

Rhian terdiam dan semua yang menjadi penonton,tidak berani bersuara dan Putra hanya tersengih.

"Kerana kau orang kaya.. Orang bangsawan.. Tidak bermakna kau boleh ambil nyawa orang lain.. Kerana baju? Heh.. Aku fikirkan bangsawan ni berfikiran waras.. Tapi sayang mereka hanyalah manusia berfikiran cetek je.." ujar Putra tersengih sahaja,Rhian mula mengetap gigi berang dek hinaan Putra.

"Bunuh dia!!" Rhian menjerit dan rakan-rakannya mula menyerang.

"ZAINOL!!" Putra menjerit dan Zainol terkejut,kanak-kanak tadi sudah dicampak ke arahnya dan berjaya ditangkap oleh Zainol.

"Oi! Hati-hatilah!" Zainol berkata bengang.

DUSH!!

DUUUSSH!!

DUUUSSH!!

Rakan-rakan Rhian dihadiahkan sepakan padu dan semua tercampak,Putra hanya merenung ke arah Rhian.

"Giliran kau.." ujar Putra sekelip mata berada di hadapan Rhian.

Sekelip mata juga Rhian sudah melambung ke udara,Putra terus melompat ke udara dan berhenti di atas Rhian yang melambung tinggi.

"BURNING DROP!!"

DUUUSSH..!!!!

KRAANG!!

Rhian terhempas dan tanah merekah,Putra mendarat dan menyelak rambutnya dengan muka penuh bergaya.

"Apa yang berlaku ni?!"

Putra,Zainol dan Zahir menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki berpakaian lengkap tentera negara Winter,berdiri di hadapan mereka dengan renungan mata tajam ke arah Putra.

"Masalah lagi.." ujar Putra.

Pada masa yang sama juga di tempat yang berbeza.

"Kenapa Aizman?" soal Farzana menyedari Aizman memandang ke satu arah.

"Aku macam terbau masalah.." jelas Aizman.

"Apa kau? Serigala?" soal Farzana.

=======================

Yes guys

Here the second update

Terfikir juga rakan-rakan Aizman tidak beraksi,so selit la sikit konflik.

Apa akan jadi pada Putra nanti ya?

Kena tunggu la

Komen minta update jangan ye..

Komen pandangan takpe,jangan lupa vote sekali

Adeu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top