Chapter 13 : Arrived At The Winter Nation
Aizman berada di sebuah tempat lapang,terapung dan dia kehairanan memandang ke kiri serta ke kanan.
"Aku kat mana ni?" soal Aizman.
"Tapi sini agak selesa.." jelas Aizman tersenyum dan sedar sesuatu.
Tiga orb bercahaya,warna kelabu gelap disusuli warna oren dan biru. Setiap bola orb itu memiliki simbol,Aizman ingin mencapainya dan satu suara menegurnya.
"Aizman!?" soal Farzana dan Aizman sedar dia berada di kerusi komander.
Aizman tertanya-tanya adakah dia terlena sebentar tadi?
"Aku tertidur ke?" soal Aizman.
"Entah? Yalah kot,aku panggil kau tak menyahut.." jawab Farzana mengangkat kening kirinya.
Aizman hanya menoleh ke arah monitor,dia memandang semula ke arah Farzana. Tiada sesiapa berada di situ,kapal armadanya dalam auto-pilot.
Naomi selamba terlena di kerusinya,malah seseorang ada selimutkannya dengan jaket tebal dan milik Farzana.
"Mana yang lain?" soal Aizman.
"Yang lain balik ke bilik.." jelas Farzana.
Aizman mengangguk faham dan bangun dari kerusi,dia turun ke bawah dan ke arah Naomi. Lantas dia mendukung Naomi selepas menentukan destinasi seterusnya,kemudian jaket diserahkan semula pada Farzana.
"Aku hantar Naomi ke bilik.. Lepas tu kita lepak di kafeteria.." jelas Aizman.
"Okay je bagi aku.." kata Farzana tersenyum.
Sementara itu di tempat lain,Maya berjalan di dalam hutan bersama tiga-tiga Bio-Wild jenis Hound Dog. Blade,Garren dan Chalice.
Langkah Maya terhenti dan memandang ke belakang,dia merasakan sesuatu dan menoleh semula ke hadapan dengan perasaan ingin tahu.
"Ada dua Bio-Wild sudah menerima Soul-Tame.. Tapi siapa?" soal Maya.
Garren menggeselkan kepala pada pinggangnya,Maya agak terkejut kemudian tersenyum mengusap tiga-tiga Hound Dog itu. Beg yang dipikul olehnya dibetulkan,kemudian Maya melangkah pergi.
"Lambat laun aku akan tahu siapa.." kata Maya.
Tidak lama lepas itu,Maya mendongak melihat sebuah kapal armada yang di atas langit terbang melepasi kawasan hutan.
"Armada ship? That crest..." ujar Maya menyedari lambang matahari di kapal tersebut.
"Lambang negara Mentari.."
Maya hanya menghembuskan nafas,kemudian dia membelok ke kiri dan tidak mahu ambil tahu mengenai kapal tersebut.
"Lebih baik tidak payah terlibat apa-apa dengan mereka.." kata Maya sendirian.
Langkah diorak dan saat Maya melayani perasaannya,satu serangan misteri dilakukan ke atanya. Namun Chalice terus menangkis serangan tersebut,Blade dan Garren bersiap-sedia. Maya menyentuh Chalice,busur sudah di dalam pegangannya.
TUSSH!!
Serangan anak panah dielak oleh bayang misteri,Maya agak terkejut dan seseorang mendarat di hadapannya. Seorang lelaki berpakaian lengkap sut ninja,merenung tajam ke arahnya.
"Sekarang mereka mengupah ninja pula.." ujar Maya
Ninja itu hanya mendiamkan diri membisu,kemudian menarik keluar kunai dan melemparkan shuriken. Maya menangkis shuriken yang banyak ke arahnya,dengan panahan anak panah cahaya.
TUSSH!!
DUSH!!!
Ninja tersebut sudah berada di belakangnya,Maya hanya menghela nafas pendek.
"Blade.."
Chalice kembali ke bentuk asal,Blade pula bersinar dan berubah menjadi pedang.
KTANG..!!!!
Maya dan ninja bertembung lalu berlaga pedang,mereka berbalas tetakan pedang. Libasan pedang masing-masing begitu laju,sehingga tidak dapat melihat bilah mata pedang mereka.
TANG!
TANG!!
KTANG!!
"Garren!" Maya memanggil Garren,lalu sepucuk pistol di pegangan tangan kirinya.
Ninja itu terkedu apabila dia diacukan muncung lubang pistol,tepat ke mukanya dan Maya menarik picu.
Bam!!
Bam!!
Ninja tersebut terpaksa melakukan back flip,berundur ke belakang mengelak tembakan peluru daripada Maya. Ninja itu mendecih dan mengatur isyarat tangan,lalu melemparkan shuriken tersebut.
Maya terkejut apabila melihat shuriken yang dibaling,menjadi banyak bilangannya dan Maya menyahaktifkan bentuk Blade.
"Garren! Soul-Upgrade! Twin Gun!" pistol dari sepucuk bertambah kepada dua pucuk pistol,Maya lantas menghala muncung kedua-dua pistolnya ke hadapannya.
"Hmph!!" Maya menarik picu.
BANG!!
BANG!!
BANG!!
BANG!!
Shuriken yang bilangannya melebihi ratusan,ditangkis oleh Maya dengan menembak kesemuanya. Ninja itu mengambil kesempatan,segera menyerang dari belakang dan Maya terkejut. Blade dan Chalice tidak sempat mahu bertindak,ninja itu memusingkan kunai dan segera menghayunkan senjatanya.
Saat Maya hampir menjadi mayat,seseorang muncul melakukan flying ke arah ninja sehingga ninja itu tercampak melanggar pokok.
"Right on target! Yihaa!!" ujar pemuda itu bersorak,Maya merenungnya tajam.
Klak!
"Uuu... Cik adik? Jangan halakan pistol ke arah saya boleh?" soal pemuda itu tersengih.
"Siapa awak?" soal Maya dan pemuda itu berfikir panjang.
"Pendaki?" jawab pemuda itu tersengih,Maya mula bengang dan menarik picu.
Pemuda itu segera mengelak tembakan bertalu-talu,satu pun tidak mengenai pemuda itu.
"Ah.. Ops! Maaf ganggu.. Bye bye..! Bebeh..!" pemuda itu melompat masuk ke semak berhampiran dan hilang.
Maya mendecih kerana pemuda itu dapat larikan diri,lalu ditoleh ke arah ninja tadi. Tidak sedarkan diri dan tidak sangka tendangan pemuda tadi,amat kuat dan buatkan ninja tidak sedarkan diri. Saat itu dia menyedari sesuatu,bahunya terlekat sekeping nota kecil.
Maaf ganggu.. Tapi bersyukur diri kau selamat.. Nama aku Aliff,ciao!😋
Maya merenyukkan kertas tersebut,dirinya bengang dan menghela nafas pendek. Dia menenangkan dirinya dan segera beredar,pada masa yang sama juga pemuda tadi atau Aliff Haikal Al'Azahar sekadar memerhatikan Maya dari jauh.
Aliff memegang smartphone dan di dalamnya,ada satu gambar Maya dan Aliff tersenyum sahaja.
"Found ya.." ujar Aliff tersenyum dan menggigil kesejukan.
"Sejuk!"
Winter Nation
9°Celcius
Putra memeluk tubuh dan badannya,terketar-ketar menahan sejuk. Aizman hanya memerhatikannya sahaja,dia memandang ke arah yang lain.
"Semua ada di sini?" soal Aizman.
"Ya.." balas Zahir malas,Naomi pula hanya berada di biliknya sahaja kerana mengantuk.
"Yezza..." Zainol menjawab dengan tersengih.
"Semua ada.." Farzana juga menyahut.
"Okay.. Kita jumpa semula dalam jam 5 petang.. Putra kau tolong tahan diri dari pikat gadis-gadis di sini.. Aku tak mahu ada masalah.." ujar Aizman.
"Yelah.. Yelah.. Aku tahu la.." kata Putra meluat dan kedua-dua bahunya dipegang kuat oleh Aizman.
"Aku serius ni.. Aku tak nak ada masalah..faham?" soal Aizman dengan renungan dinginnya,Putra tergamam dan menelan air liur.
"Y-ya.. A-aku faham..." balas Putra dan Aizman merenung lama kemudian tersenyum.
"Bagus.. Baiklah semua.. Berhati-hati ketika di tempat orang.. Jangan buat masalah.." jelas Aizman kali ini memberi peringatan pada yang lain.
Satu tempat yang lain di luar bandar,sesuatu berjalan dalam senyap dan renungan mata yang bersinar kemudian hilang dari pandangan.
"Grrr...."
========================
Here update for today
I hope you guys satisfy with the storyline
Please comment your opinion & don't forget your vote
Please support me
No comments asking fast updates okay?
That's all
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top