Chapter 11 : It's a Warning
Peta berbentuk sfera bumi dan ratusan lokasi ditunjukkan,Aizman berdiri di hadapan rakan-rakannya yang lain. Zainol,Farzana dan Putra kemudian Zahir dan Naomi.
Zainol menyilangkan tangan pada dada,Farzana menunggu apa yang ingin Aizman sampaikan. Putra pula sekadar duduk dengan memusingkan pen di jari-jemarinya,Zahir hanya membuat muka kosong dan Naomi tersengguk-sengguk menahan mengantuk.
"Okay guys.. Apa yang korang lihat di peta sfera ini,adalah lokasi dan kedudukan di mana Bio-Wild berada.." jelas Aizman.
"Kau pasti ke? Entah-entah cuma gps smartphone orang yang kita tidak kenal?" Putra berkata dengan mukanya yang konon bergaya.
"Jadi apa kena-mengena dengan pencarian serpihan kunci kurungan Dark-Bio?" soal Farzana dan Putra jauh di satu sudut,disumbat ke tong sampah.
"Aku tidak boleh pastikan sangat.. Tapi ikut gerak hati aku,kita kena cari Bio-Wild yang berada di seluruh dunia." jelas Aizman dan semua terdiam agak lama.
"Apa yang korang nak fikir.." ujar Zainol dan semua menoleh ke arahnya.
"Kita ikut je la arahan ketua.." Zahir menyampuk dan Zainol tersengih ke arahnya.
"Jadi destinasi pertama kita?" soal Farzana memandang ke arah Aizman.
Aizman pula hanya tersenyum sahaja,nafas dihelakan panjang kemudian menekan sesuatu pada papan kekunci. Salah satu destinasi di peta,berkelip-kelip sebelum dibesarkan peta di situ.
"Lautan Atlans... Kita akan mencari Bio-Wild jenis ikan..." jelas Aizman dan Putra bangun.
"Laut?" soal Putra dengan muka pucatnya.
"Ada yang tidak kena Putra?" soal Aizman menyedari reaksi Putra.
"Tak! T-tak ada..! Aku minta diri dulu.. Aku nak balik ke bilik aku!" Putra segera melangkah kaki beredar,semua hanya memerhatikan dia pergi dan Zainol merenung dengan penuh tanda tanya.
"Ada yang tidak kena ke?" soal Zahir kehairanan.
"Entah.." jawab Aizman.
"Beats me.." kata Zainol pula.
"Naomi.." Aizman memandang ke arah Naomi.
Aizman tersengih sahaja melihat Naomi yang tidur,Farhan dan Zainol serta Zahir turut memerhatikan Naomi lama. Tidak lama Naomi tersedar dari lena,dia hanya memandang ke arah mereka berempat.
"Kenapa kamu tenung saya?" soal Naomi dengan muka mengantuknya.
"Naomi,tolong kendalikan kapal.. Kita akan turun ke lautan.." jelas Aizman.
"Ouh.. Okay.. Zzz..."
"Hey! Bangun!!"
Naomi kembali tersedar dan menguap,bangun dan terus berjalan ke arah tempat pilot.
"Zzz...."
"NAOMI!!"
Kapal armada turun berlayar ke laut dari udara,Aizman dan yang lain hanya memerhatikan sahaja pada monitor.
"Kita berada di lautan mana?" soal Farzana.
"Kalau tidak silap.." kata Aizman menekan pada jam pintarnya.
Skrin digital terpapar dan menunjukkan di mana lokasi mereka,Aizman dapat memastikan kini mereka berada di perairan berdekatan negara Magus iaitu sebuah negara yang diduduki oleh wizard serta witch.
"Perairan berdekatan negara Magus..?" soal Farzana.
"Ada maklumat yang lengkap?" soal Zainol.
"Menurut dalam data.. Ianya Bio-Wild jenis ikan.. Ikan jerung.." jelas Aizman menaip papan kekunci dengan laju.
Tidak lama lepas itu,terpapar data di skrin besar. Zahir hanya membaca data-data itu,dia menghela nafas pendek dan wap dingin terhasil.
"Zahir?" soal Aizman dan Zahir terkejut,kemudian menoleh ke arah Aizman.
"Kau okay?" soal Aizman lagi.
"Ah..ya aku okay.." jawab Zahir dengan nada biasa.
Kapal armada tersebut berlayar menyusuri perairan,Farzana menyedari sesuatu dan menoleh ke arah Aizman.
"Eh Aizman,kita tidak akan kena tahan dengan Marine?" soal Farzana dan semua baru sedar,kecuali Naomi yang bersahaja.
"Kalau tidak silap.. Magus Marine force agak strict jika ada kapal asing yang ceroboh masuk perairan atau ruang udara mereka.." jelas Zainol.
"Jangan risau.." Naomi mencelah dan semua memandang ke arah dia.
"Mereka tidak akan ganggu kita.. Asalkan kita sambut panggilan mereka." jelas Naomi dan mereka semua tidak faham dengan maksud dia.
Tidak lama lepas itu,kedengaran bunyi siren kapal dari arah bertentangan. Farzana mula resah dan Zainol juga mendecih,Zahir tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Sebuah kapal dengan lambang Magus,menghampiri mereka dan Naomi menekan satu butang kawalan. Monitor memaparkan gambar kapten kapal laut negara Magus,Aizman hanya menelan air liur.
"Kenalkan diri anda.. Apa urusan kamu berada di kawasan ini..?" soal kapten kapal itu dengan tegas.
Suasana menjadi tegang dan Aizman hanya memandang ke arah Naomi,gadis yang bersifat kuudere hanya mengangguk.
"Nama saya Aizman Hazieq Al'Hufaz.. Kami semua dari negara Mentari,kami ada urusan di kawasan perairan.." jelas Aizman.
"Negara Mentari huh? Kamu fikir kami akan percaya? Kamu pengintip dari negara mana?" soal kapten kapal itu lagi.
"Saya berkata benar.. Kami semua dari negara Mentari.." ujar Aizman menahan dan kapten kapal hanya tersenyum siniz,masa itu Naomi mula merasa menyampah.
"Jika kamu tidak mahu berpatah balik,saya akan tembak kamu!" kapten kapal itu memberikan amaran.
"Heh.... Kamu mencari alasan supaya dapat lepaskan tembakan huh?" soal Naomi.
"Ha? Siapa kamu?!" soal kapten kapal itu sebaik Naomi terus fokuskan kamera ke mukanya.
"Kalau kamu ingin melancarkan serangan ke atas kapal ni.. Kamu sudah siap sedia Ikhwan Syah akan ke negara Magus dan hancurkan negara kamu?" soalan Naomi buatkan kapten kapal dan anak-anak kapalnya tersentak.
"Kau nak mengugut aku?!" soal kapten kapal itu mula menukar gaya percakapannya.
"Saya tidak mengugut.. Tetapi adakah kamu kenal Ikhwan Syah Al'Solleh? Lancarkan serangan ke atas kami dan dia akan sampai.." ujar Naomi dengan renungan matanya yang serius,muka kuudere lenyap.
Aizman,Farzana,Zainol dan Zahir terkedu. Kapten kapal tergamam dengan amaran dikeluarkan,dia mengetap gigi dan hilang sabar.
"Berani kau cabar aku!? Krew! Tembak kapal tu!!" kapten kapal itu terus memberikan arahan.
BOOMM!!
Satu tembakan dilancarkan dan mengenai kapal armada Aizman,gegaran terhasil sedikit dan Naomi hanya mengeluh.
"Oh dear... Now you done.." ujar Naomi.
Kapten kapal itu hanya tersengih,dan saat itu tembakan misteri menembusi lantai kapal negara Magus. Aizman dan yang lain sekali terkejut,kapten kapal itu juga tidak percaya.
"Tuan! Atas!" ujar salah seorang anak kapalnya.
Kapten kapal mendongak dengan perlahan-lahan,dia tercengang melihat seseorang terapung di udara.
Ikhwan Syah Al'Solleh
"KING DRAGON?!"
"I see.. You guys wanna start a war... Huh?" soal Ikhwan dan bulatan emas gergasi,di ruang udara negara Magus.
"Sir! Kita dapat visual di ruang negara Magus ada satu kuasa yang luar biasa.." ujar anak kapal dan kapten kapal terduduk mengingati kata-kata Naomi.
"Lancarkan serangan ke atas kami,Ikhwan Syah Al'Solleh akan sampai..."
"Ki.. Kita berundur...BERUNDUR!!" jerit kapten kapal itu memberi arahan.
Sebaik kapal mereka dibaiki dengan segera,mereka berundur dan Ikhwan yang masih terapung. Mendecih dan lenyapkan bulatan emas magis gergasi di ruang udara negara Magus.
"Aku nak sangat hancurkan negara tu.. Ah.. Mungkin aku kena jumpa Keith Liang.." kata Ikhwan dan terus lenyap dari pandangan.
Aizman hanya mampu terkebil-kebil,dia menyaksikan kekuatan orang yang digelar terkuat di dalam negaranya. Dia menyandar ke kerusi dan tersengih,Farzana kehairanan dan Zainol merasakan kakinya menggigil manakala Zahir pula hanya memerhatikan negara Magus dari jauh.
"Kapten.. Arahan.." Naomi kembali ke muka kuudere dan Aizman agak terkejut kemudian tersenyum.
"Kita terus mara.." kata Aizman.
"Arahan diterima.." balas Naomi.
"Bodoh!! Kenapa kamu serang kapal yang ada lambang negara Mentari?!!" kapten kapal itu ditengking oleh seorang komander tertinggi negara Magus.
"Maafkan kami tuan! Kami ingatkan mereka penyamar!" kapten kapal memberi balasan.
"Kau bodoh eh? Tiada siapa mampu hidup jika menyamar sebagai mereka.. Ikhwan Syah akan mampu mengesan mereka tanpa gagal.." jelas ketua komander negara Magus,Keith Liang.
"Tuan tidak mengarut bukan?" soal kapten kapal dan Keith merenungnya.
Tidak lama lepas itu Ikhwan muncul dengan tiba-tiba,Keith menekup mukanya dengan kehadiran Ikhwan.
"Hello Keith Liang.."
"Ikhwan Syah Al'Solleh..."
Trinity armada menyusuri lautan,Aizman memeriksa pada data yang ada. Farzana pula memeriksa smartphone,Zainol sekadar duduk diam sambil memejamkan mata dan menumpukan perhatian.
Zahir berada di luar kapal,dia berjalan sambil memerhatikan keadaan lautan biru. Saat itu dia menyedari Putra,melutut di penjuru kapal.
"Erghh.. Ugh.. Aku tak suka laut.." Putra mukanya biru pucat.
"Kau okay?" soal Zahir dan Putra.
"Kau budak ais..." ujar Putra.
========================
Here the second update
Maaflah kalau rasa hambar
Masih di awal cerita,jangan menghukum dan terus membaca
Komen pandangan dan sebarang cadangan di private message,jika di sini tidak dilayan
Jangan komen minta update cepat ya,jangan lupa juga untuk menekan butang vote
That's it
Adeu!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top