Chapter 1 : Sign
Sebuah kawasan yang indah,tumbuh-tumbuhan hijau beralun dengan tiupan angin lembut. Seekor haiwan seperti berzirah,diusap lembut oleh seorang pemuda.
Aizman Hazieq Al'Hufaz berusia 22 tahun bekerja sebagai Bio-Researcher,dia menulis laporan pada tablet kemudian berjalan pergi sambil diekori oleh haiwan tersebut.
Haiwan seperti berzirah itu bernama Bio-Wild,haiwan yang mampu bertarung bersama-sama Bio-Tamer. Namun Bio-Tamer ini dikatakan sudah tidak wujud,mereka wujud sekitar 100 tahun yang lalu.
Aizman tidak mahu fikirkan tentang perkara itu,dia hanya mahu membuat kerja sebagai pengkaji.
Bio-Wild adalah binatang mekanikal yang sedia tercipta tanpa mengetahui siapakah penciptanya,mereka juga mesra pada sesiapa yang berniat baik. Tetapi kadang kala mereka senang ditangkap dengan mudah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,pihak yang menangkap Bio-Wild untuk kepentingan diri masing-masing menggelar mereka sebagai Bio-Crusher.
"Bio-Crusher... Mereka ni tak ada kerja lain ke...?" omel Aizman sendirian.
Pintu makmal yang sedia terbuka diketuk perlahan dan Aizman menoleh,seorang wanita berusia 25 tahun berdiri sambil tersenyum ke arahnya.
"Hey,sudah-sudah la bekerja.." ujar wanita itu.
"Kakak..." ujar Aizman.
"Teman kakak makan tengahari jom?" soal wanita tersebut.
"Saya sibuk ni..." kata Aizman berdalih.
"Tak ada,tak ada.. No excuse.. Cepat!" ujar wanita dipanggil kakak itu.
"Gimme a break..." ujar Aizman menghela nafas pendek.
"Faster...." kakaknya berkata lagi.
Aizman hanya tersenyum sahaja,kemudian mengangguk lalu menuju je arah wanita tersebut yang dipanggil kakak. Sebaik pemuda itu beredar,seorang lelaki berambut warna hitam menghampiri meja Aizman. Laporan pada tablet diperiksa oleh lelaki tersebut,sebaik dibaca dengan teliti lelaki itu tersenyum sendirian.
"Aku kagum.." ujar Ikhwan Syah Al'Solleh,putera negara Mentari.
Aizman berjalan selamba sambil menguap dan perbuatannya,diperhatikan oleh beberapa kesatria dan mereka memandang jelik. Aizman sedar tindakan mereka,tetapi hanya mendiamkan diri sahaja.
"Mereka menjengkelkan,nak kakak ajar?" soal kakaknya.
"Tak payah la,mulut tempayan boleh tutup... Mulut orang susah..." jelas Aizman dengan muka selamba.
"Leftenan muda Leefa..." satu suara menegur,dua beradik itu berhenti dan menoleh serentak ke arah suara yang menegur.
Seorang lelaki berusia 40-an ke atas,Aizman menghela nafas pendek sebaik menyedari kehadiran lelaki tersebut. Lelaki itu adalah orang atasan kakaknya,merenung mereka dengan pandangan tajam.
"Leftenan Hadi... Apa yang tuan buat di sini?" soal kakak Aizman,atau namanya Aleefa Hazieqa Al'Hufaz.
"Sepatutnya itu soalan saya leftenan muda Leefa...." ujar leftenan itu.
"Saya nak pergi makan tengahari bersama adik saya,ada masalah ke?" soal Leefa kehairanan.
"Kamu sedang bertugas..bukan? Ingin curi tulang?" soal leftenan Hadi.
"Hey,saya memang tengah rehat.." jelas Leefa dan Aizman hanya membuat muka tanpa emosi.
"Alasan kamu tidak boleh diterima,pergi sambung tugas kamu.." tegas Hadi.
Leefa terdiam kerana dia tidak mahu melawan kata-kata superior dia,tetapi dia memang ingin makan tengahari bersama adiknya. Aizman sekadar mendiamkan diri dan Hadi merenungnya,lelaki berpangkat leftenan itu memandangnya dengan tajam.
"Apa yang berlaku ni?" soal satu suara dan sebaik mereka menoleh,mereka terkejut kerana Ikhwan berjalan ke arah mereka.
"Tuan putera..." Hadi menunduk hormat dan mula risau.
"Tak payah nak tunduk hormat bagai.. Apa yang berlaku ni? Leftenan muda Aleefa? Boleh jelaskan..dengan jujur dan tiada pertahankan sesiapa..." kata Ikhwan panjang lebar.
"Saya cuma nak makan tengahari bersama adik saya ni..sahaja. Lagipun saya tengah rehat sekarang ni.." jelas Leefa.
"Kalau macam tu,pergilah... Nanti sakit perut menahan lapar..." kata Ikhwan tersenyum lebar.
Leefa menundukkan kepala sekali dengan kepala Aizman,ditolak kepala adiknya menunduk tanda terima kasih dan mereka beredar. Ikhwan hanya tersenyum sahaja memerhatikan mereka pergi,dia teringat saat dia meluangkan masa dengan Reena.
"Baiklah.. Leftenan Hadi.." ujar Ikhwan memandang ke arah Hadi.
"Tuan..." Hadi menelan air liur
"Kalau tidak silap,leftenan Aleefa Hazieqa Al'Hufaz di bawah seliaan saya... Kerana dia dalam skuad baru... Kenapa leftenan menyibuk hal dia?" soal Ikhwan dan Hadi jelas merasakan daya bunuhnya.
Hadi tidak berani berkata apa-apa,aura yang dirasai oleh Ikhwan benar-benar membuatkan dia gugup. Ikhwan menghampiri Hadi,kemudian merapatkan mulutnya pada telinga Hadi.
"Aku tidak suka konflik antara askar.. Kalau aku tahu ada berlaku tidak kena,aku sendiri akan uruskan hal ni.. Faham?" soal Ikhwan dan Hadi menelan air liur.
"Ya tuan!" ujar Hadi.
"Bagus.. Kamu boleh pergi.." ujar Ikhwan dan segera Hadi terus beredar.
Satu tempat yang agak sunyi,hutan tebal dan sunyi tanpa gangguan bunyi haiwan liar. Tiga susuk tubuh di sebalik bayang kegelapan,berdiri tegak di hadapan sebuah tempat dipanggil Sacred Place.
Mereka berpandangan kemudian mengangguk,lantas mereka bertiga melangkah masuk. Menyusup menerusi laluan seperti lorong gelap,hanya diterangi api yang digantung pada dinding.
Mereka berhenti di sebuah pintu,setiap simbol mewakili satu elemen. Tengah-tengahnya ada simbol dipanggil Bio-Wild dalam tulisan purba.
"Soon the dark will awake..." ujar salah seorang daripada mereka.
Aizman dan Leefa makan tengahari di sebuah kafe,mereka berbual dan Leefa kadang mengusik Aizman. Kafe ketika itu agak lengang,hanya beberapa orang pelanggan di situ. Alunan muzik lagu jazz menghiasi suasana,Aizman tersenyum sendirian.
"Akak ni tak habis-habis..." ujar Aizman tersenyum menggelengkan kepala.
"Eh akak serius ni.. Kamu tak ada sesiapa yang kamu suka ke?" soal Leefa tersenyum ingin tahu.
"Mana ada,Aizman tak ada masa nak fikir semua tu..lagi.." ujar Aizman tersengih menghela nafas pendek,walaupun banyak terima banyak lafaz cinta tetapi Aizman masih belum terdetik mengenai hal itu.
"Apa yang kamu nak lagi? Kerja bagus.. Rupa ada.. Duit dah ada.. Kamu nak fikir apa?" soal Leefa tersenyum kelat melihat adiknya yang workaholic.
"Masih belum cukup.. Saya nak rancang dengan betul-betul baru fikir semua tu.." jelas Aizman.
"Haa... Kalau macam tu eloklah,kakak tak nak ada orang kamu gay.." kata Leefa berseloroh dan Aizman yang menghirup minuman tersembur.
"Uhuukk..!! Uhukk!! Agak-agak kak.." ujar Aizman membersihkan mulutnya,tidak lama kedengaran bunyi jet pejuang mendarat.
"Speak by devil... How about her..?" soal Leefa memandang ke luar tingkap,kafeteria mereka berada sekarang berhampiran dengan landasan kapal terbang tentera.
Seorang turun dari dalam kokpit kapal,topi keledar dibuka dan seorang gadis cantik menunjukkan wajahnya. Kepalanya digelengkan supaya rambutnya terhurai,helaan nafas dilakukan.
"Farzana Illyana.. Bukankah dia rakan sekelas kamu dalam akademi?" soal Leefa tersengih.
"Nah... Saya anggap dia cuma setakat kawan sahaja..." balas Aizman dan gadis dipanggil Farzana,menyedari mereka berada di kafeteria lantas melambai ke arah mereka berdua dengan yang ceria.
"Ha.. Kan comel?" soal Leefa ketika Aizman membalas lambaian Farzana.
Selesai makan tengahari Leefa kembali ke skuad,Aizman pula sudah tentu pulang semula ke makmal. Meneruskan kajiannya dengan lebih mendalam,tangannya tidak henti-henti menaip. Setiap fail diperiksa dengan teliti,manakala di hadapannya ada balang gergasi berisi seekor serigala yang sedang tidur.
"Masih teruskan kajian yang sama?" satu suara menyoal,Aizman memalingkan kepala ke belakang.
Evangeline atau Eva berjalan ke arahnya,gadis berambut merah itu memberikan secawan kopi. Aizman menyambut dengan tanpa banyak soal,kemudian Eva berdiri di sebelahnya.
"Terima kasih..." ujar Aizman.
"Kerja keras memang bagus.. Tapi jangan tak jaga diri kamu tu..." Eva memberikan nasihat sepatah dua kata.
"Saya okay lagi prof.." jelas Aizman.
"Apa panggilan makhluk ni?" soal Eva.
"Bio-Wild.." jelas Aizman dan Eva memandang ke arahnya.
"Bio.. Wild?" soal Eva terkejut.
"Bio-Wild ni ialah binatang yang mempunyai campuran mekanikal sejak lahir... Masih tiada fakta yang lengkap mengenai binatang ini,tetapi mereka mampu bergabung dengan manusia.." jelas Aizman dan Eva mula ingin tahu.
"Gabung dengan manusia..?" soal Eva lagi.
"Ya.. Manusia digelar Bio-Tamer.. Mereka sahaja yang mampu bertarung bersama-sama Bio-Wild.." ujar Aizman.
Pada masa yang sama tiga orang misteri itu masih berada di Sacred Place,salah seorang mengangkat tangan secara seperti mendepakannya. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu,corak magis gelap mula bereaksi.
Ikhwan berhenti dari terus berjalan,dia mendongak ke arah langit dan merasakan ada sesuatu bakal berlaku. Relic bercorak aneh mula bersinar cahaya ungu,Aizman tersentak dan kepalanya terasa sakit.
Eva terkejut dengan keadaan tersebut,Leefa turut merasakan dan hampir terjatuh tetapi dia sempat bertaut pada dinding.
Pada masa yang sama juga,di negara Merongwahsa di dua tempat berbeza. Dua orang pemuda seperti menyedari bahaya yang bakal berlaku,mereka memerhatikan keadaan langit.
"Aizman! Awak okay ke?" soal Eva risau.
"Eva! Awak dah rehat? Jom rehat sama-sama..." Khaisa muncul memasuki makmal.
"Khaisa!! Saya perlukan bantuan!" Khaisa terkejut sebaik mendengar suara Eva yang cemas.
============================
Apa yang berlaku?
Terkejut tak?
Tiba-tiba je kan
Hehe
Apa pendapat kamu untuk chapter awal?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top