#06
Crystal pulang kerumah sendiri. Chanhee ada menawarkan dia untuk teman dia balik rumah tapi Crystal tolak. Dia tak biasa orang lain hantar dia pulang kerumah. Lagipun dia perlu pergi ke tempat lain dan kalau boleh dia tak orang lain tahu pasal tempat tu.
Dan disinilah dia, di kawasan perkuburan yang tak jauh dari rumahnya. Bunga mawar ditabur bersama air mata yang deras mengalir di pipinya. Setiap kali dia datang sini, mesti hatinya tak kuat.
"Appa. Crys datang lagi hari ni"
Dia berusaha tersenyum.
"Sebenarnya Crys kesiankan ibu sebab terpaksa bekerja untuk sara hidup kami berdua. Crys ada bagitahu yang Crys nak tolong tapi ibu tak kasi. Kenapa appa perlu secepat ni tinggalkan Crys dengan ibu"
Itulah soalan yang sering Crystal keluarkan setiap kali dia datang melawat kubur appanya walaupun dia dah tahu jawapannya iaitu ini semua adalah takdir.
Crystal mengusap air matanya.
"Oklah appa. Crys balik dulu. Lain kali Crys datang lagi"
Dengan perasaan sedih Crystal pulang ke rumahnya. Harap harap ibu dia tak perasan yang dia menangis.
"Wo wo wo! Geng. Tengok. Ada awek lalulah" kata seorang lelaki.
Crystal mengeluh. Tiga orang lelaki ni selalu lepak hujung sana tapi mimpi apatah hari ni lepak sini pula. Takut juga dia. Macam mana kalau mereka tangkap dia lepas tu jual dia. Waaa! Tak nak.
"Haahlah. Habuan kita ni. Tuhan memang betul betul sayangkan kitalah"
Mereka ketawa. Ketawa yang membuat kedua lutut Crystal lemah. Rasa macam orang lumpuh tak boleh jalan. Tiga orang lelaki ni semakin mendekat. Dia pula melangkah ke belakang.
"Janganlah takut sayang" kata salah seorang dari mereka.
Dan Crystal rasa macam nak muntah.
"Sekarang ni kau kitorang punya" kata seorang lelaki lagi.
"Siapa cakap. Dia aku punya"
Lelaki lain menyampuk.
Crystal pelik plus terkejut. Lelaki ni pakai uniform sama dengan dia. Bila tengok dari tepi wajah lelaki ni macam kenal. Kenal sangat. Crystal cuba mengingat dan dia rasa macam nak pengsan. Mata dia tak salah tengok kan? Otak dia tak salah tafsir kan?
Kang Chanhee. No more big glass. Even baju nampak serabut. Kesimpulannya, he look like a bad boy.
"Kalau betul perempuan ni kau punya, jom fight"
Dua orang lelaki tadi bersedia untuk berlawan apabila ketua mereka bercakap seperti itu.
"Fine. Let's fight! Aku tak kisah kalau korang ada sepuluh orang sekalipun"
Crystal berdiri agak jauh dari mereka semua. Dia cuma mampu tengok. Ya dia tak salah lagi. Lelaki itu memang Chanhee. Budak nerd yang selalu dia tolong daripada terus dibuli oleh Minki and the gang. Sumpah Crystal rasa dia macam orang bodoh sekarang ni.
"Awak okey?" itulah pertanyaan yang selalu dia tanya. Sekarang sudah berganti orang.
Crystal melihat tiga orang lelaki tadi sudah terbaring diatas tanah. Rasa marah dan kecewa dia lagi bertambah bila Chanhee bertanya seperti ini.
"Of course lah saya okey. 'Hero' datang selamat kot" ada nada sindiran disitu.
Crystal melangkah pergi tapi terhenti bila satu tangan mencengkam lengannya. Dia tidak memusing badannya.
"Fine saya minta maaf sebab dah tipu awak selama ni tapi sumpah itu bukan niat saya"
Crystal tersenyum sinis. Dia memusing badannya berdepan dengan Chanhee.
"Habis tu niat awak apa? Nak sakitkan hati saya? Macam tu? Eh dahlah Chanhee. Saya malas nak cakap dengan awak. Saya tak ada mood"
"Crys please"
"Oh! Wait wait. Did I allowed you to call me like that?"
Muka Chanhee berubah. Betul apa yang dia sangka selama ni. Crystal akan benci dia lepas tahu kebenarannya. Sejujurnya ini yang paling dia takut dan semuanya sudah menjadi kenyataan.
"Let me tell you something. For your information, only my appa can call me like that"
"Tapi appa awak dah tak ada" kata Chanhee tanpa sengaja.
Dia tahu dia tak patut cakap macam tu.
"Yes. Memang dia dah mati. So what?!" suara Crystal naik satu oktaf.
Chanhee rasa macam nak tampar tampar mulut dia. Kenapa mulut ni terus mengeruhkan keadaan.
"Saya minta maaf Crystal"
"No. No need. Orang kaya macam awak tak layak minta maaf pada orang miskin macam saya. Awak tak takut jatuh maruah ke"
Memandangkan Chanhee dah tahu appa dia sudah meninggal jadi secara automatiknya Chanhee tahu yang dia orang susah. Selama ni tiada orang yang tahu dia orang susah. Kalau ikutkan hati dia, dia tak nak masuk sekolah tu tapi ibunya paksa untuk masuk.
Crystal nampak dada Chanhee naik turun dengan laju. Dia tahu lelaki itu sedang menahan amarahnya.
"Baru sekarang awak nak rasa marah" Crystal tersenyum sinis.
Dalam sekelip mata Crystal rasa tubuh dia sudah menghempap dinding yang tak jauh daripada mereka berdiri.
Wajah Chanhee betul betul depan dia. Dia boleh rasa nafas Chanhee menerpa kulit mukanya. Hidung mereka bersentuhan.
"Kau ingat aku suka jadi orang kaya"
Perlahan tapi tegas dan baru sekarang Crystal rasa takut sampai macam ni sekali dengan Chanhee. Baru sekarang Chanhee menunjukkan dirinya yang sebenar seperti raksasa jadian ini.
"A...awak"
Dan bibirnya terus ditindih oleh Chanhee. Cuma sekejap sebelum Chanhee memegang pipinya yang sudah kemerahan itu.
"Aku memang orang miskin tapi tak semestinya aku perlu diperlakukan seperti ini!" jerit Crystal.
Selepas itu Chanhee cuma menghantar pemergian Crystal dengan matanya. Dia pun tak tahu kenapa dia bertindak sampai macam tu sekali. Kenapa bibirnya jugak yang perlu buat hal.
...
Selepas puas bermain di padang, Minki dan kawan kawannya yang lain ke bilik persalinan untuk tukar baju. Mereka ada 15 minit sebelum kelas lain bermula. Pintu bilik persalinan lelaki dibuka dan pada masa itu juga tepung jatuh diatas kepalanya. Bukan sikit tapi banyak. Cuma dia sorang yang kena. Kawan kawannya yang lain sudah selamat salin maju mereka. Dan selepas itu nyanyian lagu happy birthday kedengaran.
"Happy birthday Park Minki!" kata Soohyun dengan gembira.
Soohyun menahan tawa melihat Minki yang tak ubah seperti zombie. Minki pula menahan marahnya. Nasib dia sebab lahir sehari selepas Soohyun.
"Kau ni memang perempuan bangang kan" kata Minki dengan kuat.
"Kalau aku bangang, kau lagi banganglah"
Soohyun terus melangkah pergi dari situ. Hatinya sangat puas dapat balas apa yang Minki buat padanya semalam. Kira okey sebab tepung aje pun. Dia dapat telur semalam. Bau tahu tak.
Tak guna kau Soohyun.
Minki bersihkan diri dia sebelum ke lokernya untuk mengambil berberapa barangnya.
"Arghhh!"
Suara lelakinya menjerit. Semua orang memandang ke arahnya. Kebetulan ramai orang di loker sebab sekarang waktu pertukaran kelas. Malunya tak payah cakaplah. Sumpah dia tak tahu mana nak letak muka dia lepas ni.
Dia mencari orang yang berani letak replika lipas didalam lokernya. Tengok aje bad boy pukul orang sana sini tapi rupanya rupanya takut lipas. Gelak sikit.
Minki melihat Soohyun sedang ketawa riang di satu sudut sebelah loker. Soohyun juga melihatnya lalu menjelir lidah. Selepas itu Soohyun pergi dengan hati yang gembira plus puas. Dia berjaya kenakan Minki hari ni. Dia tahu Minki akan datang cari dia nanti tapi apa dia kisah. Janji dia puas. Hahaha.
Selepas kejadian semalam, Crystal selalu mengelak untuk berjumpa dengan Chanhee. Bila Chanhee dibuli dia cuma lihat sekejap dan selepas itu dia pergi. Tak ada niat untuk tolong orang yang lebih dari mampu untuk tolong diri sendiri. Buat apa dia perlu tolong orang macam tu. Bagitahu, siapa aje yang suka bila ditipu. Lagi lagi orang tu yang paling rapat dengan dia.
Tapi Chanhee sangat lega kerana Crystal tak bocor rahsia dia sebelum dia sendiri yang berubah. Hari ni Chanhee pulang dengan perasaan kecewa sedih plus bersalah.
"Kenapa dengan anak eomma ni. Lesu aje. Cuba cerita. Mana tahu eomma boleh tolong"
Chanhee terus memeluk Eunji dengan erat. Hanya Eunji tempat untuk dia mengadu.
"Eomma salahkah Chan jadi budak nerd disekolah" tanya Chanhee.
Eunji mengusap belakang anak lelakinya itu.
"Tak salah kalau kita buat semua itu untuk kebaikan" nasihat Eunji.
Ya dia buat semua ni untuk melihat siapa yang betul betul jujur nak kawan dengan dia.
"Tapi Chan dah tipu orang eomma"
Eunji senyum.
"Macam nilah. Eomma sarankan, jadilah diri kamu sendiri sayang. Jadi diri sendiri itu lebih baik. Eomma faham kalau kamu mahu menilai kejujuran seseorang itu tapi jadilah diri kamu sendiri untuk menilai orang orang itu" nasihat Eunji lagi.
"Appa setuju!" sampuk Chanyeol. Mungkin baru balik kerja.
Chanhee melepaskan pelukannya. Malu dia bila Chanyeol tengok dia bermanja dengan Eunji.
"Dah besar pun manja dengan eomma lagi" sampuk Eunha pula.
"Eh suka hatilah" kata Chanhee selamba.
"Kalau macam tu noona pun nak manja dengan appalah"
Eunha memeluk Chanyeol. Eunji ketawa.
"Alo baby bucuk" Chanyeol mengusap kepala Eunha.
Mereka semua ketawa.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top