#02

"Hai awak!"

Rose memaut lengan lelaki itu dengan senyuman. Lea dan Daamin menayangkan muka menyampah. Hazel pula entah kemana perginya. Dia pun dah benci tengok perangai Rose yang terlampau over malam ni. Macam makan ulat bulu terlebih aje. Tapi Hazel kalau menyampah, dia tak akan tunjuk. Dia hanya diam. Perangai dia memang macam tu.

"Daamin. Tiba tiba gatal pulak tekak aku ni. Tolong jap. Gatal sangat ni" Lea cakap kuat kuat.

Rose menjeling kearah Lea dan Daamin. Tidak lama kemudian, lelaki itu menolak tangan Rose yang menempel pada lengannya lalu langkah diatur ke tempat lain. Lea dan Daamin menahan tawa mereka melihat muka masam Rose.

"Orang tu kena tinggal dengan prince dia la weh! Kalau aku jadi orang tu, serius malu siot!"

Rose terus pergi dari situ. Geram dia dengar sindiran dari Lea. Its okay. Ada hari dia akan balas nanti.

"Wassup bro!"

Jaehyun melangkah masuk ke dalam bilik Jaemin. Betul cakap aunty Mina. Si Jaemin ni tak habis habis dengan buku dia. Tak cramp otak ke baca banyak banyak.

"Hai bro. Bila sampai" soal Jaemin. Dia menutup bukunya.

Mereka berpelukan.

"Aku dah lama sampai. Kau buat apa sorang sorang dalam bilik parents kau ni. Kau ni kan, tak cukup dekat rumah kau, dekat rumah nenek pun kau nak belajar lagi" bebel Jaehyun.

"Tahap bebel kau macam mummy aku dah. Bab membebel memang A" komen Jaemin.

"Jomlah turun" ajak Jaehyun.

"Aku malaslah. Ramai orang. Serabut"

"Aku tak kira. Nak tak nak kau kena ikut aku turun. Bukan selalu aku dapat jumpa kau"

"Eleh! Nanti di sekolah pun kau akan selalu jumpa aku jugak"

Jaehyun sengih macam kerang busuk.

"Jomlah. Cakap banyak pula kau ni"

"Yelah yelah. Ni pun sebab kau paksa"

Jaehyun menggeleng kepalanya.

Hazel termenung di kolam hiasan belakang rumah. Sejujurnya, dia agak tak suka dengan party macam ni. Entahlah. Rimas. Lebih baik tengok ikan ikan dalam kolam ni. Lampu disini pun cantik. Pandai nenek hias.

Dia perasan bukan dia sorang ada disini. Ada orang lain sedang berdiri di sebalik pokok disitu. Hazel melangkah dengan perlahan untuk melihat siapa disitu. Dia bersembunyi di sebalik pokok. Harap harap orang tu tak perasan dia disini.

Oh! Lelaki ni rupanya. Walaupun dengan cahaya bulan, Hazel boleh nampak wajah lelaki ni. Ikhlas dia cakap, lelaki ni handsome walaupun dilihat dari tepi. Tapi apa nama dia eh?

Oh shit! Asal ada ulat kecil pulak ni.

Hazel menutup mulutnya supaya orang tak akan dengar dia menjerit. Akibat ulat itu, lelaki itu menoleh ke arahnya. Dengan automatik tubuhnya berpusing sebelum lelaki itu melihat wajahnya. Dia lari sekuat mungkin.

Fuh! Nasib dia tak nampak aku. Kalau tak mesti kena cop perempuan gatal. Yelah. Tengok orang sembunyi sembunyi macam tu tadi.

...

Seperti biasa, kemeja putih bersama skirt kelabu gelap disarungkan ke tubuh. Tidak lupa juga, reben yang juga berwarna kelabu gelap diikat pada sekeliling leher. Lea melihat penampilannya untuk kali terakhir sebelum dia turun.

Kelihatan Daamin sudah sampai. Siap tengah sarapan dengan atuk dengan nenek lagi. Tak guna kau Daamin. Kalau ya pun lapar, tunggulah aku sekali.

"Ha turun pun Miss Shrek kita ni" kata Daamin.

"Banganglah kau ni. Kalau aku Miss Shrek, kau tu Mr Shrek. Miss Shrek tak apa lagi sebab dia memang cantik. Kalau Mr Shrek, memang hodoh gila" bidas Lea.

"Eleh! Sikit sikit nak menang dia" kata Daamin lagi.

Jihyo menggeleng kepalanya.

"Duduk Lea. Banyak yang nenek kamu masak hari ni" pelawa Gary.

Lea cuma senyum lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Gary.

"Makan banyak banyak. Atuk tengok kamu ni kurus aje Lea" sambung Gary lagi.

"Okaylah ni atuk. Budak budak zaman sekarang ni mana mahu badan gemuk. Semua nak kurus aje" kata Lea.

"Tak payah nak bajet sangatlah Lea. Gemuk pun comel apa" bidas Daamin pula.

Jihyo bersabar. Kalau ikutkan hati dia, mahu aje dia ketuk ketuk kepala dua orang cucu dia ni. Untung Daamin tidak tinggal satu rumah dengan dia. Kalau tak, mahu hari hari dia dengar dua orang ni bergaduh.

"Kami pergi dulu nek"

Lea dan Daamin memeluk atuk dan nenek mereka. Gary dan Jihyo sambung makan. Lea memang selalu larang atuk dan neneknya hantar dia sampai ke pintu rumah. Bagi dia semua tu tak perlu. Sepatutnya mummy atau daddy dia yang patut buat macam tu.

"Dah banyak kali kan aku cakap aku tak nak naik motorbike kau ni. Aku takut"

"Bajet aje kau ni. Bagitahu jelah yang kau nak driver atuk hantar kan. Susah sikit tak nak langsung"

"Eh! Of course! Hidup kena mewah. Lagipun sekarang ni musim hujan. So aku tak nak pergi dengan kau" kata Lea selamba.

"Kalau aku tahu macam ni, aku tak datang sini. Aku pergi sekolah terus aje tadi. Kau ni memang menyusahkan orang kan" bebel Daamin.

"Habis tu kau nak pergi dengan siapa ni?" soal Daamin lagi.

"Pergi dengan aku"

"Jaemin? Sejak bila kau ada sini" soal Lea pelik.

Semalam dia tak nampak pun Jaemin dalam rumah ni.

"Aku malas nak balik rumah semalam. So aku tidur sini. Jomlah. Nanti lambat pula sampai" kata Jaemin lagi.

"Jom" ajak Lea dengan semangat.

"Jadi betul kau tak nak naik dengan aku?" soal Daamin lagi.

"Sorry Mr Shrek. Saya lebih rela naik bas daripada naik motorbike bersama anda"

"Kau ni kan...eeii kecil besar kecil besar je aku tengok"

Daamin menghidupkan motorbikenya lalu pergi dari situ dengan hati yang panas.

Dylan High School iaitu sebuah sekolah untuk orang orang yang ternama. Sekolah ni termasuk 10 sekolah paling terbaik.

Rasanya Hazel orang paling terakhir datang. Tapi kisah apa dia. Dah datang ni pun dah cukup bagus. Baru kaki hendak melangkah masuk dalam kawasan sekolah, sebuah motorbike hitam masuk terlebih dahulu. Gila kau tak terkejut. Siapalah punya kerja. Tak senonoh langsung. Kalau terlanggar aku tadi macam mana. Macamlah sekolah ni bapak dia punya.

Hazel cuma buat tak tahu melihat lelaki itu yang sedang mengemaskan rambutnya. Dia berjalan menuju ke kelas.

"Awal kau datang Hazel" tegur Jinyoung.

"Kan ni sekolah bapak dia punya" kata Haeri pula.

"Aku bangun lewat sikit hari ni. Biasalah. Layan movie" jawab Hazel.

"Movie apa Hazel? Movie Shrek eh?" kata Lea sambil menjeling kearah Daamin.

Sejak dia sampai sekolah dengan Jaemin tadi, sepatah pun Daamin tak bercakap. Merajuklah tu. Nak orang pujuk. Faham sangat perangai dia tu.

Hazel cuma senyum.

"Kau tahu tak Hana, kelas oppa aku ada budak baru" Rose sengaja cakap kuat kuat. Biar satu kelas dengar.

"Iya? Siapa beb?" soal Hana dengan teruja.

"Alaa lelaki yang aku cerita dekat kau tu. Yang aku jumpa masa pergi party hari tu"

Hazel mengawal riak wajahnya. Macam mana ni. Habislah dia kalau lelaki malam tu sekolah ni juga. Kalau lelaki tu dapat kenal dia macam mana. Tamatlah riwayat dia.

"Apa nama dia?" soal Hana.

"Park. Ji. Hoon" sengaja Rose sebut satu satu perkataan.

"Kau tahu tak tadi dia datang naik motorbike. Serius handsome gila. Macho siot!" cerita Rose lagi.

Oh. My. Gad! Jadi lelaki yang hampir langgar dia tadi, lelaki yang sama. Maksudnya dia tak kenal akulah. Fuh! Nasib baik.

"Eleh! Aku pun macho jugak"

Rose menayangkan muka menyampah mendengar kata kata Daamin. Lea pula menahan tawanya.

"Kau asal? Nak gelak tu gelak jelah. Tak payah nak tahan tahan"

Dan tawa Lea pun meletus. Merajuk sangatlah macam tu. Haha. Daamin. Daamin.

"Good morning guys. Hari ini guru guru ada mesyuarat untuk sukan tahunan. Jadi saya berharap semua duduk diam diam. Tolong jangan bising" pesan guru Kim.

"Melainkan orang tu monyet yang tak boleh duduk diam diam" sambung guru Kim lagi sebelum melangkah keluar.

Dan selepas itu semua bersorak gembira. Selalunya lepas rehat nanti baru sambung belajar. Dalam keadaan bising didalam kelas, Hazel melangkah keluar. Tujuannya library. Baginya itu tempat yang paling tenang dalam sekolah ni. Tidak lupa juga beberapa buku dibawanya.

Selalunya buku yang dibawa itu ialah buku matapelajaran yang dia terlepas sebab dia tertidur. Setiap pukul 11 pagi keatas dia akan tidur. Tak kisahlah guru mana yang mengajar sebab kebanyakan guru yang mengajar kelas dia, semuanya baik baik kecuali guru matematik. Sumpah dia tak pernah tidur masa guru tu mengajar.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua murid berpusu pusu ke cafe sekolah.

"Jom bro. Pergi makan" ajak Taeoh.

"Kau nak ke kawan dengan orang sombong macam aku" soal Jihoon bersama senyuman sinis.

Walaupun baru sehari dia masuk sekolah tu, orang dah cop dia budak sombong. Mostly lelaki. Tapi dia tak buat tak kisah aje. Hidup dia tak perlukan tanggapan orang lain. Life aku, life aku. Life kau, life kau.

"No. Aku tak rasa kau macam tu. Kau mesti ada sebab tersendiri. Dan aku tak perlu tahu apa pun sebab tu"

Jihoon melihat Taeoh. Kawan macam nilah yang dia cari selama ni. Kawan yang memahami dia. Sejujurnya dia sedikit terharu mendengar Taeoh cakap macam tu.

"Thanks bro"

Mereka mengambil makanan lalu duduk disalah satu meja. Kini mereka menjadi pusat perhatian semua pelajar.

"Aku dengar kau datang naik motorbike. Betul ke?"

"Yup! Asal?"

"Kalau macam tu genglah kita. Aku pun datang dengan motorbike juga. Bolehlah kita lepak sekali nanti"

"Aku on je"

Tiba tiba semua orang berhenti makan dan berdiri tunduk hormat.

"Asal kau?" soal Jihoon pelik melihat Taeoh berdiri macam orang lain.

"Pengetua datang bro" bisik Taeoh.

Jihoon sambung makan tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

Tidak lama kemudian, mereka semua duduk dan makan seperti biasa.

"Kenapa kau tak bangun?" soal Taeoh.

"Perlu ke bangun sampai macam tu sekali walaupun tengah makan"

Taeoh diam.

"Kalau nak hormat pun ada had dia juga bro. Ni tengah makan kot" sambung Jihoon lagi.

"Sombong betul"

"Entah. Pengetua datang pun tak hormat"

"Betullah cakap kau. Dia memang sombong"

"Pedulikan apa yang mereka cakap. Mak cik mak cik bawang memang macam tu" kata Taeoh.

"Kau nampak aku macam kisah ke. Lantaklah apa dorang nak cakap"

Jihoon dan Taeoh sambung makan.

Tbc

So far, macam mana dengan cite ni. Best? Bad?

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top