BAB 6


Naaz mahu berjumpa abahnya ditempat kerja selagi tak jumpa selagi itu hati tak tenang.Naaz minta izin pada boss mahu berjumpa abahnya kerana ada urusan sangat penting mujur bossnya beri keizinan pada Naaz hari ini jadual boss tidak terlalu sibuk mudah boss bagi keizinan.Naaz berdiri depan bangunan abahnya kerja Naaz langkah masuk pergi ke kuanter pertanyaan.

" Selamat datang boleh saya bantu."

" Saya nak berjumpa Dato Fauzan adakah dia ada."

" Maaf Cik Dato Fauzan sudah keluar."

" Keluar? sudah lama ke atau baru saja."

" Sudah lama Cik ada apa-apa nak saya sampaikan pada Dato Fauzan."

" Takada apa-apa,terima kasih."

Naaz sudah mengangguk Naaz melihat jam tangan sudah dua petang patutlah waktu seperti abahnya sangat sibuk.Naaz mengucap terima kasih Naaz baru nak pusing kebelakang ada seseorang memanggil Naaz berhenti dan tak bergerak dari situ.

" El!!" Seorang lelaki itu pergi ke arah Naaz yang berdiri tanpa pandang wajah lelaki itu.

" Haii..Encik Kamal sorry saya menganggu." Naaz hilang rasa berdebar-debar bila berdepan dengan lelaki itu.

" Takpayah nak encik-encik sangat El buat apa dekat sini." Kamal berdiri depan Naaz.

" Saya nak berjumpa Dato Fauzan tapi Dato Fauzan sudah keluar,saya minta diri Encik Kamal." Naaz tunduk kepala ke bawah rasa takut nak bertentang mata Encik Kamal.

" Kenapa tak telefon abah dulu sebelum datang abah sudah lama keluar."

" Saya dah telefon Dato tapi tak angkat."

" El!! tunggu sekejap abang ada nak bincang dengan El jom duduk dekat sana." Kamal tunjuk kerusi disana mahu nak melangkah Naaz sudah bersuara.

" Nak bincang? bincang apa Encik Kamal,takapa lah kita bincang dekat sini takpayah nak duduk." Naaz tetap berformal dengan Kamal sudah habis ayat dengan Kamal tetap mahu mengajak Naaz.

" Kenapa!! tak boleh ke El abang sudah lama tak jumpa El apa salahnya abang nak jumpa El sekejap pun jadi lah." Kamal mengerut dahi dengan Naaz

" Encik Kamal sekarang ini waktu pejabat kalau takada apa-apa saya minta diri.Saya sudah lambat nak masuk ke pejabat nanti boss saya tanya saya ke mana saya pergi." Naaz tunduk kepala terus melangkah ke keluar Naaz tak menghiraukan namanya memanggil.

" El!!"

" El!!" Kamal cuba mengejarkan Naaz ke keluar tapi sayangnya Naaz sudah menghilang dari pandangannya.

Haish budak ini!! susah betul nak jumpa ada saja alasan nak bagi.

Kamal menggeleng kepala dengan panas terik hari ini baru saja jumpa dengan Naaz walaupun sekejap pun jadi lah bila diajak macam-macam alasan.Kamal terus masuk ke bangunan semula meneruskan kerjanya Kamal tidak peduli dengan pandangan orang lain biarkan apa yang mereka mahu katakan.

Takada selera Johan nak makan melihat pasangan yang mesra bukan itu saja Tan Sri Zayyan turut makan sekali menbuatkan hati Johan sangat panas dan geram.Lagi tambah geram bila Johan nampak Adam melayan Naaz seperti suami isteri sebelum ini Johan tidak pernah layan Naaz sebegini pun Johan tak tahan terus hantar mesej pada Naaz tapi Naaz tidak melayan mesej dari Johan.

" Johan! asal tak makan."

" Takada selera lah nak makan."

" Lah!! kenapa pula ini kau yang suruh makan tempat lain sekarang kau takada selera pula."

" Kau makan lah aku tunggu dalam kereta." Johan terus bangun putus selera makan memikirkan tentang Naaz bermesra dengan Adam.Johan terus ke parking dan menghidup enjin sementara itu Johan cuba berhubungi Naaz tetap sama tidak diangkat Johan campak telefon sebelah memandu.

Arghh!!! tak guna!!!

Naaz tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan mesti bossnya marah ke mananya Naaz pergi begitu lama Naaz diluar baru saja nak masuk ke lif Naaz terlanggar seorang lelaki.

" Saya minta maaf Encik." Naaz tunduk kepala tanpa teroleh pada lelaki itu.

" Tak apa."

Suara itu sangat kenal Naaz terus pandang ke arah lelaki itu Naaz terkejut dengan wajah lelaki itu.

Alamak Tan Sri?

" Tan Sri." Naaz cuba menghilang perasaan berdebar-debar.

" Dari mana Naaz kenapa nampak tergesa-gesa ini."

" Tak..takada Tan Sri saya jumpa abah saya tadi Tan Sri."

Tan Sri Zayyan mengangguk.

" Tan Sri saya minta diri dulu." Naaz minta diri pada Tan Sri Zayyan kebetulan pintu lif terbuka Naaz terus masuk ke lif.

Naaz terus keluar dari lif Naaz langkah masuk pergi ke tempat mejanya baru saja nak duduk bossnya sudah memanggil belum hilang rasa penat lagi.

" Naaz!! awak masuk bilik saya."

" Okey boss." Naaz mengikut langkah masuk dalam bilik bossnya Naaz tidak banyak tanda.

" Duduk." Adam pelawa Naaz duduk kesian pula berdiri lama-lama.

" Terima kasih boss." Naaz duduk dan betulkan tempat duduk sebelum bertentang dengan boss.

" Awak sudah jumpa ayah awak ke." Adam terus duduk dikerusi sambil memyemak file.

" Abah saya sudah keluar tak sempat nak jumpa."

" Ayah awak tahu ke yang awak nak jumpa."

" Tak!! boss saya datang secara mengejut."

" Ya ke,Naaz hujung minggu ini awak temankan saya."

" Hujung minggu ini? kenapa boss ada apa-apa ke."

" Ya,hujung minggu ini ulang tahun my mum I hope you can help me."

" Okay Well I will help,nak saya tolong apa."

" Tolong saya belikan barang untuk my mum sebab saya tak berapa pandai sangat hal ini so,awak boleh tolong saya."

" Takada masalah boss,nak pergi pukul berapa."

" Nanti saya bagitahu dekat awak."

" Okey boss." Naaz mengangguk dan minta diri.Naaz sambung semula kerjanya sebenarnya rasa bersalah pada abahnya mungkin abah merajuk dengan aku?

Naaz menyiapkan kertas kerjanya yang belum siap ada berapa document belum disusun dalam file.Selesai mengemas dan menyusun berapa kertas kerja dalam file memastikan semua kerjanya susun teratur dan kemas kemudian sebelum keluar dari bilik Naaz memastikan segalanya document penting sudah simpan dengan rapi dan teliti.Naaz terus keluar dari bilik dan menunggu depan lif melihat jam tangan sudah menunjuk jam lapan malam patutlah sunyi sepi takada orang rupanya.

Buka pintu sudah buka Naaz terus keluar dari lif pergi parking kereta Naaz mahu berjumpa abahnya hari ini juga tidak kira sekarang sudah pukul berapa pun tetap Naaz mahu berjumpa.Naaz meneruskan perjalanan ke rumah Dato Fauzan mengambil masa hanya dua puluh minit Naaz masuk ke kawasan perumahan banglo mewah berapa silang rumah Naaz sudah sampai ke rumah Dato Fauzan.Naaz terus masuk 
dan parking kereta sebelum keluar Naaz tarik nafas dalam-dalam berharap abahnya tidak marah.Naaz berdiri depan pintu rumah dan menekan loceng.

" El!! masuklah!!" Datin Faranisa terkejut anak perempuan berdiri depannya.Datin Faranisa sangat teruja dengan anaknya Datin Faranisa mengajak masuk Naaz dalam rumah.

" Terima kasih mana abah mama,El nak jumpa sekejap." Naaz mengikut langkah masuk ke dalam rumah.Datin Faranisa berpaut lengan Naaz ke ruang makan Datin ke dapur buat air untuk Naaz.Naaz datang ke sini adalah mahu berjumpa abahnya mahu minta maaf.

" Abah? mana ada abah,abah pergi seminar tiga hari dua malam." Datin Faranisa meletak cawan depan Naaz Datin Faranisa bagitahu pada Naaz.

" Seminar dekat mana mama." Naaz agak terkejut apa yang dia dengar.

" Sarawak,El tak jumpa abah ke." Datin Faranisa bertanya semula pada Naaz.

" Tak." Menggeleng.

" Takkan abah tak telefon El sebelum pergi ke sarawak." Datin Faranisa mengerut dahi seperti tidak percaya.

" Ada mama abah telefon tapi abah ajak El lunch tadi tapi tak pergi pun sebab El ada hal dan abah tak cakap apa-apa pasal seminar mama."

" Mungkin abah nak ajak El lunch sebab nak bagitahu pada El yang abah pergi seminar."

" Ouh..mama El balik dulu lah."

" Kenapa tak tidur sini saja,lagi pun mama tengah masak makan malam ini tidur sini ya." Datin Faranisa bersuara seolah tak mahu Naaz balik.

" El tak plan pun mama tiba-tiba nak datang lain kali mama." Naaz menggaru kepala tak rasa gatal.

" El!! please mama tak minta apa-apa pun tidur sini ya."

" Okey mama.." Akhirnya Naaz mengalah dan mengangguk akan tidur sini.Naaz minta diri masuk ke bilik bersihkan diri sebelum makan malam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top