BAB 10

Naaz menyiapkan pakaian yang diberi oleh Adam petang tadi Naaz tidak bantah hanya mengikut sebagai arahan malam ini Naaz diajak ke rumah Tan Sri Zayyan menyambut ulangtahun Puan Sri Aara.Perasaan yang gementara membuatkan Naaz tidak boleh bernafas kali pertama Naaz akan berjumpa keluarga Tan Sri Zayyan.

Kali pertama Naaz menjejak ke rumah Tan Sri Zayyan dan Puan Sri Aara sejak mengenali Johan selama tujuh tahun.Johan tidak pernah mengajak atau kenalkan dirinya pada keluarga Johan pelbagai alasan Johan berikan.Naaz mengikut langkah masuk ke ruang tamu yang sudah dipenuhi berapa orang kawan Puan Sri dan suadara-mara.Naaz perasan ada berapa orang sedang pandang ke arah Adam dan Naaz.

" Naaz awak okey tak." Adam bertanya pada Naaz yang mendiamkan diri.

" Saya okey saja." Naaz menjawab.

" Kalau awak tak selesa bagitahu pada saya." Adam beri senyuman pada Naaz yang kelihatan ketakutan pun ada juga.Mungkin baginya ini adalah majlis pertama Naaz hadir.

" Tak sa..ya..saya cuma segan lah awak." Terasa dirinya sangat kecil disini.

" Apa yang awak nak segan kan biasa lah majlis kan." Adam beri semangat pada Naaz.

" Ya lah saya tak biasa." Tidak tahu bagaimana nak tenangkan diri bila berdepan orang ramai bukan biasa-biasa malahan orang VVIP kesemuanya berada dirumah Tan Sri Zayyan dan Puan Sri Aara.

" Takapa saya ada jom." Adam tarik tangan Naaz letak dilengan Adam seperti pasangan sedang bercinta.

Naaz cuba tenangkan diri dan senyum ke arah Adam sebelahnya.

" Adam!!!" Seseorang memanggil serta melambaikan tangan.

Naaz terkejut melihat seseorang yang sangat dikenali.Naaz cuba menarik nafas dalam-dalam Naaz cuba tarik tangannya disisi Adam tapi Adam tidak melepaskan.

Abang Kamal!

" Datang pun mana family kau." Adam berpeluk Kamal.

" Aku datang dengan mama aku,kau dari mana." Kamal balas sambil mencari Datin Faranisa.

" Mama kau je mana uncle.Aku baru ambil P.A dekat rumah." Adam menjelaskan pada Kamal.

" Abah aku pergi seminar.Ini P.A kau kan." Kamal menjawab.

" Ya ini P.A aku Naaz,awak saya nak kenal kan ini kawan saya namanya kamal anak Dato Fauzan tapi Dato Fauzan takada dekat sini ada seminar dekat mana." Adam balas pertanyaan Kamal.Adam perkenalkan kawannya pada setiausahanya.

" Ouh namanya Naaz rupanya cantik P.A kau ini Adam,Abah aku pergi Sarawak ada seminar dua,tiga." Kamal mengangguk.Kamal melihat wajah adiknya tidak pandang langsung ke arahnya.Takut rupanya.

" Hai Encik Kamal." Naaz cuba perkenalkan diri pada abangnya.

" Haii jumpa lagi kita dekat sini,Adam aku ingat kau datang sorang tadi ini kau bawa nak jumpa keluarga kau ke." Kamal mengangguk perlahan kemudian bertanya pada Adam
sempat juga Kamal mengusik Adam yang menahan malu.Kamal tahu mesti adiknya kurang selesa bila diusik.

" Ka..mal..Kamal apa kau cakap ini,Kau dah makan ke belum." Adam cuba mengawalkan diri tak mahu Naaz rasa tidak selesa dengannya.

" Mana mama kau aku nak jumpa." Adam bertanya pada Kamal ke mana Datin Faranisa tak nampak bayang langsung.

Naaz terkejut bila Adam bertanya ke mana Datin Faranisa.Naaz pandang ke arah Adam yang menanya Naaz melihat raut wajah muka Kamal yang menenang seolah tiada apa-apa berlaku.

Boss aku kenal keluarga aku ke tak mungkin lah abang aku bagitahu dekat boss aku siapa aku mungkin ini kebetulan aku percaya pada abang aku.

" A..ada..Ada." Kamal mengangguk baru saja mencari sekeliling  terdengar suara yang memanggil

" Adam!!"

" Hai auntie how are you auntie." Adam hadiah senyuman pada Datin Faranisa.

" I am fine who are she." Datin Faranisa pura-pura tidak mengenali anak perempuannya.

" Ini P.A saya auntie nama dia Naaz." Adam perkenalkan Datin Faranisa pada Naaz yang masih disisinya.

" Awak kenal kan ini Datin Faranisa." Adam perkenalkan Naaz pada Datin Faranisa yang berdiri depannya sambil senyum.

Mama pun ada dekat sini juga.

" Apa khabar Da..tin..Datin." Naaz lambat-lambatkan tangannya menghulur.

" No call me Datin just call me auntie." Datin Faranisa bertutur berbicara formal seolah-olah tidak mengenali satu sama lain.Datin Faranisa terus peluk Naaz dan cium pipi kiri dan kanan.Pandai anak mama bawa bakal suami.

" Baik auntie." Naaz mengangguk perlahan-lahan.Sorry mama.

" Auntie.. Adam minta diri dulu,Jom Naaz saya nak perkenalkan mummy saya pada awak."

Naaz mengangguk minta diri dari Datin Faranisa.Naaz masih bercuba mengawal diri tak sangka bossnya mengenali dengan keluarganya Naaz berharap Datin Faranisa dan Kamal tidak beritahu siapa dirinya sebenar.

Adam bawa Naaz satu tempat yang beramai berkumpul Naaz nampak berapa orang beri hadiah pada wanita itu mungkin itu Puan Sri Aara yang dikatakan oleh Adam.

" Happy Birthday Mummy!" Adam mengucap selamat harijadi dan menghulur hadiah pada Puan Sri Aara.

" Thank you darling,Who are she your." Puan Sri Aara mengangguk dan senyum ke arah anaknya Puan Sri perasan siapa yang berdiri sebelah anaknya.

" Mummy!! kenalkan ini P.A Am,Naaz." Adam tidak jemu perkenalkan Naaz pada sesiapa yang menanya.

" Seriusly bukan bakal isteri ke Am." Puan Sri Aara ingatkan anaknya bawa calon isteri melihat ciri-ciri Puan Sri Aara mahukan sudah ada pada Naaz.

" Mummy!!" Adam rasa malu pun ada juga tak tahu kenapa semua orang mahu mengusik dirinya.

" Naaz kenalkan ini mummy saya." Adam cuba menenangkan diri didepan Naaz dan Puan Sri Aara.

" Happy birthday Puan Sri." Naaz memberi hadiah pada Puan Sri Aara harap-harap Puan Sri Aara sukakannya.

" Thank you dear not call me Puan Sri just call me auntie." Sejujurnya Puan Sri Aara suka penampilan Naaz yang ringkas sesuai bila dipakai pandai Naaz cari pakaian sesuai dengan majlis seperti ini.Puan Sri Aara mengambil hadiah dari Naaz dan mengucap terima kasih kerana sudi datang ke majlisnya.

Selesai majlis ulang tahun Puan Sri Aara ada juga sudah pulang ke rumah.Datin Faranisa sentiasa mendekati Naaz dan Naaz tidak kisah apa yang mereka pandangkan hanya Naaz sorang saja yang tahu siapa Datin Faranisa sebenarnya.Naaz sangat lega bila disisi Datin Faranisa kadang-kadang Adam datang menghantar minuman dan makanan pada Naaz.Adam melihat kemesraaan Datin Faranisa dengan Naaz sangat rapat mungkin Naaz seorang peramah pada sesiapa yang mendekatinya.

" El..Mama balik dulu ya,kesian abang Mal itu sudah mengantuk." Datin Faranisa berbicara dengan perlahan-lahan tak mahu ada orang mendengar berbualan ini.

" Baik mama..Hati-hati mama." Naaz menghulur tangan lalu cium tangan dan peluk Datin Faranisa dengan eratnya.

Datin Faranisa mengangguk sebelum melangkah Datin Faranisa mengusap pipi anaknya.Datin Faranisa mencari ke mana Puan Sri Aara sekeliling tidak berjumpa.Datin Faranisa ternampak Puan Sri Aara sedang berbual berapa kawannya Datin Faranisa mendekati Puan Sri Aara.

" Aara I balik dulu kesian anak bujang I ini." Datin Faranisa bersalaman Puan Sri Aara sebelum balik Datin Faranisa minta diri dulu sudah biasa mana-mana Datin Faranisa akan buat perkara sama.

" Okey terima kasih you datang ke majlis I ini." Puan Sri Aara mengangguk kelapa dan Puan Sri Aara berdakapan dan melagakan pipi ke pipi Datin Faranisa.

" Sama-sama I minta maaf sebab suami I tak dapat nak datang ke majlis you.Suami I ada seminar dekat sarawak." Datin Faranisa mengangguk kepala perlahan dan menjelaskan pada Puan Sri Aara.

" Takapa nanti I suruh suami I call suami you.Apa-apa pun terima kasih datang." Puan Sri Aara mengangguk tanda faham.Puan Sri Aara tahu yang Dato Fuazan tidak dapat hadir ke majlisnya.

" I minta diri dulu ada masa kita jumpa,jom Mal sudah lewat ini." Datin Faranisa minta diri.Datin Faranisa paut lengan anak lelaki yang sebelahnya.

" Auntie saya balik dulu." Kamal minta diri dan menunduk kepala pada Puan Sri Aara.

" Baiklah." Puan Sri Aara mengangguk dan senyum pada Kamal dan Datin Faranisa.

Dalam perjalanan Datin Faranisa masih tertanya-tanya dengan kelakuan Naaz sebentar tadi seolah tidak mengenali satu sama lain.Datin Faranisa ingin tahu tentang anak perempuannya Datin Faranisa yang Naaz seorang yang suka rahsia ada orang tertentu sahaja yang tahu.

" Mal,mama nak tanya boleh." Datin Faranisa bertanya pada yang Kamal memandu sambil pandang ke arah Datin Faranisa dan mengangguk kemudian beri tumpuan memandu.

" Tanya lah mama." Kamal menjawab.

" Mal kenapa El pura-pura tak kenal." Datin Faranisa masih tak faham dengan anak perempuannya.

" Mama tahu kan El itu macam mana kalau boleh takada sesiapa yang tahu siapa El sebenar." Hanya Kamal saja yang tahu perkara sebenar kerana sudah berjanji dengan adiknya takkan  buka rahsia pada sesiapa pun.

" Sampai bila nak sembunyikan identiti." Datin Faranisa menggeleng kepala perlahan-lahan sambil fikirkan  sesuatu.

" Mal pun tak tahu mama kenapa mama." Bukan niat nak menipu tapi belum masanya lagi.

" Mal mama sebenarnya kan suka sangat El rapat dengan Adam macam serasi sangat." Datin Faranisa baru teringat tentang mereka tadi melihat kemesraan seperti pasangan.

" Mal pun sama."

" Mal ada tanya El tak."

" Tanya apa mama."

" Betul ke El itu sedang bercinta dengan boss sendiri." Datin Faranisa mahu kepastian saja.

" Takada pula El cakap apa-apa nanti Mal tanya dia sendiri." Betul juga kata Datin Faranisa apa yang Kamal fikirkan rasanya adalah betul.

" Okey." Datin Faranisa mengangguk tanpa sedar Datin Faranisa mengukir senyuman.

" Mama..Mal nak tanya boleh." Kamal meneruskan perjalanan tidak terlalu jauh dari rumah Tan Sri Zayyan.

" Tanyalah apa dia." Datin Faranisa pandang ke arahnya menunggu pertanyaan malahan senyap saja.

Kamal biarkan pertanyaan dari Datin Faranisa Kamal berhenti depan pintu pagar rumah kemudian Kamal masuk ke parking kereta.Datin Faranisa langkah masuk ke dalam rumah yang gelap hanya ada lampu depan rumah yang menyala.Datin Faranisa rehatkan diri diruang tamu Datin Faranisa melihat anaknya pergi ke dapur.

" Mama.." Kamal letak cawan atas meja.

" Terima kasih tadi Mal nak tanya apa."

" Takapa mama,Mal tak ingat pula kalau ingat Mal bagitahu."

" Pula dah apa yang Mal fikikan sampai lupa.Dahlah pergi tidur."

" Okey mama good night." Kamal bersalam serta cium dahi Datin Faranisa sebelum tidur.

" Good night."

Tengah malam baru Johan balik suasana gelap dan sunyi biasa lah waktu seperti semua sudah tidur.Johan langkah masuk dengan berhati-hati Johan perasaan diruang tamu masih bernyala lampu Johan tidak peduli mahu nak naik ke atas terdengar suara garau dari ruang tamu.

" Baru nak balik." Tan Sri Zayyan bertanya pada anaknya baru balik.

" Daddy.." Johan bergerak ke arah Tan Sri Zayyan.

" Johan lupa ke atau buat-buat lupa." Tan Sri Zayyan silang dada sambil mengerling tajam ke arah Johan.

" Kenapa daddy?" Johan duduk depan Tan Sri Zayyan.

" Ke sengaja buat-buat lupa." Tan Sri Zayyan dingin.

" Biasa lah daddy lebih kan kawan pada keluarga sendiri sampai lupa hari yang paling penting itu pun boleh lupa." Adam mencelah antara berbualan Tan Sri Zayyan dengan Johan.

" Kau itu diam!! Kau itu tak layak bersuara dengan aku." Johan meninggikan suara tidak peduli siapa dia sebenarnya.

" Johan!! Apa masalah kamu ini Johan tiba-tiba nak mengamuk." Tan Sri Zayyan terkejut dengan tingkah laku anaknya tiba-tiba naik angin.

" Daddy tanya anak kesayangan daddy itu." Johan balas dengan tidak puas hati.

" Johan anak kesayangan daddy juga.Johan jangan nak tukar topik sampai hati Johan tak ingat kan."

" Ingat apa daddy? Johan tak faham lah."

" Ulang tahun mummy!!! Mana lah kau nak ingat kan balik rumah ini macam hotel saja keluar masuk!!" Adam balas dengan dingin suka hati nak meninggikan suara tanpa sebab.

" Kau jangan nak tipu aku lah aku tahu bila ulang tahun mummy."

" Kalau kau tahu bila?"

" Sekejap aku nak ingat balik."

" Semalam ulang tahun mummy Johan!!" Tan Sri Zayyan menjawab satu per satu.

" Sampai hati Johan tak ingat daddy punya beria-ria buat majlis untuk mummy.Daddy ingat Johan tahu rupa-rupanya tak!!.. daddy tak faham dengan Johan ini bukan selalu buat majlis setahun sekali itu pun Johan tak ingat." Tan Sri Zayyan mengeluh perlahan.

" Sorry daddy Johan betul-betul tak ingat." Johan terkejut dengan luahan Tan Sri Zayyan.

" Satu lagi tolong jangan bergaduh dengan Adam apa salah Adam dimata Johan."

" Johan tetap tak suka dia ada dalam rumah ini!! Johan benci!!" Johan terus langkah ke keluar.

" Johan!!! Jangan jadi budak kecil boleh tak jadi matang sikit.Kau itu dah besar panjang bukan budak-budak lagi." Sempat Adam paut lengan Johan sebelum langkah ke luar.

" Aku ini bukan budak-budak tapi aku geram dengan kau.Kenapa kau rapat dengan Naaz." Johan lepaskan lengan dari Adam.Siapa tak cemburu bila buah hati bermesra dengan orang lain.

" Yang kau nak cemburu sangat kenapa? Aku dan Naaz hanya pekerja saja."

" Ya memang aku cemburu Naaz itu girlfriend aku." Johan tahan geram dengan Adam yang berlagak pandai.

" Sudahlah Johan aku tahu kau penat dahlah jom masuk sudah lewat ini." Adam cuba bertenangkan Johan yang tengah marah.Tak tahu mananya salah dirinya pada Johan.

" Takpayah!!! Lah aku nak balik!!." Johan tetap dengan pendirian takkan penginap disini.

" Johan sudah lewat malam ini bukan ke kau baru sampai takkan nak balik tak boleh ke tunggu esok pagi." Adam tetap berlembut berbicara dengan Johan walaupun Johan berkasar dirinya.

" Aku nak balik!!! Kau takpayah nak halang aku!!" Johan

" Suka hati kau lah apa kau nak buat kalau itu memuaskan hati kau.Dan aku dan Naaz hanya pekerja saja tak lebih dari itu." Puas Adam memujuk tetap dengan kedegilan Johan yang tak boleh bawa bincang langsung.

Sial kau Adam kau tunggu nanti siapa dapat Naaz aku pasti Naaz milik aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top