Act 9: The Operation Begin
Ribuan askar berkumpul. Jeneral Micheal berdiri di hadapan dengan raut wajah yang serius.
Beberapa askar yang berjawatan tinggi berdiri termasuk Sylvia sebaris dengan Jeneral Micheal. Hanya Sora sahaja yang tidak berada di situ.
"Baiklah! Hari ini kamu akan lakukan misi menyelamat. Seperti yang sudah dibincangkan kemarin, kamu semua sudah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan harus membawa semua penduduk yang selamat balik ke pangkalan. Faham!?" Soal Jeneral Micheal.
"Faham, tuan!"
"Bagus! Dengan ini, misi menyelamat bermula dari sekarang!!"
Ribuan askar berlari, menuju ke arah pengangkutan masing-masing. Skuad Alfa dan Skuad Epsilon juga begitu. Mereka semua menuju ke pesawat tempur masing-masing.
"Dean, mana kapten?" Soal Jason.
"Kejap lagi dia datang." Balas Dean yang menghidupkan enjin pesawat.
Sora yang masih berada di rumah sibuk menenangkan Narumi. Kelihatan budak itu tidak mahu melepaskan Sora untuk pergi melakukan misi.
"Narumi, abang kena pergi sekarang. Kawan-kawan abang semuanya sudah tunggu abang."
"Tak nak! Nanti abang pergi siapa nak jaga Narumi?!"
"Miyabi ada, kan? Aragi, Takagi dan Hanabi juga ada." Pujuk Sora.
Narumi tidak membalas sebaliknya memeluk erat tubuh Sora.
"Abang janji, abang akan balik awal dan temankan Narumi."
"Betul ni?" Soal Narumi.
"Betul."
"Baiklah."
"Abang gerak dulu ya? Narumi jaga baik-baik. Kalau bosan, boleh panggil Kakak Aria untuk temankan Narumi."
"Ok."
Sora menuju ke pintu rumah diiringi oleh Miyabi.
"Miyabi, arahkan yang lain supaya menjaga Narumi semasa saya tiada." Sora memberi arahan kepada Miyabi.
"Baiklah, tuan. Saya akan sampaikan kepada yang lain." Balas Miyabi.
Sora mengangguk dan berlari menuju ke arah Skuad Alfa berada.
Melihat Sora yang berlari menuju ke arah Silent Dragon, Jason tersengih. Dean hanya tersenyum sahaja. Begitu juga dengan Rogue dan Anna.
"Sorry, I'm late."
"Its okay. So, captain. Where we should go today?" Soal Rogue. Dean pula sudah menerbangkan pesawat.
Sora tidak membalas sebalik menekan punat yang berada di pesawat itu. Secara mengejut, muncul sebuah peta 3D.
"Kita akan turun di sini." Sora menunding jari ke arah satu tempat.
"Shopping Street?" Soal Anna.
"Yup. Kita akan turun di sini. Dean, kau akan turunkan kami di atas bumbung sebuah kedai bernama All In One Shop Centre. Jason, tugas kau adalah untuk mencari penduduk yang terselamat. Rogue dan Anna akan bantu kau. Dean juga akan menyusul setelah dia mendaratkan pesawat di bangunan bersebelahan."
"Understood."
"Copy that, captain."
"Okay!"
"Aku pula akan alihkan perhatian Undead yang berada di sekitar tempat itu. Selepas itu, kamu berempat cuba berpecah dan masuk ke dalam bangunan yang berdekatan. Cari penduduk terselamat. Jangan buat bising untuk tarik perhatian Undead. Mereka peka di bahagian telinga mereka." Sambung Sora.
"Hmmm...Captain always alone." Rungut Anna.
"Its okay for me. Kalau semua penduduk sudah penuh di pesawat, kamu akan pergi dulu. Aku kekal di tempat tu buat sementara waktu."
Semua ahli Skuad Alfa terkejut. Jason terus menghentak dinding pesawat.
"Are you insane, captain?!" Soal Jason.
"No. Aku akan balik dengan kenderaan sendiri." Balas Sora selamba.
"Kenderaan sendiri?"
"Yup. Kereta aku kat sana. So, aku kena bawa kereta aku pulang. Jangan ingat aku main-main tentang ni. Kereta yang aku gunakan tu sepatutnya pupus. Its limited edition, ya know?"
"Kapten dan Shelby, berpisah tiada." Rogue hanya menggelengkan kepala sahaja. Dean, Anna dan Jason juga sama.
"Ah! Kapten, sedia untuk turun."
"Baiklah, Skuad Alfa, sedia untuk terjun!" Serentak dengan itu pintu belakang pesawat terbuka.
Sora, Jason, Rogue dan Anna melompat dari pesawat itu. Ketinggian 90 meter dari udara tidak menjadi masalah bagi mereka. Terima kasih kepada sut tempur ciptaan Aria.
Jason, Rogue dan Anna mendarat di atas sebuah bangunan. Sora pula mendarat di depan bangunan itu. Kaki Sora terbenam sedikit ke dalam tanah akibat impak hempasan semasa mendarat tadi.
"Now, time to hunt some ugly creature."
Sora segera menarik Masamune dari sarung dan hulu Masamune digigit. Sora menarik lagi Muramasa dan Musashi dari sarung.
Undead yang berdekatan segera meluru ke arah Sora. Lelaki itu membuka langkah dan bersedia. Iris mata Sora berubah warna.
"May god forgive your sins."
GROAH!!
SHRAK!
BRAKK!!
Bunyi Undead terbelah jelas kedengaran. Sora terus membunuh dan menarik perhatian ramai Undead.
Jason, Anna dan Rogue sudah pun memasuki dalam bangunan itu.
"Baiklah, aku akan pergi ke tingkat bawah sekali. Anna pergi ke tingkat 2 dan Rogue akan pergi ke tingkat 3. Kita akan jumpa di tempat kita mendarat." Arah Jason.
"Baiklah."
Mereka bertiga memulakan misi mencari dan menyelamat. Dean yang sudah mematikan enjin pesawat, keluar dengan selaras sniper miliknya.
Dia mengambil keputusan untuk menolong Sora. Dean membidik ke arah Undead yang sedang mengerumi Sora.
SUP!
Tetiba satu kepala Undead meletup terkena peluru tembakan dari Dean.
"Dean, kau sepatutnya tolong mereka. Aku boleh uruskan di sini." Sora berkomunikasi dengan Dean melalui alat komunikasi yang terpasang di telinga.
"Mereka bertiga boleh handle. Jangan risau. Lagipun saya ada alat penyenyap." Balas Dean tersengih.
"Okay. Keep support me."
"Okay!"
Semua askar dengan kumpulan masing-masing, melakukan misi menyelamat. Penduduk yang terperangkap berasa amat bersyukur kerana mereka dijumpai oleh askar.
Satu persatu pesawat pengangkut penuh. Skuad Alfa juga sudah selesai melakukan misi menyelamat. Penduduk yang terselamat di bawa ke pesawat milik Skuad Alfa. Tinggal Sora sahaja yang masih membunuh Undead yang tiada penghujungnya.
"Kapten, penduduk terselamat sudah berada di dalam pesawat."
"Baiklah. Kamu boleh gerak." Balas Sora.
"Goodluck, captain."
Pesawat tempur mula terbang meninggalkan Sora. Beberapa minit perjalanan, pesawat tempur itu selamat tiba di Pangkalan 1.
Satu persatu penduduk yang terselamat dibawa masuk untuk melakukan ujian.
Dean ternampak Skuad Epsilon yang sedang duduk termenung. Dean pelik dan menuju ke arah Skuad Epsilon.
"Awal pulang." Tegur Dean.
Skuad Epsilon hanya mendiamkan diri. Tiada satu pun yang membalas teguran Dean.
"Apa yang terjadi? Mana Jeneral Hairy? Berapa orang yang kamu dapat selamatkan?" Soal Dean lagi.
"500 orang. Semua dah bertukar menjadi Undead termasuk Jeneral Hairy." Balas Rose tertunduk.
Dean tergamam. Dia tidak sangka angka korban begitu ramai. Manakala angka terselamat begitu sikit.
"Aku bersimpati." Ucap Dean.
Tidak lama kemudian sebuah kereta yang dikenali memasuki pintu gerbang Pangkalan 1. Kereta itu penuh dengan kesan darah.
Sora keluar dari kereta itu. Kelihatan sut tempur miliknya juga penuh dengan kesan darah. Juga di bahagian muka.
"Awal pulang." Tegur Sora.
"KAU!!" Sylvia terus meluru ke arah Sora.
"SEBAB KAU JENERAL HAIRY DAH BERTUKAR JADI MAKHLUK TU!!"
Semua askar yang berdekatan melihat ke arah mereka berdua.
"Hold on, young lady. Kau sedar situasi kita sekarang? Kau tidak boleh nak lakukan sesuka hati kau." Balas Sora tenang.
"KAU TAHU TAK HANYA 500 ORANG DARIPADA PANGKALAN 2 YANG TERSELAMAT!!?"
"Jadi apa kau nak buat dengan aku?" Soal Sora dengan serius. Tetiba mereka merasakan aura yang kurang menyenangkan.
Sylvia mengetap giginya! Dia mula menyerang Sora! Dean terkejut begitu juga askar yang berada di situ.
Lelaki itu hanya mengelak serangan Sylvia! Perempuan itu tidak berpuas hati dan meluru ke arah Sora.
Sora hanya mengelak dan menepis semua serangan dari Sylvia! Perempuan itu cuba menyelitkan kaki Sora tetapi lelaki itu melompat ke belakang!
Sylvia meluru lagi dan melancarkan serangan tumbukan ke muka Sora.
TAP!
Tumbukan itu ditahan oleh Sora menggunakan sebelah tangan sahaja.
"Kawal marah kau."
Sora memandang tajam ke arah Sylvia. Perempuan itu berusaha melepaskan tangannya yang dicengkam oleh Sora.
"Don't force me to use my weapon." Iris mata Sora mula berubah warna. Dean mula memucat dan segera datang ke arah Sora dan Sylvia.
"Kapten! Sudahlah tu!" Dean cuba meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.
"Leftenan bawa bertenang!"
Rose segera datang ke arah Sylvia dan menarik Sylvia ke belakang.
"Sudah, Sylvia! Nanti Jeneral Micheal nampak! Kawal kemarahan kau!"
Sora hanya beredar tanpa sebarang bicara. Sylvia memandang Sora dengan pandangan penuh kebencian.
**************************
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top