Act 27: Prepare For Attack

Cahaya mentari dari sebalik langsir membuatkan Sylvia tersedar dari tidur. Dua hari yang lalu, dia menjadi tukang masak dan ahli skuad miliknya tidak pandai berhenti dari mengejeknya.

Dia bangun dari baring dengan muka yang sembap. Dia menguap lalu meregangkan sedikit badannya.

Dia segera berdiri dan menuju ke bilik mandi. Walaupun seni bina rumah ini berbentuk tradisional, tetapi setiap bilik mempunyai bilik mandi yang tersendiri.

Setelah beberapa minit, Sylvia keluar dari bilik mandi dan segera mengeringkan badannya. Selepas itu, dia segera memakai pakaian.

Dia keluar dari bilik. Sunyi. Tiada siapa-siapa yang bangun lagi. Dia melihat ke arah jam tangan. 5.55 pagi.

"Patutlah..." Katanya sendirian.

Dia segera menuju ke dapur. Kelihatan Miyabi yang sedang membersihkan bahagian dapur.

"Selamat pagi, puan." Ucap Miyabi.

"Selamat pagi juga." Balas Sylvia tersenyum.

"Puan hendak minum? Saya buatkan air."

"Tidak apa. Saya boleh buat sendiri. Teruskan pekerjaan awak."

"Baiklah."

Sylvia mengambil gelas berserta sudu lalu membuat minuman sendiri.

SWIFF!

SWIFF!

SWING!

Dia terdengar bunyi pedang dilibas. Dia mengagak bahawa bunyi itu dari luar. Tekaannya tepat kerana bunyi itu berpunca dari Sora yang sedang menghayunkan katana.

Sylvia mengambil keputusan untuk tidak menganggu lelaki itu. Dia duduk bersila dan memerhati Sora menghayunkan katana.

Lelaki itu hanya berseluar dan tidak berbaju. Tatu naga berwarna hitam dan merah yang menjalar pada lengan kanan hingga ke pergelangan tangan. Tidak kurang juga tatu harimau berwarna jingga dan naga berwarna biru dengan latar belakang gunung ganang berada di belakang Sora. Parut-parut kelihatan pada dada, perut dan juga bahu. Otot-otot pejal terserlah.

Setiap hayunan yang dihasilkan teramat padu. Kelopak bunga yang beterbangan akibat oleh angin pagi terbelah apabila terkena bilah katana.

"Tak reti nak ucap selamat pagi?" Soal Sora tetiba sambil menghayunkan katana. Sylvia tersentak apabila kehadirannya disedari oleh Sora.

"Aku nampak kau fokus sangat. Aku tak nak ganggu kau." Balas Sylvia.

Sora tidak membalas sebaliknya terus menghayunkan katana.

Sylvia perasan akan dua bilah katana yang tersandar pada tiang berdekatan dengannya.

"Musashi." Dia segera memegang katana itu.

Dia tersentak apabila katana yang dipegang ringan. Dia ingatkan berat. Dia pelik kenapa katana sebegini ringan.

"Bilah katana itu ada sedikit campuran berlian dan titanium. Aku ada letak satu campuran yang buatkan katana tu ringan. Tapi aku tak ingat apa bahan yang aku campur." Kata Sora.

"Tapi kau kata tiga bilah katana yang selalu kau bawa adalah milik Sakura." Balas Sylvia.

"Memang milik Sakura. Tapi aku yang buat katana itu. Hanya Kusanagi diperbuat daripada titanium." Kata Sora.

"Kiranya kau developer empat katana ni?" Soal Sylvia.

"Empat? Aku buat tiga. Masamune tu pedang milik ibu aku. Dia mahu Sakura yang gunakan katana miliknya. Nama Masamune diambil sempena nama Jeneral Masamune yang terkenal masa zaman shogun di Jepun." Balas Sora.

"Jadi, begitu juga dengan tiga katana tu?" Soal Sylvia.

"Muramasa dan Musashi. Kusanagi bukan daripada nama samurai terkenal. Kusanagi bermaksud 'pedang yang tidak terlihat'. Memandangkan bilahnya yang hitam." Balas Sora.

"Takkan tiga sahaja katana kau buat?" Soal Sylvia.

Sora menghentikan hanyunan. Dia menghela nafas lalu menuju ke arah Sylvia duduk. Tuala sederhana diambil mengelap peluh di badan.

"You sure asking so many question." Kata Sora sambil memasukkan Masamune ke dalam sarung.

"Don't blame me. I just wanna know, okay?" Balas Sylvia.

"Yeah, I know." Kata Sora.

"So, tell me, Sora. You just create three?"

"Nope. I create four. Muramasa, Musashi, Kusanagi and Izanami." Balas Sora yang duduk bersebelahan dengah Sylvia.

"Eh? Izanami?" Soal Sylvia terkejut.

"Yup. Izanami. 20% from alloy, 40% from titanium and 40% from diamond. More heavy than these three katana I have created. The one I will use to kill Raph."

"I though you gonna use Kusanagi."

"No. Kusanagi will broken if Raph use his ability. That's why I'll use Izanami." Kata Sora.

"Izanami, huh? Can I see?" Pinta Sylvia.

"Nope." Balas Sora selamba.

"Aww..Come on, can I see Izanami? Please.." Pinta Sylvia sambil membuat muka comel.

Sora yang melihat muka Sylvia terus memalingkan mukanya ke arah arah lain. Kelihatan pipi Sora sedikit memerah.

"Can I? Please. Just one time.." Pujuk Sylvia lagi.

Sora segera membuat muka serius dan berpura-pura batuk.

"Nope. You can't.." Balas Sora serius.

"Tch. Kedekut." Sylvia mendecih lalu meminum minuman yang dibuatnya.

"Gowd moenings~" Rose tetiba menyampuk dari belakang dengan nada mamai. Kelihatan wajah Rose masih lagi sembap.

"Erk! Better you take a shower. Your face like ghost." Kata Sylvia.

"Oh. Okaey~" Balas Rose lalu memasuki biliknya kembali.

"Ghost.." Kata Sylvia.

"So, will you help me preparing breakfast?"

"Why I should help you? You don't even want me to see Izanami. So, the answer is no."

"Okay." Balas Sora seraya berdiri.

"If you don't help me. Then, get out from this house."

"Wha-?! Hey! Are you for real, Kirisaki Sora?!" Soal Sylvia dengan nada besar.

"Yes I am, Sylvia von Irisvile. So, you have two option now. Choose only one." Balas Sora.

"Curse you."

"But I love you.."

"Wha-?!" Sekali lagi muka Sylvia memerah.

"Just kidding. So, help me. I have something important to tell your squad and my squad." Kata Sora.

"Grr! Fine.."

**************

Skuad Alfa dan Skuad Epsilon makan dengan senyap. Tiada langsung perbualan yang keluar dari mulut mereka.

Narumi juga berada bersama dengan Skuad Alfa dan Skuad Epsilon untuk bersarapan.

"Ehem. Can I have your attention?" Soal Sora.

"Sure, liutenant." Balas Staf Sarjan Max.

Dua skuad itu berhenti dari sarapan. Mereka menunggu apa yang bakal dikatakan dari Sora.

"Beberapa hari lalu, saya ada membuat perbincangan dengan Jeneral Micheal. Kami berdua bersepakat untuk membuat serangan ke atas pangkalan musuh pada 23 Disember nanti." Kata Sora.

"23? Damn..Keadaan sudah menjadi sejuk. Salji juga sudah mula turun. Payah berperang dalam salji." Kata Dean.

"Tapi salji yang turun tidaklah lebat. Sebab itulah, kita akan serang pangkalan musuh pada hari itu. Saya menganggarkan bahawa pangkalan musuh berjumlah tiga semuanya."

"Tiga?" Soal Rose.

"Yes. Tempat asal Pangkalan 2 dan 3. Memandangkan Pangkalan 2 dah tumbang. Kita kena lumpuhkan musuh dengan menyerang Pangkalan 3. Skuad Epsilon, kamu akan berjaga di sini. Tugas kamu adalah untuk mengiringi Presiden Leana menuju ke Fenrir. Pangkalan rahsia bandar ni. Kami pula akan menyertai pertempuran nanti." Kata Sora memberi tugasan kepada Skuad Epsilon.

"Habis tu, Vanguard? Bukan mereka punya tugas untuk menjaga presiden?" Soal Sylvia.

"Semestinya mereka juga akan ikut menjaga Presiden Leana. Tapi, jeneral sudah hilang kepercayaan terhadap skuad itu. Kami suspek ada pengkhianat dalam Skuad Vanguard." Balas Sora.

"Pengkhianat?" Soal semua dengan terkejut.

"Jangan bising. Ini adalah misi rahsia bagi Skuad Epsilon. Tolong pantau Skuad Vanguard. Laporkan terus kepada kami jika mereka melakukan sebarang tindakan yang mencurigakan." Kata Sora.

"Baiklah." Balas Sylvia.

"Kapten, kata ni misi rahsia kepada Skuad Epsilon. Narumi tu bukan sebahagian dari dua skuad ni. So, kiranya misi ni dah terbongkar." Kata Rogue dengan selamba. Ahli Skuad Alfa hanya ketawa sahaja.

"She is the first candidate to be an official member of this skuad." Balas Sora.

"But, she still a child." Dean cuba membidas dengan dahi berkeriut.

"Yeah. A child that make you faint. And you still want to call yourself a Sergeant? Pfft. Don't make me laugh.." Sampuk Jason nada menyindir berserta sengihan pada wajahnya.

"Don't say that, i-idiot!"

"But, its true." Sampuk Sora.

Pagi itu, Dean kena bahan oleh ahli Skuad Alfa yang lain. Tidak kurang juga Aria yang mendengar berita bahawa tunangnya pengsan disebabkan oleh Narumi.

"Poor Dean.."

******************************
What is your opinion guys? Semakin menarik atau sebaliknya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top