BAB 9
ALIYA Marissa termenung di jendela. Hujan membasahi bumi sedari tadi disertai dengan angin sejuk menggigit wajahnya. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul tiga petang, tapi gelapnya sudah seperti pukul enam petang.
Telefon bimbit Aliya tiba-tiba menjerit. Aliya segera mendapatkan telefonnya yang berada di atas katil. Bibirnya mengukir senyuman tatkala memandang nama yang tertera pada skrin.
"Assalamualaikum Nafisa!" ucap Aliya dengan riang.
"Waalaikumussalam... sahabat. Sihat? Cuti-cuti ni, senyap aje kau, kan? Tak contact aku langsung. Kau buat apa cuti-cuti ni? Kau kahwin ek?" canda Nafisa sambil tertawa lepas.
Aliya mengetap bibirnya. Isy, apesal tepat pulak dia teka? Tapi aku tak kahwin lagi kan? Baru aje nak kahwin.
"Aku sihat Alhamdulillah. Apelah kau ni... aku tak buat apa-apa. Cuma menggemukkan diri. Kau sihat?" jawab Aliya seraya menapak semula ke arah jendela.
"Aku 'terlebih' sihat sejak duduk dengan family aku ni. Macam-macam makanan ada. Kau gemuk? Ceh. Tak percaya aku bila kau cakap kau gemuk. Badan kurus kering." Sempat lagi Nafisa mengutuk Aliya.
"Eii, sempat lagi kan kau kutuk aku..."
"Aku gurau aje. Aku rindu masakan kau. Nanti kau masak sedap-sedap tau masa dekat rumah sewa. Lagi sebulan lebih! Haa, nanti bulan puasa mesti meriah kan dekat kampung? Bestnya. Aku duduk dekat tengah-tengah bandar, tak dapat rasa suasana kampung." Nafisa mengeluh.
Aku pun nanti dah kena tinggal dekat bandar! Aku kena kahwin. Patut ke aku bagitahu Nafisa tentang perkara ni?
Hmm... nantilah.
"Helo? Wei, apasal kau diam ni?" jerit Nafisa.
"Eh, erm... kau cakap apa tadi?"
"Kau ni berangan lah. Aku nak letak ni. Nanti aku call kau lagi eh? Bye sahabat. Assalamualaikum..." Nafisa menutup bicara.
"Waalaikumussalam."
Talian dimatikan.
Aliya mengukir senyuman nipis. Nafisa merupakan salah seorang sahabat baiknya selain Nurul dan Ayu. Nafisa menetap di Kuala Lumpur, manakala Nurul dan Ayu menetap di Ipoh, Perak. Mereka bertiga mengambil jurusan yang sama iaitu ijazah sarjana muda perakaunan di Universiti Malaysia Terengganu. Sejak semester lepas iaitu semester dua sehinggalah mereka ingin memasuki semester tiga, mereka berempat menetap di rumah sewa berhampiran dengan universiti kerana tidak mendapat tempat untuk menetap di kolej. Dulu semasa semester satu, dia menetap di Kolej Ibnu Majah. Namun pada semester lepas, tiada rezeki untuk menetap lagi di situ, jadi dia terpaksa menyewa rumah.
Lagi 5 hari dia akan sah menjadi isteri orang. Aliya mengeluh. Rupa suaminya pun dia tak tahu. Tapi, berdasarkan rupa paras mama dan papa... mesti handsome. Kalau macam tu kan... Ya Allah, apa aku merepek ni. Ish! Rupa paras tak penting duhai Aliya Marissa, yang penting, agama dan hati budinya.
***
HAJI MAHFUZ terpandang kelibat anaknya yang sedang termenung di hadapan jendela tatkala melintasi kamar anaknya. Hatinya dipagut sedikit rasa risau. Namun dia yakin, Irfan Danish adalah calon yang sesuai untuk Aliya Marissa.
Dia tahu Irfan Danish, bakal menantunya adalah seorang pelakon. Dan pemuda itu jugalah yang menumpang di rumahnya beberapa hari lepas kerana Datuk Arman ada menunjukkan gambar Irfan.
Sebenarnya ketika Datuk Arman dan Haji Mahfuz belajar di universiti, mereka berdua ada memasang angan-angan untuk menyatukan bakal anak mereka. Dia tidak menyangka akhirnya angan-angan ini bakal menjadi kenyataan. Tanpa sedar, bibir Haji Mahfuz mengukir senyuman nipis.
Insya-Allah Aliya, walid yakin kamu akan bahagia bersama Irfan. Walid akan doakan kebahagiaan kamu berdua. Walid akan beritahu kamu, siapa bakal suami kamu.
Haji Mahfuz mendekati daun pintu kamar Aliya.
Tok! Tok! Tok!
Lamunan Aliya berterbangan. Dia segera memalingkan kepalanya memandang ke kiri. Senyuman manis terukir pada bibirnya.
"Boleh walid masuk?" soal Haji Mahfuz dengan lembut.
"Boleh walid, masuklah..." ujar Aliya seraya berjalan menghampiri katil lantas punggung dilabuhkan di birai katil.
Haji Mahfuz menarik kerusi plastik yang berada di dalam bilik itu. Dia memandang wajah Aliya sambil tersenyum manis.
"Walid ada benda nak bagitahu kamu." ujar Haji Mahfuz lembut.
"Iye walid, apa dia?"
"Bakal suami kamu... namanya Irfan Danish."
"Erm... Aliya tahu walid."
"Dan bakal suami kamu tu pelakon. Dia jugaklah yang datang tumpang sini malam tu," kata Haji Mahfuz senada.
Mata Aliya membulat! Takkanlah! Dia?
"Di... dia... ke?" soal Aliya tergagap-gagap.
Haji Mahfuz mengangguk.
Aliya tergamam. Speechless.
"Walid rasa, kamu patut tahu siapa bakal suami kamu sebelum kamu bernikah. Lagipun, kamu dah kenal dia kan? Kali pertama walid lihat cara dia pandang kamu, walid rasa macam ada perasaan sayang dia pada kamu..." Haji Mahfuz perasan akan riak wajah anaknya sudah berubah.
Perasaan sayang? Taklah walid. Dia kutuk lagi adalah.
"Aliya... rasa... dia tak sukakan Aliya."
"Mana Aliya tahu dia tak sukakan Aliya?"
"Instinct...dia tak cintakan Aliya pun..."
Haji Mahfuz tersenyum.
"Tapi... walid rasa dia jodoh kamu..."
Aliya diam. Matanya terkebil-kebil memandang walid.
"Wajib ke wujud perasaan cinta sebelum termeterai ikatan yang sah? Aliya, bercinta selepas kahwin lebih indah berbanding bercinta sebelum berkahwin."
Pandangan Aliya masih terkunci memandang walidnya.
"Cinta selepas kahwin, disukai... diiktiraf oleh Allah. Percayalah Aliya. Kamu perlu menghormati, taat, mempamerkan kasih sayang kamu terhadap suami...bercakap dengan lemah lembut, berusaha untuk mempertahankan perkahwinan kamu." Haji Mahfuz berhenti seketika.
"Lahirkan anak, menghormati keluarga mentua. Insya-Allah kamu akan mengecapi kebahagiaan Aliya." Sambung Haji Mahfuz lagi sambil mempamerkan senyuman manis.
Erk! Yang lain aku boleh terima tapi part lahirkan anak tu, agak menyeramkan! Aku baru dua puluh dua tahun. Masih belajar lagi, takkanlah nak lahirkan anak? Aduh... Migrain.
"Aliya faham kan apa yang walid ingin sampaikan?"
Aliya mengangguk perlahan. Cuma untuk menenangkan diri. Fuh....
"Baguslah kalau macam tu... Aliya jangan risau, okey? Walid yakin, Aliya akan bahagia. Tapi, walid nak pesan... kehidupan berumah tangga ni ada pasang surutnya. Bersabar. Itulah kunci kebahagiaan." Nasihat Haji Mahfuz pula.
Okey... seratus peratus dah tenang.
"Terima kasih walid... Aliya dah faham."
Senyuman manis menghiasi wajah Aliya. dia percaya akan pemuda pilihan walid. Mesti walid tahu apa yang terbaik untuk dirinya.
***
Maaf sebab lambat update. Jemput baca dan jangan lupa vote, komen ya. <3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top