BAB 7


IZZ memegang kepalanya. Jam dikerling. Isy, lambat pulak mamat turun. Surat khabar di tangannya digenggam kuat. Takkanlah tiba-tiba aje?

"Jemput minum Izz..." pelawa Mak Som merangkap orang kepercayaan Datin Dahlia.

Mak Som sudah dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri. Tugas Mak Som adalah membantu Datin Dahlia menguruskan dapur, dan juga membantu Suri, berasal dari Indonesia yang ditugaskan mengurus kebersihan banglo tiga tingkat milik Datuk Arman.

"Mak Som, Irfan dah bangun ke belum ni?" soal Izz sambil mengambil secawan air teh dari tangan Mak Som.

"Tadi, Mak Som dah kejutkan dia. Tengah mandi kut... kejap lagi turunlah tu. Izz tak mahu sarapan dulu ke? Mak Som masakkan nasi lemak pagi ni."

"Tak apa Mak Som... kejap lagi saya makan. Saya nak cakap dengan Irfan dulu." Sopan Izz menolak pelawaan Mak Som. Senyuman manis menghiasi wajahnya.

Mak Som tersenyum.

"Mak Som ke dapur dulu ye?" pinta Mak Som sebelum melangkah pergi meninggalkan Izz di ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, Irfan muncul. Harum semerbak ruang tamu itu dek minyak wangi Eternity, Calvin Klein milik Irfan. Baju T-shirt polo dipadankan bersama seluar denim menyerlahkan lagi penampilannya.

"Apehal pagi-pagi buta datang rumah aku ni? Aku rasa hari ni aku tak ada shooting, kan?" soal Irfan seraya menghenyakkan punggungnya di atas sofa.

"Memang kau tak ada shooting hari ni tapi, kau nak ke mana ni?"

"Aku nak keluar kejap. Bosan."

"Sebelum tu, aku nak tanya kau. Kau dah baca paper ke belum?" soal Izz geram. Sampai hati kau tak cakap dengan aku, kawan baik kau sendiri.

"Aku baru bangun kut, nak baca apanya..." jawab Irfan dengan selamba.

"Aku..."

"Mak Som... Irfan nak air oren segelas boleh?" jerit Irfan mencantas percakapan Izz.

Izz menggeleng kepala. Isy, dia ni! Apa salahnya pergi ambik air tu sendiri. Mengada betullah.

Beberapa minit kemudian, Mak Som kemudiannya muncul bersama segelas air oren lalu dihulurkan kepada Irfan.

Senyuman manja dihadiahkan kepada Mak Som. "Terima kasih Mak Som, love you lah! You are my first love!" Irfan tersengih.

Izz tepuk dahi.

Mak Som pula hanya menggeleng kepalanya. Setiap hari budak ni ucap love you pada aku. Dah lali dah... memang ini tabiatnya, desis hati Mak Som sambil melangkah kembali ke dapur.

"Hah, kau nak cakap apa tadi?" soal Irfan lantas meneguk air oren.

"Nah, kau baca dulu paper ni..." suruh Izz dan surat khabar dilempar perlahan.

Gelas diletakkan di atas meja. Irfan menyelak helaian akhbar satu persatu. Sampai di muka surat empat, matanya terus membulat. "What?!"

PELAKON IRFAN DANISH DIJANGKA AKAN BERNIKAH BULAN INI...

"Bila masa aku cakap aku nak bernikah?" jerit Irfan kuat. Surat khabar direnyuk lalu dilempar ke tepi.

"Bukan kau, tapi mama dan papa kau sendiri yang beritahu kau nak bernikah. Semua terkejut kut... takkan kau tak tau?" soal Izz hairan melihat riak wajah Irfan.

"Wei, seriously, aku tak tau! Bila masa aku cakap aku nak kahwin? Lagi pun mama aku..." Tiba-tiba Irfan terdiam, teringat kata-kata papa dan mamanya dua hari lepas. Takkanlah ini rancangan papa dan mama? Arghh!

"Mak Som!" jerit Irfan kuat.

Izz terinjut bahunya dek terkejut dengan jeritan Irfan. Mamat ni kan kalau dah menjerit kuat betul!

Terkocoh-kocoh Mak Som berlari dari dapur menghampiri Irfan.

"Ye Irfan. Kenapa ni?" soal Mak Som cemas.

"Mama dan papa pergi mana?"

"Semalam mama Irfan cakap nak pergi rumah kawan papa. Mereka bertolak tengah malam tadi," jawab Mak Som perlahan. Wajah Irfan yang kelihatan cemas itu dipandang hairan.

Hah! Kenapa aku tak tahu pun? Tapi... rumah kawan? Glurp... Takkanlah!

"Woi, kau okey ke tidak?" soal Izz lantas berdiri lalu menepuk bahu Irfan yang sudah seperti disampuk sawan ternganga.

"Hah, apa kau cakap?" Irfan terpinga-pinga.

"Isy, kau okey tak?" Izz menyoal buat kali yang kedua.

"Entahlah..." Irfan meraup mukanya. "Mak Som, maaflah sebab jerit panggil Mak Som tadi. Irfan nak tanya itu aje."

Mak Som mengangguk lembut seraya melangkah menuju ke dapur.

Irfan dan Izz menghela nafas perlahan.

"Aku bukan nak takutkan kau... tapi, satu Malaysia dah kecoh tau. Wartawan semua cari kau, nak tahu siapa calon isteri kau. Habis tersebar dekat internet pasal berita ni. Peminat kau ada yang ucap tahniah, ada yang sedih. Kalau kau nak kata ni semua bohong, tak boleh sebab sumber cerita ni dari mama kau sendiri. So, apa kau nak buat sekarang?" Izz meneliti wajah Irfan yang jelas mempamerkan riak terkejut. Selepas melihat reaksi Irfan, dia yakin yang Irfan langsung tidak tahu menahu tentang perkara ini.

Irfan tertunduk sambil menongkat kepalanya. Keluhan berat dilepaskan. "Aku tak tau lah apa yang patut aku buat sekarang. Aku betul-betul dah mati akal ni. Kau ada cadangan tak?"

"Aku cadangkan, kau ikut ajelah apa yang mama kau cakap. Kalau kau nak nafikan, lagi banyak cerita lepas ni yang akan timbul. Aku dah tak larat nak jawab dengan wartawan..."

"Tapi..."

"Aku tau kau tak ready, tapi nak buat macam mana? Kalau kau nak, kita buat majlis tertutup... panggil saudara dan rakan-rakan yang terdekat aje. Tapi kalau kau nak buat macam tu, kau kenalah tanya mama dan papa kau." Izz mencantas kata-kata Irfan.

Irfan diam. Betul jugak. Argh, parah ni...

Izz bangun. Matanya memandang Irfan yang dilanda kerunsingan. Kesian pulak. Nasib kau lah Irfan oi...

"Aku nak balik ni. Aku cadangkan baik kau jangan keluar hari ni. Nanti kecoh pulak. Aku pergi dulu." Pamit Izz tanpa menunggu kata-kata balas dari Irfan.

Irfan hanya menghantar kelibat Izz dengan pandangan mata. Keluhan kecil dilepaskan. Rambut diraup ke belakang. Kenapalah mama dengan papa buat aku macam ni?

*Jangan lupa vote dan komen ye. :*

**Oh ya. Saya ada publish cerita baru. Alamak, Tersuka La Pulak. Dalam cerita tu, heroin sangat-sangat nakal. Jemput baca ye. ;)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top