Bab 3
Irfan dan Izz baru sahaja melepasi kawasan Bukit Merah. Izz memandu dengan diteman DJ radio dan lagu-lagu yang berkumandang manakala Irfan pula 'baik' punya lentok. Tidur aje kerjanya mamat ni. Desis hati Izz.
Siaran radio ditukar. Ha, lagu ni baru awesome! Volume dikuatkan. Sudah ber'degum-degam' suasana di dalam kereta dek lagu Moves Like Jagger.
[There should be a GIF or video here. Update the app now to see it.]
Irfan membuka perlahan kelopak matanya. Bising! Dia menoleh ke arah Izz yang sedang ber'duet' dengan Adam Levine. Dia mencebik. Menyampah.
"Bangun pun. Boraklah dengan aku! Nanti aku tertidur kang... padan muka kita berdua. Memang 'padam' teruslah lepas tu," marah Izz.
"Aku letihlah..." jawab Irfan bernada lemah.
"Kau sorang aje ke yang letih? Habis aku? 'Bateri' aku pun kena cas jugak, dah lemah sangat ni. Kejap lagi sampai dekat R&R lepas ni, kau drive... biar aku pulak yang rest." Izz telah mengeluarkan kata putus.
"Yelah, aku drive kejap lagi..." jawab Irfan malas-malas. Keluhan kecil dilepaskan. Letih! Dia nak tidur puas-puas lepas sampai di rumah nanti.
Lama mereka berdiam diri.
"Kau minat dekat anak Haji Mahfuz ke?" Soal Izz tiba-tiba sambil tersenyum mengusik.
"Huh! Perempuan tu biadab kut, tak ada masa aku nak minat dengan perempuan macam tu. Not my taste!"
Soalan Izz menyebabkan Irfan menjadi semakin marah dengan Aliya. Geram kerana gadis itu telah main-main dan takutkan dia.
"Biadab? Wei, kau ni buta ke apa? Sopan macam tu pun kau kata biadab? Cantik macam tu pun kat cakap not my taste? Sahlah kau ni buta." Izz mengerutkan dahinya. Hairan bila mendengar jawapan Irfan.
"Depan kau memanglah dia sopan tapi, kalau depan aku... dia tu macam singa. Singa paling ganas! Yang spesiesnya asal dari Afrika tu," jawabnya, sarkastik.
"Tapi, dia cun kut." Puji Izz sambil mengangkat keningnya berkali-kali.
"Memanglah dia cun..." Irfan terdiam. Kenapa dia macam baru lepas puji 'singa' tu aje? Isy!
Izz tergelak kuat. Mengaku pun! "Kau jangan kutuk dia sangat. Nanti berjodoh dengan dia... hambik! Baru kat tau KLCC tu tinggi ke rendah."
Irfan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Malas nak bertekak. Dia memejamkan matanya. Namun, wajah gadis itu asyik bermain 'cak cak' pulak. Argh! Apasal dia asyik teringat wajah 'singa' tu? Kenapa dengan dia ni?
*****
Aliya Marissa diam menikus. Kepalanya ditundukkan. Sungguh, dia tidak berani untuk menatap wajah Haji Mahfuz saat ini. Wajah yang penuh dengan ketegasan.
"Aliya..." panggil Haji Mahfuz dengan suara keras.
"Ye... ye walid." Sahut Aliya, gagap.
Degupan jantung berdetak kencang. Habislah dia.
"Walid tak pernah ajar anak walid biadab dengan tetamu. Kenapa tadi kamu tak jaga adab?"
Aliya menggigit bibir. Walid, dia yang biadab dulu. Dahlah kutuk rumah kita. Setelah puas menelan air liur, barulah dia berani menatap wajah walidnya.
"Aliya, kita sebagai umat Islam dituntut memberikan layanan yang terbaik kepada tetamu sama ada tetamu itu diundang ataupun tak. Walaupun penat, kita harus menunjukkan muka yang manis, faham?"
"Faham, walid."
"Dan kamu tak jaga mata kamu."
Glurp! Walid perasan ke yang aku pandang lelaki tu?
Haji Mahfuz bangun, kopiah diperkemaskan.
"Walid tak nak perkara macam ni berulang lagi. Aliya kena ingat, tetamu ni bawak rezeki. Kecewa betul walid dengan sikap Aliya." Ujar Haji Mahfuz seraya melangkah pergi dari ruang tamu.
Keluhan kecil dilepaskan. Kelopak matanya mula berkaca-kaca. Sedih. Aliya mintak maaf sebab dah malukan walid. Aliya janji, kalau Aliya jumpa pemuda tu lagi, Aliya akan mintak maaf dengan dia. Bisik hati Aliya. Air mata yang mengalir diseka lembut.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top