Bab 28
Salam. Hi semua. Sorry sebab lama tak update. Sejenis manusia yang kerap lupa password pun iya jugak ni. If nak tahu update terkini pasal saya, boleh jenguk Facebook - Ateen Khalid atau Instagram ateen_khalid
Oh ya, saya ada update cerpen. Mr Rider Pencinta Yang Setia. Dan saya juga akan update satu cerita, manuskrip yang pertama saya buat. Saya simpan. Ditulis tahun 2012. Jadi kisahnya agak klise.
Kahwin paksa. Jadi saya ingat nak letak di wattpad aje.
Panjang pulak mukadimah. By the way, enjoy BSAP bab baru!
***
Sepanjang perjalanan mereka ke Mid Valley, Aliya hanya mendiamkan diri. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap. Melihat bangunan yang tinggi-tinggi sambil memikirkan macam manalah orang boleh bina bangunan setinggi ini. Aku tengok je pun dah seram sejuk. Gayat!
Kemudian Aliya terfikir sesuatu...
"Awak... tak takut orang kenal awak ke nanti? Lepas tu jalan-jalan dengan saya pulak..." soal Aliya seraya memandang Irfan yang berkaca hitam dan fokus pada pemanduannya.
Irfan mengukir senyuman nipis. Sebab itulah dia pilih untuk ke Mid Valley... sebenarnya untuk larikan diri dari kenalannya yang selalu lepak di Pavillon. Kalau jumpa, susah nak explain. Lebih baik mencegah. Tapi kalau terjumpa jugak di Mid Valley, nasib dia memang malang lah.
"Pandai-pandai lah saya buat nanti..." jawab Irfan senada. Matanya masih fokus memandang hadapan.
Aliya mencebik. Tudung bawal kosong berwarna merah diperbetulkan. Dia hanya memakai baju tshirt berlengan panjang, labuh sedikit dan berseluar jeans longgar. Kasut pula, dia lebih selesa memakai kasut biasa. Selipar!
Irfan pula berseluar jeans dan memakai baju tshirt berwarna putih yang mempunyai gambar tali leher, juga berlengan panjang namun disinsing hingga ke siku dan berkasut sneakers. Simple.
Setelah kereta berada elok di kotak parking, Irfan mengambil pashmina milik Aliya dan juga topi yang berada di dalam beg kertas di tempat duduk belakang lantas pashima dililit di lehernya. Manakala topi dipakai di atas kepala. Cermin mata hitam kekal pada wajahnya.
Aliya terkebil-kebil memandang Irfan. Dia... dia simpan topi dan pashmina aku? Terharunya!
"Dah, jom turun..." ujar Irfan seraya mematikan enjin keretanya dan keluar dari perut kereta.
Aliya hanya membuntuti langkah Irfan. Mamat ni nak ke mana. Toleh ke kanan pun tidak, ke kiri pun tidak...
"Awak nak ke mana ni?" soal Aliya apabila mereka berada di dalam lif bersama-sama dengan pasangan mat salleh.
"Beli tiket..." jawab Irfan perlahan. Cermin mata ditanggalkan seketika.
Jawapan Irfan diabaikan. Aliya memandang tajam kepada dua pasangan yang sedang asyik berpegangan tangan di hadapannya. Wanita itu seksinya. Aduh! Dia yang melihat menjadi malu pula.
"Kesian kan..." tutur Aliya kuat.
Irfan memandang isterinya. Kenapa dengan dia ni?
"Awak kenapa?" bisik Irfan.
"Cukup duit nak beli kain..." ujar Aliya lagi. Kuat!
"Ha?"
"Tengoklah..." ucap Aliya lagi. Jari telunjuknya dihalakan kepada pasangan itu. Volumenya makin dikuatkan.
"Cuci mata..." kata Irfan spontan.
"Hah?! Awak! Jangan tengok..." Aliya segera menutup mata Irfan dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Terlupa! Ish, yang aku suruh tengok tu kenapa.
"Tadi suruh tengok!" balas Irfan kuat sambil cuba menolak tangan Aliya.
"Dah, saya cakap jangan!" jerit Aliya kuat.
Pasangan omputih hanya itu memandang mereka pelik.
"Okey... saya tak tengok dah... awak tekan muka saya kuat sangat! Sakitlah..."
Aliya menurunkan tangannya. Dia tersengih lantas mengucapkan perkataan 'sorry'.
Irfan mengulum senyuman. Kepalanya digelengkan. Cermin mata hitam dipakai semula apabila pintu lif terbuka. Irfan menarik tangan Aliya keluar dari lif dan berjalan ke tempat yang sedikit tersorok.
"Awak, kenapa datang sini?" soal Aliya lagi.
Irfan tepuk dahi.
"Kan tadi dah cakap nak beli tiket..."
"Tiket?" pandangan meliar memandang sekeliling. Wah! Panggung wayang! Semalam cakap tak nak bawak, hari ni bawak pulak. Yeay! Sayang suami aku...
"Iye, tiket wayang... nah, awak ambik duit ni... pergi beli tiket cerita The Amazing Spiderman. Kalau boleh ambil show yang awal-awal sikit. Saya tak boleh pergi... sebab kat situ ramai. Nanti kalau lama-lama mesti orang akan kenal saya... awak, beli empat seat ye?" ujar Irfan sambil membuka dompetnya lantas menghulurkan not 100 kepada Aliya.
Dahi dikerutkan. Empat? Dia memandang sekeliling. Tak ramai sangat pun. Hari ni Selasa, bukan cuti umum pun...
"Kenapa empat? Kita dua aje kan? Siapa lagi nak tengok wayang? Ramai ke orang?" soal Aliya bertalu-talu. Huluran duit dari Irfan diambil dan digenggam.
"Awak beli aje lah... orang lebih daripada satu, di kategorikan ramailah... saya tunggu di sini... make sure jangan pilih seat depan sangat, ambil yang tengah dan more ke belakang...tepi-tepi pun tak nak..."
"Okey!" ujar Aliya riang sambil melangkah menuju ke kaunter tiket. Bestnya. Teruja aku... lama dah tak tonton wayang.
Sepuluh minit berlalu, akhirnya Aliya muncul bersama 4 keping tiket.
"Nah... pukul 12:15 tengah hari... okey kan?"
Irfan mengangguk. Jam di tangan dikerling. Baru pukul 11:25 pagi. Lambat lagi. Nak makan macam tak sempat dan kalau makan pun kena cepat-cepat. Boleh terlekat makanan di keronkong. Tak best. Tak dapat feel. Lepas tonton wayang baru makan. Banyak lagi masa. Sekarang jalan-jalan! Ngomel Irfan seorang diri.
"Jom, kita jalan-jalan dulu... lepas tengok wayang baru kita pergi makan..." ujar Irfan seraya menarik lengan Aliya supaya melangkah seiring dengannya.
Entah kenapa Aliya hanya membiarkan Irfan memegang lengannya. Dia rasa selesa. Takut jugak kalau tersesat dekat tempat yang macam ni. Aku kan cepat panik! Haha...
Irfan terpandang kasut selipar yang tersarung di kaki Aliya. Matanya membulat! Dia pakai selipar je?
"Kenapa awak pakai selipar? Selipar cantik tak apa jugak, ni selipar jepun yang macam nak masuk toilet je!" bebel Irfan sambil bercekak pinggang. Matanya tajam memandang Aliya. Jatuh saham aku kalau orang tau wanita ni, isteri aku... aduhai.
"Apa masalahnya pakai kasut ni? Saya selesa. Senang nak berjalan... saya takkan sakitkan kaki saya hanya untuk kelihatan cantik di kaki dengan pakai kasut yang... entah apa-apa. Kalau cantik dan selesa, saya pakai... tapi mesti murah. Itu mesti!" jawab Aliya panjang lebar.
"Mana nak cari kasut yang selesa dan cantik... tapi murah? Takkan ada punyalah!"
"Kalau dah tak ada, pakai ajelah selipar.. selesa, tak semestinya cantik..."
"Tapi..." belum sempat Irfan membidas kata-kata Aliya, Aliya sudah mencantas.
"Stop! Kasut punya pasal pun mau gaduh ka? Dah, kata nak jalan-jalan... tapi boleh pulak bertekak di sini just disebabkan kasut selipar..." ujar Aliya sambil mengangkat tangan kanannya betul-betul di hadapan muka Irfan.
"Okey, ikut suka awaklah... malas nak ambil tau..." ujar Irfan seraya melangkah pergi meninggalkan Aliya.
"Eh, awak... tunggu!" jerit Aliya kuat sambil berlari mengejar Irfan yang sudah jauh di hadapan.
Selepas itu, Aliya hanya membuntuti langkah Irfan. Handphone di dalam poketnya diambil... baru pukul 11:40 pagi... dia ni nak kemana? Dari tingkat 3 sampailah ground floor... beli apa pun tidak...
Bip! Ada satu mesej masuk. Aliya tersenyum tatkala membaca mesej yang dikirim dari sahabatnya, Nafisa.
Assalamualaikum... raya ni jemput dtg rumah tau...
Kepalanya digaru. Aduhai Nafisa, puasa pun belum, dah nak raya? Haha...
Waalaikumussalam.... Apa la kau ni, puasa pon blum... dah nak raya...
Aliya berjalan perlahan-lahan sambil mata kusyuk memandang handphone. Tanpa sedar dia terlanggar dada Irfan yang sedang memandangnya hairan bercampur cemburu. Senyum nampak? Mesej boyfriend ke?
"Mesej siapa?" soal Irfan dingin.
"Kawan, yang call awak angkat haritu la..." jawab Aliya jujur.
Serta-merta senyuman terbit pada wajah Irfan. Lega, nasib baik perempuan!
"Kenapa? Awak ingat lelaki ke? Awak jealous ke? Hmmm?" soal Aliya seraya mengecilkan matanya.
"Mana ada jealous! Dah lah, saya nak ke toilet... awak duduk sini, jangan pergi mana-mana... senang saya nak cari... dan baru saya sedar, saya tak ada nombor awak, bak sini..." kata Irfan lantas iPhone dikeluarkan dari poket.
Aliya tepuk dahi! Adoi, betul jugak, nombor Irfan aku tak ada... apalah! Nombor suami sendiri pun tak ada.
Usai mengambil nombor telefon Aliya, Irfan segera melangkah pergi menuju ke tandas bersama senyuman yang terukir di bibirnya.
Mata Aliya meliar memandang sekeliling. Banyaknya kedai kasut! Kakinya mula bergerak dan melangkah masuk ke dalam sebuah kedai kasut berjenama.
"Cantik..." Aliya berkata sendirian tatkala memandang kasut sederhana tinggi berwarna ungu muda bercampur dengan hitam. Dia mengambil dan mula membelek kasut itu dan apabila melihat harganya...
Erk! Mahalnya... Arghh. Aku ingat tiga puluh ringgit je... rupa-rupanya hampir dua ratus ringgit. Memanglah aku tak mampu dan tak akan beli kasut semahal ni. Bebel Aliya seorang diri.
Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Tak mampu dan tak beli, itu tak bermakna aku tak boleh cuba kasut ni. Kan? Yes! Oleh sebab aku tak mampu beli, better aku cuba aje kasut ni, sekurang-kurangnya nanti aku tak kempunan. Hahaha!
"Dik, saya nak try kasut ni, saiz enam ada tak?"
Pekerja yang memakai tag nama Bella itu mengangguk lantas beredar dari situ untuk mengambil saiz kasut yang diminta Aliya. Aliya melabuhkan punggung di atas kerusi empuk yang disediakan untuk pelanggan.
"Awak pergi mana? Kan saya cakap tunggu situ... nasib baik saya nampak awak dalam kedai ni. Kalau hilang macam mana?" bebel Irfan tiba-tiba.
"Ish awak ni... lain kali datang tu, boleh tak jangan membebel je? Panggil la salam dulu... ni tak. Pot pet pot pet..."
"Assalamualaikum... awak buat apa dalam kedai ni?" soal Irfan senada. Marah. Puas aku cari. Risau tau tak!
"Waalaikumussalam... awak, sini... dekat sikit. Nak bisik..." ucap Aliya sambil menggamit Irfan supaya mendekatinya.
Dahi dikerutkan. Walaupun hairan dengan sikap Aliya, Irfan tetap menurut kehendak Aliya.
"Saya nak try kejap kasut tu... nak beli mahal... dan saya pun takkan beli kasut semahal tu..." bisik Aliya perlahan.
"Dah tak nak beli, nak try buat apa?"
"Tak nak beli, tak semestinya tak boleh try kan? Dah tak mampu nak beli mahal-mahal... pakai sekejap pun jadilah..."
Ternganga mulut Irfan tatkala mendengar kata-kata Aliya. Ini bini aku ke? Ada jugak orang macam ni? Argh!
"Ini kasutnya cik..." tutur Bella sopan.
"Puan, bukan cik..." kata Irfan seraya melabuhkan punggung di sebelah Aliya yang sedang mencuba kasut.
Bella meminta maaf. Matanya tertumpu kepada Irfan. Macam pernah tengok je.
"Padan! Nak jalan-jalan keliling kedai ni kejap..." Aliya berdiri dan mula berjalan ala-ala model keliling kedai itu.
Irfan tepuk dahi! Migrain!
"Okey, dah... terima kasih..." tutur Aliya bersama sengihan lantas kasut yang dipakainya sebentar tadi dihulurkan kepada Bella.
"Puan nak beli ke?"
"Tak lah..."
"Iye!"
Ujar Aliya dan Irfan serentak.
Aliya memandang Irfan tidak percaya. Dia nak beli? Untuk aku? Wah!
"Saya beli..." kata Irfan sekali lagi. Dia mengikut langkah Bella ke kaunter meninggalkan Aliya yang masih ternganga tidak percaya. Wah, baik pulak suami aku harini! Love you lah. Ops! Aliya pantas menutup mulutnya. Selamat tak terlepas cakap.
"Stop berangan boleh tak? Sekarang dah pukul 11:55 pagi. Nah, awak bawak kasut awak ni. Kita kena naik atas. Nak beli popcorn, air lagi..."
"Dan nak masuk toilet jugak... nanti kalau best-best tengok movie tu, tiba-tiba nak terkucil... memang potong mood betul!" sempat lagi Aliya mencelah.
Irfan meraup mukanya. Stress dengan dia ni! Adoi...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top