Bab 27
Assalamualaikum semua. Ini bab baru untuk novel ni. Enjoy.
Sebarang pertanyaan boleh terus dm saya di instagram @ateen_khalid atau di facebook Ateen Khalid.
Dan sudi2kanlah jenguk novel saya yg lain tau. 😘
Tolong Jagakan Dia
Piano
Alamak Tersuka La Pulak
Promise
Heartless
Dan yg terbaru
Kekasih Hati Mr Bodyguard. ❤️
***
Jam di dinding dikerling sepintas lalu. Aliya sudah gelabah. Sejak dari makan malam, Irfan asyik merenungnya. Aduh! Kenapa dia pandang aku macam tu... seriau!
Punggung dilabuhkan di hanging bubble chair. Rambutnya yang ikal mayang diraup ke belakang lantas diikat dengan menggunakan getah ikat rambut yang sedia ada di pergelangan tangannya. Fikir Aliya... fikir! Okey, fuh... malam ni kau lari tidur dalam bilik TV lepas tu kunci pintu. Yes! Hebat sungguh idea aku. Aliya segera bangun dari duduknya dan terus mengambil sebiji bantal. Belum sempat dia melangkah ke bilik TV, Irfan sudah tercegat di belakangnya tanpa dia sedar.
"Awak nak ke mana ni?" soal Irfan tiba-tiba.
Terinjut bahu Aliya apabila tiba-tiba suara Irfan menampar halwa telinganya. Bantal di dalam dakapannya didakap kejap. Glurp!
"Awal nak lari dari saya ye?" bisik Irfan perlahan.
"Awak! Kalau nak praktis berlakon, cari orang lain yang boleh tolong awak... bukan saya!" ujar Aliya kuat sambil membelakangi Irfan.
Irfan menahan tawa. Gelabah jugak minah ni. Aku baru nak main-main.
"Sayang..." Irfan meletakkan dagunya di bahu Aliya.
"Arghh! Tolong... jangan. Please... walid!" jerit Aliya kuat lantas mencicit berlari mengeliling bilik bersama dengan bantal yang masih dipeluknya.
Tawa yang ditahan sejak dari tadi akhirnya meletus jugak. Irfan memegang perutnya. Dia betul geli hati apabila melihat reaksi Aliya.
Larian Aliya tertenti tatkala mendengar tawa Irfan. Dia segera menoleh memandang Irfan yang sedang ketawa dan seperti tidak habis meledak. Bibir Aliya diketap. Dia kenakan aku lagi!
"Eii, geramnya! Kenapa awak selalu kenakan saya?!" bantal yang sebentar berada di dalam pelukannya dibaling ke arah Irfan.
"Setakat baling bantal yang lembut ni, apalah sangat..." ujar Irfan dengan tawa yang masih bersisa.
Menyampah! Nak mainkan aku ye? Okey! Kita main. Aliya segera berlari menghampiri meja Irfan untuk mencari apa yang ada di situ. Mata Aliya tertancap kepada pensel mekanikal berjenama pilot. Pensel digenggam kuat dan Aliya bergaya seperti mahu menikam Irfan.
Mata Irfan membulat. Eh, minah ni biar betul.
"Awak! Bawak mengucap..." kata Irfan kuat.
Aliya mengukir senyuman sinis. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Irfan yang sedang berdiri di sisi katil.
"Saya kalau dah nekad... saya akan buat!"
Aliya mengangkat tangannya yang sedang mengenggam pensel. Kemudian dia menghayun tangannya ke arah Irfan. Niat Aliya cuma untuk main-main. Namun secara tidak sengaja, Irfan menahan tangannya dan...
"Ouch!"
Pensel terlepas dari pegangan Aliya. Tangan Irfan segera ditarik dan lantas dibeleknya. Ubat pensel mekanikal tertusuk di dalam jari manis Irfan. Aliya segera memukul kepalanya berkali-kali. Ish! Bodoh betul kau ni Aliya!
"Saya... mintak... maaf..." bisik Aliya perlahan.
Diam.
"Maafkan... saya..." esakan mula kedengaran. Terasa bersalah sangat!
"Kalau nak saya maafkan awak... awak kena buat satu benda..." tutur Irfan lembut lantas mendekatkan wajahnya menghampiri wajah Aliya.
Glurp!
Setelah hidung Irfan hampir menyentuh hidung Aliya. Irfan tersenyum lebar. Aku nak marah pun tak guna, nanti dia melawan. Guna cara ni paling mujarab!
"Buang ubat pensel yang ada dekat jari saya ni..." ujar Irfan seraya menjauhkan wajahnya dari wajah Aliya bersama-sama dengan ketawa yang meledak. Punggungnya kemudian dilabuhkan di birai katil.
"Awak ni kan! Benci!" jerit Aliya kuat seraya berjalan menghentak kaki menuju ke meja kerja Irfan. Geram!
"Fuyoo, bergegar rumah ni..." usik Irfan lagi.
Aliya menoleh memandang Irfan. Jelingan tajam dihadiahkan. Menyampah!
"Mana ketip kuku?" soal Aliya marah.
"Dalam laci tu... cepatlah, sakit tau tak!" Irfan juga berpura-pura marah. Wajah sengaja diseriuskan.
Terkocoh-kocoh Aliya mencari ketip kuku dan keronsang miliknya juga diambil. Nak cari jarum peniti, macam tak tau pulak ada di mana, nanti kalau lambat... marah pulak pelakon ni. Huh!
"Nah..." kata Irfan seraya menghulurkan tangannya kepada Aliya.
Aliya duduk bersebelahan dengan Irfan. Jari manis Irfan diambil lantas kulit diketip sedikit demi sedikit.
"Ouch! Sakitlah!" jerit Irfan kuat.
"Mengada, macam ni pun nak sakit... tahan lah sikit... macam budak-budak!" bebel Aliya tanpa memandang wajah Irfan. Matanya hanya fokus dengan mengetip kulit di jari Irfan. Takut terketip isi. Nanti lagi mengamuk mamat ni.
"Awak tu perempuan, buat kerja sopan sikit boleh tak? Asyik nak bebal je..." bebel Irfan lagi.
"Encik Irfan Danish, saya dah buat sesopan mungkin... nak saya buat macam mana lagi?" ujar Aliya berpura-pura manja.
"Setakat sopan aje tak cukup... tambah lah perisa kasih sayang dan cinta sikit..."
Aliya diam. Argh! Baik aku senyap... layan mamat ni, sampai esok pun tak habis. Dia tu sebenarnya yang banyak membebel. Asyik nampak aku aje! Ceh...
Jarum kerongsang digunakan untuk menarik ubat pensel, perlahan-lahan Aliya melakukan proses situ dan akhirnya keluar. Fuh! Selamat... tak la rasa bersalah sangat. Ngomel Aliya di dalam hati.
"Okey, dah keluar pun..."
"Nasib lah tangan saya tak luka teruk dikerjakan awak..." ujar Irfan sambil membelek jarinya.
Aliya mencebik. Jaga sangat lah jari dia tu. Dah la jari tu macam perempuan. Ada jugak rupanya lelaki macam ni.
"Dah lah, saya nak tidur... dah pukul 12:30 pagi ni... esok nak keluar lagi... katil ni luas, awak jangan risaulah, saya takkan terkam awak pun. Jangan nak perasan sangat," ujar Irfan seraya membaringkan badannya di atas katil.
"Kejap lagi lah saya tidur..." ucap Aliya seraya melangkah menuju ke meja kerja Irfan. Ketip kuku disimpan kembali di dalam laci. Lantas dia terus ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Irfan hanya mengekori kelibat Aliya dengan ekoran matanya. Ikut suka lah... yang penting aku nak tidur. Mengantuk gila!
***
Irfan membuka sedikit matanya. Kenapa dia dengar suara seperti orang mengaji? Sambil menenyeh-nenyeh matanya, Irfan bangun dari pembaringan... mencari dari mana datangnya suara orang mengaji. Irfan mengambil iPhonenya. Pukul 2:10 pagi?
Mata Irfan pusing ke kiri, mana Aliya? kemudian matanya meliar memandang sekeliling dibantu dengan cahaya lampu tidur. Matanya tertancap kepada satu kelibat putih yang sedang duduk di atas sejadah dan sedang mengaji. Aliya?
Irfan terpana. Lama Irfan memerhati Aliya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. SubhanAllah...
Hampir 15 minit Irfan memerhati Aliya, akhirnya Aliya selesai mengaji dan sedang melipat kain telekungnya lalu disidai bersama sejadah. Al-Quran pula diletakkan kembali di atas rak bersebelahan dengan meja kerja Irfan.
Tatkala Aliya memusingkan badannya ke arah katil...
"Astaghfirullahalazim! Awak ni, selalu buat saya terkejut lah..." ucap Aliya seraya mengurut dadanya.
Kata-kata Aliya membuatkan Irfan tersedar dalam lamunannya.
"Hah? Awak cakap apa?" soal Irfan seraya menggaru kepalanya.
"Tengok, mamai pulak... kenapa awak bangun? Asal tak tidur?"
"Awak kenapa tak tidur lagi? Dah pukul 2:25 pagi dah..." soalan dijawab dengan soalan.
"Saya nak mengaji sikit... kenapa?"
"Tengah-tengah malam?"
"Awak tau tak...waktu tengah malamlah waktu yang paling bagus untuk kita mengaji... tengah malam sampai fajar. Selain tu, waktu lain adalah diantara Maghrib dan Isyak, dan selepas Subuh..." tutur Aliya lembut sambil membuka ikatan rambutnya.
Sekali lagi Irfan terpana. Kenapa dia nampak... cantik... ehh! Apa ni??!
"Awak ni bangun kenapa? Mengigau ke?" soal Aliya lagi.
"Eh... tak lah... mana ada mengigau... saya nak tidur la ni..." ujar Irfan seraya membaringkan badannya membelakangi Aliya. Fuh, Irfan... sabar! Tarik nafas, lepas... pejamkan mata, tenangkan diri. Bayangkan kau sedang berada di pantai,, ditemani dengan angin serta bunyian ombak yang mendamaikan. Bayangkan juga Aliya berada di sebelah kau. Ehhh!! Apasal tiba-tiba minah ni nak interframe jugak! Pergi... pergi.
Ngomel Irfan di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Aliya yang memandang kelakuan Irfan sedari tadi mula mengerutkan dahi. Apa kena dengan mamat ni? Sawan tak habis-habis!
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top