Bab 26
Hai, korang. Saya nak bagitau yang saya dah ada novel baruuuuuu!!
Saya ada update bab awal dekat sini, jemput baca yaaa?Sekarang tengah dijual di pesta buku, inshaAllah bulan 5 akan ada di kedai buku.
Dan saya akan ada di pesta buku, 7/4 ni. Siapa nak datang jumpa saya, datanglah. Dengan setiap pembelian novel baru saya, akan dapat bookmark khas.
Tadaaaa!!
Siapa nak jumpa saya, 7/4 ni dengan pembelian buku KHMB. Pukul 12-2 je tau. Sis ada dua jam je kat sana. Sebarang pertanyaan boleh gi Instagram @ateen_khalid atau FB Ateen Khalid
Enjoy reading.
***
Makanan yang dihidangkan di atas meja membuatkan Aliya kecur liur. Ada ketam masak lemak bersama nenas, sambal udang, puyuh masak kicap, ikan terubuk bakar, daging salai dicicah bersama dengan air asam, kacang buncis goreng bertelur, pucuk ulam raja dan sambal belacan. Sedapnya!
Namun tatkala teringatkan walidnya, hati Aliya menjadi pilu. Tadi walid makan apa ye? Lauk apa? Hmmm.
Tiba-tiba pinggang Aliya disiku lembut. Dia segera menoleh ke kanan untuk memandang Irfan yang sedang duduk di sisinya. Kenapa pulak? Soal Aliya di dalam hati.
"Aliya, kamu tak sihat ke?" soal Datin Dahlia yang duduk bertentangan dengan Aliya.
"Hah? Tak... tak ma... Aliya sihat je," jawab Aliya sambil menggeleng kepalanya berserta senyuman nipis di bibir.
"Kamu termenung je dari tadi... mama panggil kamu, kamu diam aje... sakit ye?" tanya Datin Dahlia prihatin.
"Aliya cuma terpegun tengok hidangan dekat atas meja ni. Banyak sangat... tak tau nak makan yang mana satu."
Datin Dahlia mengukir senyuman manis. Irfan pula malas untuk mencelah. Dia lebih fokus kepada makanannya.
"Makanlah sayang. Mama masak special untuk Aliya tau..." ucap Datin Dahlia seraya mencedok ketam masak lemak ke dalam pinggan Aliya.
"Terima kasih mama..." tutur Aliya lembut.
"Mama masak untuk Aliya je? Habis untuk Irfan?" soal Irfan cemburu.
"Kamu ni Irfan, takkanlah itu pun nak cemburu..."
Irfan mencebik. Gelas yang berisi air tembikai diambil lalu diminum. Dah dapat menantu, anak dilupakan. Sedih.
Aliya tertawa halus apabila melihat reaksi Irfan. Dah tua pun nak cemburu lagi. Bagi la chance aku nak bermanja pulak. Aliya menyuap nasi ke dalam mulutnya selepas membaca bismillah dan doa makan.
"Mama bukan apa, mama cuma nak isteri kamu ni sihat... senang lah nanti nak kasi dekat mama cucu."
Puh! Tersembur air yang berada di dalam mulut Irfan.
Uhuk! Uhuk! Aliya pula tersedak.
Mereka berdua serentak memandang wajah Datin Dahlia yang sedang mengukir senyuman mengusik.
"Apa mama ni..." Irfan terus mengambil tisu di atas mejanya lantas mulutnya dilap perlahan. Selamat tak sembur banyak air. Mama ni pun, cakap macam tu kenapa? Huhu...
Aliya hanya mendiamkan diri. Merah mukanya.
"Betul la apa yang mama cakap. Mama nak Aliya kasi pada mama cucu... yang comel-comel."
Arghh! Parah aku macam ni... huhu... jerit Aliya sendirian.
Irfan ligat memikirkan alasan untuk diberikan kepada mamanya. Apa ye? Ha! "Ma... Aliya kan study lagi, kalau dia mengandung, dia kena tangguh semester... susah ma... apa-apa pun biar dia habis study dulu... betul tak sayang?" soal Irfan lembut seraya memeluk bahu Aliya. Bibir Irfan mengukir senyuman manis sehingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.
Aliya terangguk-angguk. Permintaan Datin Dahlia memang menyebabkan dia senak perut. Dia nak belajar dulu.
"Iye... tapi kalau Allah nak kurniakan kamu berdua cahaya mata, Alhamdulillah..." ujar Datin Dahlia.
Aliya dan Irfan kematian kata-kata. Memang macam ni la yang akan berlaku. Bila tak kahwin sibuk suruh kahwin... bila dah kahwin, nak cucu pulak. Mama, macam mana nak ada cucu... Irfan sentuh Aliya pun tidak. Gumam Irfan.
Lama mereka mendiamkan diri sebelum Datin Dahlia memecahkan suasana.
"Irfan, esok bawaklah Aliya jalan-jalan, pusing KL ni... nanti bila jadual kamu penuh, susah pulak. Lagipun Sabtu ni kan nak puasa dah."
Mata Aliya bersinar-sinar. Wah! Jalan-jalan... bestnya.
Irfan memandang wajah Aliya yang mempamerkan reaksi teruja. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman nipis.
"Baik ma... esok Irfan bawak Aliya keluar jalan-jalan..."
*********
"Awak, esok kita nak ke mana?" soal Aliya setelah mereka masuk ke dalam bilik.
"Tak tau lagi... kenapa?"
"Errr... kita tengok wayang nak? Dah lama saya tak pergi panggung... nak tengok cerita The Amazing Spiderman..." ajak Aliya lembut. Tolonglah... aku dah lama tak menonton wayang. Setahun kot!
"Kalau awak nak sangat tengok wayang... tu, masuk dalam bilik tu!" Irfan menghalakan jarinya ke arah pintu bilik yang berada di sebelah katil.
"Dalam bilik tu ada apa?" soal Aliya ingin tahu.
"Kalau nak tahu, jom ikut saya masuk..." Irfan menarik lengan Aliya menghampiri pintu bilik itu. Daun pintu dikuak perlahan... tatkala lampu terpasang, Aliya terpegun. Home theater lah!
Terdapat dua kerusi empuk di hadapan TV LED berskrin besar yang dilekatkan di dinding. Di bawah TV terdapat pemain DVD yang diletakkan di atas rak manakala di sebelah kiri dan kanan TV terdapat dua almari kecil. Mesti tempat simpan DVD ni. Karpet di dalam bilik ni sama seperti karpet di panggung wayang. Speaker pula di setiap penjuru bilik. Hebat!
"Awak nak tengok movie apa?" soal Irfan yang sudah berada hadapan TV sambil memegang dan menyelak helaian sebuah buku kecil.
"Ermm, cerita fantasy ada tak? Saya suka cerita yang macam tu... Narnia ke? Lord Of The Rings ke? Harry Potter? Twilight? Pirates Of The Carribean?" soal Aliya bertalu-talu.
"Pick one... semua cerita tu ada..."
"Pirates Of The Carribean lah... yang sekuel nombor dua tu... yang tu best! Kelakar..."
"Okey..." buku kecil diletakkan kembali di atas rak dan Irfan membuka almari kecil di sebelah kiri rak. Setelah DVD dimasukkan ke dalam pemain DVD, Irfan duduk di sebelah Aliya. Remote yang berada di atas meja kecil di sebelah kerusinya diambil. Lampu dimalapkan and start the movie!
Dum...dum! Wah! Sound effect bilik ni... terasa sampai ke jantung. Okey, aku dah mula la nak jakun ni... haish.
"Saya nak tanya sikit boleh?" kata Aliya kuat.
"Apa?" soal Irfan sepatah.
"Awak tengok apa dalam buku kecik tu?"
"Senarai movie..."
"Lah, awak tak susun ke? Ikut abjad?"
"Susun, tapi banyak sangat movie, sampai saya lupa...sebab tu saya tulis dalam buku, saya tulis ikut abjad... senang nak cari. Cuma hujung tajuk dalam buku tu saya letak DVD tu berada di almari yang mana dan barisan serta tingkat berapa..." terang Irfan panjang lebar.
Mak aih! Telitinya.
"Tapi..."
"Awak nak soal saya ke nak tengok movie? Kalau nak soal saya, baik saya tutup TV ni..." Irfan mencantas percakapan Aliya.
Aliya tersengih sambil menggaru kepalanya. "Mestilah nak tengok movie... soal awak besok pun boleh."
Irfan mencebik. Apa-apa je lah. Dia bersandar dan matanya tertancap pada skrin TV di hadapan. Cerita ni, dah lebih 5 kali aku ulang... dah boleh hafal apa yang akan terjadi selepas ini. Ngomel Irfan seorang diri... tak sampai 30 minit, akhirnya Irfan tertidur.
Aliya menoleh ke kanan. Tidur? Ceh, nasib baik tak menonton di panggung. Kalau tak, rugi je... bayar tiket mahal-mahal, lepas tu tidur. Matanya kemudian kembali tertancap di skrin TV namun lakonan selamba Kapten Jack Sparrow, kekacakkan William Turner, dan kengerian wajah Davy Jones sudah tidak lagi menarik perhatiannya. Aliya kembali memandang Irfan. Alahai comelnya wajah dia bila sedang tidur! Wajah suci.
Sedang Aliya tekun meneliti wajah Irfan, dibantu oleh cahaya dari TV... tiba-tiba Irfan membuka matanya dan terpampang wajah Aliya yang sedang memandangnya sambil mengulum senyuman.
"Saya handsome lagi kan dari William Turner?" soal Irfan tiba-tiba. Kelopak matanya dibuka.
"Iye...handsome dan comel sangat!" jawab Aliya cepat. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu! Ya Allah...
Ketawa Irfan meletus tatkala memandang wajah kelat Aliya.
"Oh, awak tenung saya ye?" soal Irfan mengusik.
"Mana ada! Saya tengah tengok cerita ni la..." bohong Aliya disertai dengan tawa yang dibuat-buat.
"Iye...handsome dan comel sangat!" Irfan mengejek kata-kata Aliya sebentar tadi.
Aliya memejamkan matanya. Tekanan! Nasib aku malang betul hari ni... asyik kena je dengan mamat ni. Mentang-mentang la ni rumah dia... malam ni, mesti lagi teruk aku kena! Tidak!
***
Jemput baca karya saya yang lain jugak ye. Dijamin best.
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di IG @ateen_khalid atau FB Ateen Khalid.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top