BAB 25

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Saya ada benda nak umum ni. Manuskrip terbaru saya dah siap dan akan release tak lama lagi. Tajuknya, KEKASIH HATI MR BODYGUARD.

Cover tipu. Cover rasmi nanti kita tunjuk tau.




*******************************************************

Hampir 7 jam mereka berada di dalam kereta, akhirnya Irfan dan Aliya tiba juga di banglo 3 tingkat milik Datuk Arman. Aliya terpana. Seumur hidupnya, dia belum lagi menjejakkan kaki di rumah sebesar dan semewah ini. Kereta tersusun cantik di garaj... eh bukan kereta, tapi kereta-kereta. Ada Mini Cooper S Countryman, BMW, Mercedes, Nissan 3702 Roadster, Porsche... fuh! Kaya.

"Aliya!"

Sesi keterujaan Aliya terbantut apabila mendengar sergahan Irfan. Pandangan dihalakan ke kanan dan dia melihat Irfan sedang berdiri sambil memeluk tubuh.

"Awak nak tidur dalam kereta ke? Jom turun... berangan tak habis-habis," bebel Irfan seraya melangkah ke pintu besar banglo 3 tingkat itu.

"Eh awak, tunggu..." terkocoh-kocoh Aliya keluar dari perut kereta dan berlari mendapatkan Irfan yang sudah jauh di hadapan.

Rumah ni besar gila. 10 kali ganda lagi besar dari rumah aku. Aku rasa nilai pintu pagar rumah ni pun dah sama harga dengan nilai rumah aku. Tapi, rumah aku still number 1!

"Mana beg kita?" bisik Aliya. Bahu Irfan dicuit.

"Pak Mail dah angkat dah... tu lah, berangan je kerja," sindir Irfan lagi.

Aliya mencebik. Kini dia berdiri betul-betul di hadapan pintu banglo itu. Mereka berdua masuk dan terus menuju ke ruang tamu. Belum sempat Aliya melabuhkan punggungnya, Datin Dahlia sudah datang bersama senyuman manis.

"Menantu mama dah sampai!" ujar Datin Dahlia lantas tubuh Aliya diraih ke dalam dakapannya. Pipi kanan dan kira Aliya dicium lembut.

Irfan hanya memandang. Hai ma, Irfan pun tak dapat cium dia macam tu. Seketika Irfan terkedu. Eh... apa aku cakap ni? Argh... aku kena mandi, solat dulu... lepas tu barulah aku boleh berehat dan tidur... motherboard otak aku dah tak betul rasanya. Ish!

"Ma, Irfan nak naik atas dulu... mandi solat." Tutur Irfan sambil meraup rambutnya ke belakang.

"Ha, okey... Aliya pun naiklah dulu, mandi... solat. Lepas tu kita makan ye? Mama dah masak special untuk Aliya..."

"Okey mama..."

"Irfan, bawak Aliya nak ke bilik..." arah Datin Dahlia lantas terus melangkah kembali ke dapur.

Irfan dan Aliya berpandangan.

Kenapa aku rasa macam... oh! Goosebumbs! Gumam hati Aliya.

"Jom... ikut saya..."

Aliya hanya menurut. Mereka mendaki tangga dengan berhati-hati. Tak sangka! Bilik Irfan di tingkat 3. Boleh kurus kering aku macam ni kalau hari-hari kena naik tangga berulang alik.

Sebaik sahaja pintu bilik Irfan dikuak... Aliya terpana dan terkaku di depan muka pintu. Ini bilik ke rumah? Besarnya.

Dia memandang ke kanan. Terdapat sebuah katil bersaiz king dan meja serta satu pintu yang tertutup rapat. Barangkali pintu tu pintu bilik air dan meja kerja Irfan. Tapi dia bukan kerja kena guna meja pun. Ceh! Aliya memandang pula ke kiri. Ada hanging bubble chair lah! Sudah lama aku mengidam nak duduk atas kerusi ni. Ada kerusi berbentuk tangan jugak. Hehe... comel je kerusi tu. Warna merah. Matanya tertancap pada dua pintu yang berada di sudut kiri. Eh, ni pintu apa pulak. Ada berapa banyak bilik air ni?

Irfan menghempaskan badannya di atas katil. Nikmatnya! Kemudian dia mengangkat sedikit kepalanya dan dia melihat Aliya masih berdiri tegak di hadapan pintu sambil matanya memandang kiri dan kanan.

"Nak berdiri di situ sampai esok ke?" perli Irfan sambil memeluk bantal kecil yang berada di atas katil.

Aliya tersentak. Dia menutup daun pintu dan segera melangkah masuk lantas berdiri berhadapan dengan Irfan yang sedang berbaring.

"Awak dah call walid?" soal Irfan lagi.

Aliya tepuk dahi. Terlupa! Dia segera mengambil handphone yang berada di dalam poketnya. Nama walidnya dicari dan punat hijau ditekan. Setelah beberapa saat menunggu, talian bersambung.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam walid... Aliya nak bagitau, Aliya dah selamat sampai di KL..."

"Syukur Alhamdulillah... jaga diri dekat sana ya Aliya... dengar cakap Irfan dan keluarga mertua dan jangan risaukan walid tau," pesan Haji Mahfuz panjang lebar.

"Walid dah makan?"

"Dah Aliya, jangan risaukan walid ya..."

"Baik walid... Aliya nak mandi dulu ni, malam ni Aliya telefon walid lagi ye? Assalamualaikum walid..."

"Iye Aliya, Waalaikumussalam..."

Talian dimatikan. Irfan hanya memandang Aliya sejak dari tadi. Baru tinggal tak sampai sehari dah rindu? Betul kata orang, anak tunggal memang manja.

"Saya nak mandi, mana bilik air? Dan yang paling penting, mana beg saya?" soal Aliya tiba-tiba.

Irfan bangun dari baringnya. Senyuman nakal terukir di bibir. Sebelah keningnya diangkat.

"Pintu tu..." Irfan menghalakan jari telunjuknya ke arah dua pintu berhadapan dengan katil.

"Yang mana satu pintu bilik air? Beg saya mana?" Aliya mula bercekak pinggang. Saja nak main-mainkan aku la ni.

"Awak bukak dulu dua pintu tu, dan awak akan jumpa barang yang awak cari..." Irfan kembali berbaring dan menekup mukanya dengan bantal.

"Ish... menyampah..." kata Aliya perlahan seraya melangkah membuka pintu yang berdekatan dengan hanging bubble chair.

Wow! Hanya itulah perkataan yang mampu keluar dari mulutnya.

Bilik ini dipenuhi dengan baju Irfan dan juga beberapa almari. Semuanya disangkut di hanger dan tersusun cantik mengikut tone warna. Di tengah-tengah bilik terdapat satu meja dan beg Aliya terletak elok di sebelahnya. Aliya melangkah mendekati meja itu. Jam tangan dan cermin mata hitam. Banyaknya! Membazir ajelah dia ni.

Aliya membuka almari yang berada paling dekat dengannya. Kasut? Ish... boleh pulak letak kasut dalam almari secantik ni.

Dia membuka pulak almari yang berada di sebelah almari kasut. Baju tshirt dan seluar dilipat kemas. Laci di bawahnya dibuka. Serta-merta wajah Aliya bertukar merah dan pantas menutup kembali laci itu. Kenapalah aku bukak laci tu! Malunya.

"Awak ni nak mandi ke nak teroka bilik ni?" soal Irfan yang sedang berdiri di muka pintu.

"Tak, saya nak mandilah! Cari baju ni..." Aliya segera membuka zip begnya dan mengambil sehelai baju kurung, tuala dan pencuci muka. Pakaian dalamnya diambil lalu diselitkan di dalam tuala lantas dia berjalan menghampiri pintu.

"Tepilah, saya nak keluar ni..."

"Takkan nak mandi pun pakai tudung?"

Aliya segera memegang kepalanya yang masih tersarung dengan tudung. Entah kenapa aku selalu rasa tak selesa nak tanggalkan tudung depan mamat ni.

"Dalam bilik air saya bukak la tudung ni..."

"Bukak sekarang..." senyuman nakal menghiasi bibir Irfan.

Mata Aliya membulat. Mood gatal dia dah datang. Grrr!

"Kalau awak tak nak bukak, biar saya tolong bukakan tudung untuk awak..."

"Ehhh, tak payah... saya bukak sendiri!" tudung beserta anak tudung ditarik perlahan-lahan.

"Cantik rambut awak..." puji Irfan seraya menanggalkan ikatan pada rambut Aliya. Rambut Aliya kemudiannya dibelai dan dicium. Wangi!

Aliya mengetap bibir. Dadanya sudah berdegup kencang. Kenapa dengan dia ni? Lain macam aje perangai.

"Sa...ya... nak man..di ni..." ucap Aliya tersekat-sekat.

"Saya pun nak mandi..." Irfan berbisik perlahan di telinga Aliya.

Senak perut aku macam ni... serammm! Jerit Aliya di dalam hatinya. Tangannya pantas menolak dada Irfan supa menjauhinya sedikit.

"Biar saya mandi dulu lah... jawab Aliya cepat.

"Mandi sama-samalah senang. Tak buang masa..." senyuman nakal di bibir Irfan semakin melebar.

"Awak jangan nak buat hal ye?"

"Saya tak buat hal la... jomlah," Irfan membuat suara manja.

Aliya mengetap bibir. Mamat ni gila kut, sekejap marah-marah aku, sekejap manja, sekarang gatal pulak!

"Jangan halang saya. Tepilah!" Aliya menolak tubuh Irfan lantas berlari-lari anak menuju ke pintu sebelah. Setelah pintu bilik air ditutup dia tersandar di dinding. Dadanya yang berombak-ombak diurut perlahan. Seram! Sungguh kritikal situasi sebentar tadi.

Tawa Irfan yang ditahan sejak dari tadi akhirnya meledak jugak. Kelakarlah muka dia macam tu. Okey, mari sambung permainan. Irfan menghampiri pintu bilik air.

Tok! Tok! Tok!

Aliya yang sedang mengurut dadanya di dalam bilik air tersentak. Apa dia nak lagi ni?

"Awak nak apa lagi?!" jerit Aliya kuat dari dalam bilik air.

"Sayang... jomlah mandi sekali," ujar Irfan lembut.

Aliya memegang kepalanya. Migrain!

"Sayang, kalau sayang tak bukak pintu ni, abang pecahkan..."

Mata Aliya membulat. What?! Mujurlah dia masih berpakaian baju kurung. Dia segera membuka daun pintu.

Ait? Kenapa tak ada orang ni? Mana dia pergi? Aliya mula bengang. Sengaja kan nak mainkan aku. Aliya kembali masuk ke dalam bilik air. Pintu dihempas kuat. Geram! Terkena lagi aku!

***

Datin Dahlia mengerutkan dahinya apabila melihat Irfan sedang ketawa sendirian di atas sofa. Kenapa dengan anak aku ni? Desis hati Datin Dahlia. Dia melangkah menghampiri anaknya lantas punggung dihenyakkan di sebelah Irfan. Hai, sampai aku duduk di sini pun dia tak sedar?

"Irfan, kenapa ketawa sorang-sorang ni?" tegur Datin Dahlia seraya mencuit bahu anaknya.

"Haa? Ma, bila ma datang? Bukan tadi ada kat dapur ke?" soalan berbalas dengan soalan.

Sah, ada something wrong dengan anak aku ni.

"Irfan fikir apa ni sayang?" soal Datin Dahlia seraya menyentuh dahi anaknya. Kot-kot demam ke?

"Irfan tak fikir apa-apa pun ma..." jawab Irfan sambil tersengih.

"Kenapa tak mandi lagi? Kejap lagi kan nak makan?"

"Aliya tengah mandi..." senyuman di bibir Irfan makin melebar.

"Pergi lah tunggu kat atas... solat berjemaah dengan Aliya... kamu mandi la dulu di bilik tetamu... tapi jangan mandi lama-lama pulak."

"Iyelah ma... Irfan naik dulu..." senyuman manis dihadiahkan kepada mamanya sebelum Irfan mendaki tangga.

Datin Dahlia merasakan bahawa anaknya sedang bahagia. Dia tidak pernah melihat Irfan ketawa seorang diri. Syukur Alhamdulillah... tak sia-sia dia kahwinkan Aliya dengan Irfan. Naluri keibuannya ternyata tak silap.

***

Aliya membaluti kepalanya dengan menggunakan tuala. Segar rasanya apabila dapat mandi. Lebih segar kerana mandi di bilik air yang pada pendapatnya, mewah! Lengkap dengan jakuzi.

Pintu dikuak perlahan.

"Astaghfirullahalazim!" jerit Aliya kuat apabila kelibat Irfan betul-betul berdiri di hadapan pintu.

"Lamanya mandi?" soal Irfan sambil memandang Aliya tanpa berkelip. Sengaja dia mngukir senyuman nakal.

Glurp! Kenapa dia senyum macam tu? Dah la siap pakai baju melayu dan kain pelekat. Handsome! Gumam hati Aliya.

"Biarlah nak mandi lama ke sekejap ke... awak sibuk kenapa?"

"Mestilah... saya yang mandi lewat pun dah sudah awal daripada awak... dah, cepat... kita solat berjemaah..." Irfan melangkah menghampiri sejadah yang sudah siap sedia dihampar olehnya.

Kata-kata yang terpacul keluar daripada mulut Irfan membuatkan Aliya tenganga. Solat berjemaah?

"Cepat la... kejap lagi kita nak turun makan pulak..."

"Err, kejap... nak pergi ambil telekung..." ujar Aliya kuat seraya berlari ke bilik sebelah untuk mengambil telekungnya.

Usai menunaikan solat Zuhur, Aliya bersalam dan mencium tangan Irfan. Apa-apa pun, hormat tetap kena hormat. Tatkala dia mengangkat kepalanya...

Cup!

Aliya terkaku apabila bibir Irfan melekat di dahinya. Tak sampai 5 saat, kemudian Irfan bangun sambil mengangkat sejadah yang digunakannya. Aliya pula masih kaku di atas sejadahnya. Dia memegang dahinya. Tidak percaya dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

"Sayang..."

Lamunan Aliya bertempiaran berlari. Rasa goosebumbs mula menguasai diri tatkala mendengar perkataan sayang keluar dari mulut Irfan.

"Kenapa awak suka panggil saya, sayang?"

"Saja... cepat. Mama dah tunggu lama dah. Saya tunggu awak di meja makan..." Irfan terus melangkah keluar dari bilik meninggalkan Aliya yang masih berteleku di atas sejadah.

*******************************************************

Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?

Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!

Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.

Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)

Promise

Tolong Jagakan Dia

Alamak, Tersuka La Pulak!

Piano

Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.

Novelis Ateen Khalid

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top