BAB 24

            

****

            

Kereta Audi Q5 sudah sedia diparking di hentian rehat Tapah. Irfan memandang sekeliling. Keluhan kecil dilepaskan. Ramainya orang. Hari Isnin pun ramai ke? Macam mana aku nak turun ni?  Serabut!

Irfan menoleh ke kiri. Cakap nak teman aku drive, takut aku tidur la apa lah... last-last dia yang tidur.

"Aliya..." panggil Irfan perlahan.

Diam.

"Aliya!" panggil Irfan sedikit kuat. Bahu Aliya dicuit sedikit. Namun masih tiada pergerakan dari Aliya. Ya Allah, susahnya nak kejutkan isteri aku ni.

Tiba-tiba senyuman nakal terukir di bibir Irfan. Dia mendekatkan kepalanya menghampiri kepala  Aliya yang masih elok dibaluti tudung bawal.

"Sayang... bangun. Kita dah sampai..." ujar Irfan lembut.

Tiada pergerakan dari Aliya. Irfan kemudiannya tertawa halus. Apa kena dengan aku ni... suka pulak mainkan dia.

Kemudian Irfan menghembus wajah Aliya berkali-kali. Tiba-tiba mata Aliya terbuka luas apabila Irfan sedang menghembus mukanya. Irfan terkedu. Dia terkebil-kebil memandang Aliya yang sedang terbeliak matanya. Glurp! Kantoi sudah.

"Arghhh! Apa awak nak buat ni?!" Aliya menolak kuat kepala Irfan sehingga menyebabkan Irfan terhantuk di dashboard.

"Adui! Kenapa awak tolak kepala saya?!" Jerit Irfan kuat sambil mengosok kepalanya berkali-kali. Bengong aku satu jam kalau macam ni!

"Awak buat apa tadi? Kenapa awak dekatkan muka awak depan saya? Jangan-jangan awak..." belum sempat Aliya menghamburkan kata-katanya, Irfan sudah mencantas.

"Jangan fikir bukan-bukan! Saya nak kejutkan awak aje... tidur mati." Irfan meraup mukanya. Fuh, nervous... Irfan, control... kau kan pandai berlakon. Jangan bagi Aliya perasan yang kau tengah gelabah.

Aliya mencebik. Matanya kemudian meliar memandang sekeliling. Eh, dekat mana ni?

"Awak, kita kat mana?"

"Tapah?"

"Oh, jom lah turun. Awak tak lapar ke?"

Irfan memegang perutnya. Lapar tu memang lapar. Tapi aku nampak orang ramai ni. Bas dua tiga biji... ada rombongan Cik Kiah ke?  Macam mana aku nak turun?

"Orang ramai sangat lah..." jawab Irfan perlahan.

Aliya menggaru kepalanya. tak sampai beberapa saat, Jarinya dipetik... namun belum sempat Aliya membuka mulut, Irfan sudah mencelah.

"Kalau awak nak suruh saya pakai macam hari tu, saya tak nak. Panas."

"Habis tu takkan awak tak nak turun langsung? Tak nak pergi tandas ke?" Aliya mengangkat kening berkali-kali. Senyuman nakal terbit di bibirnya

"Nak... tapi..."

"Stop! Jangan banyak songeh, pakai aje topi, pashmina ni dan cermin mata hitam awak tu..." ujar Aliya sambil mengambil topi dan pashmina dari dalam plastik lalu diletakkan di atas riba Irfan.

Keluhan kecil dilepaskan. Terpaksa! Irfan meletakkan topi di atas kepalanya dan pashmina dililitkan di leher. Cermin mata hitam diambil lantas dia memandang Aliya yang berada di sebelah.

"Puas...?" soal Irfan geram.

"Yup! Okey, jom turun... lapar dah ni..." ucap Aliya seraya membuka daun pintu kereta. Begitu juga dengan Irfan.

Mereka berdua berjalan perlahan menuju ke tempat menjual makanan. Semua orang memandang Irfan hairan. Irfan mula rasa gelisah. Diorang kenal aku ke?

"Aliya..." bisik Irfan.

"Apa?" jawab Aliya. Turut berbisik.

"Saya rasa tak sedap hatilah... kita beli makanan aje lah... makan dalam kereta..." cadang Irfan seraya matanya melilau memendang sekeliling. Semua orang sedang memandangnya. Ah, sudah!

"Kenapa?" soal Aliya hairan.

"Awak tengok la orang kat sini, pandang pelik je,"

"Yelah... kita bungkus aje..." kesian pulak aku tengok suami aku ni. Ikut aje lah.

"Saya nak ke toilet dulu, awak beli lah apa-apa... but please, not kaki ayam. Saya tunggu dalam kereta." Sempat lagi Irfan memberi amaran. Tanpa menunggu jawapan Aliya, Irfan terus melangkah pergi dari situ sambil membetulkan pashminanya.

Dia nak makan apa? Aduh! Tak sempat nak tanya terus pergi macam tu je... bebel Aliya di dalam hati.

***

Irfan mengetuk stereng dengan menggunakan jarinya. Cepatlah! Aduh... kenapalah lambat pulak ni. Irfan sudah gelisah. Peluh mula merenek di dahinya walaupun penghawa dingin sudah dipasang. Mujurlah tadi mak cik yang sedang mencuci tandas tidak menjerit tatkala memandang wajahnya, kalau tidak, huru-hara hentian tapah ni! Yang aku pun satu, yang tanggalkan topi tu dah kenapa?

Kepala disandarkan pada stereng.

Tok! Tok! Tok!

Irfan menoleh ke kanan.

"Oi mak kau!" hampir luruh jantungnya apabila melihat wajah Aliya ditekap di cermin kereta di sebelahnya. Astaghfirullahalazim, dia ni nak bagi aku mati cepat ke hah?

Tawa Aliya meledak. Penakut betullah. Perlahan-lahan Aliya melangkah menuju ke pintu sebelah pemandu. Apabila pintu dikuak...

"Cak!" Aliya tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik. Kemudian dia sengaja ketawa sambil menjeling memandang Irfan di sebelahnya.

Irfan mengetap bibir. Minah ni kan, kalau tak kenakan aku sehari tak sah. Kenapalah aku kahwin dengan gadis berperangai kanak-kanak riang ni?!

"Beli apa tadi?" soal Irfan kasar.

"Beli nasi lah, takkanlah nak beli novel pulak," jawab Aliya sarkastik.

Irfan mendengus. Tak apa... jaga lah... tengoklah nanti apa yang aku buat. Pedal minyak ditekan sekuat hati dan kereta Audi Q5 kembali membelah jalan raya.

"Eh, awak cakap awak nak makan? Kenapa awak drive ni? Makanlah dulu..." soal Aliya kehairanan apabila Irfan tidak menjamah sedikit pun makanan yang dibeli. Aliya menggaru kepalanya. Risau. Kalau Irfan tak makan, nanti dia tak ada tenaga dan kalau dia tak ada tenaga nanti dia mengantuk!

"Awak, makanlah sikit. Sedap ni...  saya beli nasi ayam untuk awak. Makanlah..." pujuk Aliya lembut.

Diam.

Alahh! Merajuk ke? Haish... tak macho sungguh la.

"Awak...ma..." kata-kata Aliya dicantas Irfan.

"Suap saya... kalau tak saya tak nak makan..." tutur Irfan dingin.

"Hah?!" aku? Suap dia? No!

"Tak nak!" jawab Aliya kuat.

"Tak nak sudah..." Irfan sengaja menguap berkali-kali. Kemudian matanya sengaja ditenyeh, kepalanya pula digelengkan sambil mengerlipkan mata berkali-kali.

Aliya sudah mula susah hati apabila melihat kelakuan Irfan. Ish! Terpaksalah aku suap dia. Aliya membuka bungkusan nasi ayam, isi ayam dicubit sedikit lalu diletakkan di sudu plastik bersama-sama dengan nasi.

"Nah..." sudu diletakkan betul-betul di hadapan mulut Irfan. Tangan kiri Aliya pula berada di bawah sudu.

Irfan tersenyum. Akhirnya dia membuka mulut. Nasi dikunyah dengan hati yang riang gembira. Senang jugak nak lembutkan hati dia ni. Hehe...

Mengada! Marah Aliya di dalam hati.

****

Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?

Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!

Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.

Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)

Promise

Tolong Jagakan Dia

Alamak, Tersuka La Pulak!

Piano

Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.

Novelis Ateen Khalid

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top