Bab 23
Aliya merenung beg baju yang telah siap dikemaskan pada pagi tadi yang terletak elok di tepi kusyen yang sedang diduduknya. Jam di telefon bimbit dikerling. Pukul 6:00 pagi.
Setelah telefon bimbit dimasukkan di dalam poket, dia menumbuk-numbuk bahunya. Lenguh. Selepas menghantar bubur kepada Irfan semalam, dia terus mengemas bajunya sepantas mungkin. Apabila selesai mengemas separuh, dia terus keluar dari bilik dengan membawa sebiji bantal dan tidur di kusyen. Seram nak tidur di dalam bilik bila ingat kejadian semalam. Argh! Pagi ini, dia bangun pukul 4:00 pagi, sambung mengemas baju. Letih. Irfan masih lagi tidur ketika itu. Kalau ikutkan hati aku. Nak je aku conteng muka dia dengan celak or dengan apa-apa aje lah! Huh!
"Aliya..."
Panggilan dari Haji Mahfuz membantutkan bebelan Aliya kepada Irfan. Pandangan dihalakan kepada walidnya yang sudah duduk di sebelah kanannya.
"Ada dekat rumah mentua, jaga adab, jaga diri, jangan lengah-lengahkan solat. Al-Quran jangan tinggal. Baca selalu. Aliya, kamu mesti bertolak ansur, patuh pada suami," tutur Haji Mahfuz lembut.
Tanpa Aliya sedar, air mata sudah menitis di tubir matanya tatkala mendengar pesanan Haji Mahfuz. Dadanya sebak. Sedihnya nak tinggalkan walid!
"Walid, Aliya sedih la... hari ni hari Isnin, hari Sabtu dah puasa. Sedih tak dapat mulakan bulan Ramadan dengan walid..." ucap Aliya perlahan. Air mata yang mengalir di pipinya diseka.
"Jangan risau pasal walid, walid tau jaga diri, Aliya boleh balik bila-bila masa ja. Janji kena mintak izin Irfan dulu... okey?"
Hmmm, tanya dia... ni yang susah, mesti dia tak nak! Dia kan nak buli aku je... tapi, aku pun selalu jugak buli dia.
"Jangan risau walid, minggu kedua puasa, Irfan akan bawa Aliya balik kampung..." tiba-tiba Irfan mencelah perbualan Aliya dan Haji Mahfuz. Senyuman manis yang menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya dipamerkan. Dia duduk di atas kusyen berhadapan dengan Aliya dan Haji Mahfuz.
"Betul ke awak?" soal Aliya tak percaya.
Irfan mengangguk.
"Iye sayang."
"Janji?"
"Saya janji..."
"Yeay! Walid tunggu Aliya tau. Nanti Aliya masak sedap-sedap untuk walid..." tangan Haji Mahfuz digenggam lembut.
"Yelah. Sekarang dah pukul 6:30 ni... walid rasa eloklah kamu bertolak sekarang."
"Yup, betul tu..." Irfan bangun seraya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bapa mentuanya. Lantas tubuh Irfan dipeluk oleh Haji Mahfuz.
"Jaga anak walid baik-baik, jangan buat dia menangis," bisik Haji Mahfuz perlahan di telingan Irfan.
"Insya-Allah walid," balas Irfan juga berbisik. Pelukan dileraikan. Pandangan dihalakan kepada Aliya.
"Saya angkat beg dulu masuk dalam kereta..." ujar Irfan sebelum melangkah keluar menuju ke arah kereta yang sudah diparking berhadapan pintu rumah sambil membimbit bagasi dia dan menarik juga Aliya. Mujur beg minah ni ada roda, kalau tak, jenuh aku nak mengangkat sorang-sorang. Berat gila. Apalah yang dia letak dalam beg ni? Batu ke? Bebel Irfan di dalam hati.
"Walid, Aliya pergi dulu ye? Nanti Aliya balik tau. Walid tunggu Aliya nanti ye..." tutur Aliya perlahan sambil menapak bersama-sama Haji Mahfuz menuju ke pintu.
"Nanti dalam kereta, bersembanglah dengan Irfan. Jangan bagi dia mengantuk semasa memandu..." pesan Haji Mahfuz lagi.
"Baik walid," tangan Haji Mahfuz disalam lalu dicium.
Aliya melangkah lemah menuju ke arah kereta. Irfan sekali lagi turun dan bersalam dengan Haji Mahfuz.
"Dahlah, nanti lambat sampai. Kalau dah sampai telefon walid tau..." pesan Haji Mahfuz.
"Baik walid..." jawab Aliya dan Irfan serentak.
Mereka memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Irfan menekan hon kereta dua kali sebelum kereta Audi Q5 dipandu perlahan. Aliya melambai Haji Mahfuz sehingga kelibat walidnya hilang dari pandangan ditelan kegelapan di waktu pagi. Kelopak matanya bertakung, dan air mata yang mula menitis perlahan segera diseka.
"Dahlah, jangan menangis..." pujuk Irfan lembut.
"Saya perempuan, hati saya lembut tau. Kalau nak balik universiti pun saya menangis jugak. Tambah-tambah ini nak balik rumah awak..." jawab Aliya sebak. Air matanya mengalir tak henti-henti.
"Perangai gangster sangat tapi tak sangka, cengeng jugak rupanya..." ngomel Irfan perlahan.
"Hah? Apa awak cakap?"
"Tak ada apa-apa..." punat radio segera ditekan. Hanya suara DJ radio yang memecahkan suasana.
"Haa, awak dah call mama ke cakap yang kita dah bertolak?" soal Aliya tiba-tiba setelah hampir 15 minit mendiamkan diri.
"Belum..." jawab Irfan sepatah. Pandangannya masih dihalakan di hadapan.
"Hah, bagitaulah. Kejap biar saya call..." Aliya mengambil telefon bimbitnya dari dalam poket baju kurung.
"Nah, guna handphone saya, line ada ni..." Irfan menghulurkan iPhonenya kepada Aliya.
"Err..." huluran tidak bersambut. Aliya menggaru kepalanya. Macam mana nak guna ni? Aku mana tau nak guna.
Irfan faham dengan reaksi garu kepala Aliya. Mesti tak tahu nak guna. Irfan segera mencari nombor mamanya lantas didail sebelum dihulurkan kepada Aliya.
"Nah, saya dah dail. Awak cakap je..."
Aliya meletakkan iPhone di telinganya. Beberapa saat kemudian talian bersambung.
"Assalamualaikum, mama... ini Aliya..." tutur Aliya sopan.
"Waalaikumussalam... Aliya dah bertolak ke sayang? Pukul berapa kamu berdua bertolak?" soal Datin Dahlia ceria.
"Dah mama... kami bertolak pukul tepat pukul enam setengah pagi tadi."
"Mama masak sedap-sedap untuk kamu berdua. Pesan dekat Irfan, pandu kereta baik-baik..." pesan Datin Dahlia pula.
"Okey ma... nanti Aliya cakap dekat... errr.. abang Irfan. Nanti kalau dah sampai dekat perhentian mana-mana, Aliya call mama lagi ye. Assalamualaikum ma..." tutur Aliya lembut.
Talian dimatikan setelah salam berjawab. Aliya kembalikan iPhone kepada Irfan. Wah! Hari ni aku dah merasa pakai telefon mahal!
"Mama pesan apa?" soalan yang terpacul keluar dari mulut Irfan mematikan angan-angan Aliya.
"Mama suruh awak pandu kereta baik-baik. Haa, walid pun pesan suruh saya bersembang dengan awak. Takut awak tertidur."
"Tapi awak tak sembang dengan saya pun. Awak diam aje."
"Saya tak tau nak cakap apa," Aliya membetulkan tudung yang dipakainya. Kenapa aku rasa macam diperhati je.
"Tell me about yourself..."
"Hah?" Aliya memandang pelik wajah Irfan. Cerita pasal aku?
"Ceritalah pasal diri awak, saya nak tahu jugak..."
"Nama saya Aliya Marissa Binti Mahfuz..."
Tawa Irfan meletus. "Yang tu saya tau lah. Masa nak akad nikah, nama tu yang saya sebut. Maksud saya, tarikh hari lahir ke, pasal study, hobi, cita-cita ke.. apa-apa aje lah...haa... about your mother."
"Erm.. umi saya dan meninggal 5 tahun lepas..." jawab Aliya perlahan. Serta-merta matanya mula berkaca-kaca. Makin rindu jadinya bila bangkitkan soal ni.
"Awak... sa...ya... mintak maaf..." aduh! Salah tanya pulak. Huhu. Bebel Irfan di dalam hati.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya. "Tak apa. Saya okey. Umur saya 22 tahun. Anak tunggal. Tarikh lahir saya 14 Mac 1990. Ha, ingat tau... nanti saya nak hadiah..." jawab Aliya lembut.
"Ada pulak mintak hadiah..."
"Mestilah mintak... awak kan suami saya. Kalau awak tak kasi hadiah siaplah!!" ugut Aliya seraya matanya dibulatkan.
Irfan mencebik. Ada ke main ugut-ugut!
"Hadiah apa pulak?"
"Saya tak kisah. Janji awak kasi... , kalau nak kasi bunga, bagilah bunga daisy... saya suka bunga tu...comel, kecik-kecil... cantik!" ujar Aliya riang.
Daisy? Hmmm.. okey.
"Ceritalah pasal awak pulak..."
"Nama saya awak tahu kan, Irfan Danish Bin Arman. Dua puluh enam tahun... tarikh lahir 8 Disember..."
"Dua puluh enam tahun?!" jerit Aliya. Mulutnya ternganga memandang wajah Irfan.
"Apasal awak jerit? Tak kan tak tahu umur saya berapa kut?" soal Irfan hairan.
"Tak! Saya ingat awak baru umur 23 tahun. Muka macam budak tak cukup umur aje. Ingat awak muda lagi..." kutuk Aliya selamba.
"Awak cakap saya budak tak cukup umur?!" jerit Irfan pula.
"Ha... muka awak tak padan dengan umur..."
Tawa Irfan tiba-tiba meledak. Aliya memandang hairan wajah suaminya. Apasal pulak dengan mamat ni?
"Tu tandanya saya ni awet muda. Cakap jelah yang saya ni nampak muda."
"Ceh!" Aliya mencebik. Tapi, betullah dia tu awet muda. Wajah dia nampak macam umur 23 tahun. Serius!
"Saya ada adik umur dua puluh tahun. Damia Iwani..." ujar Irfan lagi.
"Haa?! Awak ada adik? Tapi kenapa masa kita nikah adik awak tak datang?" soal Aliya separuh menjerit.
"Dia study. Melbourne, Australia. Business..."
"Oh, patutlah... wait! Awak memang minat berlakon ke? Tak cuba cari kerja lain? Dulu awak study mana?"
"Berlakon ni memang minat saya sejak dari kecil lagi. Saya belajar dulu di UK, ambil law..." jawab Irfan.
"Lah, penat-penat mentelaah buku tebal-tebal, hafal semua akta-akta, last-last mentelaah skrip pulak."
"Dah saya minat... lagipun..." belum sempat Irfan menyambung kata-katanya. Aliya tiba-tiba menjerit.
"Eh, lagu ni... best... kuatkan sikit!"
Dengan lagu pun dia boleh teruja sampai macam ni ke? Pelik benar perangai minah ni... bebel Irfan sambil menguatkan volume.
Aliya mula bernyanyi seiringan dengan Yuna.
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu,
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu,
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba,
Ku hanya mampu jadi milikmu, psatikan kau bahagia,
Hati ini bukan milikku lagi,
Seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu,
Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku,
Terukir di bintang tak mungkin hilang cinta ku padamu...
Irfan tersenyum sendirian apabila mendengar nyanyian Aliya. Sedap suaranya dan lagu ni, selama ni aku dengar, tak pernah nak fokuskan pada lirik...sekarang, aku suka dengan lirik dia... secara tak langsung lagu ni dah ada sentimental value.
****
Datin Dahlia tersenyum riang sambil melangkah menghampiri suaminya yang sedang menjamu selera di meja makan. Datuk Arman kemas berpakaian kemeja biru bersiap-siap untuk ke firma guamannya. Datin Dahlia menghenyakkan punggung di sebelah suaminya. Matanya berkelip-kelip memandang Datuk Arman.
"Awak jangan nak goda saya pagi-pagi buta ni. Saya nak pergi kerja..." ujar Datuk Arman selamba.
"Apa abang ni? Mengarut aje..." senyuman Datin Dahlia mati. Bahu Datuk Arman ditampar lembut.
Tawa Datuk Arman meletus.
Datin Dahlia pula hanya mencebik.
"Habis tu, yang mata awak wink-wink tu kenapa?" ujar Datuk Arman dengan tawa yang masih bersisa.
"Saya happy, anak menantu kita nak balik hari ni. Tak sabar nak tunggu diorang sampai..." air kopi yang berada di hadapannya disedut sedikit.
"Dah bertolak ke? Pukul berapa?"
"Pukul enam setengah pagi tadi..."
"Hai, awal anak bertuah tu bangun. Selalunya tak pernah-pernah nak bangun awal..." perli Datuk Arman lantas air kopi dihirup sedikit.
"Apa lah abang ni. Mungkin budak tu dah berubah. Bersyukur lah, ni tak perli pulak budak tu..." Datin Dahlia menjeling manja.
"Iyelah sayang, Alhamdulillah kalau anak kita dah berubah, mungkin berkat berkahwin dengan anak Mahfuz..." Datuk Arman bersaman senyuman manis di bibir lantas mengenyitkan sebelah matanya.
"Amboi, buat macam tu dekat saya tak apa, kalau saya dapat tau awak kenyit mata dekat pekerja awak... siaplah! Saya ganyang awak cukup-cukup..." Datin Dahlia memberi amaran sambil mengecilkan matanya.
"Awak ingat saya ni buang tabiat sangat ye? Ada awak sorang pun dah cukup... hari ni awak nak masak apa untuk budak-budak tu?" soal Datuk Arman cuba menukar topik. Kalau masih teruskan dengan topik tu, ugutan lain pulak yang dia akan terima.
"Saya ingat nak masak ketam masak lemak, lupa pulak nak pesan pada Suri..." Datin Dahlia memanggil Suri dan tak sampai 20 saat, Suri yang merupakan pembantu rumah dari Indonesia itu sudah berdiri tegak di hadapan sebelah Datin Dahlia.
"Iya ibu..." jawab Suri lembut sambil menundukkan sikit wajahnya sebagai tanda hormat kepada majikan.
"Awak nak ke pasar kan kejap lagi? Jangan lupa beli ketam tau... kejap lagi saya nak masak ketam masak lemak untuk anak menantu saya..."
"Lagi, ibu mau pesan apa?"
"Itu aje, barang-barang dapur yang lain semua Mak Som dah catit... awak beli aje nanti, okey?"
"Baik bu... saya permisi dulu ya ibu... bapak," ujar Suri sopan sebelum melangkah kembali menuju ke dapur.
"Kenapa awak tak ikut sekali ke pasar?" soal Datuk Arman setelah kelibat Suri hilang dari pandangan.
"Saya ada misi lain, nak kemas bilik untuk anak menantu kita. Kasi cantik-cantik..." ucap Datin Dahlia bersemangat.
****
Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?
Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!
Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.
Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)
Promise
Tolong Jagakan Dia
Alamak, Tersuka La Pulak!
Piano
Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.
Novelis Ateen Khalid
Dan Instagram saya ----- ateen_khalid
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top