Bab 22

Usai menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid, Aliya segera memanaskan lauk yang dimasaknya pada tengah hari tadi untuk makan malam. Mujurlah nasi sudah siap dimasak sebelum dia ke masjid. Ayam masak merah dan sup ayam. Kali ini dia ada bahan istimewa yang diletak di dalam sup. Terangkat kening Aliya bersama dengan senyuman nakal.

Ketika hendak menghidangkan makanan, Aliya sempat mencuri pandang kelibat Irfan yang sedang rancak berborak dengan Haji Mahfuz. Tersenyum-senyum, tergelak-gelak, haha, hehe... apalah yang diorang borak ye? Soal hati Aliya ingin tahu.

"Walid, awak... eh silap pulak. Abang, makanan dah siap. Jom makan dulu," jemput Aliya pura-pura bersuara lembut. Argh! Geli geleman bila sebut abang.

Muka Irfan bertukar pucat apabila melihat hidangan di atas meja. Terbantut seleranya. Hampir sahaja dia jatuh terduduk di atas lantai namun masih sempat berpaut pada kerusi. Air liur ditelan berat. Peluh mula merenek di dahinya.

Wajah Aliya yang sedang mempamerkan senyuman plastik dipandang. Dia ni! Macam mana dia tahu yang aku tak suka benda ni? Tak habis-habis nak kenakan aku ke? Ya Allah, aku memang tak boleh pandang 'benda' ni. Aku geli!

Hampir meletus ketawa Aliya apabila melihat wajah pucat Irfan. Rasakan. Padan muka. Huh!

"Kenapa tak duduk Irfan?" soal Haji Mahfuz hairan. Kenapa tiba-tiba muka menantu aku ni pucat?

Irfan mengesat peluhnya dengan menggunakan hujung lengan baju melayunya. Dia duduk perlahan-lahan. Kepalanya ditundukkan. Tolonglah. Janganlah kat sini! Dengan sedaya upaya Irfan memanggungkan kepalanya. Senyuman nipis dipamerkan. Tangan dibasuh menggunakan air basuh tangan yang telah sedia ada di atas meja.

"Abang, nah... makan ni." Aliya mencedok kaki ayam dan meletakkan di dalam pinggan Irfan.

Mata Irfan membulat. Sudah! Irfan bangun tergesa-gesa dan berlari ke bilik air.

Bluerkkk!!

"Astaghfirullahalazim, kenapa dengan Irfan tu?" soal Haji Mahfuz seraya bangun dan melangkah menghampiri bilik air.

Aliya terdiam dan kaku di kerusinya. Kedua-dua belah tangan memegang pipinya. Ya Allah! Kejam sangat ke aku ni? Tak sangka pulak yang akan jadi teruk sampai macam ni.

Pintu bilik air dibuka. Irfan melangkah lemah.

"Irfan... kamu okey ke?" soal Haji Mahfuz cemas.

Irfan mengangguk seraya mempamerkan senyuman nipis.

Hanya beberapa langkah sahaja, akhirnya Irfan rebah tak sedarkan diri.

"Ya Allah, Irfan!"

Panggilan kuat dari Haji Mahfuz menyebabkan Aliya tersentak dan segera bangun menghampiri suaminya.

"Walid, apa nak buat ni? Ya Allah." Aliya cemas.

"Walid angkat dia letak atas kusyen. Kamu pergi ambik air sejuk dan tuala kecil..." arah Haji Mahfuz seraya memimpin Irfan ke arah kusyen panjang lalu dibaringkan.

Terkocoh-kocoh Aliya berlari ke dalam biliknya untuk mengambil tuala dan berlari pula ke dapur untuk mengambil air sejuk.

"Lap muka Irfan..."

Aliya hanya menurut. Dengan perlahan-lahan dia mencelup tuala ke dalam air sejuk. Selepas diperah, wajah Irfan yang pucat dilap dengan berhati-hati.

Baru dia sedar, Irfan mempunyai bulu mata melentik, dan wajahnya, memang tidak dinafikan, kacak! Kalau dia senyum, terserlah kedua-dua belah lesung pipitnya. Aliya memejamkan matanya. Aku patut bersyukur kerana mempunyai suami seperti Irfan. Tapi, apa yang aku buat? Aku betul-betul dah melampau.

Keluhan kecil dilepaskan. Aliya membuka matanya. Hampir luruh jantungnya apabila melihat Irfan sedang merenungnya tajam.

Glurp!

"Syukur, Alhamdulillah. Kamu dah sedar. Dah okey ke?" soal Haji Mahfuz memecahkan suasana yang agak janggal sebentar tadi.

"Alhamdulillah, saya okey walid..." balas Irfan perlahan. Sakit dada dan perutnya akibat muntah sebentar tadi. Haji Mahfuz mengangguk.

"Walid rasa, elok kamu rehat dalam bilik. Rehat cukup-cukup..." kata Haji Mahfuz sambil memandang Aliya dan Irfan silih berganti.

"Errr jom, saya bawa awak masuk..." Aliya memaut lengan Irfan dan perlahan-lahan menapak menuju ke dalam bilik. Apabila daun pintu ditutup sahaja, Irfan merentap lengannya. Dia mencerlung memandang Aliya.

Aliya tertunduk. Rasa bersalah sudah menggunung. Menyesal, takut, seram... semuanya bersatu!

"I'm waiting..." ujar Irfan perlahan namun masih tegas.

"Erm, errr, saya... min... mintak..." belum sempat Aliya menghabiskan ayatnya, Irfan sudah mencantas percakapannya.

"Mintak apa?"

"Maaf."

"Itu je? Kalau saya tak maafkan, apa awak nak buat? Awak tau kan berdosa besar kalau saya tak maafkan awak?" Irfan memegang kedua-dua bahu Aliya.

Jantung Aliya seperti sudah mahu meletup. Dia kaku. Apa aku nak buat ni?!

"Saya..." Aliya kematian kata-kata tatkala melihat mata Irfan. Oh oh! Tajamnya renungan dia. Habislah aku.

"Saya apa?"

"Awak nak saya buat apa, baru awak nak maafkan saya?"

Senyuman sinis terukir di bibir Irfan. Dia menolak Aliya ke atas katil sehingga terbaring. Aliya memejamkan matanya. Walid!!!

Air liur ditelan berat. Sebelah matanya dibuka. Hampir sahaja dia menjerit apabila melihat Irfan berada di atasnya. Begitu dekat sehingga dia boleh mendengar Irfan bernafas.

"Awak nak saya buat... apa?" ujar Aliya tergagap-gagap.

"Persuade me..."

"Pujuk ma...cam mana?" kedua-dua belah tangan diletakkan di dada Irfan. Menahan Irfan agar tidak terlalu dekat dengannya.

"I don't care... persuade me." Irfan semakin dekat! Masa ni la dia langsung tak mampu nak fikir apa-apa! Ya Allah, idea... datanglah!

"Saya buatkan bubur untuk awak!" jawab Aliya senafas.

"Cakap lembut sikit..."

"Saya buatkan bubur ayam untuk awak ye?"

"Lembut lagi..." Irfan menahan tawanya apabila melihat wajah Aliya ketika ini. Kelakar! Mainkan aku lagi, sekarang rasakan!

"Sayang... saya buatkan bubur untuk awak ye? Okey? Awak suka bubur ayam kan?" tutur Aliya selembut mungkin. Dalam hatinya geram sebab Irfan suka kenakan aku dengan cara ni!

"Okey... I give you 30 minute... now go!" Irfan bangun lantas memeluk tubuhnya. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Menandakan yang dia sudah menang.

"Haa, okey!" dengan pantas Aliya bangun dari pembaringan dan keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur. Nafasnya tercungap-cungap. Fuh! Menakutkan...seram.

Irfan tersenyum puas apabila melihat Aliya gelabah. Nak kenakan aku lagi kan? Padan muka! 

****

Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?

Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!

Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.

Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)

Promise

Tolong Jagakan Dia

Alamak, Tersuka La Pulak!

Piano

Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.

Novelis Ateen Khalid

Dan Instagram saya ----- ateen_khalid

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top