BAB 20
TEPAT jam 3 petang... Datuk Arman, Datin Dahlia dan Izz sudah bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Irfan bersalaman dengan papa dan mamanya sebelum mereka keluar dari rumah.
Kemudian Haji Mahfuz dan Datuk Arman berpelukan.
Datin Dahlia pula memeluk Aliya seerat-eratnya lantas kedua-dua belah pipi dan dahi Aliya dicium lembut.
Izz muncul di hadapan Irfan apabila dia selesai bersalaman dengan Haji Mahfuz.
"Izz, kau kena siasat siapa sebarkan berita aku berkahwin dengan orang Kedah. Aku rasa mesti ada orang yang follow kita datang sini. Tak pun, ada di antara kita yang pecah rahsia..." ujar Irfan serius namun dalam keadaan berbisik.
"Kau dah tanya Aliya?" soal Izz, juga berbisik.
"Dah, dia cakap dia tak bagitau siapa-siapa pun," Irfan memegang belakang lehernya dengan menggunakan tangan kiri.
"Kau syak siapa-siapa tak?"
"Aku tak tau lah. Kau kena siasat tau, cari sampai ke lubang cacing." Irfan menggaru kepalanya. Serabut.
"Okey, don't worry, aku cuba cari dekat lubang cacing, kalau tak jumpa aku try lubang ular pulak," balas Izz spontan seraya menumbuk lembut bahu kanan Irfan.
"Hampeh kau ni! main-main pulak."
"Relaks la wei. Benda macam ni tak boleh buat kalut. Kau jangan risau lah..." Izz menepuk belakang Irfan.
"Bagus! Kau memang kawan dan PA yang paling cemerlang..." puji Irfan lantas tubuh rakannya dipeluk.
"Well... dan kau... ingat pesan aku... aku nak anak angkat! Cepat-cepat sikit... bolehlah mama dan papa kau bermain dengan cucu!" Izz terus berlari memboloskan diri ke dalam perut kereta dengan tawa yang meledak.
Irfan mengetap bibir. Dia ni memang teringin nak makan lutut aku kot. Huh! Kalau tak kenakan aku, tak sah gamaknya!
Pada hari ini, Izz yang akan memandu, manakala Datuk Arman duduk di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu dan Datin Dahlia menjadi mem besar di belakang.
"Izz, hati-hati bawak kereta tu..." pesan Haji Mahfuz.
"Baik pakcik..."
"Irfan... jaga Aliya baik-baik. Tak sabar rasanya nak tunggu kamu berdua balik esok. Mama masak special untuk kamu berdua nanti..." ujar Datin Dahlia pula dari dalam kereta dengan senyuman yang mekar di bibirnya.
"Baik ma. Irfan akan jaga menantu mama ni betul-betul. Jangan risau... bagai menatang minyak yang penuh." Irfan tersengih.
Aliya menjuihkan bibirnya. Pantas tangan menutup mulutnya. Ops! Nasib tak ada sesiapa yang nampak.
"Mama, dah sampai, call tau..." pesan Aliya pulak.
Datin Dahlia mengangguk.
"Pukul berapa kamu nak bertolak esok?" soal Datuk Arman pula.
"Ermm, maybe selepas Subuh..." jawab Irfan yakin.
Datuk Arman mengangguk. "Mahfuz, aku balik dulu..."
Haji Mahfuz tersenyum nipis. "Sama-sama. Panjang umur kita jumpa lagi."
Kereta mula bergerak perlahan-lahan setelah salam berjawab. Kereta hanya dipandang dengan ekoran mata mereka bertiga sehinggalah kelibat kereta BMW hilang dari pandangan mata.
Irfan Dan Haji Mahfuz sudah menapak masuk ke dalam rumah. Hanya Aliya yang masih tercegat di luar. Lepas Subuh? Awalnyaaa!! Gumam Aliya di dalam hatinya. Sedihlah nak tinggalkan walid. Hmmm...
****
Aliya melangkah lemah masuk ke dalam bilik. Irfan sedang kusyuk mengadap laptopnya di atas katil.
Hai, kusyuk sungguh! Buat apa tu? Usyar perempuan lain ke? Ni yang buat aku nak singsing lengan baju kurung aku lantas bercekak pinggang. Huh! Chop! Aku jealous ker? Wahai perasaan cemburu, terbanglah kau, pergilah... syuhhh!
"Apa syuhh?" soal Irfan sambil mengerutkan keningnya. Apa kena minah ni?
"Tak ada apa-apa. Awak buat apa tu?" soal Aliya sambil berjalan menghampiri Irfan.
"Oh, tengah makan nasi. Tak nampak ke?" jawab Irfan sarkastik.
Aliya mencebik. Dia duduk di birai katil. Sempat lagi dia mencuri memandang skrin laptop. Pakai broadband. Okey ke coverage kat sini? Tak tau pulak aku.
"Ni broadband awak?"
"Tak, pinjam..."
"Siapa punya?"
"Izz..." jawab Irfan sepatah.
"Okey ke coverage kat sini?" soal Aliya lagi.
"Bolehlah." Nasib baik line Celcom okey disini.
Aliya cuba menjeling sekali lagi skrin laptop Irfan.
"Tak payah nak curi-curi pandang lah... tengok aje lah..." ujar Irfan tanpa memandang wajah Aliya. Matanya masih fokus pada laptopnya.
Twitter? Fuyoh! Ramainya follower dia!
"Banyaknya follower awak!" ujar Aliya bernada teruja.
"Awak hilang ingatan ke? Saya kan artis."
Huh! Menyampah...
"Awak ada twitter?" soal Irfan pula.
Aliya terdiam. Kemudian dia tersengih. Ada tu ada, tapi dah berbulan aku tak bukak. Yang paling sedih, gambar telur ayam tu aje, tak tukar-tukar sampai sekarang. Orang nak buat aku pun nak buat. Tapi nak guna? Tak reti... sadis betul. Kalau aku bagitahu mamat ni, mesti dia gelakkan aku. Baik aku jawab...
"Tak ada."
"Tak ada ke tak tau nak guna?" Irfan tersenyum sinis.
Erk! Macam mana dia boleh baca pulak apa yang aku fikir. Ish!
"Awak..." panggil Aliya lembut.
Pandangan dihalakan kepada Aliya. Hairan, apasal tiba-tiba cakap lembut semacam aje ni?
"Awak, saya nak pinjam laptop kejap, boleh?" pinta Aliya lembut. Matanya dikerdipkan berkali-kali.
Irfan terpana. Dia segera memalingkan mukanya ke arah skrin laptop. Perasaan tu datang lagi! Argh! Pergi... pergi... jerit Irfan di dalam hatinya.
"Awak nak buat apa?" soal Irfan berpura-pura serius.
"Nak tengok cinta hati saya... dah lama tak tatap wajah dia... perasaan rindu sudah menggunung di dalam hati... makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, pandang muka awak nampak muka dia. Oh, rindunya hati ini..." jawab Aliya seakan sedang melakonkan drama cinta.
"Nah..." kata Irfan sambil mencebik. Teringin jugak aku nak tahu, siapa cinta hati dia tu... huh! Aku dapat memang mamat tu makan siku aku la. Bukan setekat siku, lutut, buku lima, kepala semua aku kasi!
"Terima kasih..." Aliya tersengih apabila memandang wajah kelat Irfan. Cemburu ke? Ada aku kisah?
Laman sesawang YouTube segera dibuka.
"Siapa ni?" soal Irfan pelik.
"Vlogger." Kini giliran Aliya pula kusyuk mengadap laptop. Argh! Makin handsome lah dia ni!
Ish, biar betul? Takkan mamat ni cinta hati dia? Tak percaya aku...desis hati Irfan sambil menjeling memandang Aliya yang sedang menumpukan seratus lima puluh percent pada skrin laptop.
"Siapa nama dia?"
"Ryan Higa..." jawab Aliya senada.
"Siapa Ryan Higa tu?"
Aliya menekan butang pause. Pandangannya dihalakan kepada Irfan. Senyuman sinis dipersembahkan kepada suaminya.
"Awak tak kenal dia? Hello... dia ni lagi famous dari awak tau. Baru sehari upload video, berjuta-juta orang view..." kutuk Aliya selamba.
Irfan mengetap bibir. Laptop yang berada di atas riba Aliya diambil kasar.
"Dah! Tak payah nak tengok. Kalau guna broadband, tak boleh bukak youtube sangat, nanti melebihi had.. dan lepas tu line akan jadi macam siput." Irfan segera menutup laptopnya dan disimpan di dalam beg.
Puas hati aku. Ehhh! Apasal dengan aku ni? Aku cemburu ke? Oh no! arghh... apa aku buat ni? Irfan segera memandang Aliya yang sedang tersenyum sinis memandangnya.
Bingo! Aliya tersenyum gembira... berjaya kenakan dia. Ni baru sikit. Ada lagi kejutan yang lebih besar!
******
Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?
Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!
Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.
Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)
Promise
Tolong Jagakan Dia
Alamak, Tersuka La Pulak!
Piano
Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.
Novelis Ateen Khalid
Dan Instagram saya ----- ateen_khalid
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top