BAB 18
DATIN Dahlia menyambut menantunya mesra. Pipi kanan dan kiri Aliya dicium lembut lantas tubuh Aliya dirangkul, dipeluk erat.
"Bila mama dengan papa sampai?" soal Aliya lembut seraya memandang wajah Datin Dahlia dan Datuk Arman yang sedang duduk berborak di kusyen bersama dengan Haji Mahfuz dan Izz.
"Baru aje tadi. Walid Aliya cakap, Aliya dan Irfan ke pasar. Terkejut mama tadi bila dengar Irfan pergi pasar." Jawab Datin Dahlia. Dia mencuri memandang Irfan yang sedang membawa bekas plastik dan sedang berdiri di belakang Aliya. Macam tak percaya Irfan ke pasar.
Aliya dan Datin Dahlia melangkah menyertai Datuk Arman, Haji Mahfuz dan Izz manakala Irfan terus menuju ke dapur untuk meletakkan barang yang dibeli tadi.
Mujurlah aku dah nampak kereta mama dan papa sebab parking betul-betul depan rumah, bolehlah aku berlakon prihatin sikit dengan bawak barang-barang ni semua. Bijak!
Selepas barang diletak di tepi singki, Irfan terus menapak menyertai mereka yang berada di ruang tamu.
Datuk Arman dan Haji Mahfuz sudah keluar berborak di buaian yang berada di luar rumah, yang tinggal hanyalah Aliya, Datin Dahlia dan juga Izz.
Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Izz, dan berhadapan dengan Aliya dan Datin Dahlia. Belum sempat Irfan berkata apa-apa Datin Dahlia sudah bangun dan datang menghampirinya.
Dahi Datin Dahlia sudah berkerut seribu. Pipi Irfan dipegang lembut.
"Irfan, pipi, dahi kamu kenapa ni? Macam kena cakar je?"
Serta-merta wajah Aliya bertukar merah! Matanya terbeliak memandang Irfan. Mak aih! Ni mesti sebab, aku mengigau semalam dan cakar muka dia. Arghhh... teruk sangat ke aku cakar? Tak perasan pulak tadi.
"Err... mama, Aliya ke dapur dulu. Nak basuh ayam..." Aliya mempamerkan senyuman plastik lantas berlari terkocoh-kocoh menghampiri dapur. Selamatkan diri!
Kalau aku duduk di situ, macam-macam aku kena jawab nanti. Biar mamat tu sorang aje jawab. Dia kan pelakon, mesti dia pandai berlakon punya. Ngomel Aliya di dalam hatinya. Badannya disandarkan di dinding dapur dan dadanya diurut perlahan. Fuh... suasana kritikal sungguh tadi.
Irfan pula terdiam. Nak jawab apa? Takkan nak jawab, 'mama, menantu mama tidur buas gila, habis muka Irfan dia cakar'? No, tak boleh! Aduh, apa aku nak jawab ni? Irfan memegang belakang lehernya. Senyuman nipis dihadiahkan kepada Datin Dahlia dan Izz.
Datin Dahlia mengulum senyuman tatkala melihat reaksi anaknya.
"Okeylah. Mama nak ke dapur, nak tolong Aliya masak untuk makan tengah hari," tutur Datin Dahlia bersama segaris senyuman pada bibirnya, kemudian dia terus melangkah ke dapur.
"Hai, apa yang kau kena semalam ni, Irfan?" usik Izz sambil mengangkat kening berkali-kali.
Jelingan tajam dihadiahkan kepada Izz. Amboi, dah pandai nak usik aku. Huh!
"Tak payah nak sibuk lah..." balas Irfan seraya memeluk tubuh.
"Kalau macam ni kan, tak lama lagi aku dapat anak angkat lah. Tak sabar rasanya..." kata Izz selamba. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
"Woi, kau jangan fikir bukan-bukan. Apa yang kau fikir, yang ada dalam kepala otak kau tu, tak terjadi pun," sangkal Irfan. Apalah yang mamat ni fikir? Ish!
"So, boleh kau explain pada aku... apesal muka kau kena cakar?" soal Izz lagi. Seronok pulak aku sakat dia ni.
"Ish, nak aku basuh otak kau ke? Dah kotor sangat tu! Aku basuh pakai sabun cap kapak, baru tau!" ujar Irfan sambil menumbuk perlahan bahu Izz yang sedang ketawa terbahak-bahak.
"Aku rasa kelakar kut bila tengok muka kau merah. Serius aku cakap, cuba kau tengok muka kau dekat cermin, merah!" Semakin kuat tawa yang dihamburkan Izz.
Irfan mengetap bibir. Sedap-sedap aje kau mengata aku.
"Haa, mana Pak Mail dan Mak Som?" soal Irfan, cuba untuk menukar topik.
"Diorang dah balik dulu, pagi-pagi tadi dan balik, pakai kereta aku. So, kejap lagi aku balik dengan mama dan papa kau," jawab Izz seraya memeluk tubuh. "Ermm..."
Irfan memandang wajah Izz. Kenapa mamat ni?
"Kau kenapa? Ermm ermm.. apesal?" soal Irfan hairan.
"Aku nak bagitau kau ni. Ada gosip, kau kahwin sebab kau dah terlanjur. Dan isteri kau sekarang tengah mengandung. Kahwin sebab nak tutup malu. Sebab tulah buat majlis kahwin tertutup..." beritahu Izz panjang lebar.
"What?!" Irfan berkata kuat. Matanya membulat. Apa punya gosip ni?
"Gosip ni tersebar di internet. Mak cik bawang tengah aktif mengata," beritahu Izz lagi.
Irfan meraup rambutnya ke belakang. Lepas satu, satu lagi masalah. Serabut aku!
"Tapi kau jangan risau, gosip liar aje tu. Lagipun papa dan mama kau orang ternama, dan sumber kau nak kahwin pun, datang dari mama kau. Jadi, macam tak logik pulak kalau mama kau sebarkan kau nak kahwin kalau kau dah terlanjur." Tokok Izz.
"Tapi..."
"Dahlah... mulut orang mana boleh tutup. Biar je diorang dan keluarga diorang nak cakap apa pun. Janji apa yang kau buat, tak salah."
Senyuman akhirnya terukir di bibir Irfan. Izz memang kawan yang baik, memahami dan nasihat yang dia bagi memang selalu berguna untuk aku.
"Haa, aku rasa ajaib lah bila dapat tau kau ke pasar? Orang tak kenal kau ke?"
Irfan tertawa halus apabila mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut Izz.
"Nak kenal apanya. Aliya siap kasi aku topi, lepas tu dia lilit pulak pashmina dia dekat leher aku... suruh pulak aku pakai cermin mata hitam. Dah macam serial killer dah aku rasa tadi...ish."
Ketawa Izz meledak tatkala mendengar jawapan Irfan.
"Aku tengok kau dengan Aliya, memang ngam! Sesuai..."
Irfan mencebik. Apa yang sesuainya? Aku stress adalah... tidur lasak, mulut dah macam gunung berapi!
*****
"Mama, Aliya ada beli ayam dua ekor, ikan pari beberapa ketul dan sayur kailan. Mama nak makan apa? Biar Aliya masakkan," soal Aliya yang baru sahaja selesai membasuh ayam. Dan Aliya ada beli banyak kaki ayam untuk anak mama!
"Mama tak kisah sayang, apa yang Aliya masak, mama makan..." jawab Datin Dahlia lembut.
Aliya mengukir senyuman manis. Dia rasa sungguh bahagia. Sudah lama dia tidak masak bersama seorang ibu. Dan sekarang dia sudah ada ibu mertua yang sangat baik hati. Layanan mama sama macam dengan layanan arwah umi.
"Aliya..."
"Iye mama...."
"Kamu beli barang ni semua, guna duit kamu ke duit Irfan? Irfan ada bagi kamu duit tak?" soal Datin Dahlia lagi.
Aliya mengangguk.
"Mama... err.. abang Irfan yang bagi duit tadi. Ada balance lagi. Dia bagi dua ratus. Banyak betul!" Beritahu Aliya perlahan. Tekaknya terasa loya tatkala menyebut perkataan 'abang'. Urgh!
"Baguslah..." Datin Dahlia tersenyum nipis.
Nasib Irfan bagi duit pada Aliya. Kalau dia tak kasi, memang aku nak basuh otak anak aku tu. Ngomel Datin Dahlia di dalam hati.
*******
Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?
Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!
Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.
Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)
Promise
Tolong Jagakan Dia
Alamak, Tersuka La Pulak!
Piano
Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.
Novelis Ateen Khalid
Dan Instagram saya ----- ateen_khalid
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top