BAB 16
GEDEBUK!
Aliya terjatuh terlentang. Matanya terbuka luas. MasyaAllah, mamat ni tak tutup lampu ke? Membazir aje lah! Sempat lagi Aliya membebel.
Dia cuba menggerakkan tangannya untuk mengusap kepalanya yang sakit akibat terjatuh sebentar tadi. IsY, kenapa tak boleh ni! Dengan sedaya upaya dia bangun, tatkala melihat keadaannya... matanya membulat. Hah?! Ini tak lain tak bukan mesti kerja dia! Pandang terus dihalakan kepada Irfan yang sedang nyenyak tidur.
Aliya meletakkan kepalanya di birai katil. Amboi, kau sedap-sedap tidur, aku kau bedung sampai macam ni. Argh! Boleh migrain aku dengan kau ni!
"Awak!"
Tiada sebarang reaksi dari Irfan.
"Awak!!" Aliya cuba mengawal suaranya. Kalau aku jerit kuat-kuat sangat, walid dengar pulak.
Diam.
Aliya mengetap bibir. Dia ni memang saja la! Nak kasi aku meletup ke hah? Argh, menyampahnya aku.
"Pelakon tak famous, mulut longkang... muka jambu batu, jambu air...penakut pulak tu!" kutuk Aliya geram.
Mata Irfan terbeliak! Dia kutuk aku?
"Siapa pelakon tak famous? Mulut longkang? Muka jambu batu jambu air? Penakut? Awak maksudkan diri awak tu ke?" ujar Irfan seraya bangun dari pembaringan. Dia duduk bersila mengadap Aliya sambil tersenyum sinis.
"Bukan saya, tapi awak lah!"
Irfan mencebik.
"Tak kisahlah apa pun, cepat bukak! Saya nak bangun mandi ni." Merah sudah mata Aliya menahan marah.
"Bukak apa?" soal Irfan berpura-pura tidak faham.
"Awak bedung saya! Cepat bukak... saya nak bangun mandi ni!" geramnya aku! Buat-buat bendul pulak. Aku seligi jugak karang.
Senyuman sinis dihadiahkan untuk Aliya. Irfan bingkas bangun dan berdiri di sisi Aliya. Dia bertinggung dengan sebelah lutut menongkat lantai.
"Awak tengok apa yang awak dah buat pada aset saya..." ujar Irfan sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah mukanya yang merah dan sedikit luka akibat dicakar oleh Aliya.
"Apa yang saya dah buat?"
"Awak tau tak saya bergantung pada aset saya ni?" Irfan mengetap bibir. Dia ni berpura-pura bendul pulak.
"Apa aset? Hello, aset yang awak bangga-banggakan sangat tu, pinjam je dari Allah. So, jangan nak riak sangat lah!"
"Dah nama pun pinjam, kena lah jaga baik-baik..." bidas Irfan.
Huh, ada-ada je jawapan dia. Gumam Aliya geram.
"Awak dah lukakan muka saya. Cepat mintak maaf!"
"Tak nak!" sahut Aliya sepantas kilat. Bukan aku sengaja! Dah aku tidur, mana aku sedar apa yang aku buat. Huh!
"Degil betul lah. Cepat mintak maaf! Kalau tak sampai tengah hari lah awak akan berkeadaan macam ni..." ugut Irfan sambil mengangkat keningnya sebelah.
Keluhan kecil dilepaskan. Aku dah tak ada pilihan lain. Terpaksalah aku mintak maaf. Desis Aliya.
"Maaf..." tutur Aliya perlahan.
"Apa? Tak dengar pun?" Irfan mendekatkan telinganya. Dia tersenyum di dalam hatinya. Suka pulak aku kenakan minah ni.
"Maaf..." ujar Aliya sedikit kuat.
"Lembut lagi..."
Aliya mengatap bibir! Geramnya!
"Maaaaa....af!"
"Tak cukup ikhlas tu." Merah muka Irfan menahan tawa.
Mata dipejamkan. Aliya, sabar. Fuh... tenangkan fikiran. Mamat ni nak kenakan kau aje ni... tarik nafas dalam-dalam, lepasss... Aliya cuba memotivasikan dirinya.
"Mintak maaf sayang... please, maafkanlah dinda wahai kandaku... muah, muah," ujar Aliya lembut plus gedik sambik mengerlipkan matanya berkali-kali.
Irfan terduduk di atas lantai. Terkedu. Tak sangka yang Aliya akan balas macam tu.
Melihat sahaja reaksi Irfan, tawa Aliya meletus. Haha... hambik kau! Nak kenakan aku sangat.
"Saaa....yanggg."
Lamunan Irfan berterbangan tatkala mendengar panggilan sayang dari Aliya. Seram pulak aku dengar!
"Stop! Dah, seram sejuk dengar," ucap Irfan sambil mengangkat tangan kanannya di hadapan wajah Aliya. Dia terus membuka balutan selimut di badan Aliya. Kemudian dia berdiri sambil meraup rambutnya ke belakang. Cuba untuk menenangkan diri. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang seperti baru lepas berlari pecut 100 meter.
Aliya bangun sambil memberikan jelingan tajam kepada Irfan. Lenguh satu badan aku kau tau tak? Jatuh katil, lepas tu tidur statik je... huh.
"Kenapa awak bedung saya?"
"Dah tahu pun nak tanya lagi ke? Awak tu tidur ganas nak mampus. Tampar saya, cakar muka saya, lepas tu tendang kaki saya! Sekali tengok macam orang tengah bergaduh, dua kali tengok macam orang gila!"
"Hah! Mana ada saya tidur buas!" Aliya cuba menegakkan benang yang basah. Sejak dari dulu lagi dia sudah tahu yang dia memang tidur lasak.
"Awak tidur, mana awak tahu. Dengan air liur meleleh. Pengotor betul. Lepas tu tidur pulak berdengkur kuat ya amat. Kalau bapak gajah dengar mencicit dia lari." Kutuk Irfan lagi.
Amboi, sedapnya dia ni mengutuk.
"Ni dah lebih. Kalau nak mohong pun, beragaklah. Janganlah nak hiperbola sangat ayat tu!" Aliya memeluk tubuh.
"Wait... apa tu? Mohong?"
Tawa Aliya meledak tatkala melihat wajah blur Irfan. Mohong tu bohonglah! Soalan Irfan dibiarkan tidak berjawab. Dia melangkah ke atas meja kecil, handphone diambil. Sudah pukul lima setengah pagi. Handphone diletakkan kembali di atas meja. Setelah tuala dan sepasang baju kurung diambil, dia sempat menghadiahkan senyuman sinis kepada Irfan yang sedang terpinga-pinga sebelum melangkah keluar dari bilik untuk membersihkan dirinya.
Irfan mengetap bibir. Soalan aku dia tak jawab! Huh... tapi, mohong tu apa? Arghhh... Irfan sudah menggaru kepalanya.
******
Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?
Dan jemput baca cerita terbaru saya, HEARTLESS!
Saya baru update dekat wattpad. Boleh baca sinopsis di situ. bergenre Romantik Komedi.
Dan jangan lupa baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)
Promise
Tolong Jagakan Dia
Alamak, Tersuka La Pulak!
Piano
Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.
Novelis Ateen Khalid
Dan Instagram saya ----- ateen_khalid
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top