BAB 14
USAI solat Isyak, Aliya termenung di jendela. Dia berdoa dan berharap, supaya dia tabah dalam mengharungi segala cabaran dalam rumah tangga. Dapat pulak suami yang seratus peratus benci aku. Tapi, betul ke dia benci? Eleh, tengok dari jelingan matanya yang seakan-akan nak telan aku pun dah tau yang dia tu anti gila dengan aku. Aliya mula berperang dengan perasaannya sendiri.
Keluhan kecil dilepaskan. Tudung bawal yang berada di atas katil disarungkan ke atas kepala sebelum menapak keluar ke ruang tamu.
Haji Mahfuz dan Irfan solat berjemaah di masjid bersama-sama Datuk Arman, Pak Mail dan juga Izz.
Pelik pulak aku, dia tak takut pulak orang kenal dia di masjid tu. Dia pakai kaca mata hitam kut? Tak pernah dibuat orang!
"Aliya, dah solat... mari sini kejap. Mama nak cakap something." Datin Dahlia menggamit ke arah Aliya.
Senyuman manis terus terukir di bibirnya tatkala memandang Datin Dahlia, dan juga Mak Som yang sedang berborak di ruang tamu ditemani dengan air kopi panas.
Kak Sally sudah pulang sebentar tadi. Konvoi bersama Kak Manis.
"Ye ma..." jawab Aliya lembut seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Dahlia.
"Esok mama dah nak balik sayang... tapi, Irfan akan tinggal sini lagi esok. Hari Isnin baru dia balik ke KL dengan Aliya..." tutur Datin Dahlia lembut.
Balik ke KL? Alahai... selamat tinggal kampungku yang permai. Hati Aliya sudah disapa dengan perasaan sedih. Dengan sedaya upaya dia cuba mengawal rasa.
"La, mama... kenapa tak duduk sini lama sikit? Nanti kita balik sekalilah. Takkan esok dah nak balik?" pujuk Aliya. Tangan ibu mertuanya digenggam lembut.
"Tak boleh sayang, esok papa kamu ada hal penting yang dia harus uruskan. Jadi, mama kena balik. Aliya, kan dan ada Irfan, nanti balik dengan dia. Mama akan masak sedap-sedap untuk Aliya..."
Aku? Dia? Satu kereta dari Kedah ke KL? Aduh, apa yang aku nak cakap dengan mamat tu? Sah, nanti sure bergaduh. Aku ingat balik sekali dengan papa dan mama. Bolehlah aku nak mencelah masuk dalam kereta diorang.
"Mama tidur sini ye? Mak Som pun..." ajak Aliya.
"Mana boleh. Mama tak nak ganggu Aliya dan Irfan. Lagipun mama kan dah sewa homestay..." tolak Datin Dahlia lembut sambil mengenyitkan mata.
Mak Som hanya tersenyum malu-malu.
Aliya tersedak. Apa mama ni? Aduh...
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..." jawab semua yang berada di ruang tamu. Aliya segera bangun untuk bersalam dengan Haji Mahfuz. Memang sudah menjadi kebiasaannya.
Tangan Haji Mahfuz diraih dan dicium lembut. Tatkala memanggungkan mukanya, matanya bertaut dengan sepasang mata milik suaminya. Glurp! Nak kena salam dia ke? Aduh... Aliya garu kepala.
Hampir meledak tawa Irfan apabila memandang wajah gelisah Aliya. Hah! Tunggu apa lagi. Salam lah aku pulak... guman hati Irfan. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Keningnya diangkat berkali-kali.
Aliya menggigit bibir. Geram! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaannya sekarang. Namun, apakan daya, terpaksa jugak.
Dengan perlahan-lahan Aliya menghulurkan jarinya untuk bersalam. Siap kau!
Setelah tangan Irfan diraih, Aliya menundukkan mukanya, bukan untuk mencium, tapi untuk menggigit! Dia tersenyum jahat.
Mata Irfan membulat. Hampir sahaja dia menjerit namun ditahan apabila melihat wajah Haji Mahfuz. Dia gigit aku! Depan semua orang boleh pulak dia gigit aku! Arghhh... Irfan pura-pura tersenyum.
Senyuman penuh makna terukir dibibir Aliya apabila memandang wajah kelat Irfan. Padan muka kau. Huh, jelingan dihadiahkan kepada suaminya.
Irfan mengetap bibir. Kau tunggu la malam ni. Memang mampus kau dengan aku! Warghh... boleh sakit jiwa kalau macam ni tiap-tiap hari.
Seterusnya Aliya bersalam dengan Datuk Arman.
Mereka duduk menyertai Datin Dahlia dan Mak Som di ruang tamu.
Air kopi dituang ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Irfan bersama senyuman manis yang terukir di bibir Aliya.
"Haa, tengok... belum apa-apa lagi, Irfan dah dapat layanan first class. Untunglah dah ada isteri."
Kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Izz membuatkan tawa bergema di ruang tamu.
Senyuman penuh kepura-puraan terukir di bibir Irfan. Apa? Layanan first class. Wei, dia gigit aku kau tau tak?! Malam ni, siap kau Aliya. Baru kau tau sawah padi tu luas ke tidak. Marah Irfan di dalam hati.
Setelah satu jam Aliya dan Irfan berlakon ber'haha', 'hoho' dan 'hehe' di ruang tamu, akhirnya lakonan mereka bakal tamat apabila papa, mama dan semua orang meminta diri untuk pulang ke homestay.
"Esok sebelum mama bertolak ke KL, mama datanglah dulu ke rumah. Aliya akan masak sedap-sedap untuk mama," ujar Aliya sambil membuat thumbs up dengan kedua-dua belah tangannya.
"Ait, mama je? Papa?" soal Datuk Arman.
Aliya tersengih. "Untuk papa dan walid jugak, untuk Mak Som, Pak Mail... dan Izz..." jawab Aliya riang.
Irfan mencebik. Amboi... untuk aku, dia tak nak masak ke? "Sayang, untuk abanngg?"
Sebutan perkataan 'abang' dipanjangkan. Bahu Aliya dirangkul erat. Senyuman yang penuh dengan plastik dipersembahkan kepada mereka yang berada di hadapannya.
Erkkk! Terasa seperti ada kejutan elektrik mengalir dalam badannya. Aliya teragak-agak untuk menoleh ke kanan. Huh, tak payah pandang dia. Abang? Okey, ini boleh menyebabkan goosebumbs... apa aku nak jawab ni? Argh, migrain. Dia ni mesti nak balas dendam sebab aku gigit dia tadi.
"Mestilah masak untuk... a...bang jugak..." jawab Aliya tergagap-gagap. Bukan gagap sebab takut tapi geli geleman nak sebut perkataan abang tu. Isy.
Haji Mahfuz tersenyum melihat anak dan menantunya.
"Bagus lah bila dah berabang sayang ni. Mama balik dulu Aliya, Irfan..." ucap Datin Dahlia.
"Balik dulu Mahfuz..." ujar Datuk Arman.
Haji Mahfuz mengangguk lantas dia memeluk Datuk Arman seketika.
"Tak sangka kan, akhirnya berbesan jugak kita..." bisik Datuk Arman dan Haji Mahfuz seraya mempamerkan senyuman yang melebar.
********
Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?
Dan jemput baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)
Promise
Tolong Jagakan Dia
Alamak, Tersuka La Pulak!
Piano
Oh, ya. Kalau sesiapa ada Facebook, boleh like page saya.
Novelis Ateen Khalid
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top