BAB 13
NAFAS ditarik sedalam-dalamnya. Hari ni merupakan hari yang paling mendebarkan.
Dia akan menjadi tunang orang kurang dari satu jam dan akan menjadi isteri orang dalam masa dua jam! Wajah Kak Sally yang sedang tekun membelek mukanya dipandang. Apalah yang dia nak buat dengan muka aku ni?
"Hmmm, akak rasa tak perlu kut make-up tebal-tebal. Muka kamu ni dah cantik. Natural beauty..." tutur Kak Sally sambil bercekak pinggang.
"Aliya setuju. Jangan make-up tebal-tebal, rasa tak selesa. Sebenarnya, Aliya tak biasa bersolek..." Aliya berkata bersungguh-sungguh. Sejujurnya, dia tak mahu make-up segala. Rimas.
"Tak apa dik, akak rasa akak tau nak buat apa... adik cuma pejamkan mata aje."
"Err, akak... Aliya...ermm..."
Kak Sally mengerutkan dahinya.
"Kenapa dik?"
"Kening Aliya akak jangan cabut ye?" pinda Aliya perlahan.
Kak Sally tersenyum manis.
"Okey, Aliya jangan risaulah... akak takkan buat semua tu..." ucap Kak Sally sambil memegang bahu Aliya.
Aliya menarik nafas lega.
"Okey, sekarang meh akak nak bedakkan muka kamu. Angkat kepala sikit. Kejap lagi tak sempat pulak. Sekarang dah pukul sepuluh pagi. Pukul sebelas, Datin Dahlia dah nak datang untuk meminang kamu, lepas tu pukul dua belas, bakal suami kamu dah nak datang."
Gementarnya. Desis hati Aliya perlahan.
***
HAMPIR-HAMPIR sahaja kuih karipap terlekat di kerongkong tatkala memandang seseorang yang berada di sebelah Izz. Apa ni? Perempuan mana pulak yang Izz ni bawak?
"Irfan, aku bawak jurumekap untuk kau... Kak Manis," ujar Izz sambil tersengih menayangkan giginya.
Irfan menelan air liurnya. Mak aihh, 'manis'nya muka dia ni!
"Amboi, kacak sungguh si Irfan ni ye? Geram I tengok..." ujar Kak Manis dengan suara yang dikepitnya.
"Haa, kak... make-up lah lah dia dulu. Izz tunggu dekat luar..." ucap Izz sambil menahan tawanya apabila memandang muka kelat Irfan.
Irfan bangun dari duduknya.
"Izz, wait... aku nak cakap something dengan kau. Meh sini!" kata Irfan kuat seraya menarik lengan Izz supaya mengikutinya menghampiri sudut kanan bilik di homestay mereka.
Nak kena budak ni. Yang bawak perempuan jelmaan ni datang buat apa? Dengan rambut panjang, lipstick merah menyala, pakai pulak bulu mata palsu, mascara, blusher, eyeliner. Isy... seram aku tengok!
"Apesal kau bawak dia?" bisik Irfan.
"Mama kau punya kerja... bukan aku," ujar Izz, juga berbisik.
"Aku lelaki la, tak payah nak bersolek bagai. Lagipun wartawan mana datang. Takkanlah kau tak boleh fikir semua ni?" marah Irfan perlahan.
"Mana aku tau... kau ikut je boleh tak? Ni mama kau yang suruh Kak Manis tu datang..." bidas Izz pula.
Irfan meraup mukanya.
"Kau jangan risaulah. Aku sure, Kak Manis akan memaniskan muka kau nanti..." ujar Izz seraya melangkah pergi meninggalkan Irfan. Tawa Izz kedengaran tatkala pintu bilik Irfan ditutup.
"Weii!"
"Isy, bakal pengantin mana boleh wei wei. Meh sini meh, akak nak pastikan kau 'letop' dik hari ni!" ujar Kak Manis seraya menarik lengan baju melayu Irfan kuat.
Mata dipejamkan. Habislah aku! Jerit hati Irfan.
***
"CANTIKNYA!" puji Kak Sally. Tudung yang sedang melilit kepala Aliya diperbetulkan.
"Terima kasih, kak..." Aliya berkata sopan.
Sungguh, dia juga terkejut tatkala memandang wajahnya dia hadapan cermin. Seperti orang lain. Terasa macam artis pula.
"Akak yakin, Irfan mesti terbeliak tengok kamu nanti..."
Aliya tersenyum nipis. Nak terbeliak ke nak kutuk? Astaghfirullahalazim, Aliya, jangan bersangka buruk kepada bakal suami sendiri.
"Datin dah sampai. Kamu duduk je di birai katil... tunggu okey? Akak nak keluar ni... jaga-jaga dengan hantaran kat belakang tu, nanti terjatuh..." pesan Kak Sally lantas mengangkat kaki keluar daripada bilik selepas mendapat anggukkan daripada Aliya.
Aliya bangun perlahan-lahan dan melangkah menghampiri katil lantas punggung dihenyakkan. Tak sangka yang aku akan berkahwin pada hari ni. Dia memandang sekilas hantaran yang berada di atas katil. Semuanya diuruskan oleh Mak Cik Fatimah iaitu adik kepada arwah ibunya dan juga Datin Dahlia sendiri. Ada tepak sirih, tafsiran Al-Quran, baju kemeja, jam tangan, dompet, sejadah, dan kek.
Beberapa minit kemudian pintu bilik Aliya dikuak perlahan dari luar. Muncul Datin Dahlia, Mak Som, Kak Sally dengan kamera DSLRnya dan Mak Cik Fatimah sebagai wakil dari pihaknya.
Aliya menggenggam tangannya kuat. Wajah Datin Dahlia yang sedang menapak menghampirinya sambil tersenyum manis dipandang. Cantik betullah Datin ni... eh, mama... sempat lagi Aliya memuji.
Datin Dahlia menghenyakkan punggungnya di birai katil bersebelahan dengan Aliya. Cincin emas putih yang sedang dipegang oleh Mak Som diambil. Cincin itu simple tapi sangat menarik perhatian Aliya. Permatanya berwarna pink walaupun kecil, tapi, cantik!
"Sekarang ni kamu dah sah menjadi tunang Irfan. Sejam aje lagi, kamu akan menjadi isteri Irfan. Mama happy sangat sayang..." tutur Datin Dahlia seraya menyarungkan cincin di jari Aliya. Kemudian pipi kanan dan kiri Aliya dicium lembut.
Haji Mahfuz yang sedang berdiri di muka pintu bersebelahan dengan Datuk Arman tersenyum senang tatkala melihat anaknya. Walid yakin, Aliya akan bahagia nanti. Percayalah.
Aliya mengukir senyuman manis. Tangan Datin Dahlia diraih lantas disalam dan dicium lama. Begitu juga dengan tangan Mak Som, Kak Sally dan Mak Cik Fatimah. Perasaan gementarnya juga sudah hilang secara ansur-ansur.
"Irfan datang pukul berapa?" soal Kak Sally seraya memandang Datin Dahlia.
"Ermm, sekarang pukul sebelas suku, pukul dua belas nanti sampailah..." balas Datin Dahlia lembut.
Jantung Aliya kembali berdegup pantas tatkala nama Irfan meniti di bibir mereka. Dah dengar nama pun hati aku dah ber dup dap dup dap, macam manalah aku nak menatap matanya yang menggoda tu. Eh, menggoda ke?
"Eh, jom ambik gambar... boleh buat kenang-kenangan. Kejap lagi dah nak balik, lepas tu nak datang pulak dengan Irfan." Kata Kak Sally riang.
Aliya diapit oleh Datin Dahlia yang berada di sebelah kanan, Mak Cik Fatimah dan Mak Som berada di sebelah kiri.
Okey, control cun...redupkan pandangan mata. Barulah gempak gambar aku ni nanti. Desis hati Aliya sambil mengulum senyuman.
***
TEPAT jam dua belas tengah hari, Irfan muncul bersama-sama Izz dan juga Kak Manis. Di belakang mereka, terdapat Datuk Arman, Datin Dahlia, Pak Mail, Mak Som, Kak Sally. Masing-masing memegang hantaran. Antara hantaran yang ada ialah tepak sirih, mas kahwin dan duit hantaran, cincin, Al-Quran dan kain telekung.
Irfan melangkah masuk ke dalam rumah Haji Mahfuz dengan perasaan yang berdebar-debar. Dadanya dipegang. Kencangnya jantung aku berdegup! Arghh!
Tiba-tiba bahunya dicuit. Pandangan segera dihalakan ke sebelah kanan. Wajah mamanya yang sedang tersengih itu direnung hairan.
"Nervous?" soal Datin Dahlia.
Irfan mengangguk perlahan.
"Eleh, kamu berlakon tu, dah berkali-kali akad nikah... takkan takut lagi? Tu kira praktis la tu..." perli Datuk Arman.
Dush! Dush! Macam baru lepas kena tumbuk berkali-kali. Irfan memegang belakang tengkuknya. Papa ni, ada pulak samakan lakonan dengan yang real. Alahai.
Irfan melihat Haji Mahfuz sudah bersedia untuk menikahkan mereka. Mata Irfan meliar memandang sekeliling sambil melangkah ke arah bakal bapa mertuanya. Mana dia?
"Cari Aliya?" soal Datin Dahlia lagi.
"Mana ada!" jawab Irfan kuat.
Datin Dahlia menahan tawanya. Ego betul anak aku ni.
"Aliya ada dalam bilik sayang, lepas kamu akad nikah, baru boleh jumpa dia..." beritahu Datin Dahlia meskipun anaknya tidak bertanya.
Irfan melabuhkan punggungnya di atas sejadah berhadapan dengan Haji Mahfuz. Papa dan Izz serta Pak Mail berada di sisinya. Manakala di sisi Haji Mahfuz terdapat beberapa orang yang tidak dikenalinya sebagai saksi. Datin Dahlia juga berada tak jauh dari situ bersama-sama Mak Cik Fatimah.
Kak Manis? Nun jauh di belakang Datin Dahlia. Dah kenapa aku panggil dia kak jugak ni.
Selepas tandatangan apa yang patut, sesi pernikahan dimulakan.
Tangan Haji Mahfuz digenggam kejap! Peluh sudah mula merenek di dahinya. Jantungnya pula sudah seperti mahu meloncat keluar dari badan.
Haji Mahfuz berdeham.
Irfan sudah mula cuak. Irfan, relaks... bawak bertendang. Ehhh... bawak bertenang...tarik nafas, lepas... fuh!
"Aku nikahkan dikau Irfan Danish Bin Arman dengan anakku Aliya Marissa Binti Mahfuz dengan dengan mas kahwinnya RM 100 tunai..."
"Aku terima nikahnya, Aliya Marissa Binti Mahfuz dengan mas kahwin RM 100 ringgit tunai..."
"Sah?"
"Sah..."
"Alhamdulillah..." semua mengucapkan kata syukur. Senyuman syukur terbit di setiap wajah yang berada di situ.
Irfan kemudiannya bangun dan menunaikan solat sunat syukur sebelum dia menyarungkan cincin di jari Aliya.
***
MENGALIR juga titisan jernih di pipi Aliya tatkala mendengar perkataan 'sah'. Kini, secara sah, dia sudah menjadi milik Irfan. Dengan sekali lafaz sahaja. Aliya mengeluh. Apa yang patut aku rasa? Gembirakah?
Aliya yang sedang duduk di birai katil tunduk memandang tangannya yang berseri-seri dengan inai yang memerah. Wajah uminya bermain di kotak fikiran. Kalaulah umi ada, mesti lagi best... umi, Aliya rindu sangat pada umi. Rintih Aliya.
Terdengar bunyi tapak kaki. Aliya segera memanggungkan wajahnya. Mata mereka bertaut. Dia memandang kelibat Irfan tanpa berkelip. Suami aku ke ni? Lain benar muka Irfan bila pakai baju melayu macam ni!
Dadanya sudah mulai sesak tatkala melihat langkah suaminya yang semakin menghampirinya. Aliya, ingat... jangan jatuh cinta. Jangan, dia kutuk rumah kau hari tu... jangan fall in love dengan dia... no!
Irfan terpaku. Entah kenapa dia rasa wajah Aliya sangat cantik dan bercahaya. Jubah moden berwarna putih memang sesuai dengan Aliya. Jantungnya sudah berdegup tidak mengikut rentak biasa. Hatinya seperti sudah disapa rasa itu. Isy, wahai 'rasa', pergi jauh-jauh!
Irfan berdehem. Belum sempat dia melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan Aliya, suara Kak Sally sudah memecah suasana.
"Duduk dekat-dekat sikit, yang jauh sebatu tu dah kenapa? Baru cantik kalau nak ambil gambar..." arah Kak Sally.
"Haah, betul tu..." Izz mengiakan.
Datin Dahlia segera mendekati Kak Sally dan Izz, memberi ruang untuk Irfan dan Aliya untuk bergambar berdua. Biar kasi romantik sikit.
Irfan menurut. Cincin emas putih bertatahkan berlian berwarna pink yang berada di tangan kanannya direnung. Tangan kirinya mula memegang tangan Aliya yang putih. Sejuknya tangan dia.
Aliya menelan berat air liurnya. Nervous tatkala dia bersentuhan buat pertama kalinya dengan lelaki yang asing dan kini lelaki sudah bergelar suaminya.
Dengan perlahan-lahan, Irfan menyarungkan cincin di jari manis Aliya. Sinaran flash dari kamera tidak henti-henti. Kak Sally, sudahlah ambil gambarnya. Desis hati Irfan.
"Okey, now... saat yang dinanti-nantikan," kata-kata Izz mengundang tawa semua yang berada di situ.
"Irfan, lama-lama sikit tau... akak nak ambil gambar dari perbagai sudut..." ujar Kak Sally.
Irfan dan Aliya mengeluh perlahan. Macam-macamlah! Memang saja diorang ni nak buli aku. Gumam hati mereka berdua.
Dagu Aliya dipegang lembut. Mata Aliya membulat tatkala memandang wajah Irfan yang semakin mendekat. Erk!!! Nasiblah ada orang, Berani kau nak sentuh-sentuh aku. Tapi memang dia boleh sentuh pun kan? Arghh... rasa macam smackdown je mamat ni. Huh.
Dahinya dirasakan disentuh lembut dan rasa macam panas. Lama mereka berkeadaan begitu.
Aliya terasa seperti masa sudah terhenti.
Irfan melepaskan bibirnya dari dahi Aliya apabila mendengar perkataan okey dari Kak Sally. Aku terpaksa cium dia ni... kalau tak, jangan haraplah. Balik nak aku nak sabun mulut aku, guna sabun cap kapak!
Mata mereka bertaut.
Irfan menjeling tajam.
Bibir diketap tatkala memandang jelingan makhluk di hadapannya. Menyampah! Bajet handsome la tu. Poyo je! Dah la muka jambu. Jambu batu, jambu air... kutuk Aliya di dalam hati. Lupa habis segala pesanan walid kepadanya.
***********
Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?
Dan jemput baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)
Promise
Tolong Jagakan Dia
Alamak, Tersuka La Pulak!
Piano
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top