BAB 12

KHAMIS sudah melabuhkan tirainya. Kini hari Jumaat telah menyusul.

Aliya mula gelisah. Sudah seperti kucing mahu beranak. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Dahinya sudah berpeluh. Jam di dinding dikerling. Tudung berwarna pink diperbetulkan.

Rombongan bakal suaminya akan tiba sebentar sahaja lagi. Mereka datang sehari lebih awal dan akan menetap di homestay berdekatan dengan rumahnya. Tapi sebelum itu, mereka mahu melawat Aliya. Argh... nervous!

Punggung dihenyakkan di birai katil. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus perlahan. Aliya, relaks...

Telefon bimbitnya tiba-tiba menjerit meminta untuk diangkat. Aliya memerhati nama yang tertera di skrin sebelum punat hijau ditekan.

"Assalamualaikum Nafisa..." Aliya berkata berpura-pura tenang.

"Waalaikumussalam. Weh! Hatiku sekarang, dah lah gundah, gulana pulak tu..." jerit Nafisa kuat.

"Hah? Kenapa pulak?" soal Aliya, hairan.

"Pelakon favourite aku nak kahwin dah! Arghh... gigit kukulah aku macam ni. Gue kecewa! Menangis belakang pintulah jawabnya."

"Err, siapa pelakon... favourite kau?" soal Aliya tergagap-gagap.

"Siapa lagi... Irfan Danish lah! Untunglah siapa yang jadi isteri dia. Aku pasrahlah macam ni..." gumam Nafisa perlahan.

Aliya menelan berat air liurnya. Ish, tu bakal suami aku... aduh, kenapalah aku boleh tak tahu yang dia minat pada mamat ni?

"Sejak bila kau minat dia? Aku tak tau pun."

"Dah lama... tapi kau je yang tak tau. Maklumlah kau tu kan sepsis tak ambik tahu sangat pasal hal-ha; hiburan ni. Kenapa dia tak tunjukkan bakal isteri dia eh? Siap buat majlis tertutup lagi... dah kecoh di internet sebenarnya. Diorang cakap, Irfan dan bakal isteri dia tu dah terlanjur... sebab tu majlis perkahwinan biasa-biasa je. Nak cover malu..." ujar Nafisa bersemangat.

Aliya mengetap bibir! Huh! Terlanjur? Siapa yang buat cerita ni ha? Aku tanam hidup-hidup karang! "Habis tu kau percayalah dengan gosip-gosip tu semua?"

"Aku rasa gosip tu semua menipu ajelah, aku tak percaya pun. Tapi, aku teringin sangat nak tengok bakal isteri dia."

Nafisa, akulah bakal isteri dia. Maaf Nafisa, aku tak dapat beritahu kau perkara yang sebenar.

"Nanti kau tengok lah," ujar Aliya pura-pura ketawa.

"Ni kalau Ayu tahu... memang kena ganyang lah perempuan tu. Dia tu peminat Irfan yang paling hardcore punya..." tawa Nafisa meledak.

Glurp! Aduh, masalah ni. Kenapa semua sahabatnya minat pada bakal suaminya? Aliya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Bunyi enjin kereta menampar halwa telinga Aliya. Ya Allah, mereka dah sampai. Dadanya dipegang. Gementarnya.

"Errr, Nafisa... aku kena letak ni... ada... ada... saudara datang rumah... nanti aku call kau okey? Bye... Assalamualaikum..." ujar Aliya tersekat-sekat.

Dia mengeluh di dalam hatinya. Terasa bersalah kerana membohongi Nafisa. Dia belum bersedia untuk memberitahu perkara sebenar kepada Nafisa dan juga sahabatnya yang lain.

"Haa... bye, Waalaikumussalam..." ucap Nafisa sebelum talian dimatikan.

Telefon bimbit dibaling ke arah katil. Dia melangkah menghampiri jendela. Aliya mencuri memandang suasana di laman rumahnya. Banyaknya kereta mewah! Tu kereta Hyundai Tucson yang rosak hari tu dan dinaiki oleh Izz, yang warna biru gelap tu aku rasa kereta BMW, Datuk dan Datin naik kereta tu... ada driver dan seorang wanita yang sudah lanjut usianya. Toyota Alphard berwarna hitam dipandu oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya dan yang putih tu... kereta Audi. Seorang lelaki berkemeja hitam dipadankan bersama seluar denim keluar dari perut kereta Audi Q5 dan... argh! Mamat tu!!

***

KACA MATA HITAM dibuka dan diselitkan di leher baju kemejanya. Matanya meliar memandang sekeliling. Memang sah, ini rumah gadis itu dan aku akan berkahwin dengannya. Kenapa boleh jadi macam ni? Gumam hati Irfan.

Secara tak sengaja matanya bertaut dengan sepasang mata yang memerhatikannya sedari tadi di sebalik jendela.

Irfan terpegun. Cantiknya. Eh! Apa aku merepek ni...apasal aku puji minah ni pulak? Huh.

Pandangan segera dilarikan. Irfan cuba bereaksi selamba. Dia melangkah menghampiri Haji Mahfuz yang sedang bersalaman dengan Datuk Arman, Izz, dan juga Pak Mail yang merupakan pemandu peribadi papanya.

Datin Dahlia dan Mak Som dan Kak Sally selaku jurusolek bakal-bakal pengantin pula hanya menunduk kepada Haji Mahfuz.

Kak Sally merupakan seorang jurumekap artis dan amat boleh dipercayai kerana sifatnya yang amanah.

Namun, ketidakhadiran Damia Afina, adik bongsunya kerana memenuhi tuntutan sebagai seorang pelajar membuatkan Irfan sedikit terkilan. Tak apalah. Belajar lebih penting. Tak gitu?

"Apa khabar pak cik? Sihat?" tegur Irfan seraya menghulurkan kedua-dua belah tangannya.

"Sihat, Alhamdulillah. Panggil walid sudahlah nak... nak nak jadi menantu dah pun..." tutur Haji Mahfuz lembut seraya menyambut huluran tangan Irfan lantas tubuh Irfan dirangkul erat.

Irfan terpempan.

"Aliya mana? Saya ada bawak baju untuk majlis nikah diorang esok," Datin Dahlia berkata riang sambil menunjukkan baju yang dibalut di dalam plastik dan sedang dipegang oleh Kak Sally.

"Aliya ada di dalam rumah. Masuklah..." jemput Haji Mahfuz ke teratak kayu yang dihuninya.

Mereka melangkah masuk dan terus menghampiri ruang tamu. Belum sempat punggung terasa panas duduk di atas kusyen, Aliya muncul menghampiri mereka.

Datin Dahlia, Mak Som dan Kak Sally segera bangun dan memeluk Aliya.

"Cantiknya bakal isteri kau Irfan. Patutlah kau tak membantah...nama pun sedap. Aliya Marissa..." usik Kak Sally seraya menjeling kepada Irfan. Senyuman nakal terhias di wajahnya. Dagu Aliya dipegang lembut.

Bergema tawa di ruang tamu itu.

Aliya hanya mampu mempamerkan senyuman nipis atau lebih tepat lagi senyuman yang penuh dengan kepura-puraan atau senyuman plastik.

Irfan mengetap bibir seraya membalas jelingan Kak Sally. Saja nak usik aku. Huh!

"Tengoklah bakal menantu siapa..." ujar Datin Dahlia pula. Lengan Aliya dirangkul erat dan ditarik duduk bersebelahan dengannya.

"Menantu saya jugak," Datuk Arman turut mencelah.

"Anak siapa..." kata Haji Mahfuz tersenyum riang.

"Bakal isteri siapa..." spontan Irfan berkata.

Mata Aliya membulat memandang Irfan yang sedang duduk bertentangan dengannya. Apa dia cakap??

Suasana di ruang tamu menjadi sunyi sepi.

Irfan memandang sekeliling. Semua mata kini memandang tepat ke arahnya. Dia mula menghadam kata-kata yang tepacul keluar dari mulutnya sebentar tadi. Aku cakap apa tadi... ermm. Mata Irfan terbeliak, what?! Arghh, apasal aku boleh cakap macam tu pulak. Aduhh... malu ni. Mana nak sembunyikan muka aku ni. Jerit Irfan di dalam hati.

Datin Dahlia dan Datuk Arman berpandangan sambil tersengih. Ini satu permulaan yang bagus...

"Amboi... lagi mau tanya ke bakal isteri siapa?" Izz tersenyum nakal.

"Betul tu Izz, akak tak sabar nak make up Aliya ni. Irfan, akak akan pastikan mata kamu terbeliak tengok Aliya esok..." tutur Kak Sally lagi.

"Tak sabar rasanya... nak tengok si Irfan ni terbeliak." Izz mencelah seraya menghamburkan tawanya.

Irfan mencebik. Malas aku nak layan diorang ni. Gumam Irfan seraya memeluk tubuh. Pandangannya segera dihalakan ke arah tingkap.

Aliya sudah mati akal. Kenapa mereka kenakan aku ni. Hmmm. Dia memandang wajah Haji Mahfuz yang sedang rancak berborak bersama Datuk Arman dan Pak Mail manakala Datin Dahlia sedang rancak berbual dengan Mak Som. Izz serta Kak Sally pula sibuk mengenakan dia dan Irfan.

Aliya tiba-tiba bangun.

"Ermm... Aliya ke dapur dulu ye?" pinta Aliya kepada semua yang berada di ruang tamu lantas bangun dan menapak ke menghampiri dapur.

Kelibat Aliya dihantar dengan pandangan mata oleh mereka yang berada di ruang tamu.

"Tengok tu Irfan... sopan santun, jalan pun lemah lembut, pakai baju kurung, muka bersih dan suci daripada segala jerawat, putih melepak, tinggi... perfect! Kau nak yang macam mana lagi Irfan, yang ada depan mata ni pun dah cukup sempurna. Limited edition ni. Kau ngap aje..." usik Kak Sally lagi.

"Perghh, Kak Sally... mana main ngap-ngap, baham je terus. Dia ni kan spesis singa yang tinggal di Afrika tu..." usik Izz sekali gus memerli.

Seronok pulak bila dapat mengusik mamat ni. Bukan selalu ada peluang yang macam ni, dah ada kita rembat aje! Hambik kau.

Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Merah sudah wajahnya menahan malu + geram. Parah aku macam ni... nanti waktu bernikah, mesti lagi teruk aku dikerjakan si Izz dan Kak Sally. Wargh!

***

IRFAN berjalan seorang diri di jalan kecil di belakang homestay yang disewa Datuk Arman. Pandangannya meliar memandang sekeliling. Melihat sawah padi menghijau cantik lansung tak mampu menenangkan hatinya. Keluhan kecil dilepaskan.

Selepas makan tengah hari di rumah Haji Mahfuz, mereka pulang ke homestay untuk membuat persiapan hantaran pada perkahwinannya esok hari. Majlis pertunangan pada sebelah pagi dan pernikahan pada sebelah petang.

Sebut pasal hantaran, Aliya hanya meminta benda yang perlu sahaja seperti mas kahwin, sireh junjung, telekung, tafsiran Al-Quran dan cincin. Itu sahaja. Barang-barang lain dia tak nak... hmm... perempuan ni memang peliklah. Kalau orang lain mesti nak macam-macam, handbag, kasut, iPad...

Langkah kaki Irfan tiba-tiba terkunci. Matanya tepat memandang adegan yang sedang terpampang di hadapannya. Pokok kelapa yang yang berada di sebelah kanannya digunakan untuk menyembunyikan diri. Dia menajamkan telinganya untuk mendengar perbualan dua manusia di hadapannya.

"Marissa, tahniah. Dah nak kahwin rupanya..." ujar Arsyad perlahan. Bibirnya mengukir senyuman paksa.

Irfan mengetap bibir. Marissa? Kenapa mamat tu panggil Aliya, Marissa? Huh! Siapa mamat tu?

"Terima kasih Abang Arsyad..." tutur Aliya lembut. Dia membetulkan tudungnya. Kuatnya angin.

"Tapi, Marissa kahwin dengan siapa? Sebab bukan semua dijemput... orang kampung cakap itu majlis tertutup."

Aliya kehilangan kata-kata. Dia serba salah. Ermm, apa aku nak jawab ni???

"Maaflah, Abang Arsyad. Ini semua permintaan pihak lelaki." Aliya bersuara akhirnya, namun dalam nada sangat perlahan. Kemudian Aliya cuba mengukir senyuman nipis.

Memang wajiblah orang kampung bercakap tentang hal ni. Anak pak imam tapi kahwin dalam majlis tertutup. Bukan semua dijemput. Agak-agak apalah yang mereka semua cakap pasal aku dan walid.

Arsyad cuba menahan perasaan kecewanya yang kian merebak. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Mencari kekuatan di sebalik kekecewaan. Otaknya ligat memikirkan ayat yang harus dia ucapkan kepada Aliya.

"Abang pergi dulu Marissa... abang doakan kebahagiaan Marissa," ujar Arsyad sebelum melangkah pergi meninggalkan Aliya.

Hatinya hancur. Angan-angannya untuk menjadi pendamping Aliya terbang meninggalkannya. Sudah tertulis, jodohnya bukan dengan Aliya, dia reda. Apa yang pasti, dia akan doakan kebahagiaan Aliya.

Aliya hanya memandang sayu langkah Arsyad. Kenapa aku rasa macam susah hati? Dan wajah abang Arsyad kenapa macam sedih aje? Ni mesti sebab aku tak jemput dia. Rasa bersalahnya!

Irfan mendengus. Kenapa dengan aku ni? Takkan cemburu kut? Tak tak... mana boleh aku cemburu... no way!

Tiba-tiba sebiji buah kelapa jatuh!

"Opocot!" Irfan berkata kuat.

Aliya berpaling ke arah suara itu.

Dengan pantas Irfan menekup mulutnya. Ish! Malunya, boleh pulak aku melatah. Buah kelapa ni pun, time ni jugak la nak jatuh... terkejut aku dibuatnya. Kalau kena kepala aku tadi, memang arwahlah aku. Irfan mencicit berlari meninggalkan tempat itu. Selamatkan diri... kalau dia nampak aku, habislah!

"Eh, tadi aku dengar suara orang kat sini... tapi kenapa tak ada pulak ni?" ngomel Aliya seorang diri.

*****

Terima kasih sudi baca BSAP. Jangan lupa vote dan komen ye?

Dan jemput baca cerita-cerita saya yang lain jugak. ;)

Promise

Tolong Jagakan Dia

Alamak, Tersuka La Pulak!

Piano

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top