Bab 1
Irfan Danish mengelilingi kereta Hyundai Tucson berwarna putih sambil bercekak pinggang. iPhone yang masih kukuh dalam genggamannya dipandang geram. Nama aje handphone mahal tapi, bila line tak ada... tarafnya sama jugak dengan handphone murah! Dengusan kuat kedengaran. Tekanan perasaan sungguh!
Izz Raiyan... pembantu peribadi Irfan Danish atau PA dan juga merangkap kawan baik Irfan Danish sejak dari kecil lagi, berpeluh-peluh memandang enjin kereta itu. Sejujurnya dia hanya mampu memandang. Nak sentuh, tak berani. Nanti lagi teruk kereta ini dikerjakannya. Umpama tikus membaiki labu.
Matahari mula melabuhkan tirainya. Sudah hampir masuk waktu Maghrib. Aduh, 'masak' macam ni. Takkanlah nak duduk kat dalam kereta malam ni?
"Wei, tak okey lagi ke enjin kereta tu? Aku dah serabut ni. Dahlah sesat, kereta rosak pulak! Line pun tak ada. Kenapalah dia orang buat shooting dekat tempat macam ni? Dah macam padang jarak padang tekukur! Sekarang nikan dah susah... nak balik pun tak boleh ni. Aku dahlah ada shooting dekat tempat lain pulak! Argh! Rosaklah nama aku kalau aku datang lambat," bebel Irfan Danish senafas sambil mengelilingi kereta. iPhone masih dipegangnya.
"Fuh! Dahsyat mamat ni... boleh dia cakap ayat panjang tu senafas aje," gumam Izz Raiyan seorang diri.
"Kau jangan nak menipulah! Padang jarak padang tekukur apa? Tu ha ada cahaya... maknanya ada la rumah dekat sini. Dan kau sabar boleh tak? Kau ingat aku ni mekanik ke hah? Kalau aku mekanik, tak hingin aku nak jadi PA kau tau. Lebih baik aku bukak bengkel aku sendiri!" bidas Izz.
Mamat ni kalau start membebel... memang champion!
Irfan mengunci langkahnya seraya menyimpan iPhone di dalam poketnya. Wajah Izz direnung tajam.
"Malam ni nak tidur mana? Takkan nak tidur dalam kereta!" leter Irfan lagi. Butang lengan baju kemeja berwarna biru lembut itu dibuka, segera disingsing hingga ke paras siku.
"Nasiblah... nampaknya kita kena tidur dalam kereta malam ni. Ha, apa kata kita pergi rumah orang dekat sini atau masjid ke?" cadang Izz. Bonet hadapan ditutup. Dia membalas pandangan Irfan.
"Kau gila! Nanti orang nampak aku macam mana? Kalau nak pergi rumah orang, aku tak nak! Lagipun, kau ada nampak masjid ke kat sini? Aku nampak sawah padi je." Mata Irfan meliar memandang sekeliling. Rambutnya diraup ke ke belakang.
"Memanglah tak nampak, dah malam.... Tapi... kalau ada rumah, mesti ada masjid. Kejap lagi masuk la waktu Maghrib... habis kau tu tak nak solat ke?" Izz bersandar pada kereta sambil memeluk tubuhnya. Payah betul berunding dengan mamat berlagak ni. Hish!
"Aku nak solat tapi kalau orang nampak aku macam mana? Lagipun, masjid pun aku..." Irfan terhenti kata-kata apabila mendengar sayup-sayup azan berkumandang di udara.
Mereka berdua diam sebagai menghormati azan yang kedengaran merdu sekali pada halwa telinga mereka.
"Tu, bunyi azan... aku rasa masjid dekat-dekat sini aje. Kita pergi cari lah..." bisik Izz setelah selesai membaca doa selepas mendengar azan.
"Kau pergilah cari. Dah jumpa bagitahu aku. Aku tunggu dalam kereta," arah Irfan. Pintu kereta dibuka lalu dia memboloskan diri ke dalamnya.
Izz menggeleng kepala. Pemalas!
"Hati-hati... ni tempat orang. Jangan cakap bukan-bukan..." pesan Izz sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Irfan. Izz tersenyum sinis bila melihat riak wajah Irfan berubah.
"Jangan nak takutkan aku lah! Aku tak takut langsung..." jerit Irfan, bercakap besar.
Irfan mendengus kuat. Dia berbaring di bahagian tempat duduk belakang sambil bermain game Angry Bird. Hampir setengah jam juga dia berbaring... kemudian dia duduk pula. Cermin tingkap kereta diturunkan sedikit. Panas ya amat! Namun matanya masih melekat pada skrin iPhone. Ish... apasal susah pulak ni!
"Arghh, kalah!" Bentak Irfan seorang diri.
Jam direnung pada skrin iPhone lalu diletakkan di sebelahnya. Dah pukul lapan dua puluh minit malam. Dari Maghrib sampai nak Isyak. Mana mamat ni! Irfan memandang ke arah tingkap. Serta-merta mukanya menjadi pucat!
**********
"Ni kalau walid tau aku tak berjemaah di masjid waktu Maghrib tadi, habislah aku. So, aku harus tiba di masjid sebelum walid perasan yang aku tak ada. Nasib baik aku dah solat Maghrib dekat rumah tadi..." Aliya Marissa membebel seorang diri. Telekung yang dipakainya diperbetulkan. Lampu suluh dinyalakan. Tangan kanan mengangkat kain baju kurung sehingga paras lutut lantas langkah dipanjangkan.
Kalau bakal mak mertua tengok aku angkat kain macam ni, sah-sah tak buat aku jadi menantu. Direject, diblack list tanpa secebis pun kasihan, tanpa aku sempat menonjolkan keayuan dan kesopanan aku. Menangis belakang pintulah jawabnya!
Aliya berjalan seperti lipas kudung. Dia hampir-hampir tersungkur apabila terpijak batu besar.
"Fuh, nasib baik tak jatuh..." Aliya mengurut dadanya.
Pandangan matanya terkunci tatkala memandang hadapan. Langkahnya diperlahankan. Lampu suluh dihalakan pada kereta di hadapannya. Kereta siapa tu? Hatinya terdetik untuk menapak menghampiri kereta. Aliya memegang cermin tingkap yang diturunkan sedikit.
Glurp!
Irfan sudah berpeluh-peluh. Dadanya berombak kuat. Air liur yang ditelan terasa kesat. Apa tu? Benda putih tu kenapa datang dekat aku?!
"Astaghfirullahalazim... lailahaillAllah... bismillahirrahmanirrahim..." Irfan memejamkan matanya seraya mengesot menghampiri pintu kereta di sudut yang bertentangan. Hantu ke tu? Argh!
Aliya tergelak kuat!
Irfan menggigil apabila mendengar tawa yang kuat itu. Dia menolak pintu kereta dengan kasar lantas berlari sekuat mungkin. Dah tak nampak tanah dah. Selamatkan diri, itu fokusnya sekarang!
Aliya menutup mulut. Alahai, tergelak mengilai pulak!
"Jangan ganggu aku!" jerit Irfan sekuat hati sambil berlari laju. Jantungnya sudah berdegut kencang.
Tu lah kau, tadi cakap besar... sekarang apasal kau lari pulak? Kenapa tak say hai hai dekat makhluk tu? Huh! Marah Irfan pada dirinya sendiri.
Eh, mamat ni apasal? Bila masa aku ganggu dia. Aku jengok aje, kan? Tunggu apa lagi. Kita kejar! Jerit hati Aliya. Dia pantas berlari mengejar mamat yang tidak dikenalinya itu.
Irfan mencuri tertoleh-toleh ke belakang. Matanya membulat. Dia ikut aku! Makhluk ni ikut aku! Argh... Tuhan tolong jauhkan makhluk itu dari aku.
Oleh kerana terlalu kuat berlari, Irfan akhirnya tersadung kakinya sendiri. Dia jatuh tersembam. Mak aih! Sakitnya...
Haaa, padan muka. Siapa suruh larikan diri dari aku! Aku tengah berjiwa baik ni nak tegur dia, boleh pulak buat hampeh dengan aku.
"Encik... okey... ke tak ni? Yang... encik lari... ni... kenapa?" soal Aliya tercungap-cungap.
Mata Irfan membulat, dia bingkas bangun. Air liur ditelan berat sebelum dia menoleh ke belakang. Perlahan-lahan dia menoleh.
"Arghhhhh!!" jerit Irfan sekuat hati lantas rebah di atas jalan.
Aliya panik. Weh, kenapa dia pengsan ni? Muka aku menyeramkan ke? Setahu aku muka aku ni dan cun habis! Anak pak imam, wanita idaman setiap jejaka di dalam kampung ni. Boleh pulak pengsan bila tengok aku. Aliya menggaru kepalanya. TERperasan lah pulak.
Lah, patutlah... yang aku suluhkan muka aku ni kenapa? Memang haruslah dia pengsan. Aliya memukul kepalanya dengan menggunakan lampu suluh. Dia takutkan aku rupanya. Dia ingat aku hantu ke? Hish... dia tak perasan ke yang aku ni ayu... Ahaks, perasan lagi!
"Apa aku nak buat ni?" Aliya memandang sekeliling. Gelap, tak ada orang lalu pulak. Ish! Dia mendekatkan dirinya menghampiri mamat itu. Dia menghalakan lampu suluh pada wajah pemuda itu. Erk!!!
"Macam pernah aku tengok je mamat ni?" gumam Aliya.
Tiba-tiba Aliya mendengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Pantas dia memandang hadapan. Matanya terbeliak! Walid! Argh!
Izz berlari mendapatkan Irfan yang sudah pengsan terbaring di atas jalan tar. Pipinya ditampar kuat oleh Izz. Apasal kau pengsan ni?!
"Aliya... macam mana kamu boleh ada di sini? Kenapa tak pergi berjemaah di masjid?" soal Haji Mahfuz sambil mencerlung tajam memandang Aliya.
Glurp!
"Walid... tadi Aliya memang nak solat dekat masjid, tapi tadi nampak kereta tu..." Aliya menghalakan jarinya ke arah kereta yang berada tak jauh dari situ, "Aliya tengok la, kut-kut la ada orang sakit ke... tapi, tiba-tiba mamat ni mencicit lari macam nampak hantu je... lepas tu boleh pulak pengsan."
Alasan tak diterima! Haji Mahfuz masih mengekalkan renungan tajam kepada Aliya.
Aliya menelan payah air liurnya. Habislah!
"Encik Izz, apa kata pergi ke rumah pak cik dulu. Esok pagi pak cik akan tolong carikan mekanik untuk tengokkan kereta Encik Izz..." cadang Haji Mahfuz.
"Baiklah pak cik. Terima kasih." Izz berbahasa.
Wahai pak cik... rumah pak cik jauh tak? Boleh kurus saya kalau rumah pak cik ni jauh... nak angkat mamat ni lagi. Ngomel Izz sendirian.
"Mari pak cik tolong pimpin kawan kamu ni..."
Fuh, lega... terima kasih pakcik sebab sudi membantu saya.
Mereka memimpin Irfan dan terus menuju ke rumah Haji Mahfuz yang yang berada di hujung jalan.
Aliya pula hanya mengekori dari belakang. Otaknya ligat berfikir. Muka mamat tu, aku macam kenal je... tapi aku tengok dekat mana eh?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top