BAB 7

GAMBAR daddy dan mummy yang tergantung pada dinding itu aku tatap sepenuh hati. Setiap kali memandang gambar tersebut, setiap kali itulah aku akan membakar segala kedukaanku dan menggantikan ia dengan semangat yang membara. Demi Dato' Ezad dan Datin Aliya, aku anak tunggalnya, Intan Aulia akan mencari pembunuh mereka sampai dapat.

"Sayang..."

Aku tersentak. Badanku dipusingkan ke belakang. Terlihat pada gelemaca mataku, Arlan sedang memandangku sambil tersenyum. Aku membalas senyuman itu. Semanis gula aku hadiahkan.

"Jom lah duduk kat luar. Teman I," ajak Arlan. Rupanya, dia ikut aku sampai ke ruang foto hanya untuk mengajak aku menemaninya.

"Kak Linda kan ada. Duduk lah dengan dia kejap. Detektif Rian datang nanti, I keluar lah," balasku menghulurkan nada lembut. Tidak boleh berkeras suara, bimbang pula Arlan merajuk. Aku sudah lali dengan perangainya yang satu itu. Kuat merajuk, tidak kira hebat juga ragamnya. Persis budak-budak tetapi sifat itu lah yang membuatkan aku bertambah sayangkan dia.

"Huh, duduk dengan perempuan tu sama je macam duduk dekat kawasan gurun. Panas," rungut Arlan.

"Air-cond kan ada?" Aku mengusik. Arlan mencebik bibir.

"Air-cond tak cukup. Perempuan tu lawan dia salji. Salji tu you. Sejuk." Arlan membalas usikanku. Namun, tetap juga terserlah bahawa dia sangat anti dengan Linda.

Aku mengatur langkah mendekatinya. Senyuman aku ukir buatnya.

"Okay lah. Jom keluar. Bukan setakat you je sejuk, Kak Linda pun sejuk kalau I keluar. Betul tak?"

Sejurus berkata begitu, aku terus melangkah keluar dari bilik foto mendahului Arlan. Sengaja aku menyindir begitu. Masakan tidak, Arlan dan Linda sama sahaja perangainya. Sentiasa bergaduh dan penengahnya ialah aku. Kadangkala, sifat tidak sehaluan mereka berdua itu buat aku rasa sedikit tersisih. Seolah-olah mereka berdua tercipta untuk satu sama lain dan mereka berdua seakan bercinta. Tetapi aku tahu perkara itu mustahil berlaku kerana Linda cukup membenci Arlan dan Arlan pula sangat mencintaiku. Biarpun Arlan tahu, Linda sama sekali tidak menyetujui hubungan kami dan memandang Arlan seolah-olah Arlan lelaki jahat.













SEBAIK tiba di ruang tamu, aku sedikit terkejut saat melihat Linda sedang membelakangi aku sambil menghadap laptop bersama seorang lelaki dengan jarak yang diambil agak jauh. Tak payah teka, aku dah tahu siapa. Tak lain tak bukan tentulah Rian. Aku kenal sangat orangnya. Yang berpakaian santai dengan topi sudu di atas kepala, semestinya Rian.

"Itu ke mamat hari itu, sayang?" Arlan mengajukan pertanyaan kepadaku. Aku tahu dia merujuk kepada Rian kerana pertemuan tidak berapa indah mereka tempoh hari di lobi syarikatku.

"Agaknya kot," balasku.

Mendengarkan sahaja balasanku, Arlan terus meluru terlebih dahulu. Punggungnya dilabuhkan di sisi Rian. Aku tiada pilihan lain lagi selain ikut serta duduk di situ. Sofa di hadapan menjadi pilihanku. Kenapa Arlan duduk rapat sangat dengan Rian? Pelik!

"Now I know baby Arlan. You likes me," kata Rian tiba-tiba.

Aku, Linda dan juga Arlan saling terlopong. Apa pontianak ni merepek?

"But sorry boy, I'm not gay," sambung Rian lagi.

Kali ini, makin luas mulut kami ternganga. Yang paling ketara sekali ialah Arlan.

"Ap... apa kau cakap ni?" soal Arlan tergagap-gagap.

"Kalau tahu diri tu sejenis, bagi lah Intan dekat aku. And cari partner lain, aku tak sanggup," balas Rian. Tangannya tidak berhenti menekan papan kekunci laptop. Nampak hot, tapi bukan taste aku sebab dia tengah gigit kertas. Eeuww geli!

"What the..."

Tidak sempat Arlan berkata-kata, Rian terus menolak tubuh Arlan jauh sedikit daripadanya. Meninggalkan jarak yang agak banyak.

"Move!"

Itu kata Rian. "Aku lelaki normal. Jadi jangan buat aku geli," sambung Rian lagi seraya mencampakkan kertas yang digigitnya ke arah Arlan.

Sepantas kilat Arlan mengelak lalu bangun dan duduk di sebelahku. Kertas itu jatuh ke lantai. Aku mengeluh berat. Tak apa lah, nanti aku suruh maid bersihkan.

"Aku tak hingin lah nak menempel dekat kau. Aku cuma tak nak kau tarik girl aku duduk dengan kau." Arlan membela diri sekali gus menjawab soalan yang terpasung di benak fikiranku. Rupanya dia tidak mahu aku duduk di sebelah Rian. Sebab itu lah dia menempelkan badannya pada Rian.

"Since semua dah ada, boleh you bagitahu apa motif you nak Arlan dengan Kak Linda ada sekali?"

Malas berbahas mulut, aku terus bertanya tentang motif sebenar Rian. Sejak di warung lagi aku tertanya-tanya. Cuma aku masih tiada daya mahu menyoalnya kerana angin aku tidak baik waktu itu.

"Okay first of all, Aku nak pesan dulu. Jangan terkejut dengan apa yang aku nak kata. Terutamanya kau, Cik Intan." Rian bersuara lalu merenung tepat ke dalam mata aku. Dalam dan lama dia pandang sebelum kembali menyambung bicara.

"Aku hacked telefon Dato' Ezad and I found some mysterious message from private number. Nombor tersebut berdaftar atas nama Arlan Nazim bin Azlan. Bukan tu je. Telefon Datin Aliya pun aku hacked dan ada mesej berbaur ancaman dari nombor biasa. Tapi, bila aku hacked that number and semua mesej dari nombor tu, ia hanya berhubung untuk menerima arahan dari satu nombor sahaja. Dan number berkenaan adalah nombor Linda," sambung Arlan lagi bersuara penuh sinis bercampur formal walaupun hakikatnya dia tidak suka berformal.

Aku terkedu. Arlan dan Linda kupandang silih berganti. Wajah mereka kelihatan pucat tidak berdarah. Mereka nampak gugup. Adakah benar semua ini?

"Did you all betray me?" soalku penuh getaran. Organ dalamanku mula berasa sejuk panas.

"Sayang..."

"Intan..."

Serentak Arlan dan Linda menyeru namaku.

"Hey, relax everyone!" Rian tiba-tiba bersuara lantang.

"Jangan gelabah okay. Aku tak habis cakap lagi. I think that was a fake proof. Kemungkinan suspek sengaja memalsukan bukti kecil itu supaya semua orang saling bertuduhan. Aku dah pun hacked telefon Arlan and Linda but aku tak jumpa apa-apa bukti berkaitan. Maknanya ia jelas palsu. So tujuan aku minta semua berkumpul sebab aku nak cakap, kita semua dalam bahaya," jelas Rian lagi.

Setelah menerima kenyataan itu, aku menarik nafas lega. Begitu juga Arlan dan Linda. Mereka berganda kali lebih lega daripada aku.

"Maafkan Intan, Kak Linda," pintaku kerana hampir memarahi Linda.

"Tak apa, akak faham," Linda membalas lembut.

"You too, baby. I'm sorry." Kepada Arlan pula aku memohon kemaafan. Aku bimbang Arlan merajuk lagi.

"You don't have to say that, sayang. I feel you. I'm promise, I'll protect you no matter happens." Tidak seperti sangkaanku, Arlan kini lebih matang. Dia mengukirkan senyuman manis buatku. Aku turut membalas senyumannya. Dan mataku sempat menangkap jelingan menyampah dari Rian yang memandang aksi kami. Lantaklah dia.

"Tak payah nak bersawit kat sini. Kau dengan Linda, jaga diri masing-masing. Aku jaga Cik Intan," sela Rian tiba-tiba.

Tiada daya mahu membahas, kami semua hanya buat tidak dengar sahaja kata-kata Rian itu. Walau hanya beberapa hari mengenali dia, aku cukup faham dengan sifatnya yang sukar dijangka dan bermulut selamba itu. Bahkan, Arlan dan Linda juga sudah mengerti.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top