BAB 6

"KALAU betul lah parents kau tak ada musuh, mesti ada yang dengki dengan dia. Aku follow up siasatan yang pihak polis buat. Dia orang dah jumpa pelaku yang langgar Dato' Ezad dan Datin Aliya. Sekarang ni pelaku berada di tangan pihak polis untuk soal siasat."

Sedari tadi lagi, Rian mengulas pelbagai perkara tentang kerja. Malah, ketika aku meminta asbab dia menghalang aku dan Arlan makan tengah hari pun tidak dihiraukan. Bukan itu sahaja, aku sendiri pun sudah lupa tentang ketegangan yang berlaku di lobi syarikatku. Sungguh, lelaki ini sangat ajaib. Dalam sekelip mata, dia mampu buat aku lupa tentang Arlan serta lupa akan semua hal kecuali hal yang sedang dikupas dari bibirnya. Begitu mudah dia mengalihkan fokusku ke arahnya. Entahlah, walau senakal mana pun dia, namun bagi aku Rian ini sangat unik.

"Cik Intan dengar tak ni?"

Aku sedikit terpinga mendengar soalannya. Terus sahaja aku beralih memandangnya. Sekali lagi kerana dia, aku mengelamun panjang. Semuanya kerana Rian.

"Huh, dah 2 bulan baru nak jumpa. Ini lah sebabnya I tak suka bila polis buat kerja. Lembab."

Kasi kaw sikit!

Aku memedaskan kata. Benar, aku sangat anti dengan 'polis'. Malah, mendengar nama pihak itu juga sudah cukup untuk buat aku kecewa. Masakan tidak, perihal kemalangan ibu bapaku, Dato' Ezad dan Datin Aliya langsung tiada perkembangan mahu pun perkhabaran. Ini pertama kali aku mendengar mereka membuat kerja. Itu pun baru sahaja berhasil untuk satu fasa.

"Hmm... mungkin Cik Intan tak tahu ni. 2 bulan lepas, pegawai yang pegang kes kemalangan langgar lari tu sebenarnya berkomplot dengan pengupah kepada si pelanggar. Disebabkan kesilapan itu berlaku, maka kes telah dipindahkan. Pegawai lama yang urus kes arwah parents Cik Intan dah dibuang kerja. Dan sekarang kes tersebut dah diambil alih oleh pegawai atasan yang lebih cekap iaitu Inspektor Qayyum."

Aku ternganga buat seketika sebelum menutup mulutku. Tak sangka, begitu lancar dan jelas Rian menerangkan maklumat ringkas itu kepadaku. Malah, dia berbicara persis cikgu Bahasa Melayu mengajar anak muridnya. Serius, tak tipu. Dia cikgu, aku pelajar. Begitulah kira-kiranya.

Sejenak, aku menarik nafas. Deheman kecil aku keluarkan dari kerongkongku. Tidak! Aku tidak boleh lembutkan hati semata-mata kerana Rian. Lelaki itu bukan siapa-siapa bagiku. Dia hanya penyiasat yang memiliki gigi taring serupa pontianak. Eh bukan, pontianak gila sebetulnya.

"Something strange about you. You tahu kan bila kerja dengan I, maknanya you kena ikut cara I even though you hate formalisms. Oh yeah as we know, the conditions for working with me are simple. You just have to avoid all things police. I rasa you dah tahu. Atau Kak Linda tak bagitahu you?" Sengaja aku bertanya begitu.

"Yes Linda bagitahu dan aku pun dah jelas faham. Tapi kalau aku tak ambil tahu langsung apa yang pihak polis buat, maknanya sampai bila-bila pun kau takkan tahu siapa pembunuh sebenar mak bapak kau."

Aku terdiam. Rian bercakap benar. Tiada penafian, memang itu hakikatnya.

"Tolonglah Cik Intan... jangan selfish. Jangan ingat kau ada harta, kau hebat dalam dunia, senang-senang je kau nak borak pasal kerja orang. Police useless, lembab. Habis kau? Kau pun sama lah! Cuba bayangkan kalau kau buat kerja sorang-sorang handle syarikat besar tu, mampu ke kau?" sambung Rian membawa soalan untukku. Bibirku terkunci. Lidahku kelu. Aku senyap.

"Tak, Cik Intan. Kau tak mampu. Hakikatnya, kerja kau hampir sepenuhnya bergantung pada Linda dan pada staff yang lain. Kau tu hanya deal project, semak proposal, handle meeting, fikir idea sikit then lepas tangan dekat staff. Sampai masa, kau semak balik kerja dia orang. Bila dah perfect baru kau manage dengan client. See, semua tu staff yang banyak kerahkan tenaga untuk jayakan impian kau. Kalau kau anti sangat dengan polis, kau ingat tak ada ke orang yang anti dengan manusia berpangkat macam kau. Lebih-lebih lagi yang sombong macam ni," suara Rian lagi.

Kali ini, aku pantas mengangkat kepala. Rian sekolahkan aku? Huh okay, aku boleh terima kerana ia adalah benar. Akan tetapi, apabila aku mendengar dia melabelkan diriku dengan perkataan 'sombong', sumpah itu melampau.

"Siapa you nak cakap I sombong?" soalku.

Rian tersenyum sinis. Dia tidak bersuara, sebaliknya dia mengambil satu gula-gula yang bernama lolipop lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"You sengaja makan benda tu sebab malas jawab soalan I kan? You nak sekolahkan I tapi takkan lah you tak tahu yang judge orang tu salah. Kata good sangat." Aku sengaja menyindir. Mahu naikkan darah dia.

"Aku tak judge but that's a facts. Aku tak nak nafikan benda yang betul. Anggap je apa yang aku kata tadi adalah teguran untuk kau perbaiki diri," kata Rian bersahaja.

Ini dah bertentangan! Bukan dia yang mendidih tapi aku yang panas sekarang.

"What do..."

"Dah sampai." Rian mencantas percakapanku. Terus sahaja kornea mataku memandang ke hadapan secara spontan. Melihat sahaja apa yang terhidang di hadapan mata, mulutku ternganga luas. Jantungku berdegup tidak sekata. Rian bawa aku makan kat sini?

"Kenapa, Cik Intan?" soal Rian, menyindirku.

"Kita lunch kat sini?" Aku menyoalnya. Penuh jijik sorotan mataku memaksudkan tempat itu. Aku fikirkan restoran tetapi ternyata Rian membawaku ke sebuah warung di tepi jalan.

"Ada masalah?" soalnya lagi. Aku mendengus tidak puas hati.

"You tahu kan, I siapa? I tak makan dekat tempat macam ni."

"Kedai halal. Aku rasa tak salah. Cuba Cik Intan bayangkan kalau one day Cik Intan muflis. Rasanya bukan setakat restoran, warung pun belum tentu Cik Intan dapat pergi. Silap hari bulan, Cik Intan jadi gelendangan."

"Hei! Jaga mulut you. Harta I, sampai 7 keturunan pun tak habis tau. Tak kisah lah bankrupt ke apa, harta I memang bergunung. Lagipun, I ada aset peribadi. You apa tahu?"

Dek kerana terlampau geram, aku mendabik dada. Rian tergelak kecil mendengarnya.

"Cik Intan tak bersyukur. Cik Intan sombong dengan Allah," balas Rian sebelum menanggalkan tali pinggang keledar.

"Lepas ni aku nak cari bukti kukuh untuk kes kau. Nanti kau off day, aku datang rumah kau. Make sure Linda ada sekali. Termasuk jugak baby Arlan," sambungnya selamba sebelum keluar dari kereta.

Aku terpinga-pinga sendirian. Hendak tidak hendak, aku terpaksa turutkan semuanya. Walaupun aku sedikit panas hati saat dia menggelarkan Arlan dengan panggilan'baby'. Dia ingat dia siapa?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top