BAB 5

LINDA meletakkan satu tebalan kertas di atas mejaku. Aku yang sedang tekun menghadap komputer riba, pantas mengangkat wajah memandang Linda. Keningku terangkat memandang Linda. Meminta dia menjelaskan sesuatu.

"Ini kertas proposal yang Admin buat. Akak dah tengok dan dan tapis apa yang patut. Selebihnya, akak serahkan pada Intan untuk semak."

"Eh, yang mana pulak ni?" Aku mengusap daguku berkali-kali. Pelik! Setahu aku semua kertas kerja atau kertas cadangan aku dah semak. Tak mungkin ada yang masih tercicir.

"Intan lupa ke semalam kita deal dengan company Tan Sri Mahmud untuk kerjasama produk terbaru kita. Dia minta company sediakan kertas cadangan. Intan ingat tak?"

"Haah lah. Intan lupa. Cepatnya siap."

Setelah memerah otak, akhirnya aku ingat bahawa pagi semalam sebelum aku keluar lunch dengan Arlan, aku dan Linda berurusan dengan Tan Sri Mahmud untuk kerjasama produk yang bakal aku lancarkan. Belakangan ini, fikiranku sungguh sarat dengan pelbagai perkara.

"Biasalah, pekerja kita kan bagus," puji Linda membawa fakta yang benar. Aku hanya tersenyum halus.

"Nanti Intan semak. Buat masa sekarang, apa-apa hal berkaitan dengan syarikat Intan serahkan pada akak dulu. Intan nak fokus kes langgar lari. Boleh, kan?"

"Intan percayakan akak? Tak takut kalau akak ambil kesempatan atas syarikat ni?" Soalan dibalas dengan soalan. Linda kelihatan serius bertanya.

"Sangat percaya. Intan kenal Kak Linda macam mana." Penuh keyakinan aku membalas. Sememangnya, aku sangat faham dengan perangai Linda. Dia memiliki rasa rendah diri yang teruk. Aduhai, Kak Linda!

"Akak keluar dulu ya. Intan tak nak lunch lagi ke?" Linda menyoalku.

"Tak apa, sekejap lagi Intan lunch. Intan tunggu Arlan. Dia janji nak ambil Intan," balasku bersama senyuman.

Semerta itu, wajah Linda berubah tidak selesa. Aku sudah agak. Bukan ini kali pertama Linda berubah air muka seperti itu di hadapanku. Malah, perkara ini sudah selalu terjadi. Dia anti benar dengan nama Arlan. Entahlah, aku sendiri tidak tahu mengapa.

"Jangan kerap sangat keluar dengan dia. Jangan terlalu percayakan orang luar. Kadang-kadang manusia ni ramai yang bertopeng." Linda melemparkan satu pesanan tersirat padaku sebelum keluar begitu sahaja.

Aku hanya mengeluh berat. Tidak mahu terus hanyut dalam fikiran, terus aku capai telefon bimbitku. Satu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dari buah hatiku, aku buka. Tidak perasan pula bahawa dia telah menghantar pesanan. Barangkali aku terlalu ralit dengan kerja.

Love :
I ada dekat lobi

Aku tergeleng-geleng sendiri dengan kelekaanku. Kasihan Arlan. Pasti sudah lama dia menunggu. Lantas, aku mengemas meja. Penampilanku dirapikan sebelum aku mencapai tas tangan. Mahu bertemu Arlan haruslah cantik, kan?












"WARGHHH" Aku menyergah Arlan daripada belakang. Sengaja nak takutkan dia.

"Sayang! Apa ni? Terkejut tahu tak?" Arlan merajuk manja membuatkan aku meletuskan tawa kecilku. Geli hati dengan gelagatnya.

"Lama ke you tunggu? Sorry, I tak perasan you chat I. I busy sikit."

"Tahu. Kerja lagi penting dari I, kan?"

Alamak! Ini parah, sangat parah. Arlan makin merajuk. APa aku nak buat ni?

"Alaa tak naklah macam ni, baby. Takkan lah dengan kerja I pun you jealous."

"Of course." Arlan masih tidak berhenti dengan perangai kebudakkannya. Aku semakin dilanda banjiran kekusutan. Seketika, aku teringatkan sesuatu. Aku tahu ubat penenangnya apa. Serta-merta, bibirku mengoyakkan senyuman lebar.

"Sorry baby. Okay macam ni. After lunch tak payah hantar I balik office. Kita makan angin and shopping. I belikan you something. Cakap je you nak apa, I belanja," saranku, membuang rajuknya.

Mendengarkan itu, Arlan terus memusingkan tubuh menghadapku. Tepat pada sangkaanku, dia mula mengukirkan senyuman. Melihat itu membuatkan aku turut tersenyum gembira.

"Seriously, sayang?" soal Arlan dengan mata yang bersinar.

"I tak pernah tipu."

"Okay kalau macam tu, I nak baju keluaran terbaru, boleh?"

"Anything for you baby."

"And I nak..." Tidak sempat Arlan menyudahkan suara, gegendang telinga kami panas dihamburkan dengan perkataan berbaur hinaan.

"Tak sangka lelaki pun boleh jadi pisau cukur ya," sinis suara itu membawa hinaan.

Aku memejam mata sesaat. Gigiku diketap kuat. Aku tahu suara itu. Bahkan wangian maskulinnya juga sudah cukup buat aku mengenalnya. Apatah lagi saat aku merasakan dia sudah ada di sebelahku, bertentangan dengan Arlan.

"Ini ke boyfriend, Cik Intan? Tak sangka kaki kikis," suaranya lagi. Kali ini aku dapat lihat wajah Arlan berubah tegang saat memandang lelaki itu, Rian.

"Kau siapa? Apa masalah kau?" soal Arlan berang. Rian malah tertawa sinis.

"Aku bakal suami girlfriend kau," selamba Rian membalas.

"Hei, apa you cakap ni?" Nadaku melengking hebat. Tajam aku menghadiahkan panahan kilat kepada retina matanya.

"Just a joke, Miss. By the way, aku Rian. Detektif Rian. And kau ni baby Arlan, right?"

Lagi dan lagi, Rian membuat lawak bodoh. Aku lihat Arlan sudah mula mengepal penumbuk. Kali ini, hatiku mula disulam kegelisahan. Bimbang akan ada persengketaan berlaku.

"Rian stop it!" tegasku.

"Who's him, sayang?" Arlan menyoalku dengan nada yang agak keras. Aku mati kata. Apa harus aku jawab?

"Aku Detektif Rian. Penyiasat yang siasat kes langgar lari parents Cik Intan. Ditugaskan untuk mencari tahu siapa pembunuh mak bapak dia." Bagi mewakilian aku, Rian tolong jawab. Dan itu menambahkan lagi kegusaranku.

"You buat keputusan tak tanya I dulu? You cakap nak kongsi semua hal dengan I, kan?" soal Arlan kepadaku. Aku tertunduk menekur lantai.

"Kau bukan suami dia. Buat apa dia nak tanya kau. Lagi pun itu mak bapak dia. Bukan mak bapak kau," bidas Rian.

"Oh, I know. Ini mesti kerja Linda, kan?" Tidak menghiraukan bidasan Rian, Arlan menyoalku lagi.

"I'm sorry," pintaku. Hanya itu sahaja yang mampu aku keluarkan dari suaraku.

"Dah lah Cik Intan. Tak payah hiraukan dia. Jom lunch dengan aku," ajak Rian.

"Apa masalah kau? Ini girlfriend aku. Dia dah janji nak keluar dengan aku." Arlan berapi panas.

"Aku cuma nak selamatkan duit dia. Takut habis kau telan," sindir Rian.

"Jaga mulut kau!" Arlan mula menaikkan suaranya satu oktaf.

"I don't care. Huh, jom Cik Intan." Tanpa persetujuanku, Rian terus menarik tas tangan yang tersangkut pada bahuku secara drastik membuatkan kakiku terpaksa mengekorinya dengan spontan.

"Hei, lepas!" Aku menggesa Rian. Malahan, dia buat tidak endah sahaja. Sempat aku lihat pandangan mata Arlan tajam menikam aku dan Rian. Aku tahu dia makan hati.

'I'm sorry, baby,' rintih hatiku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top