13 Jun | Perkongsian Resepi Istimewa
Sebelum sis share resepi sis bagitau dulu negeri apa sis pilih.
Sis pilih negeri Terengganu and Kelantan. Boleh agak tak makanan tradisional mereka?
Sebelum tu sis cerita sikit latar belakang sis.
Ibu sis orang Johor. Manakala ayah sis pula anak jati Terengganu. Jadi tak pelik la sis share makanan tradisional Terengganu.
Adakah anda semua dah ready?
1. Nasi Dagang
Nasi dagang adalah hidangan nasi tradisi dan makanan sarapan yang agak popular di negeri negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan serta Wilayah Pattani Selatan Thailand, Yala dan Narathiwat. Nasi Dagang juga boleh dianggap sebagai hidangan perayaan di Kelantan dan Terengganu kerana ia disediakan di rumah pada pagi Aldilfitri, untuk dimakan sebagai sarapan pagi sebelum atau selepas solat Hari Raya di masjid.
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan untuk Nasi :
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya Hitam:
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam
*Kalau nak tambah buah belimbing pun boleh, sedap emm..
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.
2. Nasi Kerabu
Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia merupakan makanan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian. Nasi yang unik dengan warna biru ini adalah terlalu rumit penyediaannya. Oleh itu tidak hairanlah ramai yang lebih suka membeli sahaja daripada membuatnya.
Senarai Yang Akan Kita Buat
1. Daging bakar
2. Gulai atau kuah tumis
3. Sambal kelapa atau serunding ikan
4. Solok lada
5. Nasi Biru
6. Sambal lada
7. Ikan goreng celup tepung
8. Ulam-ulaman
Bahan Daging Bakar :
Rujukkan : Yutube
1. 500 gm daging batang pinang
cuci bersih
2. Bahan Sangai
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
~ bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak
3. Bahan kisar
3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
2 inc halia
1/2 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa
Cara-caranya :
1. Daging cuci bersih dan toskan
Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat
lumurkan pada daging. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman. Esoknya, bolehlah bakar. Anda boleh bakar dengan oven atau menggunakan dapur arang. Kalau nak bakar dalam magik pan pun boleh.
2. Sekarang kita nak sediakan gulai atau kuah tumis pulak. Jika kita nak sediakan nasi kerabu ni sebagai sarapan pagi, sebaiknya gulai ni kita masak di malam hari sebelumnya. Sebab gulai ni lagi lama lagi sedap!. lagi pula ia memudahkan tugasan kita untuk keesokkan harinya pulak. Jom kita mula menumis.
Bahan Gulai Tumis Atau Kuah Tumis
Rujukkan : Nasi Kerabu Ummi
1 cawan santan pekat ~ ita guna KARA
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai ~ di titik
1 keping asam keping
3 sudu besar budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa
Cara-caranya :
1. Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut. Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air
2. Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar dan serai yang di titik hingga garing. Tambahkan air jika kuah terlalu kering. Kemudian masukkan santan. Biarkan ia merenih sebentar sambil di kacau supaya santan tak pecah minyak
Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa
Biarkan kuah pekat.
3. Setelah kuah siap, bolehlah kita goreng kerupuk ikan dan rebuskan telur masin. Bahan ini kita sediakan 1 hari awal supaya persedian kita untuk memasak esok hari lebih mudah dan ringkas.
4. Hari kedua kita bolelah sediakan bahan yang lain pula.
Kita mulakan dengan merebus dahulu ikan kembung untuk membuat sambal kelapa dan solok lada. Kita buat sambal kelapa dahulu lah ya.
Bahan Sambal Kelapa Atau Serunding Kelapa Ikan :
1 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
4 ulas bawang merah
2 batang serai
garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya :
1. Ikan kembung, di siang, cuci bersih dan rebus.
Ita rebus 2 ekor terus sebab solok lada pun guna ikan kembung juga. Letak asam keping dan garam sedikit ketika merebus ikan. Bila ikan dah empuk, angkat dan asingkan isinya.
2. Kelapa parut pula kita sangai dalam kuali tanpa minyak. Senantiasa kacau supaya kelapa tak hangus. Bila dah masak, angkat. Larikan 3 sudu besar kelapa untuk buat solok lada.
3. Bawang merah dan serai di tumbuk lumat. Isi ikan kembung juga di tumbuk lumat
Masukkan kelapa sangai dalam lesung dan tumbuk lumat juga
Gaulkan semua bahan yang di tumbuk. Perasakan dengan garam dan gula.
Bahan Solok Lada :
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu besar kelapa parut yang telah di sangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
Cara-caranya :
1. Cili hijau kita belah tengah dan buang bijinya. Ikan kembung rebus dan asingkan isinya. Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa
2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung. Tumbukkan juga kelapa yang telah di sangai tadi
Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
3. Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya. Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh.Susun dalam periuk. Tuangkan santan
Rebus hingga masak. Boleh juga di kukus.
Bahan Nasi Biru Bunga Telang
1 gengam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ di koyak-koyak
1 batang serai ~ di titik
garam secukup rasa
Cara-caranya :
1. Bunga telag, cuci bersih. Masukkan dalam bekas berisi air dan ramas-ramas.Biar seketika. Kemudian tapis.
2. Beras di cuci bersih
Toskan. Tuangkan air rendaman bunga telang. Biar sebentar hingga warna serap pada beras.
Masukkan serai, daun limau purut dan garam secukup rasa
Tanak nasi seperti biasa.
Bahan Air Lada :
10 tangkai cili padi
sedikit gula Melaka
Sedikit garam
sedikit gula
2 biji limau kasturi
Cara-caranya :
Satukan semua bahan dan kisar. Atau jika suka kasar boleh tumbuk lumat. Perahkan asam limau.
Bahan Ikan Celup Tepung Rangup :
2 ekor ikan kembung ~ di siang dan cuci bersih
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
secubit garam
1 biji telur
1 sudu besar air kapur makan
1 sudu teh kunyit
air secukupnya
Cara-caranya :
1. Satukan semua bahan kecuali ikan kedalam mangkuk
Kacau adunan rata, adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2. Bila kita celup sudu adunan melekat pada sudu..Masukkan ikan dalam adunan.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
Minyak kena panas, kalau tidak ikan serap minyak.
4. Ambil ikan yang telah di celup tepung dan goreng. Balik-balikkan.
5. Angkat setelah masak. Celup semula ikan yang dah goreng dalam adunan tepung dan goreng semula. Bermakna kita goreng ikan 2 kali.
6. Angkat setelah ikan garing
Baki adunan , kita renjis dalam kuali untuk jadikan kerupuk yang rangup.
Bahan Ulam Ulaman :
1 batang timun ~ potong bulat kemudian hiris halus
1 kuntum bunga kamtan ~ belah 4 dan hiris halus
5 batang kacang panjang ~ hiris halus
2 kelopak kubis ~ buang batang tengah dan hiris halus
Daun kesum ~ hiris rampai
3 batang kacang botol ~ potong 2 hiris halus
1 mangkuk taugeh
Cara-caranya :
Semua sayur-sayuran ni cuci besih dahulu, kemudian keringkan. Potong atau hiris halus sayur-sayuran dan ulam-ulaman kecuali taugeh. Satukan dan gaul rata.
Tambahan :
1. Kerupuk ikan
2. Telur masin
3. Budu
Sekian dari sis. Hope bermanfaat. Iya sis search dari google. Tapi kedua makanan tersebut sis dah pernah makan. Sedap tau.
Sebab tu nak share. Sis tahu susah but try minta ibu anda buatkan. Rugi tak cuba. Tak pe kita belajar buat sama² kay. Kita buat pelan² la. Terima kasih yang sudi jenguk.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top